Thursday, May 12, 2016

Pelajar UiTM makan koko crunch akhirnya terima anugerah



274
Bernama            Hari ini 10 Mei 2016,  6:24 petang

Seorang penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah mendedahkan dia sanggup mengikat perut semata-mata hendak menyimpan wang supaya mempunyai duit untuk membeli buku tambahan.
Nurul Shaera Eliana bt. Ahmad Kamal Ariffin, 24, dari Kuantan, Pahang berkata dia sanggup menahan lapar dan hanya memakan koko crunch dua kali sehari sebagai ganti nasi.
"Syukur....segala usaha saya berhasil apabila dipilih antara 4 penerima ANC pada konvokesyen ke-84 UiTM Kedah," katanya ketika ditemui selepas majlis itu di Dewan Semarak UiTM Merbok di Sungai Petani, hari ini.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.79 berkata dia ditawarkan biasiswa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setelah memperoleh PNGK 4.00 pada semester pertama.
Katanya beliau sentiasa berfikiran positif dan berusaha untuk mendapat anugerah dekan pada setiap semester sejak memulakan pengajian di situ.
"Saya sanggup menipu mak dan abah tentang keadaan saya (tidak cukup wang) dan hanya berkongsi cerita yang menyenangkan hati mereka sahaja kerana saya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa saya.
"Mereka banyak berkorban untuk saya dan adik beradik yang lain," kata Nurul Shaera Eliana, anak kedua dari lapan orang adik beradik kepada Bernama.
Beliau yang bertugas sebagai pegawai Sumber Manusia di De Rhu Beach Resort Kuantan berkata dia bercadang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang pembangunan sumber manusia.
Selain di UiTM Kedah, istiadat konvokesyen itu turut berlangsung di kampus induk UiTM Shah Alam, masing-masing dua di Melaka, Kelantan, Perlis serta Sabah dan Sarawak membabitkan penganugerahan ijazah dan diploma kepada 15,594 graduan.
-Bernama


Thursday, October 4, 2012

Bolehkah akikah dua ekor kambing berperingkat


Soalan;
Akikah untuk Bayi lelaki. Bolehkah majlis akikah dibuat dua kali; Majlis akikah yang pertama seekor kambing, majlis akikah yang kedua (Hari yang berbeza) seekor lagi kambing. Atau satu bahagian lembu.

Jawapan;
Akikah untuk anak lelaki disunatkan dua ekor kambing sebagaimana dalam hadis; “Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sekufu dan bagi anak perempuan seekor kambing” (HR Imam Abu Daud dari Ummu Kurzi al-Ka'biyah RA. Sunan Abu Daud, 2834).

Menurut ulama mazhab Syafie; harus dilakukan juga dengan dua tompok lembu. (lihat jawapan sebelum ini; Hukum Akikah dengan lembu).

Sebaik-baiknya dua ekor kambing (atau dua tompok) itu dilakukan bersama-sama kerana dapat segera terhasil pahala berakikah dengan dua ekor kambing sebagaimana yang disunatkan oleh Nabi SAW bagi anak lelaki tadi. Namun jika hendak dilakukan seekor dulu, tidaklah dilarang kerana menurut ulama; sekalipun akikah untuk anak lelaki digalakkan dua ekor kambing, namun jika dilakukan seekor sahaja ia adalah sah dan terhasil pahala akikah. Nabi SAW sendiri, walaupun menggalakkan dua ekor, tetapi baginda hanya melakukan seekor sahaja untuk cucunya.

Ibnu 'Abbas RA menceritakan; “Rasulullah SAW melakukan akikah bagi Hasan RA dan Husain RA dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)” (HR Imam Abu Daud. Sunan Abu Daud, 2841).

Apabila telah dilakukan seekor, kemudian dilakukan lagi seekor maka yang kedua dianggap penyempurnaan bagi akikah yang pertama, namun pahalanya tidak sama dengan yang pertama kerana ibadah akikah - apabila telah tiba waktunya - lagi segera/cepat dilaksanakan, lagi baik.

Masa terbaik melakukan akikah ialah pada hari yang ke tujuh bayi dilahirkan (hari lahir dihitung sebagai hari pertama jika dilahirkan siang hari). Saidatina 'Aisyah RA menceritakn; “Nabi SAW melakukan akikah untuk Hasan dan Husin pada hari ketujuh, baginda memberi nama kepada mereka berdua dan baginda menyuruh supaya dibuang kekotoran daripada kepala mereka berdua (yakni dicukur rambut mereka)” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim dengan sanad yang baik menurut Imam Nawawi. Lihat; al-Majmu’, jil. 8, hlm. 320).

Menurut ulama; Jika tidak dapat dilakukan pada hari ke tujuh, disunatkan dilakukan sebelum habis tempoh nifas. Jika selepas selesai nifas masih belum dilakukan, maka disunatkan sebelum putus menyusu. Jika belum dilakukan juga, maka disunatkan sebelum berumur tujuh tahun. Jika masih juga belum dilakukan, maka disunatkan sebelum mencapai umur baligh. Jika setelah sampai umur baligh masih belum lagi diakikahkan, maka gugur sunat tersebut daripada wali/ penjaga dan ketika itu diberi pilihan kepada bayi untuk melakukan akikah bagi dirinya (apabila dewasa). (Kifayatul-Akhyar, hlm. 534).

Wednesday, August 15, 2012

Percubaan Mencuri Jasad Nabi Muhamad Saw

Pada tahun 1099 M tentera Salib telah berjaya menakluk Baitul Maqdis dan mereka menguasainya selama 80 tahun. Kejayaan itu masih tidak memuaskan hati mereka lalu merancang satu perbuatan yang paling keji iaitu untuk mencuri jasad Nabi Muhamad saw.

Kisah ini berlaku pada tahun 557H (1164M), diceritakan oleh Ali Hafidz seorang Sejarawan Arab dalam bukunya Fusul Min Tarikhi Al Madinah al Munawwarah.

Pada masa itu kerajaan Bani Abbasiyah diperintah oleh Khalifah al Mustajid Billah (555-566/1160-1170). Kerajaan Islam ketika itu berada dalam keadaan lemah dan berpecah-belah. Maka tentera Salib mengambil kesempatan mahu mencuri serta memindahkan jasad Nabi Muhamad saw.

Untuk menjayakan rancangan tersebut mereka menghantar dua orang lelaki bangsa Moroko yang beragama Kristian ke Madinah dengan berpura-pura mahu menziarahi makam rasulullah saw. Dan mereka menginap disebuah rumah berhampiran dengan masjid Nabawi.

Kedua lelaki itu berlagak seperti orang alim, mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid nabawi setiap waktu dan menziarahi perkuburan baqik setiap pagi. Selain itu kedua lelaki itu juga bersikap dermawan sering memberikan hartanya kepada fakir miskin.

Pada waktu malam mereka menggali sebuah terowong menuju ke kamar Nabi Muhamad saw. Mereka memasukkan tanah galian itu ke dalam beg kulit dan pada keesokan harinya kedua lelaki itu menziarahi perkuburan Baqik padahal tujuan sebenarnya mereka mahu membuang tanah di sana. Setelah beberapa bulan berusaha akhirnya terowong yang digali sudah hampir sampai ke kubur Nabi Muhamad saw.

Pada suatu malam, Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki yang berada di Syam (Syria) bermimpi bertemu Nabi Muhamad SAW dan baginda menunjuk kepada dua lelaki berambut perang, lalu berkata: "Hai Mahmud, selamatkan aku dari kedua orang ini!".

Sultan Mahmud terjaga dari tidur dan hatinya gelisah memikirkan mimpinya itu. Beliau lalu menunaikan solat sunat dan tidur semula. Dan beliau mengalami mimpi yang sama sebanyak 3 kali berturut-turut. Akhirnya Sultan Nuruddin Mahmud Zanki memanggil menterinya, Jamaluddin Al-Muwashshali, seorang yang alim serta luas ilmu pengetahuannya.

Setelah mendengarnya maka Jamaluddin pun berkata kepada Sultan, "Ini petanda telah berlaku suatu kejadian di Madinah Munawarah. Pergilah sekarang ke Madinah dan jangan bicarakan apa yang Tuanku lihat dalam mimpi Tuanku pada sesiapapun."

Keesokan harinya Sultan Nuruddin Mahmud Zanki berangkat ke Madinah bersama para pengiringnya. Apabila sampai di Madinah Sultan Nuruddin Mahmud Zanki membahagikan harta kepada semua penduduk Madinah. Tujuannya supaya dapat bertemu dua lelaki yang dimimpikannya itu.

Sultan Nuruddin Mahmud Zanki bertanya kepada gabenor Madinah apakah semua orang sudah datang mengambil hadiah pemberian baginda. Menurut Gabenor hanya dua orang lelaki yang tidak mahu datang kerana mereka tidak boleh menerima hadiah malah mereka yang sering memberikan hadiah.

Apabila kedua lelaki itu dibawa mengadap, Sultan Nurudin Mahmud Zanki terperanjat kerana keduanya yang dilihatnya dalam mimpi. Apabila disoal kedua lelaki itu tetap mengatakan berasal dari Moroko dan mahu mengerjakan ibadat. Orang ramai juga memberi pengakuan kedua lelaki itu orang yang baik.

Sultan Nuruddin Mahmud Zanki tidak berputus asa. Baginda pergi ke tempat penginapan kedua lelaki itu.Dalam rumah itu hanya ada beberapa naskhah al Quran dan kitab-kitab agama. Dalam sebuah bilik mereka temui harta yang banyak. Menurut kedua lelaki itu untuk disedekahkan kepada fakir miskin.

Sultan Nuruddin Mahmud Zanki hampir putus asa untuk mengaitkan kesalahan dua lelaki itu. Tiba-tiba beliau melihat ada sebidang tikar terbentang di atas lantai. Sultan mengangkat tikar tersebut dan terdapat sekeping papan lebar di bawahnya. Apabila papan itu diangkat maka terlihat sebuah terowong yang digali menuju ke Kamar Nabi SAW.

Setelah dipaksa akhirnya kedua lelaki itu memgaku beragama Kristian dan mereka diperintahkan untuk memindahkan jasad Nabi Muhamad saw ke Negara mereka. Kedua lelaki itu merayu dibebaskan namun Sultan Nuruddin Mahmud Zanki memerintahkan kedua lelaki itu dibunuh.

Bagi mengelakkan perkara itu berulang maka baginda memerintahkan supaya digali parit mengelilingi makam Nabi SAW kemudian dituangkan timah cair ke dalam parit itu sehingga penuh. Tujuannya supaya jasad Nabi Muhamad saw tidak lagi dapat diceroboh.Sesungguhnya Allah swt memelihara Nabi Muhamad saw semasa hidup dan setelah wafatnya…

Ekoran dari peristiwa ini memberi semangat kepada Salahuddin al Ayubi untuk menyerang tentera Salib dan akhirnya pada tahun 1187 M beliau berjaya menakluk Baitul Maqdis..

Monday, August 13, 2012

Solat jamak, qasar ketika balik kampung

Terima kasih

Jawapan;
Jika kita berasal di satu tempat, kemudian kita berpindah darinya dan tinggal/bermastautin di tempat yang lain, merujuk kepada amalan Nabi SAW, harus kita melakukan solat musafir (yakni jamak dan qasar) tatkala kita bermusafir ke tempat asal kita jika jaraknya melebihi dua marhalah dari penempatan baru kita.

Sedia dimaklumi bahawa Nabi SAW berasal dari Makkah, kemudian berhijrah ke Madinah. Hadis-hadis Nabi SAW menceritakan bahawa tatkala baginda bermusafir ke Makkah, baginda melakukan solat musafir ketika berada di Makkah - walaupun Makkah itu asalnya adalah tanah kelahirannya. Seorang sahabat bernama ‘Imran bin Hushain menceritakan;

“Aku pernah berperang dengan Rasulullah SAW dan bersama baginda ketika pembukaan kota Makkah. Baginda menetap di Mekah selama 18 hari dengan tidak mengerjakan solat melainkan dua rakaat (yakni melakukan solat qasar). (Selepas memberi salam), baginda berkata (kepada makmum di belakangnya dari kalangan penduduk Mekah); “Wahai penduduk Mekah, sempurnakan solat kamu kepada empat rakaat kerana kami adalah golongan musafir”. (HR Abu Daud).

Berdasarkan hadis ini, harus kita melakukan solat musafir apabila kita pulang ke kampung/penempatan kelahiran kita jika kita tidak lagi menetap di situ. Adapun tempoh keharusan melakukan solat musafir, (yakni jama’ dan qasar) diharuskan selagi seseorang itu berada dalam musafir (perjalanan). Jika ia berhenti di satu tempat, sekiranya dia berniat untuk tinggal di situ empat hari atau lebih (tidak termasuk hari masuk dan hari keluar), tamat musafirnya dan tidak harus lagi solat musafir (jamak dan qasar) hinggalah hari keluar dari situ. Itu adalah mengikut pandangan jumhur ulama (merangkumi mazhab Syafi’ie, Malik dan Ahmad). Adapun mazhab Imam Abu Hanifah; tamat musafirnya jika berniat tinggal 15 hari atau lebih.

Sekiranya berhenti di satu tempat untuk suatu urusan dan tidak berniat untuk tinggal di situ beberapa hari tertentu, akan tetapi bergantung kepada urusannya, iaitu sebaik sahaja selesai urusannya dia akan keluar dari situ, harus baginya solat musafir di situ selama 18 hari mengikut mazhab Syafi’ie (yakni selepas 18 hari tidak harus lagi solat musafir walaupun urusannya belum selesai). Menurut mazhab Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad; harus solat musafir selagi urusannya belum selesai sekalipun memakan masa bertahun.

Mengenai pendapat ulama, ada sebahagian ulama berpendapat; tidak harus seseorang melakukan solat musafir jika singgah di suatu tempat yang ada di situ ahli keluarga dan hartanya. Dia hanya harus melakukan solat musafir ketika dalam perjalanan ke situ sahaja. Adapun apabila sampai, hendaklah melakukan solat penuh.

Hal ini kerana dengan adanya keluarga dan hartanya di situ, maka tempat itu telah telah menyerupai negeri/kawasan penempatannya. Antara yang berpandangan sebegini ialah Imam Ahmad dan az-Zuhri. Berkata Imam az-Zuhri; sesiapa bermusafir dengan melalui ladang/kebun miliknya, tidak harus solat musafir di situ. Pandangan ini diambil dari Ibnu ‘Abbas. Menurut beliau; jika kamu tiba di satu kawasan/tempat yang ada ahli keluarga atau harta kamu, hendak lah kamu mengerjakan solat sebagaimana solat orang mukim (orang yang menetap), yakni; solat dengan sempurna, tanpa qasar.

Namun jumhur ulama (termasuk Imam Syaf’ie, Ibnu al-Munzir, Imam Malik dan sebagainya) berpendapat; harus solat musafir selama tidak berniat menetap (bermukim) di situ. Jika berniat menetap (bermuqim) di situ, tamatlah keharusan solat musafirnya (yakni hanya harus mengerjakan solat musafir di perjalanan sahaja dan apabila sampai hendaklah melakukan solat sebagaimana biasa). Jadi menurut pandangan ini hukum bermusafir ke tempat yang ada ahli keluarga kita sama seperti bermusafir ke tempat lain, iaitu harus melakukan solat jamak dan qasar (jika mencukupi syarat-syarat dari segi jarak dan sebagainya) selama kita tidak berniat untuk menetap atau bermastautin di situ.

Pandangan pertama berdalilkan hadis riwayat Imam Ahmad yang menceritakan bahawa; Saidina ‘Usman apabila berada di Makkah, beliau tidak mengqasarkan solatnya akan tetapi melakukannya dengan sempurna. Lalu perbuatannya disanggah oleh sahabat-sahabat yang lain. Maka dia menjawab; Aku telah berkeluarga di Makkah. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Sesiapa berkeluarga di satu negeri, hendaklah Dia mengerjakan solat sebagaimana orang muKim (yakni tidak boleh jamak dan qasar)” (Riwayat Imam Ahmad). Namun, para ulama hadis telah sepakat mengatakan bahawa; hadis ini adalah dhaif (lemah), tidak harus dijadikan hujjah.

Subhanallah, 7 keajaiban Islam


Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka'bah, Menara Eiffel, dan Piramid di mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita kenal. Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. Mungkin sobat-sobat bertanya-tanya, keajaiban apakah itu?

Haiwan Berbicara di Akhir Zaman

Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Qur'an, surah An-Naml ayat 82,

"Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami".

Mufassir Negeri Syam, Abul Fida 'Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang ayat di atas, "Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Konon khabarnya, dari Makkah, atau yang lain sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu ". [Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/49]

Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda,

"Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat, sehingga kamu akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya'juj & Ma'juj, terbit matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia ". [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Daud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]

Pohon Kurma yang Menangis

Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-, mengapa sampai pokok ini menangis? Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-berkata,

"Jabir bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-berkata:" Adalah dahulu Rasulullah-Shollallahu' alaihi wasallam-berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah - shollallahu 'alaihi wasallam-turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut ". [HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar-radhiyallahu 'anhu-berkata:
"Dulu Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi-Shollallahu 'alaihi wasallam-mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya) ". [HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

Batu mengucap salam

Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahwa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya,

Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-bersabda, "Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang". [HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)] .

Pengaduan Seekor unta

Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-mengungkapkan perasaannya.

Abdullah bin Ja'far-radhiyallahu 'anhu-berkata, "Pada suatu hari Rasulullah-Shallallahu' alaihi wasallam-pernah supaya aku membonceng dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk ke dalam kebun laki-laki Ansar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke pundaknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, "Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?" Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, "unta itu milikku, wahai Rasulullah".

Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-bersabda:
"Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar". [HR. Abu Daud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya'la dalam Al-Musnad (3 / 8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala'il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

Kesaksian Kambing Panggang

Kalau binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadis berikut:

Abu Hurairah-radhiyallahu 'anhu-berkata:
"Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-menerima hadiah, dan tak mau makan shodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda, "Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengkhabarkan kepadaku bahawa dia beracun". Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro 'bin Ma'rur Al-Anshoriy. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-menghantar (utusan membawa surat), "Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?" Wanita itu menjawab, "Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu ". Kemudian Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau, "Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus ". [HR. Abu Daud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]

Batu yang Berbicara

Setelah kita mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak. Kerana Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.

Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda:
"Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang di antara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, "Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia". [HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]

Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah-berkata, "Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadis ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara secara hakikat ". [Lihat Fathul Bari (6/610)]

Semut Memberi Arahan

Mungkin kita pernah mendengar cerita fiktif tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita rekaan belaka dan omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, seperti seorang komander pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur'an,

"Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata:" Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata ". Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari.Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) kata-kata semut itu. dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh ". (QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan "Tujuh Keajaiban Dunia" yang menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kukuh di hati kaum muslimin

Friday, July 27, 2012

Kisah Zinedine Zidane Ke Tanah Suci


Ramai pemain bola sepak beragama Islam yang mencapai puncak karier di pelbagai kumpulan Eropah. Namun kemasyhuran tidak membuat pemain bola Muslim lupa dengan agamanya. Meski mereka bertabur prestasi dan publisiti di tengah-tengah gemerlapnya budaya Eropah, namun mereka malah rindu untuk bisa dekat dengan Sang Pencipta.

Kerana itu, di tengah-tengah ketatnya jadual pertandingan tidak sedikit di antara mereka yang melakukan perjalanan ritual suci ke Makkah mahupun Madinah. Di antara pemain bola yang sudah melakukan ritual pergi haji mahupun umrah yang terungkap ke media adalah Zinedine Zidane, Franck Ribery, Nicolas Anelka, dan Hamit Altintop.

Zidane mempunyai pengalaman spiritual ke Tanah Suci. Pemain Terbaik Dunia tiga kali tersebut termasuk Muslim yang memiliki keimanan cukup mapan. Ketika divonis cedera otot dan harus mendapat rawatan dari pasukan perubatan, Zidane diperintahkan untuk berehat demi masa pemulihan. Tapi bukannya malah berbaring dan mengikuti terapi kesihatan, masa lapang itu dimanfaatkannya untuk pergi haji.

Laman maklumat haji di Arab Saudi menyebutkan, pengarah sukan Real Madrid itu melakukan ritual haji pada 29 Januari 2004, bersama isteri dan anak-anaknya. Zidane dan keluarga mendarat di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah, dan kemudian melanjutkan perjalanannya ke Madinah. Di sana ia disebutkan sempat melakukan ziarah ke makam Rasulullah SAW.

Kemudian pada Hari Tarwiyah yang jatuh pada 8 Zulhijjah 1424 Hijriah, legenda Real Madrid itu meneruskan perjalanannya ke Mina. Pada hari berikutnya, Zidane langsung mengikuti prosesi puncak pelaksanaan ibadah haji di Arafah dan menunaikan solat di Masjidil Haram. Sayangnya perjalanan pergi haji Zidane itu tidak didokumenkan media sehingga sedikit maklumat yang boleh digali darinya selama di Arab Saudi.

Lelaki kelahiran Marseille, Perancis, 23 Jun 1972 itu adalah legenda Les Bleus yang berasal dari keluarga pendatang Muslim keturunan Algeria. Walaupun hidup dan besar di lingkungan sekular khas Barat, sang ayah yang bernama Ismail sangat menekankan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Zidane mempunyai tiga kakak laki-laki dan seorang adik perempuan.

Zidane berkahwin dengan penari berdarah Sepanyol, Veronica, dan dikurniakan tiga anak, yakni Anizo, Luqa, dan Theo. Di tengah kesibukannya membela kelab dan Perancis, Zidane dikenal sangat ketat dalam menjalankan kewajipan solat lima waktu.

Wednesday, July 25, 2012

Peristiwa-peristiwa besar dalam bulan Ramadhan

1.Nabi terima wahyu pertama Nabi pada usia 40 tahun, Allah lantik jadi Rasulullah dengan turunnya wahyu pertama Surah al-Alaq (ayat 1 hingga 5)

2. Peristiwa Nuzul al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud, "Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara yang hak dan yang batil." (al-Baqarah: 185).
Ibnu Kathir waktu menafsirkan ayat ini berkata, "Allah memuliakan bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilih di dalamnya untuk diturunkan alQuran."

3. Peperangan Badar al-Kubra
Berlaku pada tanggal 27 Ramadhan 2H (Jumaat) di mana 313/317 tentera Islam menang menentang lebih 1000 pasukan United Muta'assibin National Organization (Umno @ Perti Perkauman Ekstrem Bersatu).
Firman Allah yang bermaksud, "Dan benar-benar Allah telah menolong kalian di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian pada Allah, moga-moga kalian bersyukur." (Surah Ali Iimran: 123)
Menurut Ibn Abbas, pada 27 Ramadhan jugalah Firaun dan Abu Jahal yang menjadi musuh terbesar umat Islam dibunuh.

4. Fathul Makkah
Berlaku pada 20 atau 21 Ramadhan 8H.
Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya kami telahpun memberikan kepadamu kemenangan yang nyata." (Al-Fath: 1)

5. Penghancuran berhala 'Uzza
Berkata Ibn Kathir, pada hari kelima terakhir tahun Hijriah, Rasulullah telah mengutuskan satu pasukan khas pimpinan Khalid al-Walid untuk hancurkan pengibadatan taghut itu.
Sabda Rasulullah s.a.w, "Uzza itu tidak akan disembah selama-lamanya..."

6. Penghancuran berhala Latta
Berlaku di bulan Ramadhan pada tahun ke9 Hijriah.
Pengislaman suku Tsaqif dan Thaif mendorong Rasulullah untuk menghancurkan Latta yang sebelum ini disembah mereka.
Tetapi, mereka meminta untuk menghancurkan berhala itu dengan tangan mereka sendiri lalu Rasulullah membenarkannya.

7. Pembukaan Kota Andalusia (kini Sepanyol)
Berlaku pada 27 Ramadhan 92H oleh seorang anak muda bernama Tariq bin Siyad.
Kedatangan Tariq di persisiran pantai Andalus mengejutkan rejim Roderick, Sang Penguasa Visigoth hingga dia menyediakan 25 ribu tentera pasukan awal untuk menghadapi 12 ribu tentera Islam.
Selepas menguasai Jabal Tariq dan membakar semua kapal yang dinahkodainya itu, Tariq berkhutbah,
"Lautan di belakang kalian manakala musuh di depan kalian..."
Wallahu 'alam...

Tuesday, July 24, 2012

Tips Puasa Untuk Pemain Bola Sepak


KALI ini saya akan persembahkan tips puasa Ramadhan untuk ahi sukan atau pemain bola sepak pula. Di bulan puasa ini, seorang pemain bola sepak yang sedang bertanding pasti akan merasa bimbang, antara profesyennya atau niat puasa semata-mata hanya untuk menegakan ajaran Allah SWT. Terutama atlet bola sepak kini sedang bertarung di beberapa liga top Eropah yang memiliki penduduk non-muslim.

Banyak klab-klab secara terang-terangan melarang pemainnya menjalankan ibadah puasa hanya takut pemainnya kekurangan tenaga dan lemah fizikalnya kerana sedang berpuasa semasa latihan mahupun bertanding.  Namun begitu, banyak juga pemain secara sembunyi-sembunyi tetap menegakan ajaran Allah tersebut meski didera dengan cubaan sangat berat.

Ada juga yang tidak berpuasa semasa bertanding atau berlatih dan akan gantikan puasa itu pada waktu yang lain. Subhanallah! Di era moden ini semakin ramai pemain Muslim Eropah bangga beridentiti Islam dan terus berpuasa meski di tengah-tengah orang non-muslim yang kurang mengerti apa itu Islam sebenarnya. Siapa mereka yang hebat itu? Antaranya..

1. Samir Nasri

Pemain kebangsaan Prancis ini sekarang membela Manchester City Klub asal Kota Manchester tersebut berjaya meraih trofi Premier League pada musm kemarin. Dia adalah pemain yang merupakan keturunan Aljazair dan tentunya dia adalah seorang Muslim. Di interview semasa klubnya City berjaya menjuarai Liga Inggeris 2011/2012, Nasri secara yakin dan penuh rasa syukur mengucapkan kalimat takbir, “Allahu Akbar“. 

Kalimat yang ia ucapkan itupun membuat warga Muslim di Eropah yang sedang menyaksikan pertandingan terkahir City merasa bangga kerana Nasri masih menyedari bahawa dirinya adalah seorang Muslim.

2. Rami Shaaban
Mungkin hanya sedikit orang yang mengenal dengan pemain ini. Ia merupakan kiper dari Swedia yang juga pernah membela Arsenal dan West Ham United di Liga Inggeris. Dia merasa bangga menjadi seorang Muslim. Di luar lapangan, dia tidak lupa untuk senantiasa membaca dan mengkaji Al Qur’an. 


Secara terang-terangan, dia pernah megeluarkan pernyataan bahawa Al Qur’an ia jadikan sebagai panduan hidupnya yang berkarya di Bola Sepak Eropah. Selain itu, ia juga mengaku selalu membaca ayat-ayat Al Qur’an baik sebelum pertandingan mahupun masa sedang bertanding.
3. Kolo Toure

Mengawali karyanya bersama klub ASEC Mimosas. Kolo Toure mungkin merupakan salah satu Muslim yang selalu bersyukur atas kejayaannya membawa klub Manchester City menjuarai Liga Premier Inggeris di musim 2011/2012. Mantan pemain Arsenal tersebut mengaku kejayaan diraihnya bersama City adalah berkah dari doan yang selalu dipanjatkan kapada Allah SWT. Satu hal yang membuat pemain ini terbilang istimewa adalah ia adalah seorang guru mengaji di London semasa dirinya masih memakai seragam Arsenal.
4. Franck Ribery

Franck Bilal Ribery (nama Islam) atau biasa kita kenal dengan sebutan Franck Ribery ini adalah seorang muallaf berkebangsaan Perancis. Dia memeluk Islam semasa berkahwin seorang perempuan keturunan Maroko yang sudah menjadi seorang Muslimah. Beliau sedar bermain di Eropah yang majoriti non-muslim adalah sebuah cubaan berat. Namun dengan niat yang baik, ia mengaku Islam hanya akan membuatnya menjadi lebih kuat baik semasa bermain di lapangan mahupun di luar lapangan. Islam telah membuat bidangnya semakin bersinar dan kerana itulah dia selalu taat untuk menjalankan ibadah wajibnya sebagai seorang Muslim.
5. Nicolas Anelka
Anelka merupakan seorang muallaf. Masa ini dia bermain di Liga China. Dia memeluk agama Islam saat dirinya bermain di Fenerbahce dan juga memiliki nama Abdul-Salam Bilal. Saat masih bermain di Chelsea, ia mengaku tetap menjalankan ibadah puasa. Meskipun banyak godaan, ia tetap berpuasa selama 30 hari penuh. Ia sempat kecewa dengan pelatihnya di Chelsea kala itu. 


Lepas latihan, pemain Chelsea diharapkan untuk makan bersama dan perlu berada di dalam meja makan. Padahal Anelka dalam berpuasa, ia hanya melihat dan menahan nafsunya untuk makan saat rakan-rakan di klubnya menikmati hidangan makanan. ”Islam adalah sumber kekuatan saya di dalam mahupun di luar padang. Saya menjalani tugas berat. Saya kemudian tetap hati untuk menemukan kedamaian. Dan akhirnya saya menemukan Islam”, ucap Kanaoute dalam majalah Match dari Perancis.

6. Ibrahim Afellay
Pemain muda milik FC Barcelona ini adalah seorang pemain Muslim yang pernah mendapatkan gelar ”Moslim van het jaar” atau muslim  tauladan di Belanda. Ia dulu pernah sedikit dikecewakan rakannya di klub, Cesc Fabregas. Hal itu terjadi kerana beradarnya isu rasisme yang dilakukan oleh Fabregas kepada Frederic Kanaoute yang merupakan seorang Muslim masa Barcelona menghadapi Sevilla di Liga Spanyol.

7. Momo Sissoko

Mohamed Lamine “Momo” Sissoko Gillan, begitulah nama panjang dari seorang Momo Sissoko yang lahir di Perancis namun lebih memilih membela negara Mali. Berposisi sebagai gelandang bertahan, Sissoko adalah salah satu bintang bola sepak Mali yang berjaya di Liga-liga Eropah. Mantan pemain Liverpool tersebut adalah pemain yang tetap menjalankan ibadah puasa di tengah kompetisyen sedang berlangsung. Menurutnya, dengan berpuasa dia lebih memiliki kekuatan dari dalam diri sendiri.
8. Sulley Muntari

Pemain yang sekarang telah dikontrak AC Milan secara tetap ini memiliki nama lengkap Alfred Salomon “Ali Sulley” Muntari. Dia adalah salah satu pemain Muslim yang sekarang di kompetisi Seria A. Saat masih membela Inte Milan, Muntari tetap menjalankan ibadah puasa. Sempat mendapat kritikan, namun dirinya sudah membuktikan dengan berpuasa ia lebih merasa kuat dan bermain cemerlang. 


Saat dia mencetak gol, tidak jarang ia selalu bersujud sebagai rasa syukurnya atas karunia Allah SWT. Selain itu, ia juga selalu membuat huruf  ”C”. Ada yang menilai itu adalah inisiatif dari kekasihnya, namun banyak juga yang menganggap itu merupakan simbol bulan sabit yang merupakan simbol Islam.
9. Robin van Persie
Siapa yang tidak mengenali pemain satu ini. Pemain muallaf dari Belanda ini adalah sosok pemain yang luar biasa dan patut dibanggakan oleh umat Muslim. Banyak beredar isu yang menyebutkan bahawa meskipun ia menikahi seorang Muslimah, ia tidak masuk Islam. 

Masa beliau diwawancarai oleh media Inggeris, ia berkata “Itu tidak benar. Saya bukan seorang Muslim, bukan pula seorang Kristen, dan bukan juga seorang Yahudi.  Saya telah dibesarkan secara bebas. Jika kamu ingin menjadi seorang Muslim, itu harus datang dari hati”.

Oleh kerana itu, mungkin sampai kini dirinya belum siap untuk sepenuhnya masuk Islam. Ia tidak ingin masuk Islam, hanya kerana berkahwin dengan seorang Muslimah. Meski begitu, banyak orang yang menilai perkataan itu hanyalah sekedar menutup-nutupi diri, yang sebenarnya memang seorang muallaf. Ada yang beranggapan itu salah satu tindakan RvP agar tidak ada diskriminasi terhadap dirinya. 

Selain itu ada juga yang berpendapat, ia tidak masuk Islam, kerana ia masih dalam tahap belajar dan jika sudah siap ia akan menjadi seorang muallaf. Dan benar atau tidaknya hanya waktu yang dapat menjawab!

10. Demba Ba
Sebelum tampil di Liga Inggeris bersama Newcastle United. Pemain berkebangsaan Senegal ini memang belum banyak yang mengenalnya. Namun saat dirinya bergabung dengan Newcastle pada Jun 2011 namanya seakan dikenal oleh para pecinta bola sepak, khsusnya di Inggeris Apalagi dirinya adalah seorang Muslim yang taat dan bangga selalu bersujud syukur atas kejayaan mencetak gol.

11. Pappise Cisse

Sama seperti Demba Ba, pemain yang bernama lengkap Papiss Demba Cisse ini meruapakan Muslim yang taat dan membela klub Newcastle United. Ia juga berkebangsaan Senegal dan memiliki rekor jumlah gol terbanyak sebagai pemain yang berasal dari Afrika. Bersama Demba Ba, Cisse selalu bersujud syukur atas karunia Allah SWT masa dirinya merobek gawang lawan. Di Liga Inggeris, Cisse sekarang menjadi idola baru sekaligus pamain Muslim yang sangat disegani juga ditakuti oleh lawan-lawannya.
12. Hatem ben Arfa

Tidak jauh beda dengan Demba Ba dan juga Pappise Cisse, mantan pemain Lyon dan Marseille ini juga seorang Muslim yang sekarang bermain untuk Newcastle United. Nama Ben Arfa seakan memecut melalui  skill bolanya yang luar biasa dan menjadi pemain yang sukar dihentikan lawan-lawannya. Bersama ke dua kawan Muslimnya Demba Ba dan Cisse, ia membawa Newcastle berjaya berada di posisi lima klasemen akhir Liga Premier Inggeris musim kemarin. 


Mungkin ini adalah kata-kata dari Ben Arfa yang saya kutip dari Republika Online (ROL), siapa tahu dapat menginspirasi anda. “Saya percaya pada Tuhan (Allah SWT). Tapi saya tidak menunjukkannya. Ini adalah sesuatu dari hati, sesuatu yang intim antara aku dan diriku. Saya percaya pada Allah SWT, Allah Always In My Heart!”.

13. THE SPECIAL !! Frederic Kanoute
Siapa yang tidak megenal pemain Muslim yang taat ini ? Frederic Kanoute mungkin adalah satu-satunya pemain yang paling berani membela agama Islam di Eropa. Saat masih bermain di Sevilla, secara tegas ia menolak untuk memakai seragam klub tersebut yang pada waktu itu disponsori oleh rumah judi. Pada suatu pertandingan ia pernah menutupi sponsor rumah judi tersebut dengan plester warna hitam sebagai wujud protes kepada klubnya yang masih disponsori oleh rumah judi.

Masjid di Sevilla yang meruapakan masjid sewaan, dikhabarkan telah dibelinya seharga USD 700 ribu. Masjid itu merupakan satu-satunya masjid yang menjadi tempat ibadah kaum Muslim di wilayah tersebut.

Bukan hanya itu, kawan pembaca mungkin masih ingat semasa dirinya mencetak gol. Ia membuka kostum yang bertuliskan Palestin dan menentang penajajahan yang dialami oleh warga Palestin. Hal itu memang membuat orang Eropah kaget dan secara mengejutkan, dia mendapat hukuman dari pihak penyelenggara Liga Spanyol. Syabas!
Kanoute juga tidak pernah sungkan untuk melaksanakan solat lima waktu dimanapun dan dalam kondisi apapun. Tidak jarang dia menyempatkan diri slat masa pertandingan memasuki turun minum. Di ruang ganti yang notabene diisi oleh para pemain yang non-muslim, dirinya tetap menjalankan ibadah wajibnya tersebut.
Subhanallah!
Akhirnya...

Sebenarnya masih banyak lagi pemain-pemain Muslim yang sedang bersinar di tanah Eropah dan sedang kesulitan untuk menegekan ajaran agama Islam di wilayah yang majoriti non-muslim. Semoga tulisan ini bermanfaat, terutama kepada atlet-atlet sukan Malaysia di bulan Ramadhan ini. Kementerian belia dan sukan di negara ini perlu buat perinciaan untuk menauladani ruh Islam pejuang-pejuang bola sepak yang baru atau lama  masuk Islam di Eropah.

Tidak salah belajar dari muallaf!!

Friday, July 20, 2012

DIAMBANG RAMADHAN

29 Syaaban 1433H.

الْحَمْدُ لِلَّهِ القَائِلِ :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ .
اَمَّا بَعْدُ, عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah !
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kita berada di ambang Ramadhan yang sekian lama kita nantikan. Ramadhan merupakan anugerah Allah kepada kita untuk melahirkan manusia yang bertaqwa sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat yang dibacakan tadi. Ibadat puasa merupakan salah satu kewajipan yang diperintahkan oleh Allah menggunakan kalimah difardhukan “كُتِبَ عَلَيْكُمْ “ seperti difardhukan Hukum Qisas, Hukum Jihad Fi Sabilillah dan sebagainya. Namun apakan daya manusia seringkali memilih-milih untuk mengerjakan perintah Allah berdasarkan selera dan keselesaan mereka dan menganggap remeh apa yang tidak disukai mereka.

Hadirin yang dikasihi Allah,

Puasa tidak hanya sekadar meninggalkan makan dan minum semata-mata tetapi memerlukan jihad melawan hawa nafsu yang selama ini menjadi raja kepada kebanyakan manusia dan tidak ada cara yang lebih baik bagi mengawalnya kecuali dengan cara berpuasa. Namun jika silap cara kita menunaikan puasa maka sia-sia sahajalah ibadat tersebut tanpa dapat melahirkan insan-insan bertaqwa di penghujung Ramadhan. Sabda Rasulullah SAW :

كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ اِلاَّ الْجُوْعُ وَالعَطْشُ وَكَمْ مِنْ قاَئِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِياَمِهِ إِلاَّ السَّهَرُ
Berapa ramai orang yang berpuasa sedangkan tiada sebarang faedah yang diperolehinya daripada puasa tersebut kecuali hanya lapar dan dahaga. Dan berapa ramai orang yang bangun malam sedangkan tiada sebarang faedah yang diperolehinya daripada bangun malamnya kecuali hanya penat dan lelah. – Hadis Riwayat Ahmad.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Terdapat beberapa tanda bagi mengenalpasti samada puasa kita diterima oleh Allah atau tidak. Ianya boleh dinilai melalui keselarasan amalan kita dengan perintah Allah sepanjang Ramadan dan selepas kita menjalani sebulan Ramadhan nanti Jika sekiranya setiap hari kita berpuasa dan setiap hari yang berlalu menambahkan lagi kekuatan kita untuk melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya maka besarlah harapannya puasa kita di terima Allah.

Jika sekiranya hari-hari yang mendatang hanya menambahkan dosa atau tidak ada sebarang peningkatan terhadap kualiti dan kuantiti ibadat kita maka dibimbangi kita akan hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Hadirin mukminin yang dirahmati,
Di antara ciri-ciri orang yang beriman dan bertaqwa adalah kegembiraan mereka dalam menyambut kedatangan Ramadhan. Kegembiraan mereka bukan hanya kerana peluang perniagaan yang terbuka luas, bukan hanya kerana boleh menguruskan badan dan bukan juga kerana mahu mengurangkan ataupun berhenti merokok, tetapi kerana kesedaran tentang kelebihan Fadhilat Ramadhan itu sendiri.

Orang yang beriman akan berusaha melipatgandakan amal ibadat melebihi daripada usaha mempelbagaikan juadah ketika berbuka. Disamping itu orang yang bertaqwa akan memastikan mereka tidak berlebih-lebih dan melakukan sebarang pembaziran sepanjang Bulan Ramadhan ini.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Sebahagian Umat Islam melakukan beberapa kesilapan dalam menghayati Ramadhan. Keghairahan kita melakukan ibadat terutamanya solat Terawih biasanya hanya bertahan selama separuh daripada Bulan Ramadhan sahaja.

Sepuluh hari yang terakhir daripada Ramadhan menunjukkan kemerosotan bilangan jemaah yang amat ketara walaupun kelebihannya terutamanya dalam mencari Lailatul Qadar jauh lebih besar daripada hari-hari sebelumnya. Ramai di antara kita tidak mahu terlepas untuk menunaikan Solat Terawih yang hukumnya hanya disunatkan tetapi tidak merasa sebarang kerugian ketika meninggalkan Solat Fardhu berjemaah walaupun hukumnya adalah Fardhu Kifayah.
Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Keghairahan bertadarrus menyebabkan kita sering berlumba-lumba untuk mengkhatamkan Al-Quran melalui program Tadarus sebelum berlalunya Ramadhan. Ini menyebabkan sebahagian dari kita hanya bergotong royong dalam menghabiskan bacaan tanpa ada sebarang peningkatan dalam mutu bacaan.

Kita hanya membaca dan mendengar bacaan tanpa ada proses pembelajaran kerana tertekan mengejar waktu untuk mengkhatamkan Al-Quran sehingga akhirnya banyak berlaku kesilapan dan pahala yang diharapkan bertukar menjadi laknat tuhan. Sewajarnyalah apabila mutu bacaan sudah dipertingkatkan maka kita beralih kepada usaha pemahaman.

Setelah pemahaman terhadap Al Quran dapat dicapai maka berusahalah seboleh mungkin untuk menghayati segala ajaran Al-Quran. Janganlah kita hanya menjadi golongan yang hanya mementingkan bacaan tetapi kembali kepada Allah sebelum dapat mengamalkan apa-apa daripada ajaran Al-Quran.

Hadirin mukmin sekelian,

Di antara kesilapan pihak pengurusan masjid dan surau di seluruh Negara ini adalah kerana kebanyakkannya menghentikan kelas-kelas pengajian sepanjang Ramadhan yang mulia ini. Sebahagian besar daripadanya hanya memulakan semula semua pengajian hanya setelah berlalunya sebulan Syawal.

Ini menyebabkan kebanyakkan Umat Islam tidak menuntut ilmu selama dua bulan walaupun ianya amat penting dan merupakan kewajipan setiap orang Islam. Alangkah baiknya jika kuliah Maghrib yang diadakan selama ini digantikan dengan tazkirah selepas Terawikh, kuliah dhuha, kuliah subuh dan sebagainya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Setiap kali tibanya saat menjelang Ramadhan, kedengaran suara-suara sumbang yang mempertikaikan mengenai kaedah Rukyah (melihat anak bulan) yang dilaksanakan di seluruh Negara. Ada yang mengatakan bahawa apa perlunya membazir masa dan kewangan sekadar berpesta di pantai-pantai dan bukit bukau sedangkan bukan sekadar bulan, malah planet, bintang dan komet pun boleh diketahui kedudukannya dengan kiraan.

Ada juga yang lebih sinis mengatakan jika nak menyambut Ramadhan pastinya anak bulan tidak akan kelihatan berbeza dengan menyambut Syawal yang pastinya jelas kelihatan.
Perlaksanaan Rukyah sebenarnya adalah menjadi tanggungjawab Fardhu Kifayah yang wajib dilaksanakan oleh pemerintah pada setiap 29 Syaban tahun Hijriah. Tanggungjawab ini telah digalas dengan sempurna oleh Jabatan Mufti Negeri Perak melalui Bahagian Falak.

Di Negara ini kita menggunapakai Kaedah Rukyah dan Hisab untuk menentukan awal bulan. Melalui kaedah ini, ditetapkan bahawa hilal akan kelihatan sekiranya ketika matahari terbenam, hilal berada di atas ufuk melebihi 2 darjah dan jaraknya dari matahari melebihi dari 3 darjah atau umur hilal melebihi 8 jam

Maka disamping pengiraan falak yang dikira terlebih dahulu, aktiviti rukyah hilal tetap dilaksanakan sebagai pengesahan. Jika pada 29 Syaaban, hilal dapat dilihat dengan mata dan pengiraan yang telah dibuat menunjukkan bahawa ianya sepatutnya kelihatan, maka keesokan harinya akan diiktiraf sebagai 1 Ramadhan.
Namun sekiranya anak bulan tidak kelihatan samada melalui mata kasar atau pengiraan, maka keesokkan harinya dikira sebagai 30 Syaban.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Hilal ditakrifkan sebagai bentuk bulan yang pertama kali kelihatan selepas fasa ijtimak. Bulan sentiasa berubah-ubah bentuknya berdasarkan hari-hari dalam taqwim Hijriah. Biasanya pada hari ke-15 dalam bulan Hijrah, bulan akan kelihatan penuh. Pada hari ke-28 pula bulan akan hilang kerana ketika itu bulan sedang mengalami fasa bulan gelap. Jadi selepas fasa bulan gelap, barulah hilal akan muncul iaitu pada 1 haribulan setiap bulan.

Hadhirin yang dirahmati Allah,
Sesekali kita mendengar suara-suara sinis masyarakat mempertikaikan; mengapa Hilal lewat dilihat di Negara ini berbanding Negara-negara berada di sebelah barat seperti negara Arab Saudi, Mesir dan sebagainya.

Sebenarnya perkara ini timbul kerana ketika fasa bulan gelap, bulan berada terlalu dekat dengan matahari. Semakin jauh ke sebelah barat, semakin jauh kedudukan bulan daripada matahari. Ketika ini cahaya bulan yang malap akan lebih mudah kelihatan kerana cahaya matahari yang terlalu kuat sudah semakin jauh dari bulan. Oleh kerana itulah Hilal akan lebih mudah kelihatan di negara-negara sebelah barat berbanding negara-negara sebelah timur.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٨٥﴾
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Marilah kita berusaha melakukan perubahan sempena Ramadhan pada tahun ini. Jika selama ini kita tidak pernah melakukan Qiamullail maka inilah peluang bagi kita untuk melakukannya sebelum kita bersahur atau selepasnya. Jika kita jarang meninggalkan Sunat Witir sepanjang Ramadhan maka teruskanlah melakukannya walaupun sesudah berlalunya Ramadhan. Jika kita sanggup berjemaah Terawih sepanjang Ramadhan maka teruskanlah berjemaah dalam Solat Fardhu sesudah Ramadhan. Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’du ayat 22 :

وَالَّذِيْنَ صَبَرُوْا ابْتِغَآء َوَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوْا الصَّلوة وَأَنْفَقُوْا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلاَنِيَةً وَيَدْرَءُوْنَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُوْلَئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ

“Dan mereka yang sabar kerana mengharapkan keredhaan tuhan mereka semata-mata dan mereka mendirikan sembahyang serta membelanjakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka samada secara sembunyi ataupun secara terang-terangan dan mereka menolak kejahatan dengan cara melakukan kebaikan. Mereka itulah disediakan balasan yang baik di Hari Akhirat”.

Hadirin yang dirahmati Allah,

Ramadhan seharusnya dimuliakan dan dihormati oleh setiap warga Negara yang tidak kira apa agama sekalipun. Oleh kerana Islam adalah agama persekutuan, maka semua penganut agama lain wajib turut sama menghormati Ramadhan.

Segala aktiviti maksiat yang sememangnya diharamkan oleh semua agama mestilah dihentikan serta merta. Tidak sepatutnya hanya Umat Islam sahaja yang sibuk menghormati kebebasan penganut agama lain, sedangkan hakikatnya, kebebasan tersebut merupakan pelanggaran terhadap tuntutan agama mereka sendiri.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah, Ghafarullah Lahu.

رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.
وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.