2. Peristiwa Nuzul al-Quran.
Firman
Allah yang bermaksud, "Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan
al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu,
serta pemisah antara yang hak dan yang batil." (al-Baqarah: 185).
Ibnu
Kathir waktu menafsirkan ayat ini berkata, "Allah memuliakan bulan
Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilih di dalamnya
untuk diturunkan alQuran."
3. Peperangan Badar al-Kubra
Berlaku pada tanggal 27 Ramadhan 2H (Jumaat) di mana 313/317 tentera Islam menang menentang lebih 1000 pasukan United Muta'assibin National Organization (Umno @ Perti Perkauman Ekstrem Bersatu).
Berlaku pada tanggal 27 Ramadhan 2H (Jumaat) di mana 313/317 tentera Islam menang menentang lebih 1000 pasukan United Muta'assibin National Organization (Umno @ Perti Perkauman Ekstrem Bersatu).
Firman
Allah yang bermaksud, "Dan benar-benar Allah telah menolong kalian di
Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian pada
Allah, moga-moga kalian bersyukur." (Surah Ali Iimran: 123)
Menurut Ibn Abbas, pada 27 Ramadhan jugalah Firaun dan Abu Jahal yang menjadi musuh terbesar umat Islam dibunuh.
4. Fathul Makkah
Berlaku pada 20 atau 21 Ramadhan 8H.
Berlaku pada 20 atau 21 Ramadhan 8H.
Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya kami telahpun memberikan kepadamu kemenangan yang nyata." (Al-Fath: 1)
5. Penghancuran berhala 'Uzza
Berkata
Ibn Kathir, pada hari kelima terakhir tahun Hijriah, Rasulullah telah
mengutuskan satu pasukan khas pimpinan Khalid al-Walid untuk hancurkan
pengibadatan taghut itu.
Sabda Rasulullah s.a.w, "Uzza itu tidak akan disembah selama-lamanya..."
6. Penghancuran berhala Latta
Berlaku di bulan Ramadhan pada tahun ke9 Hijriah.
Pengislaman suku Tsaqif dan Thaif mendorong Rasulullah untuk menghancurkan Latta yang sebelum ini disembah mereka.
Tetapi, mereka meminta untuk menghancurkan berhala itu dengan tangan mereka sendiri lalu Rasulullah membenarkannya.
7. Pembukaan Kota Andalusia (kini Sepanyol)
Berlaku pada 27 Ramadhan 92H oleh seorang anak muda bernama Tariq bin Siyad.
Berlaku pada 27 Ramadhan 92H oleh seorang anak muda bernama Tariq bin Siyad.
Kedatangan
Tariq di persisiran pantai Andalus mengejutkan rejim Roderick, Sang
Penguasa Visigoth hingga dia menyediakan 25 ribu tentera pasukan awal
untuk menghadapi 12 ribu tentera Islam.
Selepas menguasai Jabal Tariq dan membakar semua kapal yang dinahkodainya itu, Tariq berkhutbah,
"Lautan di belakang kalian manakala musuh di depan kalian..."
Wallahu 'alam...