Thursday, December 17, 2009


ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI
Mana Maruah Melayu Islam?

Tazkirah "
Banyak berita yang mengemparkan penduduk Malaysia, terutamanya penduduk melayu Islam dengan berbagai kes samun dan pembunuhan. Kes jenayah seperti ini sering dan kerap kita dengar di dada-dada akhbar dan media.


Adakah ini semua bala Allah yang diturunkan kepada umat manusia umumnya yang semakin terhakis keimanan mereka. 20 tahun dahulu susah dan jarang kita dengar kes-kes samun atau bunuh seperti sekarang. Kehidupan manusia hari ini musnah disebabkan ketamakkan, kerakusan, kejahatan dan kebodohan manusia itu sendiri.


Kes samun yang terbaru melibatkan pembunuhan warga emas di Kampung Besar, Tasek Gelugor Pulau Pinang. Kesian sungguh dan menyayat hati orang tua dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kenapa semua ini boleh berlaku? Perkara ini berlaku adalah disebabkan manusia sekarang ini jauh dengan agama Islam, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral kurang ditekankan di semua peringkat masyarakat. Malah subjek Pendidikan Islam ini dijadikan mata pelajaran sahaja, bukan sebagai penghayatan.


Kebanyakan keluarga melayu Islam tidak mementingkan pendidikan Islam, mereka hanya menekankan pendidikan sains, matematik, bahasa inggeris dan sebagainya untuk anak-anak mereka lulus dalam peperiksaan untuk masuk ke universiti. Mereka rasa semua ini sudah cukup dan berjaya mendidik anak-anak mereka. Tetapi mereka lupa semua yang mereka tekankan dan pentingkan itu merupakan luaran atau intelektual sahaja, ilmu-ilmu ekademik semua merupakan ilmu keperluan jasmani sahaja untuk mencari kedudukan atau mencari makan dan minum sahaja. Maka dari sinilah masalah-masalah sosial makin meningkat dan makin berleluasa. Timbul berbagai jenayah yang baru seperti mat rempit, black mettal, skinhet, dadah dan sebagainya. Semua ini melibatkan muda mudi Islam atau melayu Islam.


Jarang kita dengar bangsa Cina dan India terlibat dengan jenayah seperti ini. Kebanyakannya semua dari orang melayu Islam. Kes buang anak di dalangi oleh remaja melayu Islam, dadah mejoriti melayu Islam, mat rempit melayu Islam dan semuanya melayu Islam. Apa yang perlu dibangakan kepada melayu Islam. malah melayu Islam telah mencemarkan maruah Islam yang suci.


Jika perkara ini tidak dibendung, kemungkinan 10 atau 20 tahun negara kita tergadai kepada bukan melayu, kerana orang melayu terlibat dengan jenayah dan mempunyai pendidikan tidak tinggi sebab merempit, dadah dan sebagainya. Bagi sesiapa yang berkeluarga dan mempunyai anak, tanamkan roh Islam ke dalam jiwa anak seperti umur 7 tahun ajak sembahyang, menutup aurat, memperkenalkan perkara yang benar dan salah di sisi undang-undang Islam dan negara.


Anak-anak dididik atau diajar dengan penuh suasana Islam, saya yakin jika diizinkan Allah anak-anak tersebut tidak akan melakukan perkara kesesatan atau jenayah, kerana mereka mengetahui batasan Islam. Negara juga akan kembali aman dan tidak lagi kita dengar masalah-masalah sosial dari kalangan melayu Islam. Kesimpulan mudah mari kita berpegang kepada syiar Islam, maka hidup kita dan keluarga kita akan bahagia di dunia dan di akhirat.

Tuesday, December 15, 2009

ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI
Jusco Melaka Meletup
Berita "
Allah Maha Berkuasa, selepas seminggu kejadian KBMall runtuh di Kota Bharu kerana kereta yang terjatuh dari tempat parkir, petang tadi pusat membeli belah Jusco di Melaka pula meletup.
jusco meletup
Gambar-gambar Jusco Melaka Meletup yang diambil oleh rakan saya

Kejadian Jusco meletup ini menyebabkan seorang meninggal manakala 19 orang tercedera. Dipercayai letupan berpunca dari kobocoran paip gas menyebabkan gegaran di sana.

jusco meletup

jusco meletup

jusco meletup

Monday, December 14, 2009


ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI

3 jam di alam perkahwinan, berpindah ke alam barzakh


Tazkirah
"Takziah kepada Teh Afiffah dan keluarga serta keluarga suaminya Mohd Arif atas tragedi kemalangan suaminya yang baru sahaja selesai akad nikah di paginya dan menemui ajal di tengaharinya. ‘Azzamallahuajrakum‘ (moga Allah membesarkan pahala kamu semua). Tragedi tiada dipinta, kemalangan tidak pernah disangka, tangisan menggantikan ketawa, namun takdir mengatasi segalanya.

Pengajaran buat semua ialah bukan sukar untuk berpindah dari sebuah alam ke alam lain. Dari alam bujang ke alam perkahwinan mengambil masa beberapa saat melalui lafaz akad nikah. Dan demikianlah juga dari alam perkahwinan di alam dunia ke alam barzakh, hanya beberapa saat sahaja.

kuliah audio:

1 zuhud-byk ingat mati 13 dec 09

2 zuhud-byk ingat mati 13 dec 09

Dengan kata lain, kematian cukup hampir kepada kita. Tetapi kematian itulah yang kita abai dan lalaikan. Lalai bahawa apabila berpindah sahaja ke alam barzakh, senang dan susah akan ditempuh dengan sebenar. Lalai dari membawa bekalan yang cukup. Lalai bahawa bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa. Lalai dan terus lalai…

Cuba bayangkan, dalam keadaan asyik ”Sehati Berdansa’, silap angkat isteri, tergeliat urat lalu terjatuh. Masuk wad lalu mati. Apa nak kata?

Cuba bayangkan, dalam keadaan terkinja-kinja Konsert Akademi Fantasia, penyanyi atau penonton, tiba-tiba kena darah tinggi, pengsan lalu mati dalam keadaan begitu, apa nak kata?

Cuba bayangkan seperti dalam sebuah kelab malam yang terbakar, sedang tunggang arak, berhibur, jantan betina bercampur, tiba-tiba kelab malam terbakar lalu mati dalam keadaan demikian, apa nak kata?

Contoh-contoh ini tiada kaitan langsung dengan cerita pengantin di atas. Cuma ia hanya menggambarkan betapa kematian itu memang tidak dapat disangka. Perpindahan ke alam barzakh bukanlah sesuatu yang boleh dijangka, tetapi insyaAllah ia tidak akan menjadi tragedi bagi orang mukmin yang tabah, sabar serta sudah bersedia membawa bekal ke sana.

Wednesday, December 9, 2009


ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI

Jawatan Kosong Kerajaan Dikemaskini 9/12/09
Dilulus untuk paparan oleh SepatuPutih

Info Semasa
Jawatan Kosong Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta Dikemaskini pada 9/12/2009

Maklumat lanjut, sila layari http://jobless.my
Antara Kekosongan adalah seperti berikut:
WALK-IN INTERVIEW
AEON CO.(M) BHD 2009/12/9 KUALA LUMPUR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Bank Negara Malaysia (BNM) 2009/12/9 KUALA LUMPUR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) 2009/12/9 KUALA LUMPUR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Perbadanan Bioteknologi dan Biodiversiti Negeri Johor (PBBNJ) 2009/12/9 JOHOR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
ASTRO 2009/12/8 KUALA LUMPUR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 2009/12/8 SELANGOR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2009/12/8 KUALA LUMPUR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2009/12/7 SELANGOR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
PERODUA 2009/12/7 SELANGOR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) 2009/12/7 SELANGOR

DAN BANYAK LAGI!!!!

Dua ditahan kes kereta terjunam di KB Mall
Dis 8, 09 2:28pm
Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian sebuah kereta yang menjunam jatuh ke dalam pasar raya KB Mall di Kota Bharu dua hari lepas yang membunuh dua pelajar kolej kejururawatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata lelaki berusia 20-an itu di tahan pukul 3 petang semalam, manakala yang perempuan ditahan malam tadi di rumah masing-masing.

"Kedua-duanya kini direman beberapa hari bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dikaitkan menyebabkan kematian dalam insiden itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu, hari ini.

Dalam kejadian pukul 5 petang Ahad lepas, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Bharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh akibat dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.

Dua lagi cedera parah iaitu Rashidah Ahmad Lutfi, 24, juga pelajar kolej yang sama dan pemandu kereta terbabit, Nurul Ain Said, 17 - kedua-dua dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Kedua-dua lelaki dan wanita yang dipercayai rakan kepada Nurul Ain menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Siasatan lanjut kini tertumpu kepada punca dan sebab kejadian.

Semalam Abdul Rahim berkata struktur tembok penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall yang tidak kukuh dipercayai punca kepada kereta yang dipandu Nurul Ain terjunam ke dalam bangunan.

Beliau berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil ia boleh runtuh sebagaimana yang berlaku itu.

Difahamkan lelaki yang ditahan semalam adalah abang angkat kepada Nurul Ain dan kenderaan Ford Laser TX3 itu telah dipinjam oleh abang angkat berkenaan daripada seorang rakannya untuk membawa Nurul Ain dan adik Nurul Akmal, 14, ke pasar raya itu untuk membeli-belah. BERNAMA

Menangi iPod Shuffles dan Hadiah Lumayan Lain! Sertailah Kaji Selidik Sekarang!



Monday, December 7, 2009


ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI

KB Mall pula runtuh
Posted on Sunday, December 06 @ 04:22:15 PST
Dilulus untuk paparan oleh SepatuPutih

Berita
Sedang menerokai dunia internet, mencari bahan-bahan dan isu-isu terkini, terjumpa satu tajuk berita yang sedang hangat doiperkatakan di satu blog. "KB Mall runtuh" Begitulah tajuknya.

Selepas sedikit sebanyak membacanya, mencari sumber asal gambar tersebut, kesahihan berita tersebut hampir berakhir.Ingatkan ia benar-benar runtuh,seperti runtuhnya Stadium di Terengganu baru-baru ini.

Rupa-rupanya, KB Mall tidaklah runtuh seperti yang disangka. Entah macam mana boleh berlaku, menurut sumber yang dibaca, sebuah kereta di tempat parking KB Mall undur kebelakang (reverse) sehingga terlanggar dinding KB Mall tersebut sehingga menyebabkan kereta itu jatuh kedalam kawasan pusat beli belah KB Mall betul-betul diantara dua tangga bergerak. Kemalangan tersebut berlaku dalam lingkungan jam 5 petang.











Menurut cerita yang dibaca, seorang telah meninggal dan 3 orang cedera di dalam insiden yang berlaku itu.

Yang menjadi tandanya, adakah perbuatan ini sengaja dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dan mempunyai motif untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan dan Kepimpinan Ulama' seterusnya menutup isu-isu negara Malaysia yang sedang berlaku. WallahhuA'lam...

ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI

Video: Dua maut kereta terjunam dari parkir pasar raya KB Mall
Posted on Sunday, December 06 @ 09:39:59 PST
Dilulus untuk paparan oleh SepatuPutih

Multimedia
KOTA BAHARU 6 Dis. — Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.

Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang. - BERNAMA

Koleksi video daripada pelbagai sumber melalui search youtube untuk tatapan dan mungkin ada yang 18SX



ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI
Switzerland mafia dunia paling jijik - Gadhafi
Posted on Sunday, December 06 @ 16:06:21 PST
Dilulus untuk paparan oleh SepatuPutih

Luar Negara Keputusan lebih 57 peratus pengundi Switzerland menyokong gagasan sayap kanan untuk melarang kewujudan menara di atas masjid-masjid pada 29 November lalu telah mencetuskan reaksi antarabangsa yang menganggapnya sebagai sikap paling tidak bertoleransi terhadap agama.
Sumber AFP

TRIPOLI 7 Dis. - Pemimpin Libya, Mohamed Gadhafi berkata, pungutan suara Switzerland untuk mengharamkan pembinaan menara baru (masjid) hanya akan mengundang tindakan Al-Qaeda melancarkan serangan di Eropah, lapor agensi berita JANA semalam.

“Mereka hanya berpura-pura memerangi Al-Qaeda dan menentang keganasan, padahal mereka baru sahaja mengadakan perkhidmatan terbesarnya,” katanya yang merujuk kepada Switzerland sebagai mafia dunia paling jijik.

Ketika bercakap pada majlis akademik di Zliten, 160 kilometer ke timur Tripoli semalam Gadhafi berkata, negara-negara Islam kini sudah ada hujah untuk tidak membenarkan pembinaan gereja-gereja baru. - AFP

Tuesday, November 24, 2009


http://img517.imageshack.us/img517/8850/bannersn.gif
22/12/2009
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhet0ETAlv3z81CqHXt7hgse9VWPSWZ8tHzGBcBili8K0n4IS4_yWY75AZgkZGXMP79UGAfkcC9XtedKfunuJQA4qYMO0N64PKwJlMdCLvRxh0dzCUfQyIgWMVX3DIl-s42D_na2VOXgKkO/s1600/2009-11-17_161432.jpg

SALAM AIDIL ADHA- Kelebihan Bulan Zulhijjah

hari aidiladha Pictures, Images and Photos




Tak ramai yang tahu amalan-amalan yang sesuai dan yang dianjurkan kepada umat Islam pada bulan ZulHijjah ini. Sebab kita dah biasa faham tentang kelebihan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Bulan Zulhijjah adalah bulan yang sangat penting sebab selain daripada sambutan Aidil Adha (10 Zulhijjah), bulan ini juga adalah bulan umat Islam mengerjakan Haji serta mengadakan korban. Seluruh umat Islam mendapat kebajikan daripadanya, baik mereka yang menunaikan Haji, baik mereka yang tak menunaikan haji tapi berkorban dan juga baik kaum fakir miskin yang memperoleh rezeki korban. Dan hari yang paling diutamakan pada bulan ini pula adalah Hari Arafah (9 Zulhijjah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam juga menggalakkan umatnya agar melakukan amalan kebajikan yang banyak pada bulan ini kerana kelebihan musim haji itu, dan juga kerana kelebihan Kaabah Allah yang menjadi kunjungan para jemaah haji.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?”. Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.


Saya cuba ringkaskan dan senaraikan segala amalan yang dianjurkan ke atas kita pada bulan yang mulia ini.

  • 1. Menunaikan haji dan umrah
Sebaik-baiknya amalan adalah menunaikan haji dan umrah. Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”. (Maaf, saya tak jumpa sanadnya ni dari mana. Sape2 tahu harap bagitahu saya)

  • 2. Berpuasa
Sesiapa yang berpuasa pada hari Arafah, Allah akan menghapuskan dosanya selama 2 tahun. Hari Arafah adalah hari di mana Allah telah menyempurnakan agama-Nya.

Diriwayatkan oleh Hunaydah Ibn Khaalid oleh isterinya, bahawa salah seorang dari isteri Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah berkata:

"Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam kebiasaannya berpuasa pada 9 hari pertama Zulhijjah dan hari Asyura, dan pada 3 hari pada setiap bulan, hari Isnin pertama pada setiap bulan dan 2 hari Khamis." Riwayat al-Nasaa'i, 4/205 dan Abu Daud; dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albaani dalam Sahih Abi Daud, 2/462.

  • 3. Berzikir
Adalah sunnah supaya kita berzikir takbir (Allahu Akbar), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Illallah) dan tasbih (Subhanallah) pada 10 hari pertama Zulhijjah.

Firman Allah SWT: "Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak." (Surah Al-Hajj 22:28)

Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :

Eid Al Adha Pictures, Images and Photos
“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”.

Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.

  • 4. Bertaubat
Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa supaya mendapat keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

  • 5. Memperbanyakkan amalan soleh
Terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran, mendekatkan diri kepada-Nya dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

  • 6. Bertakbir pada hari Aidil Adha
Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

  • 7. Melakukan korban (menyembelih binatang ternakan)
Pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dan membelanjakan harta pada korban tersebut semata-mata kerana Allah. Kemudian disedekahkan 2/3 daripadanya kepada kaum fakir dan miskin.

"Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir." (Surah Al-Hajj 22:28)

  • 8. Solat Aidil Adha di masjid dan mendengar khutbah
Berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.


AIDILADHA Pictures, Images and Photos
MPV terbaru Perodua Alza

Alza terima tempahan 3,500 unit



Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) semalam melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya yang dinamakan Perodua Alza di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Abdull Hafiz Abu Bakar berkata, MPV terbaru yang ditawarkan pada harga di antara RM56,000 sehingga RM70,000, itu telah dibuka untuk tempahan sejak 13 November lalu dan sehingga pukul 2 petang semalam pihaknya telah menerima tempahan sebanyak 3,500 unit.

Menurut beliau, tempahan yang diterima itu menepati segmen sasaran pihaknya yang ditumpukan kepada golongan keluarga bersaiz kecil dalam lingkungan umur 30-an sehingga 40-an serta golongan bujang di kawasan bandar.

"Daripada jumlah tempahan 3,500 unit itu, 80 peratus merangkumi mereka dalam lingkungan usia 30-an hingga 40-an manakala bakinya adalah daripada golongan bujang,'' katanya.