Monday, June 21, 2010

Rejab Bulan Palestin
Open Artikel

"Di antara peristiwa penting di bulan ini ialah Isra’ Mikraj. Pelbagai pengajaran boleh diambil darinya. Di antara yang penting tetapi jarang disingkapi dengan wajar ialah hubungkait Isra’ Mikraj dengan isu Palestin. Ketika kecil-kecil dahulu, ustaz atau tok guru berkata: ‘Bulan Rejab dah masuk. Kita baca Isra..’ Lalu disebut peristiwa-peristikwa yang dilalui Nabi Muhammad SAW tanpa dihubungkaitkan dengan hikmah dan falsafah di sebaliknya.

Masa itu telah lama berlalu. Ramai ustaz, penceramah kini yang menghuraikan Isra’ Mikraj dan bulan Rejab dan falsafahnya termasuk kaitannya dengan bumi Palestin itu sendiri. Dr Fadl Hasan Abas, seorang ahli akademik pakar ilmu tafsir berasal dari Palestin, matanya buta, hatinya tidak, menulis sebuah buku berjodol Nafahat Min al-Isra wal Mikraj. Di antara kupasannya menyebut Isra’ Mikraj ialah hari Palestin. Kita tidak perlu menunggu akhir Rejab untuk menyambut hari Palestin ini.

Saya sendiri telah menyampaikan kuliah khusus berkaitan Palestin seawal 4 Rejab kali ini.

Rejab Bulan Palestin 1 (8) , 2 (6), powerpoint (12)

kupasan dari kitab nafahat min al-Isra wal mikraj: 1 (6), 2 (6)

khutbah khutbah Jumaat Ust Ridhuan Md Nor, exco DPPP Masjid Pasir Minal (10)

Surah al-Isra’ turun selepas surah al-Qasas. Surah al-Qasas berkenaan para Nabi terdahulu. Hampir kesemuianya berkisar di bumi Palestin atau yang berhampiran dengannya. Selepas surah al-Qasas, surah al-Isra’ menyusul. Fokus peristiwa Isra’ terhadap Palestin boleh disimpulkan dalam beberapa point seperti di bawah (melalui ringkasan buku Nafahat min al-Isra’ wal Mikraj):

1.Surah al-Isra’ juga dinamakan surah Bani Israel. Tentu ada hikmah dinamakan demikian. Surah Muhammad misalnya, juga dinamakan surah al-Qital (peperangan). Jangan disangka nama ini hanya kerana ada perkataan alqital di dalam surah Muhamamad itu. Surah al-Mukmin juga dinamakan surah Ghafir. Bacalah surah-surah itu kalau mahu memahami mengapa ia dinamakan demikian. Surah al-Isra’ yang dinamakan surah Bani Israel bukan hanya kerana disebut Bani Israel di dalamnya, kerana Bani Israel banyak disebut dalam surah-surah yang lain. Disebut Bani Israel bersama peristiwa Isra’ menunjukkan sejarah yang dalam dan panjang di antara keduanya. Ini mengingatkan kepada orang Islam betapa keturunan bani Israel ini akan bertembung dengan mereka terutama dalam isu Palestin ini. Apatah lagi apabila mereka mendakwa mereka punya hak ke atas bumi Palestin ini.

2.Dalam ayat pertama surah al-Isra’, Nabi Muhammad SAW tidak disebut dengan namanya tetapi pangkat ‘hambaNya’, satu pangkat yang sebenarnya cukup tinggi di sisi Allah. Ini menjadi isyarat jelas buat umat Islam bahawa bumi Palestin ini tidak dapat dibebaskan melainkan sifat kehambaan kepada Allah itu dibuktikan terlebih dahulu. Sifat hamba inilah yang menjadikan umat Islam itu wali Allah dan punya karamah sehingga batu dan kayu bercakap memberitahu umat islam bahawa Yahudi bersembunyi di belakang kayu dan batu itu. Nabi SAW bersabda: ‘Tidak berlaku Kiamat hingga orang Islam memerangi Yahudi, lalu orang Islam membunuh Yahudi sehingga Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Batu dan pokok berkata: ‘Ya Muslim Ya Hamba Allah! Ini Yahudi dibelakangku. Mari! Bunuh mereka’, melainkan pokok Gharqad kerana ia pokok Yahudi. Hadis riwayat Muslim.

Dalam sejarah, mereka yang mampu membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa adalah mereka yang menjulang tinggi kalimah Tauhid, punya sifat hamba cukup hebat, ibadah yang bukan calang-calang dan peribadi yang unggul. Saidina Umar al-Khattab dan Salahuddin al-Ayyubi adalah nama-nama itu. Seorang penyair menyebut:

Bagi Masjid al-Aqsa itu ada kebiasaannya

ia berlaku, terjadi dan begitulah kebiasaannya

Apabila esoknya kehinaan bertapak

Allah membangkitkan bagi al-Aqsa penolong

Lantas penolong yang membebaskannya kali pertama

dan penolong yang membebaskannya kali kedua

Iman dan kehambaan kepada Allah itulah yang menjadi senjata utama bagi membebaskan Palestin sebelum senjata-senjata lain.

3.Firman Allah bermaksud ‘..ke Masjid al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya..’ Setiap perkataan dalam al-Quran punya erti dan maksud. Ia tidak disebut secara kosong tanpa makna. Barangkali inilah yang difahami oleh Salahuddin al-Ayyubi dalam misi membebaskan al-Quds dengan dibebaskan terlebih dahulu kawasan-kawasan sekitarnya. Mereka yang pernah ke Ajloun di Jordan, Damsyik di Syria akan melihat kota-kota Salahudin al-Ayyubi yang tegak berdiri megah hingga sekarang yang menjadi bukti sebuah jihad pepmbebasan bumi sekitar Palestin sebelum membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa itu sendiri. Barangkali itulah juga yang perlu difahami umat Islam sekarang. Selagi Mesir, Jordan, Syria, Lubnan disekitar Palestin diperintah oleh penguasa nasionalis Arab, maka selagi itulah bumi Palestin itu tidak dapat dibebaskan sepenuhnya.

4. Ayat kedua surah al-Isra’ memfokuskan tentang Nabi Musa yang diberikan Taurat, menjadi petunjuk kepada Bani Israel, zuriat dari Nabi Nuh as. Dalam peristiwa Isra’ Mikraj, Nabi Musa cukup prihatin dengan umat Muhammad SAW. Baginda yang meminta Nabi Muhammad SAW memohon kepada Allah supaya diringankan bilangan waktu solat buat umat Muhammad SAW kerana ia sudah punya pengalaman dengan Bani Israel. Bani Israel adalah bangsa yang suka mengingkari pelbagai nikmat Allah. Justru, umat Muhammad SAW tidak dapat mengalahkan musuh mereka di kalangan Yahudi jika mereka sama dengan Bani Israel dalam mengingkari nikmat-nikmat Allah. Saidina Umar pernah mengingatkan bala tentera Islam supaya taatkan Allah supaya mereka tidak sama dengan musuh dalam melakukan maksiat kepada Allah. Kalau sama-sama melakukan maksiat, maka kekuatan senjatalah yang menjadi ukuran.

5. Dalam ayat berikutnya, Allah menjelaskan bahawa Bani Israel ini akan melakukan kerosakan di mukabumi sebanyak dua kali dan akan menjadi begitu angkuh dan sombong kerana punya kelebihan-kelebihan tertentu. Dr Fadhl Hasan Abbas telah menghuraikan ayat ini dengan agak panjang. Kesimpulannya ialah kerosakan yang dilakukan pada kali yag kedua itu ialah di zaman kita ini. Mereka tidak pernah ada negara, tetapi Israel kini diiktiraf sebagai sebuah negara walaupun bagi umat Islam ia adalah negara haram. Dari segi politik, ia punya lobi yang kuat dalam menentukan Presiden Amerika dan dasar negaranya. Demikian juga dalam bidang ekonomi, syarikat apa yang tidak dikuasai oleh Yahudi. Dalam bidang ketenteraan, media dan komunikasi, Yahudi menjadi terlalu hebat seakan-akan tidak dapat dicabar oleh sesiapa pun.

Jelas kepada kita, bahawa peristiwa Isra’ Mikraj ini, walaupun hanya satu ayat disebut dalam ayat pertama surah al-Isra dan peristiwa mikraj pada ayat yang lain tetapi isu yang berkaitan dengannya bukanlah isu kecil, bahkan inilah di antara isu penting yang mesti diberi tumpuan oleh umat Islam. Bumi Palestin mesti dibebaskan. Dan umat Islam mesti membebaskan dirinya dari penyakit alwahnu (kasihkan dunia dan takutkan mati) terlebih dahulu, agar mereka layak membebaskan bumi Palestin.

KHATIB MENANGIS SEBAK BACA KHUTBAH JUMAAT
Tazkirah

Pada Jumaat 18 Jun 2010 saya bersolat Jumaat di Masjid Bandar Baru Senawang. Tajuk khutbah Jumaat pada hari tersebut ialah berkenaan berbuat baik kepada ibu bapa. Khatib baca khutbah dengan penuh semangat dan amat menghayatinya. Khatib didapati sering tersedu apabila membaca khutbah yang menyentuh kasih ibu. aka nada ketika kedengaran khatib menangis sebak dan terhenti sebentar membaca khutbah.



Yang khatib amat teresak menangis apabila membacakan dibawah ini :

Kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Sehinggakan untuk memasuki gerbang perkahwinan pun, masih mengharapkan bantuan ibu.

Inilah kali pertama saya dengar teks khutbah yang begitu menyentuh perasaan hinggakan semua jemaah tergamam mendengarkannya.

Dan inilah yang sepatutnya JAKIM buat setiap minggu, menyediakan teks khutbah yang praktikal yang menyentuh isu semasa, isu gejala sosial yang semakin parah, isu bunuh diri, isu buang bayi, isu buang ibu bapa dan sebagainya.

Kepada mereka yang tidak berkesempatan mendengar khutbah tersebut, mungkin sebab uzur, atau dari golongan wanita atau mungkin terlelap tetapi bukan tidur, di bawah ialah tek khutbah yang paling bagus untuk kita semua.

Sebelum ini saya ada menulis artikel Khutbah Jumaat semakin membosankan BORING di http://waghih.blogspot.com/2010/05/khutbah-jumaat-semakin-membosankan.html

Nampaknya teks khubtah JAKIM kali ini tidak membosankan dan tidak boring, terutama yang menyentuh bab mengadakan kenduri tahlil untuk ibu bapa yang sudah meninggal dunia.

*****************

Dari laman web JAKIM http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“PENGUKURAN KASIH SAYANG TERHADAP IBU BAPA”

(18 JUN 2010 / 5 REJAB 1431H)

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “PENGUKURAN KASIH SAYANG TERHADAP IBU BAPA”.

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar pengorbanannya. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak.

Marilah kita merenung kembali semasa kita kecil dulu apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa kita, merekalah yang memberi susu kepada kita, menyuap makanan ke mulut kita, memandikan kita, memakai pakaian kepada kita, mendodoi dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita, menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya ini menjadi insan berguna di kemudian hari.

Kasih ibu bapa kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang -malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir dari kandungannya yang dijaga penuh selama sembilan bulan.

Mimbar menyeru ingatlah apa yang kita miliki pada hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalah hasil dari pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini. Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.

Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 23-24:

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan kasih sayang dan pengorbanannya melebihi segalanya.

Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak. Mimbar mengingatkan, bilakah kali terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka?.Ambillah kesempatan yang ada semasa hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.

Kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Sehinggakan untuk memasuki gerbang perkahwinan pun, masih mengharapkan bantuan ibu.

Oleh itu, wajarlah Allah SWT memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 14:

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”

Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat bersabda :

Maksudnya: “Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersanda “Ibumu”. Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda : Ayahmu.”(Riwayat al- Bukhari)

Al-Bazzar meriwayatkan, ada seorang lelaki sedang tawaf dengan mengendung ibunya, maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah dengan ini saya telah melaksanakan kewajipan saya kepadanya? Rasulullah SAW menjawab “Tidak, tidak sebanding dengan satu kali hembusan nafas ketika ibumu melahirkanmu.”

Betapa besarnya pengorbanan ibu-bapa, namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Inilah persoalan yang perlu direnung setiap anak, apakah mereka sudah menunaikan kewajipan terhadap ibunya.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata bahawa beliau pernah bertanya Rasulullah SAW tentang amalan paling utama. Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah”.

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Islam menganjurkan agar setiap anak menghormati dan berbakti kepada ibu bapa selagi suruhan tersebut tidak melanggari syariat Islam. Jika anak-anak mengingkari perintah ibu bapa, maka itu adalah derhaka dan satu dosa besar walau hanya menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka.

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah bin Amru bin al-'As RA bertanya Rasulullah SAW tentang dosa besar. Sabda baginda: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Tanyanya lagi: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Jawab Nabi SAW: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.

Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian, bahawa menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika keduanya masih hidup sahaja tetapi sebenarnya berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Roh orang mati tetap hidup di sisi Allah. Menurut Abu Darda’, Allah SWT telah menempatkan roh orang mukmin di sebuah perkampungan di langit ketujuh yang diberi nama Darul Baida’. Dari sana roh orang mukmin sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk melihat amalan atau kegiatan manusia yang masih hidup di dunia khususnya anak-anak atau kaum kerabat mereka.

Roh sentiasa bertanya khabar kepada jenazah yang baru tiba di alam arwah terutama tentang kehidupan keluarga mereka di dunia. Setiap hari amalan umat Muhammad diangkat ke langit dan segala amalan tersebut dipertonton kepada roh ibu bapa kita. Oleh itu gembirakanlah roh ibu bapa kita dengan amalan soleh semasa kita masih hidup di duna ini. Roh–roh ibu-bapa akan sakit, tersiksa dan menderita jika melihat amalan anak-anak mereka terlibat melakukan dosa besar seperti berzina, berjudi, minum arak, rasuah, memfitnah orang, bersubahat melakukan kezaliman, penganiayaan dan perbuataan maksiat lain.

Perbuatan anak di dunia menjadi ukuran dan bukti adakah kita yang masih hidup ini sebenar-benar menyayangi ibu-bapa kita. Apalah gunanya anak-anak mengadakan majlis kenduri tahlil dan doa selamat setiap minggu, setiap tahun sedangkan perbuatan harian mereka penuh dengan maksiat, kejahatan dan melakukan dosa besar.

Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya : Sesungguhnya amal-amal kamu dibentangkan kepada keluarga dan kaum kerabat kamu yang telah mati; maka kalau amal perbuatan kamu itu baik-mereka gembira mengetahuinya, dan kalau sebaliknya, mereka (berdoa untuk kamu dengan) berkata : ‘ Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kaum kerabat kami yang hidup itu hidayah pertunjuk, sebagaimana engkau telah member hidayah petunjuk kepada kami (sehingga kami mati dalam iman)’. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi)

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Bersempena dengan kedatangan bulan Rejab yang diketahui mempunyai banyak kelebihan, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan untuk melipatgandakan ibadah dan memperbanyakkan amalan sunat. Antaranya berpuasa sunat sekurang-kurangnya satu hari dari bulan Rejab, bersedekah dan menziarahi ibu bapa.

Perlu diinsafi, ketidakredhaan ibu-bapa kepada sikap keji anak-anak ini mengundang kemurkaan Allah SWT. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibubapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah SWT, sepertimana kisah Alqamah di zaman Rasulullah yang mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akhirnya ketika hampir meninggal dunia dia tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya enggan memaafkannya.

Mimbar menyeru, marilah sama-sama kita menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu setiap masa. Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada ibu. Mimbar menyeru jemaah dan umat Islam sekalian, gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakkanlah doa keampunan kepada mereka.

Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu-bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja.

Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi sebelum mereka didatangi ajal. Mengakhiri khutbah marilah kita mengambil beberapa pengajaran penting berikut:

Pertama : Kepentingan menjaga ibu lebih utama daripada perang di jalan Allah.

Kedua : Berbuat baik kepada ibu- bapa mestilah menjadi keutamaan yang paling atas selepas kewajipan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Ketiga : Redha Allah adalah terletak pada redha kedua ibu-bapa dan kemurkaan Allah terletak pada murka kedua ibu bapa.

Keempat : Roh ibu-bapa akan sakit dan terseksa jika anak-anak yang masih hidup melakukan amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebagai renungan hayatilah firman Allah SWT dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Sural al-Israa’:24)

Info Semasa IBU MENGANDUNG TENGOKLAH CERITA HANTU
Eloklah, banyakkanlah cerita hantu tahyul di tv, pawagam dan majalah. Tidak hairanlah sekarang ini semakin banyak gangguan jin dan syaitan. Keluarga berkecamuk, anak-anak sering menangis, remaja tak tenang duduk rumah, kes perceraian rumah tangga semakin meningkat. Orang di India pula yang jumpa kajian bahawa wanita mengandung yang sering menonton siri seram di televisyen di sebelah malam didapati melahirkan anak yang kuat menangis.

Padahal ulama dan para ustaz kita dah kata lama dah.

Tonton siri seram lahir anak kuat menangis

Utusan Malaysia 20 Jun 2010. CHENNA 19 Jun - Wanita mengandung yang sering menonton siri seram di televisyen di sebelah malam didapati melahirkan anak yang kuat menangis, demikian menurut satu kajian.

Kajian Kolej Perubatan Madras di sini mendapati bayi yang dilahirkan oleh wanita mengandung yang suka menonton siri televsiyen Tamil seperti Chitty lebih kerap menangis.

"Terdapat perbezaan antara bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat menonton siri televisyen lewat malam berbanding dengan ibu mengandung yang tidur awal.

"Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidur lewat didapati sering menangis termasuk selepas diberi makan," kata Dr. S. Elango, bekas pengarah kesihatan awam dan pencegahan perubatan Tamil Nadu kepada Bernama.

Kajian khas ini dibuat di kalangan 3,500 wanita mengandung selama dua tahun mulai 2007 hingga 2009 di kawasan luar bandar di Tamil Naidu.

Ibu-ibu tersebut dipantau semasa mereka sedang mengandung manakala bayi mereka turut diperhatikan sehingga beberapa hari dilahirkan.

Kajian turut mendapati bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak menonton televisyen lebih nyenyak tidur. — BERNAMA

Thursday, June 17, 2010

Sedikit Tips Untuk Mendidik Anak Menjadi Pintar
Artikel
"INFO: Tip untuk ibu bapa
Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.


Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam

  • 1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  • 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  • 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  • 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari

Tuesday, June 8, 2010

TU DIA ... REKOD BURGER TERBESAR DUNIA


GAMBAR menunjukkan hamburger 81 kilogram.

SYDNEY - Kafe Sydney di Australia mendakwa berjaya memecah rekod dunia setelah ia menghasilkan burger gergasi berinti daging lembu seberat 81 kilogram (kg) yang mengambil masa 12 jam untuk disediakan kelmarin.

Burger gergasi itu dimasak oleh dua pemilik kafe berkenaan, Joe dan Iman El-Ajouz di bandar ini dengan berat keseluruhan 90 kg sekali gus menenggelamkan rekod sebelum ini, 84kg yang dicatat di negeri Michigan, Amerika Syarikat.

Burger tersebut mengandungi daging lembu, 120 biji telur, 150 kepingan keju, 1.5kg lobak, 2.5kg tomato dan 2kg salad dengan dilapisi sos istimewa dan roti ban gergasi. - Reuters

Saturday, June 5, 2010


SATU LAGI MISI BANTUAN MENCABAR ISRAEL

Ketika Israel masih lagi berdepan dengan kecaman masyarakat antarabangsa kerana serangan ganas tenteranya terhadap konvoi kapal Freedom Flotilla yang hendak membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, kini Israel berdepan dengan satu lagi kapal – Rachel Corre - yang akan membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang kini sedang menghampiri pantai Gaza.

Kapal yang mengibarkan bendera Ireland, adalah sebuah kapal dagang yang dibeli oleh para aktivis pro-Palestin dan dinamai menurut nama seorang sukarelawan Amerikayang terbunuh dirempuh oleh bulldozer Israel di Jalur Gaza pada 2003. Kapal itu berangkat dari Malta baru-baru ini, sebuah negara kepulauan di Eropah Selatan.

Perdana Menteri Ireland, Brian Cowen, mendesak Israel untuk membenarkan kapalnya menyampaikan bantuan ke Gaza. Kapal tersebut membawa 15 aktivis termasuk seorang pemenang Nobel Perdamaian dari Ireland Utara, Mairead Corrigan Maguire dan Denis Halliday, seorang mantan diplomat veteran Ireland ke PBB, dan beberapa warga negara Ireland lainnya. Turut serta empat orang sukarelawan Malaysia.

"Pemerintah Ireland secara rasmi meminta kerajaan Israel untuk membenarkan kapal milik Ireland masuk ke Gaza membawa bantuan kemanusiaan," kata Cowen Parlemen di Dublin. Sementara itu, Israel berkeras bahwa kapal manapun datang ke Jalur Gaza akan dilarang.
Namun para aktivis tidak merasa gentar gentar. "Misi kami adalah untuk mematahkan sekatan Israel terhadap 1.5 juta penduduk Gaza dan ini tidak akan menjadi armada terakhir," kata jurucakap Free Gaza Movement Greta Berlin, di Cyprus.

Radio Angkatan Darat Israel melaporkan bahwa kapal itu akan tiba di perairan Gaza pada Jumaat, tapi Berlin menyatakan paling cepat mereka akan sampai pada awal minggu depan. Sekali lagi Israel akan berkonfrantasi dengan masyarakat antara bangsa dan ini menunjukkan ia semakin terpencil dan dibenci oleh dunia, kecuali Amerika.

Liga Arab pula mengumumkan akan memfailkan saman terhadap Israel kerana melanggar hak asasi manusia kerana mengadakan sekatan terhadap Gaza dan menyerang kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza. Langkah ini dilihat lebih kejam, disusul dengan demonstrasi seluruh dunia yang mengutuk rejim Israel.

Sementara itu, banyak yang dapat dipelajari dari peristiwa serangan ganas tentera rejim Israel terhadap kapal misi yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Rupanya ada hikmah peristiwa ini. Hendaknya mayarakat, khususnya umat Islam, wajar berfikir secara mendalam akan peristiwa ini. Natijah peristiwa ini ialah:

Pertama. Isu Gaza tidak lagi hanya menjadi isu umat Islam, tetapi kini telah menjadi isu kemanusiaan yang menjadi fokus masyarakat antarabangsa, khususnya negara Eropah. Perkembangan ini sangat menarik, menyebabkan Amerika kebingungan bagaimana hendak menghadapi situasi yang tidak pernah berlaku selama ini dan tidak pernah diduganya.

Kedua. Selama ini penentangan terhadap pencerobohan Israel di Palestin, khususnya kepungan terhadap Gaza banyak disuarakan oleh umat Islam, justeru majoritinya adalah umat Islam. Tetapi kini senarionya berubah sama sekali dengan kebangkitan masyarakat antarabangsa menentang Israel kerana kekejaman Yahudi itu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat betamadun.

Ketiga. Kemunculan negara Turki yang mengambil inisiatif – bersama NGO hak asasi manusa di Eropah – untuk menyediakan kapal dan mengumpul bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ini menyebabkan kerajaan Turki dan rakyatnya muncul menjadi pembela nasib rakyat Gaza, di mana pemerintah Turki pimpinan Presiden Abdullah Gull dan Perdana Menteri, Recip Toyyeb Erdogan sebagai pembela rakyat Gaza.

Keempat. Keberanian Turki memberi amaran dan mencabar Israel kerana keangkuhan dan sikap tidak berperikemanusiaannya.

Kelima. Sikap positif pemerintah negara Eropah dan rakyatnya terhadap krisis kemanusiaan di Gaza, akibat dikepung oleh Israel.

Keenam.Sikap tidak berperikemanusiaan pemerintah Mesir yang terus menutup sempadan ke Gaza melalui Rafah menyebabkan semua bantuan kemanusiaan melalui jalan darat ke Gaza terhalang. Hanya di saat akhir negara itu membuka sedikit sempadan dengan pemeriksaan sangat ketat dan hanya mereka yang mempunyai urusan amat penting baru mendapat surat izin dari kerajaan Mesir untuk rakyat Gaza menyeberang ke Mesir dan sebaliknya. Mesir hanya membuka sempadannya setelah masyarakat antara bangsa mengutuk Israel kerana tindakannya menyerang konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Ketujuh. Menyerlahkan sikap Israel yang terus berdegil untuk meneruskan sekatan ke Gaza dan enggan menerima keputusan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya diadakan Suruhanjaya Penyiasat Antarabanga mengenai isu serangan terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Israel juga masih mendakwa serangan itu dimulakan oleh sukarelawan kemanusiaan di kapal tersebut yang kononnya membawa pelagai senjata, dakwaan ini dinafikan oleh pelbagai pihak.

Inilah perkembangan baru yang sangat menarik, membuka mata masyarakat antarabangsa mengenai kezaliman Israel. Selepas ini, jika masih ada lagi negara umat Islam, khususnya pemerintah negara Arab, yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel mestilah dihentikan. Sungguh malang, setelah masyarakat antarabangsa, khususnya masyarakat Eropah menentang kekejaman Israel, mengapa masih ada lagi negara Arab yang mengadakan hubungan dengan negara haram Yahudi itu.

Thursday, June 3, 2010

Ciuman Perokok Boleh Bunuh Kanak kanak
Berita
"MELBOURNE, 2 Jun (Bernama) -- Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak. Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.

"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press.

Seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia, kata laporan itu.

"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof Booy.

Monday, May 31, 2010

Bank Islam-Menindas Rakyat Atas Nama Islam
Berita
"
Apabila sesuatu itu di buat atas nama Islam, ianya mistilah berasakan kesucian dengan berpandukan ajaran Rasul. Melebelkan nama Islam, sebenarnya merupakan satu tanggungjawab besar untuk melaksanakan amalan-amalan keislaman itu sendiri. Mengapakah bank itu dinamakan Bank Islam? Tidakkah Bank Islam terasa terpikul dengan nama Islam yang disandangnya. Melebel Islam tetapi tidak beridentitikan Islam adalah perbuatan yang ‘meloyakan’...




Apabila sesuatu itu di buat atas nama Islam, ianya mistilah berasakan kesucian dengan berpandukan ajaran Rasul. Melebelkan nama Islam, sebenarnya merupakan satu tanggungjawab besar untuk melaksanakan amalan-amalan keislaman itu sendiri. Mengapakah bank itu dinamakan Bank Islam? Tidakkah Bank Islam terasa terpikul dengan nama Islam yang disandangnya. Melebel Islam tetapi tidak beridentitikan Islam adalah perbuatan yang ‘meloyakan’ . Kecualilah,

orang-orang yang menubuhkannya mempunyai agenda bisnes untruk medominasi umat-umat Melayu supaya melunggukkan duit di situ kerana rata-rata orang Islam lebih mementingkan kesucian. Kita lihat sejauhmanakah perjalanan dan perlaksanaan sistem bank islam benar-benar islam? Apakan bezanya Bank Islam dengan bank-bank konvensional yang lain.? Mungkinkah dengan penukaran istilah dari istilah faedah kepada profit misalnya, menyebabkan ianya menjadi suci? Sejauhmana Bank Islam hanya berhujjah dangan isu BLR untuk memuliakan diri sendiri? Mungkinkah dengan ciri-ciri yang Bank Islam ada, menyebabkan ramai orang yang bukan islam tidak tertarik dengan Bank Islam. Mereka selalu berkata..’ sama saja maaaa’.

Kadang-kadang kita harus memahami apa sebenarnya maksud ‘riba’. Oleh sebab itu, Bank Islam cuba untuk lari dari riba dangan menukar istilah iaitu dari feadah kepada profit. Atas istilah baru itu, apa sahaja bayaran yang lebih dikenakan bolehlah dihalalkan.Sedangkan maksud sebenar riba adalah lebihan atau tambahan (al-ziyadah) yang dikenakan ke atas pinjaman. Dan sebab utama riba (bayaran lebih) ini diharamkan adalah kerana Islam memandang ianya sebagai satu penganiayaan ke atas si peminjam, yang terpaksa menanggung jumlah bayaran balik yang jauh lebih tinggi dari apa yang dipinjamnya.

Sebagai contohnya, kalau dengan bank konvensional, pinjam RM100,000, bayar balik RM220,000, RM120,000 (bayaran lebih) itu adalah riba dan satu penganiayaan kepada si peminjam. Dengan Bank Islam pula, pinjam RM100,000, bayar balik RM250,000, bayaran lebih RM150,000 (jauh lebih tinggi). Adakah ini bukan riba dan bukankah satu penganiayaan?Malahan ia dihalalkan oleh Ustaz-ustaz yang disuap dengan gaji tinggi oleh pihak bank kerana anda menjaga kepentingan pelabur-pelabur mereka.

Cuba kita fikir sendiri. Kita ada rumah bernilai RM100,000 dan nilai tersebut sudah pun disahkan oleh jurunilai berdaftar mengikut harga pasaran. Tapi bila kita beli rumah tersebut dari Bank Islam secara ansuran, Bank Islam cakap harga jualannya adalah RM250,000. RM250,000 itu berdasarkan nilai pasaran 30 tahun akan datang. Adakah kita rela atau menyumpah-nyumpah dengan Bank Islam kerana ‘mark-up’ harga tahap maut? Takkan kita nak niat sedekah pada bank yang sudah sememangnya kaya-raya.

Lazimya, Bank Islam berhujah, bahawa “harga kami adalah tetap”. Tidak kira apapun terjadi harga sudah ditetapkan. Disinilah point Bank Islam untuk membela diri dan menyucikan diri, tetapi sesuatu yang kita harus tanya, apakan jadi dengan harta, jika dilelong atau telah muflis? Cara kiraan Bank Islam amatlah menyedihkan. Contohnya, katakan anda buat pinjaman RM100,000 dengan kadar 7.5% setahun untuk 30 tahun. Harga jualan bank islamik = RM 250,944. Sebulan anda bayar lebih kurang RM700 sebulan. Setahun, anda bayar RM8,400. 10 tahun anda bayar RM 84,000. Ditakdirkan, selepas 10 tahun, anda mengalami masalah kewangan dan tidak mampu bayar ansuran rumah lebih setahun. Rumah tersebut terpaksa bank lelong . Mengikut harga pasaran, rumah tersebut dinilaikan pada harga RM160,000. Tetapi kerana rumah itu dilelong pada harga murah, ia hanya dapat dijual pada harga RM 146,000 sahaja. Bank Islam akan buat pengiraan berdasarkan harga jualan yang sudah ditetapkan dari awal (RM250,944), tolak semua bayaran yang anda sudah buat selama 10 tahun (RM84,000) dan harga kutipan lelong RM146,000. Oleh kerana anda gagal buat bayaran dan rumah dilelong, bank tidak akan beri anda rebet atau diskaun. Mereka caj harga penuh. Selepas ditolak semua bayaran, anda masih lagi berhutang kepada bank RM20,944. Mahkamah perintahkan anda bayar baki hutang pada kadar RM100 sebulan dan selagi ia tidak selesai, anda masih diblack-list dari kesemua institusi kewangan (CTOS) sampai mati.

Ini bebeza dengan bank konvensional (Bukan nak memuji bank konvensional, sekadar ambil perbandingan) apabila rumah anda dilelong, jumlah yang boleh dituntut oleh pihak bank, hanyalah setakat full settlement amount selepas 10 tahun (RM 86,655) dicampur dengan tunggakan bayaran serta interest (katakanlah semua RM10,345). Dari harga lelong RM146,000, tolak full settelement value RM 97,000, anda masih dapat untung RM 49,000 dari harga lelong tadi. Memanglah anda kini takde rumah, tapi sekurang kurangnya anda tidak ditinggalkan dalam keadaan masih berhutang dengan pihak bank. Boleh jugak mulakan hidup baru dengan menyewa dan selesaikan hutang hutang lain.

Kadang2 terfikir mana yang lebih zalim... Mengapa sesuatu yang dibuat atas nama Islam boleh mengolah sistem kewangan sezalim itu?

Selalunya Bank Islam berhujah atas nama BLR. Ramai rakyat tidak tahu makna BLR ini. Kadang-kadang orang-orang bank menakut-nakutkan pengguna dengan BLR terutama jika berulang lagi krisi ekonomi.

Memang kita akui, kadar BLR akan berubah ubah dari masa ke semasa, tetapi ia tidak akan naik tidak tentu pasal. Jika ia dinaikkan, tentu ada sebab di sebaliknya. Sebagai contoh, tahun 1998 kadar BLR terpaksa dinaikkan kerana masalah manipulasi matawang ringgit di pasaran luar. Bila kadar pinjaman dinaikkan, ekonomi akan jatuh. Jika kita perhatikan, BLR naik pun tidak lama. BNM pun tahu, kalau kadar BLR disetkan tinggi, lama-lama orang tak mampu bayar loan mereka akan menderita. Kadar pinjaman tidak berbayar (non-performing loan) naik mencanak-canak. Selepas 2 tahun, kadar BLR jatuh kepada 6.8%, kemudian kepada 6.4% dan akhir sekali kepada 6.0%.

Hanya apabila harga petrol dinaikkan 30 sen, harga barang mula naik, inflasi juga mula naik. Untuk mengawal inflasi dan harga barang yang dikawal, maka BNM naikkan kepada 6.75% sekarang ini. Anda boleh refinance loan konvensional lama kepada loan baru yang menawarkan kadar lebih murah BLR , dengan FREE MOVING COST , tanpa ada yuran guaman. Pindah saja loan lama kepada bank baru yang menawarkan interest yang lebih murah. Malahan ada institusi kewangan yang sanggup beri fixed rate untuk loan konvensional sepanjang tempoh pinjaman seperti di AIA Assurance, Malaysian Building Society (MBSB), Citibank,CIMB Bank dan sebagainya. Mereka boleh offer 5.75%, 5.99%, 6% fixed rate loan,

Rasa-rasa mana yang lebih mahal? Loan konvensional atau loan islamik?
Sekalilagi saya tegaskan, bukan untuk memuji bank konvensional, sekadar buat perbandingan, sahaja dan untuk melihatkan Bank Islam dan Bank konvensional tiada bezanya.

Ini satu lagi, produk Bank islam yang didakwa adil dan mencerminkan keislaman iaitu rebet(ibra’)
Apa itu ibra’? Ianya hanya sekadar gimik Sistem pinjaman Islam. Kita abmil contoh keadah ibra ni,
berpandukan contoh pinjaman rumah tadi, setelah membayar pinjaman rumah selama 10 tahun (total payment RM84,000), nilai full settlement untuk loan konvensional adalah RM 86,655. Anda bayar RM 84,000, hanya untuk mengurangkan baki pinjaman sebanyak RM 13,345. Ini yang orang dulu mengamuk, bayar punyalah banyak, tapi baki pinjaman baru berkurangan sikit. Kebanyakan bayaran selama ni, hangus sebagai interest (bayaran lebih) kepada bank sahaja. Ini yang banyak dijadikan modal oleh islamik bank untuk menjatuhkan sistem interest oleh bank konvensional, kononnya tak telus. Padahal, orang mengamuk sebab mereka tidak ada pengathuan tentang sistem pengiraan loan.

Kalau anda pakai loan islamik, setelah bayaran 10 tahun RM84,000, anda buat full settlement, bank islamik akan tolak RM 84,000 dari harga jualan RM 250,944. Baki hutang sepatutnya RM 166,944. Tetapi oleh kerana anda selesaikan pinjaman awal, maka bank islamik minta bayaran RM 86,655 sahaja lah. Lagi RM 80,289 kira diskaunlah, rebet ibra' dari bank islamik. Banyak tuh RM80,000 diskaun, mana nak dapat? Kan bank islamik bermurah hati.

Padahal, nilainya sama sahaja dengan full settlement loan konvensional. Tapi diwar-warkan seolah olah Bank Islam sangat bermurah hati bagi diskaun RM80,000. Sedangkan dari sudut teknikal, apabila anda selesaikan pinjaman lebih awal, pihak bank TIDAK BERHAK UNTUK TUNTUT INTEREST / PROFIT untuk baki tempoh pinjaman. Mereka hanya berhak ke atas tempoh sebelum penyelesaian awal sahaja.

Cuba anda bandingkan sendiri, nilai early settlement dari loan konvensional dan loan islamik? Yang mana lebih murah? Kadangkala early settlement dari islamik loan lebih tinggi sedikit dari loan konvensional kerana mereka kenakan penalti caj yang lebih tinggi. Untuk kepastian, cuba anda selidik sendiri dan semak betulkan ada diskaun seperti yang dinyatakan, atau sekadar GIMMICK SAHAJA? Yang menjadi masalah sekarang, loan islamik tidak memgambil kira bayaran lebih yang anda lakukan untuk kurangkan profit yang dicaj ke atas loan anda. Ini berlaku terutamanya dalam pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Selagi pinjaman tidak dilangsaikan penuh, apa jua bayaran lebih tidak dikira untuk kurangkan total profit. Ini berbeza dengan loan konvensional di mana anda boleh bayar lebih untuk kurangkan baki pinjaman anda. Baki pinjaman berkurangan, interest yang dikenakan juga berkurangan.

Disini juga harus diingat, Bank Islam bukan penjual rumah, kereta atau barangan kedai. Mereka adalah insititusi yang beri khidmat kewangan dan khidmat kewangan mereka, banyak datang dari meminjamkan duit pelabur pelabur mereka kepada orang ramai. Yang kadang-kadang menjadi masalah, mereka mengenakan profit yang terlalu tinggi dari modal asal barang tersebut. Apabila si penjual mengenakan profit yang terlalu tinggi, ia mirip riba juga, iaitu riba al-Fadl. Ada dalil dari Quran yang menyatakan, adalah haram bagi seseorang yang mengenakan riba (bayaran lebih) berlipat ganda.

Harus diingat juga, sistem ekonomi Islam bukan dibina dengan niat untuk membuat keuntungan semaksima yang boleh seperti sistem kapitalis. Ekonomi Islam mempunyai etika jual-belinya sendiri yang perlu kita patuhi dan etika ini menyarankan kita berbuat baik sesama orang lain, bukan menzalimi mereka.

Tahukah kita ada beberapa sistem dalam Bank Islam ditiru dari bank konvensional. Contohnya, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Mereka kata pinjaman Bank Islam bukan terjemahan dari pinjaman konvensional, tetapi jika kita selidik, kita akan dapati ianya di ‘copy’ bulat-bulat produk konvensional.

Bagaiman ia terjadi?

Ambil contoh pinjaman peribadi di sebuah bank A. Pinjaman ditawarkan pada 5.6% setahun sahaja untuk tempoh 5 tahun. Pinjam RM10,000, sebulan bayar RM 213 sahaja selama 60 bulan. Kononnya cukup murah 5.6%! Ramai orang tak tahu, 5.6% setahun itu bukanlah kadar sebenar pinjaman. Sebaliknya ianya adalah kadar nominal sahaja. Dalam erti kata lain, kadar pada nama sahaja. Pinjaman islamik meniru sahaja format pinjaman peribadi konvensional, yang gemar publishkan kadar nominal, dan bukannya kadar sebenar.Kadar sebenar untuk pinjaman tersebut, perlu anda rujuk mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate) dalam loan agreement anda. Itulah kadar sebenar pinjaman anda dan ia dinyatakan pada kadar 10.2% setahun.

Itulah, kadang-kadang kita pun tak tahu mengapa orang-orang Bank Islam tidak berterus terang dalam hal ini. Mereka ni tidak tahu ke atau mereka menganggap orang-orang awam tidak tahu apa-apa?

Pinjaman kereta adalah satu lagi masalah Bank Islam. Ramai penarik-penarik kereta ala samsing berlambak mencari senarai nama peminjam yang lambat bayar ansuran. Mengapa badan yang berasakan Islam boleh mengupah samseng tarik kereta, untuk mengugut peminjam peminjam yang bermasalah?. Bila kereta dilelong, harga kereta jauh lebih rendah dari harga jualan pinjaman kereta. Si peminjam, sudahlah kena caj upah tarik kereta yang mahal, kemudian setelah kereta dilelong pun, masih menanggung hutang yang tidak habis sebab takde rebet. Berterusanlah si peminjam kena blacklist, menanggung hutang pinjaman kereta walaupun kereta sudah dilelong. Tetapi sebelum buat pinjaman kereta ini, cukup manis kata-kata mereka - pinjaman islamik yang telus dilakukan dengan akad sewa beli. Bila anda membeli kereta dengan skim pinjaman islamik mereka, anda umpama menyewa kereta dari mereka. Orang sewa kereta, kalau dah pulangkan, tidak perlu bayar sewa lagi. Tapi peminjam yang kereta sudah dilelong pun, masih kena blacklist dan tanggung hutang kadang-kadang sampai mati.

Artikal ini bukan hendak menjatuhkan Islam. Hanya sekadar hendak memberi sedikit penerangan supaya sistem yang sedia ada boleh dibaikpulih dan lebih berwajah Islam. Tidak guna menggunakan nama Islam tetapi sistem masih jahlliah dan penuh kezaliman. Biarlah Bank Islam didirikan atas dasar ingin membantu memajukan umah bukan untuk menindas ummah. Sampailah masanya, kerajaan harus bertindak membersihkan sistem Bank Islam atau sistem kewangan Islam. Apatah lagi dengan rekod Bank Islam yang telah mengalami kerugian. Mungkin, jika tidak diubah, orang Islam sendiri tidak akan dapat melihat kemuliaan dan kesucian Islam apatah lagi orang-orang bukan Islam.. Sejarah telah banyak membuktikan bahawa dari tangan orang Islam sendiri yang banyak menjatuhkan Islam.

walhualamm
BENCANA TERLALU BERANI BERSUMPAH

Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Sesiapa yang memutuskan[menidakkan] hak seseorang muslim dengan sumpahnya, maka sesungguhnya diwajibkan Allah baginya Api Neraka, dan Allah haramkan baginya syurga”. Para sahabat bertanya:”meskipun dalam perkara yang remeh?” Rasulullah bersabda:”[memang benar] walaupun tentang sepotong ranting daripada kayu arak [iaitu kayu untuk sugian gigi]

Hadith ini memperingatkan kita tentang bahaya berani bersumpah, terutama seperti yang ditekankan di dalam hadith ini bersumpah yang menyebabkan orang Islam lain akan kehilangan hak mereka; hak yang dimaksudkan di dalam hadith ini mengikut Syaikh Muhammad Ibn ‘Illan di dalam Dalilu al-Falihin merangkumi bukan setakat harta-benda yang diiktiraf syara, bahkan merangkumi perkara-perkara selainnya yang memberi faedah umpama kulit bangkai haiwan dan tahi binatang yang dikira najis. Ianya juga termasuk bersumpah dalam soal berkaitan had qazaf [perlaksanaan hukum berkaittan tuduhan zina atau liwat] atau pembahagian hak untuk isteri atau seumpamanya.

Disebutkan ‘hak seorang muslim’ tidak bermakna ianya tidak haram ke atas hak orang kafir zimmi., bahkan sebutan itu merujuk kepada amaran “sesungguhnya telah diwajibkan Allah ke atasnya neraka dan diharamkan baginya syurga” . Hak orang kafir zimmi itu haram dicerobohi tetapi amaran keras Rasulullah ini khusus bagi hak muslim, kerana hak orang muslim itu lebih berat haramnya.

Sebahagian ulama berpendapat amaran keras Rasulullah ini terjadi sekiranya pelaku maksiat ini mati tanpa taubat dan ruju’ [termasuk menyesal serta minta dihalalkan daripada individu yang dicabut haknya kerana sumpah tersebut] secara sebenar-benarnya, ataupun dia akan diseksa terlebih dahulu di neraka sehingga dia mendapat pembalasan siksa yang setimpal.

Di dalam hadith ini, Rasulullah menyebut walaupun bersumpah dalam soal sepotong ranting kayu sugian bagi menunjukkan beratnya dosa perlakuan berani bersumpah tanpa penelitian yang secukupnya mengikut neraca syari’ah walaupun dalam soal yang dianggap remeh. Bagaimana pula dengan keberanian bersumpah yang menyentuh soal-soal maruah dan tuduhan jenayah yang berat terhadap seoranmg muslim yang lain?

Al-Quran menyebut di dalam dua surah tentang yang orang yang berani bersumpah ini biasanya akan mengatakan mereka tidak sekali-kali mempunyai tujuan yang selain kebaikan. Antara lain Allah menyebut:

Bagaimanakah sikap mereka [munafiqun] apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan usaha-usaha tangan mereka, kemudian mereka mendatangi engkau (Ya Rasulullah) dan mereka bersumpah dengan nama Allah “sesungguhya kami tiada kehendaki kecuali kebaikan dan taufiq”. Mereka adalah golongan yang Allah mengetahui isi hati mereka. Maka hindarilah mereka dan beri peringatanlah kepada mereka dan nyatakan kepada mereka tentang perihal diri mereka secara jelas [an-nisa 62-63]

Dan orang-orang [munafiq] yang membina masjid untuk memberi kemudaratan dan mencetuskan kekufuran dan mendatangkan perpecahan di kalangan mu’minin dan melakukan pengintipan bagi pihak golongan yang memerangi Allah dan Rasul-Nya semenjak sebelum ini . Mereka bersumpah: ” bukanlah kami kehendaki [dari usaha kami ini] kecuali kebaikan”. Allah menyaksikan yang sesungguhnya mereka adalah golongan pembohong” [at-Taubah:107]

Sebahagian ahli masyarakat kita memandang apabila seseorang itu berani bersumpah mengguna nama Allah. maka dia tentunya seorang berani serta tentu benar. Berani untuk bersumpah demi kebenaran, masakan dia berani untuk bersumpah sekiranya dia berbohong?. Logik itulah yang telah disanggah oleh Allah dalam kedua ayat di atas. Orang yang berani melanggar perentah Allah, rupanya akan berani juga bersumpah menggunakan nama Allah. Mereka juga akan mendakwa beriya-iya benar yang mereka berani bersumpah demi menegakkan kebenaran dan cintakan kebajikan dan keadilan. Itulah perangai oarang yang berani bersumpah dari zaman Rasulullah sehingga zaman sekarang sehingga menjelang Hari Qiyamat. Allah menyebut tentang keberanian bersumpah ini:

Pada Hari yang Allah bangkitkan mereka sekeliannya, lalu mereka bersumpah kepada-Nya [Allah] sebagaimana mereka bersumpah kepada kamu [dalam kehidupan dunia dulunya], dan mereka mengira yang mereka di atas suatu (kebenaran). ingatlah sesungguhnya mereka adalah golongan pendusta. Mereka telah dikuasai oleh syaitan, lalu syaitan melupakan mereka dari memperingati Allah. Mereka adalah dari puak syaitan.Ingatlah puak syaitan adalah golongan yang rugi” [al-Mujadalah:17-18]

Allah mengajar kita dengan peringatan yang terlalu tinggi nilainya:

Maka jangan engkau turuti orang-orang yang membohongi agama, mereka ini mahu agar kamu bersikap lunak terhadap mereka, niscaya mereka akan bersikap lunak terhadap kamu.Jangalah kamu turuti orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang mencaci orang lain dan menyebarkan adu-domba [agar timbul perbalahan], yang menghalangi kebajikan serta menganiayai orang lain lagi bergelumang dengan perbuatan dosa, yang kasar hati dan berketurunan hina” [al-Qalam:10-13]

nota tambahan: Syaikh Sabuni menyebut dalam Durratu at-Tafasir ketika mengulas ayat ke 13 Surah al-Qalam tentang berturunan hina , ini merujuk kepada Alwalid bin Mughirah yang mengaku dia adalah dari qabilah tertentu, sedangkan dia bukan dari mereka kerana dia adalah anak zina. Mengikut Saiyyidina Ibn Abbas “tiada diketahui seorang lain yang disifatkan oleh Allah Ta’ala dengan ‘aib sebegini kecuali yang ini”

Satu Perniagaan Yang Cukup Besar Keuntungannya.
Ayuh kita gerakkan

Setiap hari kita berbicara mengenai perniagaan, business dan sebagainya. Hebat topik ini untuk kita bicarakan di sini. Nanti ada yang akan bertanya apa pulak group Al-Hikmah (http://groups.to/al-hikmah/) hendak bicarakan mengenai perniagaan. Bukankah Islam itu menyeluruh dari semua aspek termasuk aspek perniagaan. Saya sendiri pun dalam dunia perniagaan sejak dari tahun 1999 lagi.

Hari ini saya hendak kongsikan satu peluang perniagaan yang amat menguntungkan. Perniagaan yang di jamin akan keuntungannya. Allah swt berfirman di dalam surah As-Saff ayat 10-11

(10) Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

(11) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Sahabat-sahabat Yang Di Muliakan Allah swt.

Dalam ayat ke 10 itu ia adalah wasiat dan panduan serta bimbingan dari Allah Yang Maha Penyayang untuk hamba hamba-Nya yang beriman tentang perniagaan yang paling agung iaitu perniagaan yang dapat menghindarkan mereka daripada azab yang sangat pedih dan memperolehi pulangan nikmat yang paling istimewa.

Wasiat ini disampaikan oleh Allah dalam bentuk tawaran. Ini menunjukkan bahawa perniagaan yang dimaksudkan itu adalah sesuatu yang menarik minat sesiapa yang mahu mengambil iktibar dan bagi orang yang mahu memikirkannya. Jadi seolah olah Allah ingin bertanya: Perniagaan apakah yang sedemikian hebat pulangannya itu? Lalu Allah sendiri menjelaskannya:

(11) (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan hartamu dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.

Maka dengan itu Perniagaan yang sangat hebat pulangannya itu ialah:

1. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
2. Berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa.

Sebagaimana kita maklum bahawa iman yang sempurna ialah keyakinan yang teguh terhadap kebenaran Allah dan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Rasul-Nya. Keyakinan yang membuahkan amalan anggotanya. Keimanan yang sebenarnya akan mendorong seseorang untuk berjihad di jalan Allah, apakah dengan harta ataupun dengan jiwanya.

Al Jihad Fi Sabilillah sangat banyak jenisnya. Jangan kita ingat hanya Jihad berperang sahaja. Antara maksud Jihad ADALAH Jihad melawan musuh di medan pertempuran untuk membela dan menegakkan agama Allah, jihad terhadap diri sendiri dengan melawan kehendak nafsu syahwat yang liar, jihad di antara diri dengan makhluk lain seperti menghindarkan sifat tamak terhadap harta orang lain (khianat, menipu, mencuri dll), tetapi sebaliknya hormat, berlemah lembut, pemurah terhadap mereka, jihad diantara dirinya dengan dunia iaitu agar dunia jangan sampai menguasai dirinya. Dia akan sentiasa waspada terhadap pendapatan (income) dari sumber yang haram, dia tahu kemana hartanya mesti dinafkahkan, samada nafkah wajib seperti mengeluarkan zakat, menyara tanggungan seperti isteri dan anak anak ataupun nafkah sunat seperti sedekah.

Ustaz di Al-Hikmah ada menerangkan bahawa Jihad berasal dari kata " Juhd " iaitu masyaqqah yang maknanya sukar atau susah. Sedangkan Sabillillah maksudnya jalan yang akan membawa seseorang kepada keredhaan Allah. Jadi maksud Al Jihad Fi Sabilillah ialah amal salih atau segala bentuk usaha atau kesungguhan yang dilakukan dengan tujuan semata mata untuk mencapai keredhaan Allah.

" Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui ". dalam ayat 11 di atas maksudnya: Iman dan jihad adalah lebih baik bagi kamu daripada segala sesuatu yang ada dimuka bumi ini samada jiwamu, hartamu ataupun anak anakmu sekiranya kamu orang yang faham, berakal waras dan mempunyai wawasan yang jitu. Sebab hakikat sesuatu kebaikan adalah sangat tergantung pada kebaikan kesudahannya bukan hanya pada pemulaannya.

Atas sebab inilah mengapa pada ayat berikutnya Allah dahulukan ganjaran ukhrawi kemudian barulah disusuli oleh ganjaran duniawi. Jadi perniagaan tersebut menghasilkan beberapa faedah, iaitu faedah yang segera dan faedah yang ditangguhkan. Di dalam ayat di atas Allah dahulukan dengan faedah yang ditangguhkan di akhirat nanti iaitu:

(12) Nescaya Allah akan mengampuni dosa dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.

Maksudnya: Jika kamu lakukan perniagaan diatas iaitu dengan sentiasa memantapkan iman dan berjihad di jalan Allah nescaya Dia akan hapuskan semua kesalahanmu, memasukkan kamu ke dalam syurga-Nya dan ditempatkan di suatu tempat yang paling indah dan istimewa yang menjadi idaman setiap insan yang waras. Mereka kekal abadi di dalamnya. Inilah keuntungan yang hakiki (sebenarnya). Dan kemudian Allah susuli pula dengan pulangan segera di dunia ini, iaitu:

(13) Dan (ada lagi) kurnia atau nikmat yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang beriman.

Selain dari ganjaran yang ditangguhkan di akhirat, mereka juga akan dianugerahkan oleh Allah dengan ganjaran segera di dunia ini iaitu berupa pertolongan Allah untuk mengalahkan musuh musuhmu dan mendapat kemenangan atau penaklukan negeri negeri baru sehingga akan tegaklah hanya agama Allah di muka bumi ini.

Allah SWT akan senantiasa bersama mereka dalam segala usaha dan perjuangan mereka untuk menegakkan agama Allah. Ini adalah permulaan berita gembira untuk mereka yang beriman dan berjihad di jalan Allah.

Atas sebab itulah Allah menyuruh kita agar menjadi penolong-Nya dalam setiap waktu. Jangan menjadi manusia pemalas hanya pasrah tidak berusaha untuk menegakkan kebenaraan, jangan takut menyatakan dan membela kebenaran (Al Haq) walaupun pahit padahnya. Kita mestilah mempunyai prinsip bahawa redha Allah adalah mengatasi segala galanya, walaupun untuk mencapainya kita terpaksa berhadapan dengan kemurkaan dan cacian semua makhluk di muka bumi ini.

Allah pasti menolong hamba-Nya yang berusaha menegakkan agama-Nya sebagaimana Allah telah menolong pengikut pengikut setia Nabi 'Isa Alaihis Salam.

(14) Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut pengikutnya yang setia: Siapakah yang akan menjadi penolong penolongku (untuk menegakkan agama Allah)? Pengikut pengikut yang setia itu berkata: Kamilah penolong penolong agama Allah. Lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang orang beriman terhadap musuh musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.

Dalam ayat ini selain Allah menyuruh kita agar menjadi penolong-Nya, juga Allah berjanji akan membantu kita dalam menghadapi setiap cabaran dan tantangan dari pihak musuh yang membenci ajaran yang dibawa oleh Rasul-Nya. Ini sebagaimana pertolongan dan kemenangan yang Allah anugerahkan kepada pengikut penyikut setia Nabi 'Isa Alaihis Salam.

Allah SWT. menceritakan dalam ayat diatas bahawa Bani Israil terbahagi menjadi dua puak dalam menghadapi tawaran Nabi Isa tersebut. Ada puak yang beriman dan ada pula puak yang kafir (ingkar). Dan menurut sejarah bahawa puak yang ingkar itu terbahagi lagi menjadi dua puak: (1) Puak yang menentang ajaraan Isa dan menuduh beliau dan ibunya telah melakukan perbuatan terkutuk (zina). Ini sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi, (2) Puak yang melampau memuji Nabi Isa sehingga mereka beranggapan Isa adalah anak Allah.

Kisah ini seolah olah memberi isyarat supaya kita umat Nabi Muhammad SAW jangan sampai bersikap demikian terhadap baginda SAW. Kita mestilah " i’tidal " dalam segala hal, tidak " tatarruf ’ yakni mengurangi kedudukannya dan tidak pula " itraaf " yakni melampaui kedudukan yang telah Allah berikan padanya.

Ya Allah, berilah kami taufiq dan restu-Mu sehingga termasuk kedalam golongan penolong penolong-Mu dalam menegakkan dan membela agama-Mu. Berilah kami pertolongan-Mu sebagaimana yang telah Engkau janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak pernah mungkir janji.