Wednesday, July 14, 2010

Saiful Apek takut mahkamah Padang Mahsyar
Berita
"Saiful Apek sentiasa percaya, Allah Maha Kaya untuk menentukan jatuh bangun dan rezekinya. "Saya lebih takut apabila diadili di mahkamah mutlak iaitu di Padang Mashyar kelak," katanya. Saya akan cuba bermati-matian menerusi kempen antialkohol, dadah dan penganiayaan.

Adakah dakwaan Saiful Apek Kena Tipu RM500,000 oleh sebuah syarikat penerbitan filem ada kaitan dengan kes ini ?

Mana pergi peguam pembela rakyat , pembela Melayu , pembela artis , pembela keadilan dalam kes Saiful Apek ini ?

*************************

Saiful Apek tidak gentar

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Terharu, sebak kerana ramai peminat terus bagi sokongan

TABURLAH apa saja kata nista atau penghinaan terhadapnya, semua itu tidak pernah sesekali menakutkan Artis Komedi Popular, Saiful Apek, 41, untuk bertentang mata dengan masyarakat.

Suara minoriti yang cuba melemahkan semangat perjuangannya itu tidak akan sesekali diendahkan. Saiful Apek sentiasa percaya, Allah Maha Kaya untuk menentukan jatuh bangun dan rezekinya.

"Saya lebih takut apabila diadili di mahkamah mutlak iaitu di Padang Mashyar kelak," katanya dalam nada lemah ketika dihubungi atas bantuan pengurusnya, Adam, petang Sabtu lalu.

Diserang selsema, batuk dan demam, artis komedi kelahiran Gombak, Selangor itu berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana dipilih melalui pengalaman yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit atau harta benda.

Biar mungkin ada yang mencemuh, Saiful berkata, peristiwa penahanan selama lima hari kerana disyaki mengambil dadah membawanya melalui satu proses peralihan yang sukar untuk digambarkan dengan perkataan.

Sakit dan trauma berdepan situasi itu masih dirasai tetapi kata pelakon yang baru muncul dengan filem Kecoh Betul, peristiwa itu juga akhirnya menemukan dia dengan siapa dirinya yang sebenar.

"Saya lebih kenal siapa diri saya, juga tahu siapa yang menyayangi dan membenci saya. Saya lalui satu proses yang sukar tetapi masih ada yang menyayangi. "Saya berterima kasih kepada segelintir peminat yang bersusah payah mengumpul dana, bahkan ada yang memecah tabung wang simpanan semata-mata kerana mahu saya bebas," katanya dalam sebak yang tertahan.

Sepanjang lima hari direman, Saiful berterima kasih kepada polis kerana menjaganya dengan baik. Baginya, polis sudah menjalankan kerja mereka dengan adil dan bijaksana. "Maaf saya tidak dibenarkan untuk mengulas kejadian malam itu. Saya juga tidak boleh memberi komen lain yang berkaitan kejadian.

Apa yang dapat saya kongsi cuma pengalaman berharga yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. "Saya percaya kepada Allah. Saya sentiasa meyakinkan diri setiap apa juga musibah yang datang tidak akan menjejaskan diri dan nama baik saya.

Untuk menjadi manusia terbaik, saya harus melalui perkara yang buruk dulu. "Kepada mereka yang cuba menutup pintu rezeki saya, mereka harus ingat Allah Maha Kaya. Dia yang memberikan rezeki kepada setiap manusia dan saya percaya itu," katanya.

Diasak pertanyaan, apa mungkin penangkapannya itu berlaku disebabkan penganiayaan, Saiful Apek enggan mengulas sebaliknya menyerahkan kepada Allah untuk memberikan keadilan. Pada 13 Jun lalu, Saiful ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bersama beberapa rakannya kerana disyaki mengambil dadah.

Dia bersama-sama suspek yang lain ditahan selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Bagaimanapun, pada Jumaat lalu (18 Jun), Saiful dibebaskan dengan jaminan polis. Mahu berehat seketika DALAM rendah diri, Saiful yang sudah 12 tahun menekuni industri hiburan mengumumkan hasratnya untuk berundur sementara kerana enggan peristiwa penahanan itu memberi impak kepada keluarga dan anaknya yang sedang membesar.

Katanya, keutuhan dirinya tidak tergugat dengan insiden yang berlaku sebaliknya ingin memanfaatkan kesempatan itu untuk berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. "Saya sudah terlalu penat bekerja dan banyak berhutang masa dengan keluarga. Mungkin ini fadilat yang saya peroleh daripada peristiwa penahanan itu.

"Biarpun saya berehat daripada industri seni tetapi keputusan itu tidak pernah menamatkan perjuangan saya untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

Saya akan cuba bermati-matian menerusi kempen antialkohol, dadah dan penganiayaan.Keinsafan itu timbul ketika saya ditahan, membuatkan saya sangat bersyukur kerana kembali mendapat nikmat kebebasan," katanya.

Tidak menetapkan tempoh tertentu untuk berehat, Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 itu berkata, dia akan kembali ke dunia seni apabila sudah bersedia nanti.

Meniti hidup dalam bidang seni mengingatkan Saiful supaya sentiasa meletakkan dirinya sebagai seorang pelajar kerana proses menimba ilmu itu tidak akan pernah berakhir. "Jadi tidak akan ada istilah bersara atau letak jawatan, sebaliknya saya cuma mahu berundur diri seketika.

Saya tidak mahu nanti akan ada suara yang mempertikai apabila saya masih tidak berubah.

"Ikhlas saya katakan, saya tidak layak dijadikan ikon atau contoh kerana ikon sejati ialah Rasulullah SAW. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat baginda.

"Dalam tempoh berehat itu, saya akan cuba berusaha untuk melaksanakan impian yang saya peroleh ketika ditahan reman. Saya akan kembali jika masih ramai yang memerlukan saya dan berasakan saya layak untuk diberi sokongan," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SaifulApektidakgentar/Article

http://e.hmetro.com.my/bharian/articles/SaifulApektidakgentar/Article/index_html

Saiful Apek Dakwa Kena Tipu RM500,000

Teks oleh Thani Hasbullah

KUALA LUMPUR, 13 MEI 2010 : Pelawak popular Saiful Apek atau Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff, 41, mendakwa dia telah ditipu oleh sebuah syarikat penerbitan filem kerana tidak menjelaskan bayaran di atas pelaburan serta kerja-kerja lakonan yang dibuat menerusi dua buah filem.

Menurut Apek dia sepatutnya menerima bayaran bernilai kira-kira RM500,000 menerusi dua buah filem berkenaan daripada syarikat terbabit yang mana kedua-duanya telah pun ditayangkan pada tahun 2005 dan 2006.

Dia yang hingga masih lagi merahsiakan nama syarikat penerbitan terbabit bagaimanapun bercadang untuk mengadakan sidang media khas dalam masa terdekat ini bagi mendedahkan perkara ini kepada pihak umum.

Apek berkata, dia sudah pun melantik peguam dan kes ini akan membawa ke mahkamah. "Buat masa sekarang ini saya tidak akan mendedahkan syarikat mana dan filem mana yang dimaksudkan. Sedikit masa lagi saya bersama-sama peguam akan akan mengumumkannya dalam sidang media khas.

"Saya terpaksa mengambil tindakan mahkamah kerana ia melibatkan wang yang besar. Bagi saya ia adalah sesuatu penganiayaan terhadap punca utama rezeki saya. Kalau orang buat macam ini pada saya habislah saya. "Bukan sahaja duit pelaburan saya tidak dibayar, malah duit hasil lakonan pun tidak diberi satu sen pun.

Nak kata filem ini tak berjaya, tidak jug. Malah, apa yang saya tahu. kedua-duanya meletup di pawagam. "Hingga hari ini saya berdiam diri dan menyembunyikan perkara ini. Apabila sekian lama menanti, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mencari pengadilan.

Lagi pun saya tak mahu ambil tindakan terburu-buru. "Sebab. kalau saya hendak ambil tindakan undang-undang, ia haruslah dilakukan menerusi saluran yang betul. Saya juga bercadang unyuk membuat aduan kepada pihak Seniman," kata Apek ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Kecoh Betul di pawagam Golden Screen Cinema di pusat membeli belah Tropicana City petang semalam.

Tak seperti tahun-tahun sebelumnya, Apek kini jarang muncul di layar perak. Kecoh Betul yang dibintangi Apek sebagai Abang Don misalnya adalah filem pertamanya pada tahun 2010. Mengakui tentang hal itu, Apek berkata, dia kini memang agak jarang muncul dalam filem berbanding tiga, empat tahun dulu.Bukan disebabkan kecewa dengan apa yang berlaku (tidak dapat bayaran) terhadapnya sebelum ini.

Sebaliknya, Apek mengakui perubahan ini berlaku setelah kemunculan beberapa pelawak-pelawak baru seperti Nabil, Zizan dan Johan. "Hidup ini seperti roda. Masa dulu kita di atas, sekarang kita di bawah pula. Benda ini saya faham sejak sebelum saya menyertai dunia hiburan.

Masa awal-awal kemunculan saya dulu pun, Sabri Yunos pernah berada diatas, saya menggantikan tempatnya dan pada hari ini, mungkin Nabil atau Zizan menggantikan tempat saya. "Saya langsung tidak menganggap perkara ini budaya cantas-mencatas sebab ia adalah lumrah dalam dunia populariti," katanya.

Filem arahan Jaswant K. Randhawa yang diterbitkan White Merpati Entertainment Sdn Bhd adalah filem aksi komedi yang berkisarkan kehidupan Mat Rempit.

Malalui filem ini, Apek turut berlakon bersama-sama pelakon lain seperti Nabil (Aiman), Diana Danielle (Dayana), Yatt (Yati), Datuk Aziz Sattar (Pak Aziz), Nasrizal Ngasri (Joe) dan Fauziah Nawi (Emak).

Tuesday, July 13, 2010

Hebatnya Subuh (Siri 1): Solat yang berat bagi si munafik
Artikel
"Rasulullah saw, apabila baginda meragui keimanan seseorang pada zamannya, akan memerhatikan solat Subuh individu berkenaan untuk mengesahkan tahap keimanannya.

Apabila baginda dapati orang tadi tidak menunaikan solat Subuh, maka benarlah apa yang baginda ragui itu,” demikian catat buku ‘Misteri Solat Subuh’ tulisan Dr Raghib as-Sirjani.

Edisi bahasa Malaysia diterjemahkan oleh Ahmad Munaji LC dan diterbitkan oleh Darul Nu’man.

Menurut buku terbabit, kepentingan solat Subuh (tetapi bukan bermakna solat lima waktu lain boleh dikesampingkan) turut terkandung di dalam hadis baginda bermaksud:

“Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yang ada di dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekali pun dengan merangkak.” (Hadis riawayat Ahmad dan an-Nasa’i)

Apa yang dimaksudkan Rasulullah saw dengan ‘mendatanginya sekali pun dengan merangkak’ ialah datang solat berjamaah di masjid.

Penulis buku berkenaan tidak bermaksud bahawa mereka yang tidak datang solat Subuh di masjid sebagai munafik, tetapi catatnya:

“Kalau seseorang meninggalkan solat ini dengan sengaja, maka kesengajaan itu adalah bukti nyata dari sifat kemunafikan.” –

Saturday, July 10, 2010

Umat Islam Di China Berjumlah Hampir 22 juta orang.Separuh Daripada jumlahnya adalah penduduk dari wilayah Xinjiang,..

Berdasarkan statistik populasi yang dikeluarkan pada tahun 1936, bilangan umat Islam di China dianggarkan berjumlah 48,104,240 orang.Sejak Xinjiang diambil alih oleh Parti Komunis pada tahun 1949,Presiden Mao Zedong pada ketika itu berhasrat untuk mengasingkan umatIslam berdasarkan latar belakang etnik dan bukan identiti sebagai Islam.Penghapusan sekitar separuh umat Islam yang begitu drastik tidak pernah dijelaskan oleh kerajaan pada ketika itu. Walaupun begitu, rayuan sejumlah sami Tibet atau pejuang-pejuang demokrasi di Dataran Tiannamen telah mengurangkan penghapusan umat Islam China secara beramai-ramai.

Kes pecah rumah berleluasa di Senawang
Berita
"Nampaknya bukan kes denggi sahaja bermaharajalela sekarang ini. Kes pecah rumah pun berleluasa dan tidak terkawal lagi sekarang ini. Satu lagi kes pecah rumah berlaku malam tadi di Jalan 6 Taman Alamanda Senawang bersebelahan Taman Satria.

Seperti kes sebelum ini , penghuni tidak sedar dan sedang tidur, hanya sedar waktu pagi. Pencuri masuk ikut pintu atau tingkap belakang.

Barangan yang dicuri ialah wang ringgit, komputer dll.

Oleh itu semua pihak perlu bekerjasama untuk mencegah jenayah yang semakin tidak terkawal di Malaysia sekarang ini , antara tindakan perlu diambil oleh kita semua ialah :

1. Sentiasa peka akan apa yang berlaku, kalau ada sesiapa yang tidak dikenali meronda-ronda sekitar perumahan, laporkan kepada pihak polis.

2. Pastikan kawasan rumah depan dan belakang tidak semak samun, ini untuk keselamatan dan kesihatan.

3. Pasang lampu luar rumah, depan dan belakang.

4. Kunci rumah, kunci kereta, kunci motosikal dsbnya hendaklah dibawa dalam bilik tidur yang berkunci waktu malam.

5. Media perlu hebohkan kes sebegini supaya masyarakat berjaga-jaga, bukan leka dengan indeks jenayah yang rendah.

6. Usaha, doa dan tawakal.

Sila sebarkan maklumat ini.

Thursday, July 8, 2010

Hebatnya Subuh (Siri 2): Wanita lebih afdal solat di masjid?
Artikel

"Penulis pernah berdiskusi (sebenarnya hampir-hampir mendekati takrif debat) dengan seseorang mengenai sama ada lebih afdal wanita solat di rumah atau di masjid (dan surau). Perkara ini memang banyak juga dibahas dan diperdebatkan oleh pihak lain dan ia sering disalah faham oleh sesetengah individu, terutama bagi wanita yang terlalu beriya mahu solat di masjid.

AFDAL... walaupun harus bagi wanita solat di masjid, solat di rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya. - Gambar hiasan sahaja.

Mereka melihat secara logiknya, wanita yang solat di masjid akan mendapat lebih banyak pahala berbanding wanita yang solat di rumah. Secara logiknya, ini kerana mereka terpaksa bersusah payah ke masjid sedangkan hukum-hakam Islam tidak boleh diukur dengan akal semata-mata.

Dalam siri Hebatnya Subuh kali ini, buku ‘Misteri Solat Subuh’ ada sedikit penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Menurut penulisnya, Dr Raghib as-Sirjani, walaupun harus bagi wanita solat di masjid, solat di rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya.

Perkara itu terkandung di dalam hadis Rasulullah saw riwayat Abu Daud bermaksud:

“Janganlah kamu melarang kaum wanita solat di masjid. Namun, solat mereka di dalam rumah adalah lebih baik”.

Menurut buku berkenaan, besarnya pahala solat di rumah adalah rahmat Allah swt untuk kaum wanita dan masyarakat keseluruhannya.

“Tujuannya ialah untuk menghindarkan fitnah, menjaga kaum wanita dan ia lebih melindungi mereka.

“Ia juga bertujuan menjaga anak-anak di rumah, orang tua serta manfaat lainnya.

Penulis berkenaan menegaskan dalam bahasannya:

“Maha Suci Allah yang telah menurunkan syariat yang penuh hikmah ini!”

Buku ‘Misteri Solat Subuh’ edisi bahasa Malaysia diterjemahkan oleh Ahmad Munaji LC dan diterbitkan oleh Darul Nu’man.

Dalam buku terbabit, Dr Raghib menumpukan bahasan kepada solat Subuh.

Dalam siri terdahulu, penulis mencatatkan mengenai ukuran di antara si munafik dan bukan si munafik berdasarkan pelaksanaan solat Subuh, terutama bagi lelaki yang dikerjakan di masjid. Bagaimana pula mengukur tahap keimanan kaum wanita berdasarkan solat Subuh jika mereka tidak afdal solat di masjid?

“Berkaitan persoalan yang sedang kita bicarakan, maka ujian yang membezakan di antara wanita munafik dan wanita mukminah ialah solat pada awal waktu.

“Wanita mukmimah (yang lulus ujian keimanan) adalah mereka yang menunaikan solat Subuh ketika kaum lelaki solat di masjid.

“Manakala wanita yang belum kukuh imannya akan mengerjakan solat Subuh ketika terbit matahari (atau setelah terbit matahari),” catat penulis berkenaan.

Masih mahu berdiskusi dan berdebat mengenai persoalan ini? Dr Raghib menamatkan hujahannya begini:

“Saya hanya menyampaikan persoalan yang sudah menjadi kesepakatan ulama, yang tidak ada lagi perbezaan dan perselisihan mengenainya”.
KHEMAH TERBESAR DUNIA DI KAZAKHSTAN
GAMBAR menunjukkan khemah terbesar dunia di Astana kelmarin.

ASTANA - Ibu negara baru Kazakhstan di sini kelmarin dimeriahkan dengan percikan bunga api sempena perasmian Khan Shatyr yang merupakan khemah terbesar di dunia ciptaan arkitek Britain, Norman Foster, lapor sebuah akhbar semalam.

Binaan yang digelar sebagai Raja Segala Khemah itu ditegakkan oleh kabel condong sepanjang 150 meter untuk mengembangkan tiga lapisan bumbung plastik lut sinar dan kalis sejuk ekstrem sehingga - 35 darjah Celsius pada musim salji.

Khemah itu cukup besar sehingga ia mampu memuatkan beberapa buah pantai, air terjun buatan, sebuah padang golf mini, taman botani, pawagam, kedai dan restoran.

Ia mengambil masa empat tahun untuk dibina. - Agensi

Wednesday, July 7, 2010


MIKE TYSON MENANGIS DI RAUDAH

Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

(Gambar:TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, dua hari lepas.)

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi

Lagi pasal WorldCup..fever lah katakan

E-Mel  Pembaca

Assalamualaikum semua, Berlindung kita dan keluarga kita pada Allah SWT dari tipu daya syaitan yang di rejam. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Saya tertarik kepada beberapa artikel oleh Ustaz NikNasri berkenaan Worldcup ni. Walaupun dah nak sampai Semifinal dah, saya percaya "demam" worldcup ni tidak akan kebah sehingga sebulan selepas dari Finalnya nanti. Semua mahu jadi pemenang...tiada siapa yang mahu jadi "pengalah"(pinjam kata Some Mi Vel u) baik yang menonton juga yang berjudi( taubatlah).


Bersama sedikit kajian dan penilitian dari Tulisan Ust Nik, juga lain-lain serta setiap perlawanan World Cup juga Iklan2nya yang saya saksikan beberapa perkara perlu kita ambil tauladan:-
1. Brainwash oleh FIFA yang cuba mendakyahkan Bahawa sukan( Bola sepak terutamanya) (kononnya) dapat menyatukan manusia melalui speech Presidentnya Sepp Blater, Promosi2 mereka menggunakan penduduk miskin kulit hitam, Iklan2 yang mempunyai mesej tersembunyi melalui produk-produk sponsor...So manusia tak perlukan agama..(Godless) -Tak mustahil Jerman boleh di"plankan"menang Worldcup disebabkan multiracial teamnya (yang kini sibuk digembar-gemburkankan).
2. Adanya mesej-mesej penyembahan Syaitan melalui Logo-logo dan jenama bola (JABULANI) yang pasti diletakkan di hadapan diantara 2 pasukan sebelum masuk padang...Ust nik dah cerita baba symbol2 ni...Kamera pasti akan duduk menayangkan Bola tersebut sebelum dan semasa pemain masuk ke padang.
3. Mempromosi budaya penyembah Syaitan terutamanya men"TATOO" kan anggota badan. Hampir semua pemain memiliki tatoo ni.. Klau dulu2 tak ketara kini ramai yang TATOO seluruh badan sampai ke tengkuk.. Yang tulis Arab pun ada (simao) tapi masuk padang, keluar padang skor buat tanda "salib"...
Betullah jika ada yang kata kita sedang di sihir satu dunia....Solat kita, zikir kita, doa kita pun terpengaruh dek Worldcup...Wa na'uzubillah...
Diharap selepas ini walaupun kita masih menonton( kerana ketagih kot) ...semoga "demam" kita cepat kebah, semoga fikiran kita tidak dipengaruhi oleh mesej2 separa sedar yang cuba ditanam oleh Penyembah2 Syaitan ini..Kalau boleh tinggalkan terus Alhamdulillah, semoga kita terus berada dijalanNYA...
Wallahua'lam...
diaa

Tuesday, July 6, 2010


MALAYSIA JUAL BERSUBSIDI PADA SINGAPURA

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Kerajaan wajar memberikan penjelasan yang jujur dan bertanggungjawab berhubung isu kekurangan gula yang dihadapi oleh pengguna kebelakangan ini.

Penegasan itu ekoran insiden enam daripada 30 kargo yang memuatkan gula nasional tergelincir dari Butterworth ke Singapura, milik KTMB tergelincir di Chamek, dekat Kluang Johor, 23 Jun lalu.

Macam mana gula yang kerajaan subsidikan pada Syarikat Gula Prai dan sebagainya, gula itu yang nak dibawa jual ke Singapura, memetik laporan akhbar New Strait Times Press (NSTP).

Insiden tersebut sudah tentu mempunyai kaitan dengan kesukaran rakyat mendapatkan bekalan gula nasional sebelum ini.

Kita percaya gula yang kurang dalam pasaran sebelum ini disebabkan kes-kes eksport gula sebegini bukanlah untuk orang Johor walaupun gerabak KTMB ini tergelincir di Kluang.

Tanah KTMB di Tanjong Pagar pun kita kerajaan gadai pada Singapura, gula negara pun nak beri juga.

Kerajaan seperti merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan pengguna dengan menisbahkan musibah kekurangan gula kepada kaum peruncit.

Sedangkan aktiviti pengeluar dan pembekal gula langsung tidak dipantau sehingga gula yang telahpun disubsidi sanggup diperdagangkan pada Singapura.

Sehubungan itu dicadangkan pihak berwajib memberikan pendidikan konsumerisme kepada rakyat supaya rakyat mendapat maklumat yang menyeluruh di sebalik kekurangan gula dalam pasaran.

Harga gula tempatan RM1.65 sekilo berbanding RM3.05 sekiranya dijual di Singapura sudah tentu mendorong minat pihak yang tidak bertanggungjawab memperdagangkan gula nasional di negara jiran itu.

Kita menggesa kerajaan memperkenalkan mata pelajaran kepenggunaan di peringkat sekolah rendah lagi bagi memberi pendedahan hak-hak pengguna kepada rakyat di awal usia.

Beberapa negara barat yang mengamalkan perkara tersebut telah terbukti mampu menanam kefahaman kepenggunaan yang baik kepada generasi awal negara mereka.

Adakah sebagai Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan boleh mencadangkan kepada kabinet agar mata pelajaran kepenggunaan ini diajar di peringkat sekolah rendah lagi sebagai satu mata pelajaran, bukan ditempel pada mata pelajaran sivik dan sebagainya?

Kesedaran diperingkat awal sangat penting bagi memastikan rakyat negara ini tidak mudah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.


Monday, July 5, 2010


Maradona tidak dapat menahan kekecewaan selepas gagal membawa Argentina mara ke separuh akhir.

KEAJAIBAN PIALA DUNIA 2010

JOHANNESBURG – Keajaiban, kejutan serta keputusan di luar jangkaan terus berlaku di bumi Afrika Selatan.

Ramalan penggiat, pengikut serta pemimpin sukan di serata dunia terhadap Piala Dunia 2010 semuanya meleset.

Sejak daripada aksi pembukaan 11 Jun lalu, sudah terlalu banyak keajaiban berlaku sehinggalah ke pusingan suku akhir.

Ia bermula dengan penyingkiran naib juara edisi 2006, Perancis seawal saingan peringkat kumpulan lagi dan selepas itu diikuti juara bertahan, Itali yang turut terkandas pada peringkat yang sama.

Apabila saingan memasuki pusingan kalah mati membabitkan 16 pasukan terbaik, kejutan terus berlaku.

Ghana, satu-satunya pasukan dari benua Afrika yang mara, mene- ruskan kejutan untuk melangkah sehingga ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Uruguay menerusi penentuan sepakan penalti.

Menariknya, tiada siapa meramalkan dua pasukan ini – Uruguay dan Ghana – akan mara ke pering- kat suku akhir tetapi kedua-dua negara telah membuktikan kepada dunia bahawa mereka juga mampu mencabar pasukan yang bergelar gergasi.

Keajaiban di bumi Afrika Selatan tidak terhenti setakat itu.

Pasukan-pasukan pilihan terus mengalami kemusnahan dalam misi mereka memburu kejuaraan.

Selepas penyingkiran Perancis, Itali dan England – antara pasukan yang dianggap gergasi di muka bumi – giliran Brazil pula tumbang.

Tiada siapa menjangka perjuangan Brazil akan terhenti setakat pusingan suku akhir.

Juara dunia lima kali ini disebut-sebut sebagai pilihan untuk muncul juara pada kejohanan tahun ini, namun mereka tersungkur di kaki Belanda yang tampil dengan corak bola sepak yang menghiburkan.

Pada aksi suku akhir itu Brazil tewas 1-2 dan terpaksa meninggalkan bumi Afrika lebih awal.

Selepas Brazil, giliran Argentina pula ‘menikmati’ penyingkiran.

Penyingkiran Argentina memang sungguh memalukan dan satu dunia menyaksi- kan bagaimana anak-anak buah Diego Maradona itu diperbudakkan oleh barisan muda Jerman yang dibarisi sebahagian besarnya pemain berusia di bawah 24 tahun.

Jerman mudah membelasah Argentina 4-0 dan kekala- han itu turut menjejaskan reputasi Maradona sebagai pemain terhebat dunia suatu ketika dulu.

Untuk memburukkan lagi gaya kekalahan yang dialami Argentina itu, bintang mereka, Lionel Messi dilihat terkapai-kapai mencari rentak meskipun Jerman tidak terlalu memberi tumpuan untuk mengawal pergerakannya.


MESSI turut tenggelam dan meninggalkan bumi Afrika Selatan tanpa merekodkan sebarang jaringan.


Apa yang berlaku dengan Argentina itu boleh disimpulkan bahawa pemain bertaraf bintang itu masih belum cukup untuk menjamin kemenangan seperti mana yang dialami Perancis mahupun Brazil.

Brazil contohnya, memiliki bintang terhebat seperti Kaka, Robinho mahupun Fabiano tetapi reputasi yang ada pada mereka itu tidak cukup untuk menjamin kemenangan.

Kaka hilang taringnya dan begitu juga yang dialami bintang England, Wayne Rooney.

Turut tenggelam ialah bintang Portugal, Cristiano Ronaldo yang tampil dengan aksi mengecewakan sepanjang kempen di Afrika Selatan.

Setakat ini, Jerman, Belanda, Uruguay dan Sepanyol membuktikan kepada dunia bahawa bola sepak itu tidak lagi bergantung kepada seorang pemain bintang, sebaliknya kemenangan itu bergantung dengan kerja berpasukan.

Jerman hebat beraksi sebagai satu pasukan dan begitu juga yang dibuktikan oleh tiga lagi pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir kali ini.

Boleh dikatakan bahawa Afrika Selatan bukan medan untuk pemain bintang dan juga bukan medan untuk pasukan yang bergelar gergasi menyerlah.

Bola sepak dunia kini menuntut aksi berpasukan dan kehebatan seorang bintang sudah tidak boleh dijadikan sandaran.

Ia mungkin membantu tetapi belum cukup untuk menjamin kemenangan.

Selain itu, aspek pembangunan juga dilihat penting seperti yang telah dibuktikan oleh Jerman.

Itali yang mengabaikan aspek pembangunan terus kecundang kerana pada saingan kali ini mereka terus memberi kepercayaan kepada ‘kuda tua’ untuk menggalas cabaran.

Selepas empat pasukan yang mara ke pusingan sepa- ruh akhir sudah diketahui, ramai yang tidak berani untuk membuat ramalan.

Keempat-empat pasukan – Uruguay, Belanda, Jerman dan Sepanyol – memiliki kekuatan tersendiri tetapi atas kertas, Jerman dan Belanda dilihat pilihan.

Namun, ramai yang kecewa kerana Jerman dan Sepanyol terpaksa membuat perhitungan terlalu awal pada pering- kat separuh akhir.

Dua pasukan ini seharusnya beraksi di pentas final yang memiliki corak permainan yang sungguh mempesonakan.

Apa pun, rumusan pada edisi di bumi Afrika Selatan ini boleh dikatakan sebagai medan melakar kejaiban serta kejutan. – Agensi


ASTAKA MALAYSIA TERUS LESU DIEKSPO DUNIA SHANGHAI
Pameran astaka pavilion Malaysia di Expo Dunia Shanghai di China yang sedang berlangsung sehingga akhir Oktober ini dilaporkan lesu dan tidak mempunyai produk serta maklumat yang mencukupi bagi memasarkan negara ke pasaran antarabangsa.

Kebanyakan pengunjung, termasuk rakyat Malaysia yang melawat astaka itu nyata tidak berpuas hati dan menganggap usaha kerajaan itu tidak bersungguh-sungguh meskipun ia memaparkan rekabentuk sebuah rumah Minangkabau.

Antara yang dibidas pengunjung adalah kekurangan fokus oleh kementerian pelancongan yang cuba memperkenalkan sebanyak mungkin destinasi pelancongan pada pameram yang bermula 1 Mei lalu itu.

Apabila pengunjung menjejakkan kaki ke astaka ini, beliau berpeluang menyaksikan pakaian tradisional setiap kaum di Malaysia, replika menara berkembar Petronas, hutan hujan khatulistiwa, replika monumen bersejarah yang yterdapat di Melaka dan Pulau Pinang, pantai peranginan, pulau, padang golf dan juga bahagian pameran perlumbaan Formula 1.

Namun, semua itu tidak dilengkapi dengan penjelasan terperinci dan lebih malang lagi ia dianggap terlalu 'superficial' dan tidak berkait antara satu sama lain.

M
alah, pakaian tradisional yang dipamerkan di pintu masuk astaka ini teidak membekalkan penjelasan kepada pengunjung yang sebahagian besar mereka adalah rakyat negara China.

Sebagai perbandingan, negara seperti Arab Saudi dan Monaco menggunakan tekonologi multimedia dan juga filem 3D sebesar empat gelanggang bola keranjang untuk memperkenalkan negara mereka.

Sesetengah negara seperti Israel pula menggunakan teknologi internet bagi membolehkan pengunjung berbual dengan rakyat negara itu bagi menjadikan pengalaman mereka lebih interaktif dan menarik.

Tidak kurang juga yang membawa khazanah negara mereka untuk dipamerkan - Perancis membawa tujuh lukisan yang dianggap khazanah negara manakala Denmark pula membawa patung 'ikan duyung' yang menjadi kebanggan mereka.

Hasilnya, astaka negara-negara berkenaan menarik minat ramai pengunjung - orang ramai terpaksa berbaris selama dua hingga tiga jam sebelum berpeluang memasuki astaka berkenaan.

Bag
i astaka yang lebih popular seperti astaka Arab Saudi dan Jepun, tempoh berbaris memakan masa sehingga lima atau enam jam.

Lebih malang lagi, petugas di astaka Malaysia yang mempamerkan lukisan batik gagal berkomunikasi dalam bahasa Cina menyebabkan ramai pengunjung tuan rumah China langsung tidak tahu apa yang diperkatakan.

Manakala sukarelawan yang diambil bertugas sibuk melayan telefon bimbit masing-masing daripada memberikan penerangan.

Kebanyakan negara-negara lain mengambil rakyat mereka yang fasih berbahasa Cina dan Inggeris sebagai petugas bagi menerangkan maklumat mengenai negara masing-masing.

Paling mendukacitakan, sesetengan pengunjung mendakwa astaka Malaysia dijadikan seolah-olah sebagai 'pasar malam' bagi memperkenalkan barangan komersial.

Se

bahagian ruang digunakan untuk memperkenalkan barangan seperti kerusi urut, minuman koko, kopi tongkat Ali, lukisan, kelapas sawit dan juga balak.

Pameran ini juga dibidas oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana menteri pelancongan memberitahu Dewan Rakyat, hanya sebanyak RM20 juta digunakan untuk menampung kos keseluruhan pameran berkenaan.

Sedangkan pada jawapan bertulis menteri itu kepada ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan pada 15 Jun, beliau berkata, kos keseluruhan pameran mega itu adalah RM35 juta.

Friday, July 2, 2010

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains
Tazkirah
"Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Tuesday, June 29, 2010

WONG FEI HONG SEORANG MUSLIM?

Justify Full
Wong Fei Hong
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung diperankan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.
Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pasien klinik keluarga Wong yang meminta bantuan pengobatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya pengobatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pasien yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pamrih.

Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung sukses melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang legendaris. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepang), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli pengobatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil menghajar lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena istri-istrinya meninggal dalam usia pendek. Setelah istri ketiganya wafat, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya.

Amiin.
Tiga Perkara Kebaikan dan Keburukan.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Seorang Mukmin sentasa berhati-hati ketika menjalani kehidupan ini, supaya setiap amal soleh, ibadah dan perbuatannya dapat diterima oleh Allah s.w.t. sebagai amal soleh dan pada masa yang sama dapat menyelamatkan dirinya daripada kemurkaan Allah s.w.t.dengan meninggalkan segala tegahan-Nya

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

Berdasarkan hadis di atas dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang menyesatkan. Bila kita laksanakan dan tinggalkan ketiga perkara tersebut maka kita akan menjadi hamba Allah yang dikasihi-Nya

Tiga perkara yang menyelamatkan :

1.Takut pada Allah ketika bersendirian dan khalayak ramai.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, " Wahai Muaz, takutlah Allah, dimana kamu berada, dan turutilah kejahatan dengan kebaikan yang akan memadamkannya dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik"
( Hadis Sahih Riwayat Tirmizi)

Thauban meriwayatkan satu pesanan junjungan , bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : “ Aku sangat jelas mengetahui bahawa ada golongan dari umatku yang akan datang pada hari Qiyamat dengan amalan soleh sebesar gunung Tihamah, tetapi Allah akan menjadikannya seperti debu-debu berterbangan.”

Thauban bertanya : “Wahai Rasulullah, ceritakanlah tentang mereka kepada kami dan beritahulah kami lagi, supaya kami tidak menjadi seperti mereka.”

Baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Mereka adalah saudara kamu dan dari kaum kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu, tetapi mereka adalah orang yang apabila mereka bersendirian, mereka akan melanggar larangan Allah.”
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

2. Berlaku adil ketika suka dan marah.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah.."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku ini, “ Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka (berlaku tidak adil), maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Berlaku adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa ada diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk sahaja malah dalam menjaga hubungan dengan Tuhan. Sifat adil akan menghidupkan suasana berkasih sayang dalam masyarakat.

3. Berjimat ketika senang dan susah.
Orang yang membelanjakan hartanya untuk jalan yang betul, yang diharuskan syarak, maka ia tidak diperkira sebagai membazir atau sia-sia. Orang yang mengorbankan hartanya dijalan Allah demi untuk kemaslahatan Islam maka itu tidak termasuk dalam amalan membazir. Begitu juga mereka yang menghabiskan sebahagian daripada hartanya untuk menyekolahkan anak, membina bangunan untuk tempat kediaman atau mengeluarkan hartanya untuk membeli kereta bagi keperluan harian. Namun demikian, orang yang mengeluarkan sebahagian harta bendanya, biarpun untuk membeli bahan makanan yang sedikit, tetapi disedari makanan tersebut tidak diperlukan dan terbuang begitu sahaja, maka perbuatan itu termasuk dalam perbuatan membazir.

Islam dengan tegas menegah seseorang membeli barang melebihi keperluan hidup atau berbelanja mengatasi jarum penunjuk pendapatan, lantaran akibatnya akan menimbulkan pembaziran yang dibenci Allah. Jika berbelanja melampaui batas untuk tujuan bermegah-megah, sehingga berlaku pembaziran hanya saja akan menggambarkan tingkah laku orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat Allah. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan sebagaimana keterangan daripada ayat yang bermaksud:

“Dan jangan membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
(Surah al-Israk ayat 26 – 27)

Tiga perkara yang membinasakan :

1. Mengikut hawa nafsu .
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna, maka Allah mengilhamkan (menunjukkan) jalan kejahatan dan jalan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan rugilah orang yang mengotorinya."
(Surah As-Syams ayat 7-10)

Rasulullah s.a.w.telah bersabda:
"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang
aku bawa."

Hadis ini menerangkan salah satu daripada tuntutan iman, iaitu mestilah hawa nafsunya tunduk dan
menurut ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.. Sekiranya dia
mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam, menyintai maksiat daripada amal
kebajikan, maka imannya tidak sempurna.

2. Terlampau bakhil (kedekut)
Nabi s.a.w. berwasiat kepada Sayyidina Ali k.w, maksudnya :
"Wahai Ali ! Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan rahmat-Nya serta jauh dari seksa-Nya, sedangkan orang bakhil (kedekut) itu jauh dari Allah, jauh dari rahmat-Nya serta dekat dengan seksa-Nya.

Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu Syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api Neraka pada Hari Kiamat.”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Kita perlu ingat dengan larangan Rasulullah terhadap orang kedekut ini sebagaimana maksud hadis:

“… dan takutlah kamu dari sifat kikir, kerana sesungguhnya sifat kikir itu telah membinasakan umat sebelum kalian, yang mendorong mereka melakukan pertumpahan darah dan menghalalkan semua yang diharamkan Allah.”
(Hadis Riwayat Muslim)

3. Kagum dengan diri sendiri.(Sifat ujub)
Firman Allah s.w.t maksudnya, ".....Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri." (Surah. Al Qashash ayat 76)

Kagum dengan diri sendiri iaitu ujub dengan kelebihan diri sehingga menjadikan seseorang itu bersikap angkuh dan sombong serta suka menghina orang lain menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat.

Salah satu sifat mazmumah yang amat dibenci Islam dan tidak disenangi dalam masyarakat ialah sifat ujub (perasan diri lebih). Ujub dapat diertikan sebagai ‘menganggap dan melihat diri lebih daripada orang lain’. Dengan menganggap diri lebih, seperti dari segi pengetahuannya, kealimannya, ibadatnya atau lebih kekayaannya daripada orang lain. Ujub ini sifat tercela, ia perlu segera dikikis dan dijauhi umat Islam kerana boleh mendorong kepada pelbagai sifat yang lebih buruk lagi, misalnya sombong, takbur, gila hormat, meremehkan orang lain dan sebagainya

Sahabat yang dikasihi Allah,
Marilah sama-sama kita mengambil iktibar di daripada hadis di atas iaitu supaya kita sentiasa merasai takut kepada Allah s.w.t. ketika berseorangan atau ada orang ramai , hanya jiwa yang beriman akan merasai kehadiran Allah s.w.t di di dalam seluruh kehidupannya. Merasai cctv Allah s.w.t. memfokus dan merakamkan seluruh amalan-amalannya baik yang nampak atau tersenbunyi.

Sentiasa berlaku adil walaupun kepada musuh samaada ketika suka atau marah. Kerana sifat adil adalah lebih hampir kepada sifat takwa.Dan salah satu sifat berjimat cermat dan tidak boros adalah satu sifat yang terpuji, Allah s.w.t. samakan orang yang bersifat boros adalah kawan syaitan. Sesungguhnya syaitan lebih suka membawa manusia kepada kebinasaan.

Perkara-perkara yang membinasakan manusia adalah suka mengikut hawa nafsu,sifat bakhil dan sifat ujub. Ketiga-tiga perkara ini semuanya membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t. Sesiapa yang mengekalkan ketiga-tiga sifat ini sebenarnya ia menempahkan tempat duduknya di Neraka, nauzubillah. Oleh itu marilah sama-sama kita insaf dan sentiasa kembali kepada keredhaan Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Saturday, June 26, 2010

Renungan Jumaat:
ALAM MAHSYAR
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.