Wednesday, July 28, 2010

Dari e-mail yang dikirimkan oleh Cik Puan Ayu Suhara

ADA KUBUR DIATAS KUBAH MASJID NABAWI

Baru hari ini aku tahu yang ada benda diatas kubah masjid Nabawi di Madinah itu. Rasanya ramai orang yang mengunjungi dan beribadat di masjid tersebut tidak tahu ada benda ini !




SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencoba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

BAPA DAKWA ANAK DITATU DALAM TAHANAN

Seorang bapa hari ini mendakwa anak beliau ditatu secara paksa oleh sekumpulan banduan sewaktu ditahan di penjara Kepayan, Kota Belud, Mac lalu.

Hassan Awang, 66, bapa kepada Hairul Hassan, 21, mendakwa kejadian tersebut berlaku pada 19 Mac lalu, sewaktu anaknya itu ditahan bagi menunggu keputusan Mahkamah Majistret.

Menceritakan kejadian yang menimpa anaknya itu beliau memberitahu, antara jam 11 pagi hingga jam 1 tengah hari pada tarikh berkenaan, empat orang banduan telah memaksa anaknya dengan kekerasan untuk ditatu.

Mereka diketuai oleh seorang banduan yang dianggap ketua di penjara tersebut yang hanya dikenali sebagai Bobby.

Malah lebih menyedihkan katanya, seorang warden bertugas yang sepatutnya menghalang perbuatan itu, turut membantu banduan tersebut menginiaya anaknya.

"Perkara itu disaksikan oleh dua warden, malah salah seorang daripada mereka telah membantu mengisi dakwat ke dalam mesin tatu.

"Anak saya merayu supaya jangan ditatu kerana beliau seorang Islam dan Islam mengharamkan penganutnya bertatu, namun rayuan anak saya tidak dihiraukan," katanya.

Menurut Hassan lagi, tatu di sebelah bahu (kanan) dan lengan tangan kanan (kiri) anaknya itu berukuran 18 sentimeter lebar dan 28 sentimeter panjang.

Hairul ditahan di Balai Polis Kota Belud pada 5 Mac lalu dan kemudian dibawa ke penjara Kepayan 12 Mac hingga 16 April bagi menunggu keputusan kimia.

Selepas itu beliau kemudian dibawa semula ke Balai Polis Kota Belud untuk tahanan lanjut.

Dia kemudian didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dijatuhkan hukuman penjara pada 19 April.

Beliau sekali lagi dibawa ke Penjara Kepayan untuk menjalani hukuman sehingga dibebaskan 25 Mei lalu.

Menurut Hassan, kegiatan itu berleluasa di penjara tersebut di mana mesin tatu tersebut didakwa bergerak bebas tanpa sebarang halangan pihak berkuasa penjara.

Ianya juga digunakan secara bergilir-gilir oleh banduan di penjara tersebut.

Namun apa yang dibimbanginya, kesan penggunaan bergilir-gilir tersebut kerana ada di antara penagih menghidap penyakit HIV Aids.

"Ada kalangan banduan itu penagih dadah dan mesin ini tercemar dengan darah. Resiko sangat tinggi untuk dijangliti HIV Aids," katanya kerisauan.

Biarpun sudah dibebaskan, anaknya kini berada dalam keadaan bertatu, ketakutan dan trauma dengan pengalaman mengerikan yang menimpanya.

"Dengan pendedahan ini saya harap Menteri Dalam Negeri, dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dapat bertindak sewajarnya," katanya mengharapkan satu tindakan tegas pihak berkuasa.

Friday, July 23, 2010

Kad Kredit Adalah Riba
Artikel
"Mungkin sudah ramai mengetahui dan mengakui bahawa kad kredit adalah sejenis riba. Namun, tidak ramai mempunyai kekuatan untuk mengelak daripada terus menggunakannya.

Dalam posting terbaharunya sekali lagi menegaskan dan mengingatkan bahawa kad kredit adalah riba!

Menurut web itu, kedudukan kad kredit sebagai riba sudah diputuskan menerusi fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

“Hubungan di antara pengguna dan pengeluar kad adalah hutang. Pihak pengeluar akan membayar jumlah pembelian yang dibuat kepada penjual (peniaga).

“Kemudian, sebagai balasan, pihak peniaga perlu membayar kepada pengeluar kad sebanyak satu peratus hingga tiga peratus dari jumlah barang yang dibeli sebagai komisyen, manakala pengguna pula perlu membayar semula hutang tadi berserta caj riba yang mahal, iaitu 17.5 peratus setiap tahun,” catat zaharuddin.net.

Zaharuddin.net dikendalikan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Ustaz Haji Zaharuddin Abd Rahman. Beliau berpengalaman luas dalam bidang kewangan Islam, termasuk sebagai panel syariah di pelbagai organisasi. Web ini menjadi rujukan popular dalam pelbagai bidang, termasuk fikah dan muamalat.

Menurut web terbabit, sebagaimana pernah disebut Profesor Undang-Undang Universiti Havard, Amerika Syarikat, Dr. Elizabeth Warren, kad kredit adalah sama seperti ah long (loan shark).

Apa yang membezakan di antara kedua-duanya ialah kad kredit diatur secara lebih tersusun dan profesional, manakala ah long beroperasi secara gelap dan berbau jenayah.

“Namun hakikatnya, kedua-duanya adalah sama dari sudut caj dan kezalimannya,” tegas zaharuddin.net.

Menurutnya, walau hutang kad kredit diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh 20 hari yang diberi, riba tetap mengenai pengguna. Ini kerana, setiap penggunaan menyebabkan peniaga perlu membayar komisyen satu peratus hingga tiga peratus kepada pengeluar kad.

Dengan itu, catat zaharuddin.net, setiap penggunaan kad kredit konvensional dianggap bantuan dan sokongan secara langsung kepada ‘industri kad nafsu’ berteraskan riba.

“Kalau dahulu, pihak pengeluar kad memberikan tempoh 20 hari setiap bulan sebagai tempoh ‘no charge, no interest’ jika dibayar jumlah minimum lima peratus, namun bermula hujung 2008, Bank Negara Malaysia (BNM) memansuhkan undang-undang terbabit bagi merendahkan kadar faedah yang lain.

“Justeru, kini hanya mereka yang membuat ‘full repayment’ sebelum tamat tempoh 20 hari itu terkecuali daripada caj faedah dalam jadual di atas. (Manakala) yang lain tidak lagi terselamat sebagaimana dahulu,” catat web terbabit.

Ia menyifatkan kad kredit sebagai ‘kad nafsu’ kerana menggalakkan ‘leverage’ melampau dengan menggandakan kemampuan pembelian menerusi hutang dan sengaja menggalakkan pembayaran lewat.

Menurut statistik BNM, jumlah hutang kad kredit bertambah 20 peratus setiap tahun. Dengan kadar faedah 1.5 peratus sebulan, bank di negara ini secara mudah mengaut keuntungan faedah kira-kira RM159 juta setiap tahun, tidak termasuk caj perkhidmatan lain.

Antara caj yang dikenakan bank kepada pengguna kad kredit ialah caj pembayaran lewat, yuran tahunan, caj pembelian antarabangsa, caj belian melebihi had kredit dan caj pengeluaran tunai.

“Demikian sifat sekeping kad kredit yang sering dibanggai pemiliknya bagi menunjuk kemewahan diri, namun hakikatnya ia hanya sekeping ‘kad hutang’ yang menunjukkan potensi diri pemiliknya untuk jatuh muflis atau menunjukkan pemiliknya yang lebih suka membayar sesuatu dengan harga yang lebih mahal, suka berhutang dan cenderung berbelanja melebihi pendapatan.

“Itulah juga kad kredit, sekeping kad yang disediakan untuk melayan kebuasan nafsu membeli dan berhutang manusia dan mengambil kesempatan atas kelemahan itu. Diberinya kemudahan membeli sehingga melebih kemampuan pendapatan, malangnya dikenakan caj yang tinggi, adakalanya kurang difahami cara kiraannya oleh pengguna itu sendiri, lalu bertambahlah malang,” tulis zaharuddin.net.

Justeru, web berkenaan menyeru semua pengguna Islam agar segera menghapuskan kad kredit, terutama jika ia dikeluarkan bank konvensional kerana ia secara sahih adalah riba, sebaliknya mereka disaran menggunakan kad caj Islam atau kad debit Islam.

Zaharuddin.net mengingatkan:

“Insafilah dan beringatlah sebelum terlambat. Moga kita diberikan kekuatan untuk bertindak dan memotong kad-kad kredit kita.”

Thursday, July 22, 2010

Alah...5 sen
Artikel
"Baru dua tiga hari lepas harga minyak petrol dan diesel naik sebanyak 5 sen. Macam-macam cerita kedengaran dari rakyat jelata. Ada yang mengeluh sebab harga naik, ada yang relax sahaja dan ada pulak yang menyokong kenaikan harga ni. Saya nak mengambil contoh dan teladan dari ketiga-tiga perspektif ini.

1) Yang Mengeluh :-
Rakyat biasa atau rakyat terbanyak. Keluhan timbul kerana kos meningkat. Walaupun kerajaan kata kos hanya minima dan dapat diserap oleh rakyat dan orang perniagaan. Ramai yang mengangguk walaupun mulut mencebik. Ramai jugak yang mencaci kerajaan.

Ada satu perempuan cina namanya Miss Tan,bekerja dengan sebuah syarikat German. Anak 2 orang, tinggal di sebuah kondo di Bukit Jalil. Suaminya seorang ahli perniagaan. Dia beritahu saya sekarang semua naik. Dia dan suami dua-duanya kena bekerja untuk tampung kos. Anak2 tinggal dengan mak mertua sebab boleh jimat sikit daripada upah penjaga atau ambil pembantu rumah. Dulu kereta semua isi minyak kuning aje katanya (RM 1.80 se liter). Nak isi minyak mahal (merah) terasa rugi pula. Sekarang minyak naik 5 sen akan datang tak tahu naik berapa lagi. Rasa macam nak tukar pakai gas NGV seperti yang ada kawan2 nye buat, tapi takut pula sebab tak biasa dan tak tahu macamana. Lagi harga gula naik katanya. Sikit hari semua harga barang naik sebab harga diesel pun naik. Hayya banyak pening kata Miss Tan.

2) Yang Menyokong :-
Ada 2 kumpulan. Kumpulan yang pertama yang tak tahu apa-apa iaitu terima duit dari mak bapak untuk dibelanjakan. Dia orang belum bekerja atau masih bergelar pelajar. Jadi tiap-tiap bulan mak bapak lah yang hantar duit untuk makan minum serta minyak motor dia orang. Saya terdengar perbualan puak ni kat satu restoran sate di sini. Antara ayat yang saya terdengar " Peeh...nasib baik minyak ni naik 5 sen kan. 5 sen ok beb tak dak pa-pa. Lu tak boleh buat apa2 dengan 5 sen ni beb"

Kumpulan yang kedua yang menyokong adalah kumpulan tegar penyokong UMNO atau BN. Orang kata darah cap keris. Contohnya jiran kat hujung jalan rumah aku ni Kak M. Sekali tu aku tanya Kak M semasa mengundurkan kereta nak keluar dari rumah. Kak M macamana dengan harga minyak dan gula naik ni? Jawapannya : Alah Pol apa nak kecoh-kecoh. Elok lah naik 5 sen tu daripada naik 20 atau 30 sen. Lagi pun dapat gak bantu-bantu kerajaan. Kak M ni surirumah sepenuh masa,anak2 semua dah lepas, lagipun dia tak ada kereta cuma ada motor aje. Suaminya pencen posmen dan kini kerja pula sebagai jaga.

3) Yang relax dengan kenaikan harga :-
Kumpulan Pak Menteri, Timbalan-timbalan Menteri serta Pengarah-pengarah. Menteri dan Timbalan Menteri ni semua minyak kereta nya kerajaan tanggung. Tahu-tahu drebar dah isi minyak kereta penuh. Tol pun tak payah bayar. Main lalu aje siap rider lagi. Pengarah syarikat besar terutamanya yang GLC apa nak susah. Minyak kereta semua syarikat tanggung. Kok bayar sendiri pun boleh tuntut balik dengan syarikat.

Kesimpulannya :-
Orang Cina ni memang berkira atau pandai mengira. 5 sen pun dia orang kira. Tu lah sebab kaum ni boleh berniaga dan kalau berniaga untung dan maju. Jadi kalau orang cina meniaga boleh untung dan boleh beli kereta besar dan rumah besar. Walaupun 5 sen kat situ lah orang cina nampak untung atau ruginya. Kalau kat sekolah dulu pun yang pandai bab kira mengira ni budak2 cina. Kebanyakan dia orang ni pandai matematik

Orang Melayu pulak tak berkira atau tak pandai bab kira mengira ni. Oleh sebab sikap cincai dan tak berkira ni maka banyak orang Melayu tak boleh berniaga.Kok berniaga pun rugi sebab tak pernah nak kira untung atau rugi. Asal barang laku atau habis sudah. Itu prinsip orang Melayu berniaga. Jadi 5 sen tu orang Melayu tak nampak kalau 500 atau 5000 baru orang Melayu nampak sebab jumlah nya besar. Itu sebab selalu makan pangkal atau habis modal. Bila dah habis modal jual rumah atau kereta untuk buat tambah modal. Jadi bukan jadi makin kaya semakin kayap jadinya adalah...."

Tuesday, July 20, 2010


HARGA BARANG : RAKYAT TERTIPU LAGI
Semalam sebanyak 17 persatuan peniaga yang mewakili 500,000 ahli memberi jaminan tidak akan menaikkan harga barangan jualan mereka ekoran pelarasan harga gula minggu lepas.

Jaminan itu turut diberikan oleh 17 wakil syarikat pengeluar makanan dan minuman utama di negara ini dalam satu pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putra Jaya semalam.

Jaminan seperti ini sudah banyak kali dijanjikan oleh kerajaan kepada rakyat tetapi barangan tetap naik. Yang pasti harga minyak, gas dan gula sudah naik.

Persoalannya mampukah kerajaan memastikan harga makanan yang dijual di pasar malam dan lain-lain tapak perniagaan di dalam negara tidak dinaikkan.

Rakyat sudah faham benar jika berlaku kenaikan harga minyak, gas dan sebagainya sudah tentu harga barangan akan naik. Sudah banyak kali rakyat ditipu .

Apakah kali ini rakyat akan ditipu lagi.



MANA PERGI SUBSIDI KAMI

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja..

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?
papa semakin parah..? wang semakin lelah..?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah..?
maka subsidi kita terpaksa diserah..
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh..
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi..
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang..
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia..
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak..

sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..

tapi kami masih di sini..di teratak ini..
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..

tiada istana lawa..tiada kereta berharga..
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p..
tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini..

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah, kami yang bersalah..
kalian buat untung, hutang kami tanggung..
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..
kalian makan isi, kami dijadikan abdi..

lantas, kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta..
mengapa tambang tidak potong sahaja..
tapi entah berapa kali janji..
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..
kalian juga yang nikmati..
kami hanya menggigit jari..

kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa..

dr maza
July 2010

Monday, July 19, 2010

ADUHAI SUBSIDI DIRAMPAS ...

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kekesalannya terhadap kenaikan harga "5-dalam-1" bagi tujuan penjimatan subsidi sedangkan pada masa yang sama terdapat pelbagai pembaziran.

"...di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas," katanya.

"Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibu bapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.

"Mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah."

Tengah malam kelmarin, kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG). Langkah tiba-tiba itu ternyata mengundang kemarahan banyak pihak, terutamanya pembangkang.

Menulis dalam blognya semalam, Dr Mohd Asri menempelak "golongan bangsawan dan pembesar yang bersenang-lenang dengan kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat".


Sedangkan, menurut artikel berjudul 'Menangisi kenaikan harga barang' itu lagi, orang miskin kini menangis ekoran harga makanan yang semakin tinggi.
12 PENIPUAN POPULAR DI MALAYSIA

Lebih seribu terkandas dilapangan terbang dipercayai ditipu dan diperdaya oleh pakej pelancongan murah ke Turki dan Greece. Nak cuti mewah-mewah dan hebat, bayar pulak kalau boleh nak ciput-ciput. Padahnya..masing-masing ngangga. Itu kisah yang berlaku di UK sekarang.

Jika di Malaysia, pakej umrah yang murah-murah gila selalu akan berakhir dengan penganjur tiba-tiba lari malam. Larinya penganjur ketika malam yang gelap lagi pekat. Jarang mereka lari diwaktu bulan mengambang. Lari dengan laju sambil mengendong 'duit-duit' orang yang tinggi hajat mahu ber'umrah' tapi kedekut nak membayar lebih. Biarpun risiko di tipu itu cukup besar, seluas mulut penjara Kamunting menunggu mangsa ISA.

Tak masuk akal langsung jika ada agensi sengal menawarkan RM2000 dah boleh mewah2 untuk umrah ke tanah suci Mekah dan Madinah. Setiap tahun ada saja, perompak atas nama 'suci' menipu dan memperdaya orang2 kampung. Eh ! Orang bandar pun tidak sedikit yang kena 'kapor' sama. Eh..lagi, yang ada degree pun jangan fikir semua bijak, pun sama kena naya. Kui..kui..kui, memang kerja 'durjana'.

Dibawah disenaraikan 12 jenis taktik paling POPULAR yang digunakan oleh golongan 'durjana' malah JSJK Bukit Aman sudah megklasifikasikannya kian membimbangkan, manakala taktik penipuan pula semakin licik dan canggih.


1. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

2. Jual beli tanah
Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

3. Bomoh buang sial
Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

4. Jual beli kereta
Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri/menang judi ekor 4D
Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, dengan alasan mereka syarikat yang harus ditibuhkan. Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis
Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.

10. Gores dan menang
Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.

Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12) Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

Itu adalah diantara paekj penipuan yang leluasa berlaku di Malaysia. Maka berhati-hatilah jangan sampai ANDA PULA DITIPU ketika masih bernafas.

Saturday, July 17, 2010


sekadar gambar hiasan nak tengok lagi jelas klik lah gambar ini



Nazri Ahtar salam,

1. tolong jangan buat perbandingan harga minyak dengan negara lain. kalau terpaksa bandingkan juga, bandingkan sekali Cost Of Living, Bandingkan sekali average GAJI yang diterima. compare 1 to 1. bukan compare selepas congak nilai RM.

2. petrol ni bahan asas penting. naik petrol, naik la kos transport. naik kos transport, naik la kos barang mentah dikedai2, siapa juga yg tanggung ? consumer aka rakyat. itu belum dikira dengan naik tarif elektrik. bila tarif elektrik naik, kos LRT, ERL, monorel akan naik juga (eventually), siapa yg tanggung ? consumer aka rakyat.

3. betul dan setuju naik utk kemajuan, tapi berbaloikah risiko diambil kalau nak dibandingkan dengan peratusan menyokong (dan juga peratus memangkah undi memihak kepada DS). saya pasti DS ada ramai cendiakawan yang memberi pandangan dan nasihat kepada DS ttg ini.

4. alasan yang biasa diberikan utk sejukkan hati rakyat ialah 'kami akan pastikan harga barang lain tidak akan naik'. sejauh mana janji ini ditepati ? saya rasa DS boleh congak sendiri. dari sudut pandangan mata saya yg serba sederhana, asalkan gaji kakitangan awam diumumkan naik (belum naik lagi), harga barang runcit sudah naik. lihat sahaja harga gula sekarang. sejauh mana kekuatan pegawai2 yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan harga barang tidak naik ? wallahualam. yg pasti saya sudah bosan mendengar alasan2 sebegini.

5. kenapa tidak digunakan cara 'tunjuk IC@ kad pengenalan Malaysia sebelum beli minyak petrol utk dapatkan harga subsidi' ? sekurang2nya dengan cara kampung tersebut, rakyat terbela. duit subsidi mmg jatuh terus ke tangan rakyat, bukan kepada tangan pelancong mahupun PATI, jikalau ini yg satu ketika dahulu dijadikan alasan utk menaikkan harga petrol. Mana dia method yg dicanang2kan kononnya subsidi yg lebih effisen utk rakyat. mana ? mana ?

6. kalau ini merupakan salah satu langkah untuk mengalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam, sediakan penganggkutan awam yg effisen terlebih dahulu. DS tak perlu pening nak lobi rakyat utk guna pengangkutan awam. rakyat akan guna pengangkutan awam kalau sistem pengangkutan awam itu sendiri effisen. kami bukan bodoh sehingga tidak tahu utk berjimat.

7. tolong jangan mengiakan apa yg pembangkang perkatakan sekarang. bagi mereka, bukan rakyat didahulukan tetapi rakyat mendahulukan.

sekian sahaja pendapat 5 sen saya buat setakat ini.

pikir2kahlah.

F&N AKAN NAIKKAN HARGA PRODUK NYA

Kesan 'berantai', harga barangan lain mungkin naik

F&N Dairies (M) Sdn Bhd kemungkinan menaikkan harga produknya berikutan kenaikan harga gula dan bahan bakar yang bermula hari ini.

Ketua Pegawai Operasi (Bahagian Tenusu), Tony Lee, bagaimanapun berkata kumpulan itu belum membuat keputusan bila semakan kenaikan harga itu akan berkuat kuasa.

"Memandangkan susu pekat mengandungi banyak gula, kenaikan 25 sen sekilogram harga gula pasti memberi kesan yang besar kepada pengeluaran itu.

"Oleh kerana pengumuman rasionalisasi peningkatan harga dibuat hanya semalam, kami perlu membuat penilaian impaknya sebelum kami memutuskan untuk menaikkan harga.

"Harga produk tenusu mungkin meningat 10 sen," katanya kepada pemberita selepas pelancaran imej baharu jenama "TEA POT" hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan subsidi kerajaan bagi petrol, diesel, gas petroleum secair dan gula akan dikurangkan mulai hari ini sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat.

Susulan pengurangan itu, harga gula naik 25 sen sekilogram kepada RM1.90 berbanding RM1.65 sebelumnya.

Friday, July 16, 2010



IMAM MUDA PUN TAK SOLAT JEMAAH BERSAMA

Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ustaz Zainudin Hashim dalam kolum Harakah keluaran Isnin 12 julai 2010 yang bertajuk ‘Masjid ikut nama sahabat Nabi tapi tak seaktif sahabat’. Sekali imbas apabila dibaca tajuk kolum ini ada benarnya akan tetapi apabila diamati isinya saya dapat faham bahawa Ustaz Zainudin ini jenis ustaz yang berfikiran orang kebanyakan atau orang awam bukan dari golongan tok guru yang banyak mengajar dan beramal dengan apa yang diajar, ustaz ini hanya setaraf dengan ustaz-ustaz yang berforum di rancangan TV untuk mendapat populariti.

Banyak pandangan umum mengatakan masjid bukan tempat ibadat khusus sahaja, sebaliknya untuk ibadat lain juga. Pandangan ini sangat sinonim dengan jenis manusia yang liat datang berjamaah, mereka hanya datang ke masjid ketika untuk bernikah, ketika ada kematian dalam keluarganya dan ketika ada kelahiran cahaya mata.

Kita tidak boleh membuta tuli dan lurus bendol membandingkan masjid di zaman Rasulullah dengan zaman sekarang. Walaupun dari satu segi kita mesti menjadikan sirah Rasulullah itu sebagai panduan, sepatutnya seorang yang mengaku sebagai ustaz ada fikiran, pandangan dan hujjah yang mantap dan boleh digunapakai oleh semua lapisan masyarakat. Masjid di zaman Rasulullah itulah segala-galanya sebagai Pejabat Presiden, Pejabat Ketua Turus Angkatan Tentera, Parlimen, Pusat Perdagangan dan bermacam- macam lagi yang tak perlu Ustaz Zainudin jelaskan kerana pelajar sekolah rendah agama pun tahu.

Pada zaman sekarang perkara-perkara yang Ustaz Zainudin sebut tidak boleh dilakukan di masjid kerana manusai telah ramai dan masyarakat berkembang perlu kepada pentadbiran yang tersusun rapi untuk kemaslahatan umat dan keselamatan negara segalanya perlu diasingkan. Perlu diambil kira dari pelbagai sudut dan sekiranya Rasulullah hidup di zaman sekarang, saya percaya dan yakin Rasulullah akan membina pusat pentadbiran yang lebih hebat dari Putrajaya.

Saya pernah dijemput dalam bengkel perancangan pembangunan masjid untuk 10 tahun akan datang di sebuah hotel. Pelbagai program dan cadangan yang dikemukakan oleh peserta bengkel, di antaranya perlu dibina kedai-kedai, gelanggang sukan, bank-bank, hotel dan bermacam-macam lagi kemudahan awam dengan tujuan supaya orang awam boleh membeli belah dan datang berjamaah.

Saya terasa terpinga-pinga dan gelihati melihat peserta bengkel, dalam hati kecil saya berkata “kenapa bengkel ini tidak dibuat di masjid sahaja bukankah kita nak memakmurkan masjid, keduanya kenapa kita nak memakmurkan masjid tidak dirujuk kepada al-Quran dalam surah at-Taubah ayat 18”. Cuba kita lihat di Masjid India Kuala Lumpur, apa yang tidak ada di sekelilingnya. Adakah peniaga dan pengunjung datang berjamaah apabila masuk waktu solat?

Di Masjid Wilayah Persekutuan sekarang sedang berlangsung proses penggambaraan Imam Muda oleh Astro Oasis. Apa yang sangat malang, apabila masuk waktu solat tidak seorangpun Imam Muda atau kru Astro yang solat berjemaah bersama dan yang lebih malang lagi Pengetua Imam Muda, Ustaz Hasan Mahmud Al-Hafiz dan Ustaz Zulkarnaian Al-Hafiz pun tidak turun sembahyang bersama. Dan kerap kali saya perhatikan sudah lewat waktu Asar walaupun jam telah menunjukkan pukul 6.00 petang sedangkan kedua mereka adalah menjadi idola orang PAS selalu dijemput berceramah di merata tempat.

Segala kecacatan dan kepincangan masyarakat kebiasaannya disalahkan kepada imam. Imam dilempar dengan berbagai tuduhan di antaranya imam hanya bertugas ketika bertugas sahaja, imam tidak mesra masyarakat, imam tidak pandai menarik remaja datang ke masjid dan lain-lain lagi tuduhan yang tidak masuk akal sedangkan imam tidak mempunyai apa-apa kuasa, bahkan pos jawatan khusus untuk imam pun tidak ada dalam senarai perjawatan JPA.

Berbalik kepada muslimah yang bermasalah dengan suaminya, sepatutnya muslimah itu berjumpa bahagian nikah kahwin di pejabat agama atau mahkamah syariah dan yang lebih baik Ustaz Zainudin sendiri yang tahu perkara itu berlaku tolong menyelesaikan, bukan menuduh yang bukan-bukan kepada imam, sampai bila Islam nak maju kalau kita asyik menuding jari kepada orang lain.

Pada suatu hari dalam bulan Februari 2010, saya berurusan di Pejabat Tanah dan Galian Teluk Intan, kerana ada urusan pusaka arwah abang. Setelah selesai pegawai di pejabat tanah mencadangkan saya pergi ke mahkamah majistret yang bersebelahan dengan pejabat tanah untuk mendapatkan cop dan tandatangan hakim atau pesuruhjaya. Semasa saya sampai di mahkamah jam baru menunjukkan pukul 12.15 tengahari. Apa yang mendukacitakan salah seorang pegawai di mahkamah tersebut mencadangkan supaya saya datang pada pukul 2.00 petang.

Walaupun hati saya terasa sakit dengan perbuatan pegawai tersebut tapi saya tetap sabarkan, dan saya terkenang sekiranya perkara seperti ini berlaku di pejabat saya pasti masyarakat akan riuh rendah menuduh imam tak berhati perut dan macam-macam lagi, akan tetapi oleh kerana berlaku di mahkamah tak seorang pun yang membuat tuduhan hakim tak berhati perut. Ketua Hakim Negara sendiri pun tak pernah ambil peduli.

Moghni Asrori,

Penolong Pengarah Kanan,

Masjid Wilayah Persekutuan,

Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Thursday, July 15, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar
Artikel
Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.
(Klip-Video) Gadis Perancis Tanggal Purdah
Luar Negara
"Perancis larang niqabPerhimpunan Kebangsaan Perancis semalam (13 Julai 2010) meluluskan rang undang-undang yang mengharamkan pemakaian purdah di semua tempat awam. Menurut rang undang-undang tersebut, wanita yang memakai purdah atau pakaian penutup muka lain di tempat awam, bukan sahaja akan didenda sebanyak 150 Euro, malah perlu dihantar mengikuti kursus mengenai nilai kewarganegaraan Perancis.

Manakala, mereka yang memaksa wanita memakai purdah, akan dipenjara setahun atau denda sebanyak 30,000 Euro.

Rang undang-undang itu akan diserahkan kepada Senat untuk dibahaskan pada September nanti dan dikuatkuasakan selepas itu. Kini, terdapat lebih 5 juta penduduk Muslim di Perancis. Bagaimanapun, hanya kira-kira 2,000 daripada mereka yang memakai purdah. Sebelum ini, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy pernah menyifatkan purdah sebagai bertentangan dengan harga diri wanita.

Klip-video di bawah menunjukkan reaksi seorang gadis Perancis perkara yang boleh dibuat oleh pemakai purdah di khalayak ramai tanpa menunjukkan muka. Saksikan.
(maaf try acapkali insert klip video tak dapat, kena link juga)
Komentar:
Hukum berpurdah tidak wajib menurut majoriti fuqaha, tetapi jika ia menutup mukanya, ia telah mengambil pandangan terbaik di kalangan ulama. Gadis muslimah Perancis ini bersungguh mempertahankan wajahnya (bukan tubuhnya) dari dilihat lelaki ajnabi. Lantas dibuat pelbagai cara bagi mengelakkan dari dilihat orang atau didenda barangkali. Di Malaysia, gadis Melayu muslim bersungguh menanggalkan pakaian masing-masing (bukan mukanya) supaya dilihat oleh seramai mungkin lelaki.
-
Gadis Perancis jaga maruah dan harga diri.
Gadis Melayu jual maruah dan sibuk memperaga diri.
-
Malulah wanita Islam Melayu kepada wanita Islam Perancis!

Wednesday, July 14, 2010

Saiful Apek takut mahkamah Padang Mahsyar
Berita
"Saiful Apek sentiasa percaya, Allah Maha Kaya untuk menentukan jatuh bangun dan rezekinya. "Saya lebih takut apabila diadili di mahkamah mutlak iaitu di Padang Mashyar kelak," katanya. Saya akan cuba bermati-matian menerusi kempen antialkohol, dadah dan penganiayaan.

Adakah dakwaan Saiful Apek Kena Tipu RM500,000 oleh sebuah syarikat penerbitan filem ada kaitan dengan kes ini ?

Mana pergi peguam pembela rakyat , pembela Melayu , pembela artis , pembela keadilan dalam kes Saiful Apek ini ?

*************************

Saiful Apek tidak gentar

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Terharu, sebak kerana ramai peminat terus bagi sokongan

TABURLAH apa saja kata nista atau penghinaan terhadapnya, semua itu tidak pernah sesekali menakutkan Artis Komedi Popular, Saiful Apek, 41, untuk bertentang mata dengan masyarakat.

Suara minoriti yang cuba melemahkan semangat perjuangannya itu tidak akan sesekali diendahkan. Saiful Apek sentiasa percaya, Allah Maha Kaya untuk menentukan jatuh bangun dan rezekinya.

"Saya lebih takut apabila diadili di mahkamah mutlak iaitu di Padang Mashyar kelak," katanya dalam nada lemah ketika dihubungi atas bantuan pengurusnya, Adam, petang Sabtu lalu.

Diserang selsema, batuk dan demam, artis komedi kelahiran Gombak, Selangor itu berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana dipilih melalui pengalaman yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit atau harta benda.

Biar mungkin ada yang mencemuh, Saiful berkata, peristiwa penahanan selama lima hari kerana disyaki mengambil dadah membawanya melalui satu proses peralihan yang sukar untuk digambarkan dengan perkataan.

Sakit dan trauma berdepan situasi itu masih dirasai tetapi kata pelakon yang baru muncul dengan filem Kecoh Betul, peristiwa itu juga akhirnya menemukan dia dengan siapa dirinya yang sebenar.

"Saya lebih kenal siapa diri saya, juga tahu siapa yang menyayangi dan membenci saya. Saya lalui satu proses yang sukar tetapi masih ada yang menyayangi. "Saya berterima kasih kepada segelintir peminat yang bersusah payah mengumpul dana, bahkan ada yang memecah tabung wang simpanan semata-mata kerana mahu saya bebas," katanya dalam sebak yang tertahan.

Sepanjang lima hari direman, Saiful berterima kasih kepada polis kerana menjaganya dengan baik. Baginya, polis sudah menjalankan kerja mereka dengan adil dan bijaksana. "Maaf saya tidak dibenarkan untuk mengulas kejadian malam itu. Saya juga tidak boleh memberi komen lain yang berkaitan kejadian.

Apa yang dapat saya kongsi cuma pengalaman berharga yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. "Saya percaya kepada Allah. Saya sentiasa meyakinkan diri setiap apa juga musibah yang datang tidak akan menjejaskan diri dan nama baik saya.

Untuk menjadi manusia terbaik, saya harus melalui perkara yang buruk dulu. "Kepada mereka yang cuba menutup pintu rezeki saya, mereka harus ingat Allah Maha Kaya. Dia yang memberikan rezeki kepada setiap manusia dan saya percaya itu," katanya.

Diasak pertanyaan, apa mungkin penangkapannya itu berlaku disebabkan penganiayaan, Saiful Apek enggan mengulas sebaliknya menyerahkan kepada Allah untuk memberikan keadilan. Pada 13 Jun lalu, Saiful ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bersama beberapa rakannya kerana disyaki mengambil dadah.

Dia bersama-sama suspek yang lain ditahan selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Bagaimanapun, pada Jumaat lalu (18 Jun), Saiful dibebaskan dengan jaminan polis. Mahu berehat seketika DALAM rendah diri, Saiful yang sudah 12 tahun menekuni industri hiburan mengumumkan hasratnya untuk berundur sementara kerana enggan peristiwa penahanan itu memberi impak kepada keluarga dan anaknya yang sedang membesar.

Katanya, keutuhan dirinya tidak tergugat dengan insiden yang berlaku sebaliknya ingin memanfaatkan kesempatan itu untuk berehat dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. "Saya sudah terlalu penat bekerja dan banyak berhutang masa dengan keluarga. Mungkin ini fadilat yang saya peroleh daripada peristiwa penahanan itu.

"Biarpun saya berehat daripada industri seni tetapi keputusan itu tidak pernah menamatkan perjuangan saya untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

Saya akan cuba bermati-matian menerusi kempen antialkohol, dadah dan penganiayaan.Keinsafan itu timbul ketika saya ditahan, membuatkan saya sangat bersyukur kerana kembali mendapat nikmat kebebasan," katanya.

Tidak menetapkan tempoh tertentu untuk berehat, Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 itu berkata, dia akan kembali ke dunia seni apabila sudah bersedia nanti.

Meniti hidup dalam bidang seni mengingatkan Saiful supaya sentiasa meletakkan dirinya sebagai seorang pelajar kerana proses menimba ilmu itu tidak akan pernah berakhir. "Jadi tidak akan ada istilah bersara atau letak jawatan, sebaliknya saya cuma mahu berundur diri seketika.

Saya tidak mahu nanti akan ada suara yang mempertikai apabila saya masih tidak berubah.

"Ikhlas saya katakan, saya tidak layak dijadikan ikon atau contoh kerana ikon sejati ialah Rasulullah SAW. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat baginda.

"Dalam tempoh berehat itu, saya akan cuba berusaha untuk melaksanakan impian yang saya peroleh ketika ditahan reman. Saya akan kembali jika masih ramai yang memerlukan saya dan berasakan saya layak untuk diberi sokongan," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SaifulApektidakgentar/Article

http://e.hmetro.com.my/bharian/articles/SaifulApektidakgentar/Article/index_html

Saiful Apek Dakwa Kena Tipu RM500,000

Teks oleh Thani Hasbullah

KUALA LUMPUR, 13 MEI 2010 : Pelawak popular Saiful Apek atau Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff, 41, mendakwa dia telah ditipu oleh sebuah syarikat penerbitan filem kerana tidak menjelaskan bayaran di atas pelaburan serta kerja-kerja lakonan yang dibuat menerusi dua buah filem.

Menurut Apek dia sepatutnya menerima bayaran bernilai kira-kira RM500,000 menerusi dua buah filem berkenaan daripada syarikat terbabit yang mana kedua-duanya telah pun ditayangkan pada tahun 2005 dan 2006.

Dia yang hingga masih lagi merahsiakan nama syarikat penerbitan terbabit bagaimanapun bercadang untuk mengadakan sidang media khas dalam masa terdekat ini bagi mendedahkan perkara ini kepada pihak umum.

Apek berkata, dia sudah pun melantik peguam dan kes ini akan membawa ke mahkamah. "Buat masa sekarang ini saya tidak akan mendedahkan syarikat mana dan filem mana yang dimaksudkan. Sedikit masa lagi saya bersama-sama peguam akan akan mengumumkannya dalam sidang media khas.

"Saya terpaksa mengambil tindakan mahkamah kerana ia melibatkan wang yang besar. Bagi saya ia adalah sesuatu penganiayaan terhadap punca utama rezeki saya. Kalau orang buat macam ini pada saya habislah saya. "Bukan sahaja duit pelaburan saya tidak dibayar, malah duit hasil lakonan pun tidak diberi satu sen pun.

Nak kata filem ini tak berjaya, tidak jug. Malah, apa yang saya tahu. kedua-duanya meletup di pawagam. "Hingga hari ini saya berdiam diri dan menyembunyikan perkara ini. Apabila sekian lama menanti, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya mencari pengadilan.

Lagi pun saya tak mahu ambil tindakan terburu-buru. "Sebab. kalau saya hendak ambil tindakan undang-undang, ia haruslah dilakukan menerusi saluran yang betul. Saya juga bercadang unyuk membuat aduan kepada pihak Seniman," kata Apek ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Kecoh Betul di pawagam Golden Screen Cinema di pusat membeli belah Tropicana City petang semalam.

Tak seperti tahun-tahun sebelumnya, Apek kini jarang muncul di layar perak. Kecoh Betul yang dibintangi Apek sebagai Abang Don misalnya adalah filem pertamanya pada tahun 2010. Mengakui tentang hal itu, Apek berkata, dia kini memang agak jarang muncul dalam filem berbanding tiga, empat tahun dulu.Bukan disebabkan kecewa dengan apa yang berlaku (tidak dapat bayaran) terhadapnya sebelum ini.

Sebaliknya, Apek mengakui perubahan ini berlaku setelah kemunculan beberapa pelawak-pelawak baru seperti Nabil, Zizan dan Johan. "Hidup ini seperti roda. Masa dulu kita di atas, sekarang kita di bawah pula. Benda ini saya faham sejak sebelum saya menyertai dunia hiburan.

Masa awal-awal kemunculan saya dulu pun, Sabri Yunos pernah berada diatas, saya menggantikan tempatnya dan pada hari ini, mungkin Nabil atau Zizan menggantikan tempat saya. "Saya langsung tidak menganggap perkara ini budaya cantas-mencatas sebab ia adalah lumrah dalam dunia populariti," katanya.

Filem arahan Jaswant K. Randhawa yang diterbitkan White Merpati Entertainment Sdn Bhd adalah filem aksi komedi yang berkisarkan kehidupan Mat Rempit.

Malalui filem ini, Apek turut berlakon bersama-sama pelakon lain seperti Nabil (Aiman), Diana Danielle (Dayana), Yatt (Yati), Datuk Aziz Sattar (Pak Aziz), Nasrizal Ngasri (Joe) dan Fauziah Nawi (Emak).

Tuesday, July 13, 2010

Hebatnya Subuh (Siri 1): Solat yang berat bagi si munafik
Artikel
"Rasulullah saw, apabila baginda meragui keimanan seseorang pada zamannya, akan memerhatikan solat Subuh individu berkenaan untuk mengesahkan tahap keimanannya.

Apabila baginda dapati orang tadi tidak menunaikan solat Subuh, maka benarlah apa yang baginda ragui itu,” demikian catat buku ‘Misteri Solat Subuh’ tulisan Dr Raghib as-Sirjani.

Edisi bahasa Malaysia diterjemahkan oleh Ahmad Munaji LC dan diterbitkan oleh Darul Nu’man.

Menurut buku terbabit, kepentingan solat Subuh (tetapi bukan bermakna solat lima waktu lain boleh dikesampingkan) turut terkandung di dalam hadis baginda bermaksud:

“Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yang ada di dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekali pun dengan merangkak.” (Hadis riawayat Ahmad dan an-Nasa’i)

Apa yang dimaksudkan Rasulullah saw dengan ‘mendatanginya sekali pun dengan merangkak’ ialah datang solat berjamaah di masjid.

Penulis buku berkenaan tidak bermaksud bahawa mereka yang tidak datang solat Subuh di masjid sebagai munafik, tetapi catatnya:

“Kalau seseorang meninggalkan solat ini dengan sengaja, maka kesengajaan itu adalah bukti nyata dari sifat kemunafikan.” –