Katanya, perkara itu semakin membimbangkan kerana kebanyakan pertandingan berkenaan yang begitu meluas dijalankan di negara ini, hari ini adalah berasaskan 'judi' atau qimar.
"Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam kebanyakan pertandingan joran yang diadakan. Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar.
"Qimar atau judi bermaksud 'setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah'. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Hal ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan joran dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Dr Asri, pertandingan joran yang berasaskan prinsip perjudian itu membabitkan pelbagai pihak; kerajaan negeri, kerajaan tempatan, majlis perbandaran, parti-parti politik, sekolah, syarikat perniagaan, persatuan dan lain-lain.
Katanya, wang pertaruhan yang dinamakan 'yuran penyertaan' yang diambil itu dijadikan hadiah untuk yang menang, atau keuntungan kepada pengajur atas kekalahan peserta.
“Pembayaran wang penyertaan kebanyakannya bukan untuk kemudahan yang dinikmati oleh peserta, sebaliknya sebagai wang pertaruhan. Ini terbukti setiap peserta dikehendaki membayar berdasarkan mata pancing yang digunakan. “Wang yang terkumpul itu juga dijadikan hadiah, atau keuntungan penganjur jika peserta gagal. Unsur pertaruhan itu jelas. Biasanya, lebih besar pertaruhan, lebih lumayan hadiah,” katanya.
Dr Asri berkata sebenarnya, yuran penyertaan itu jika sekadar pembayaran peserta menggunakan kemudahan yang disediakan seperti makan minum, duit kenderaan dan seumpamanya, maka ia bukan judi dan pertaruhan.
“Namun, apabila ia menjadi wang terkumpul untuk hadiah pemenang, maka itu adalah satu perjudian. Konsep ini hampir sama dengan apa yang digunakan oleh syarikat-syarikat loteri yang pernah menamakan diri mereka 'loteri kebajikan',” katanya.
Mark Zuckerberg (MZ), iaitu Ceo juga Co-Founded Facebook bersama 3 lagi rakan se-universiti-nya semasa di Harvard iaitu Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.
Eduardo Saverin (19 March 1982), juga salah seorang Co-Founded Facebook bersama Mark Zuckerberg. Di lahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi di Sao Paulo Brazil. Namun beliau telah di besarkan di Miami, Florida US. Ayahnya bekerja dalam bidang Hartanah dan peng-eksport-an malah tidak hairanlah Edurado Saverin turut mengikut jejak langkah ayahnya. Semasa di Harvard beliau merupakan Presiden Harvard Investment Association dan graduate dalam bidang Ekonomi.
Dustin Moskovitz (22 May 1984), di lahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi di Washington DC. Juga salah seorang co-founded Facebook dengan pegangan saham sebanyak 6% dengan anggaran kekayaan bernilai US$1.4 Billion!. Majalah Forbes 2010, telah meletakan beliau pada kedudukan ke-400 sebagai jutawan paling muda di dunia!
Sean Parker (3 Disember 1979), juga seorang Hacker! sepertimana Mark Zuckerberg sebelum menjadi Usahawan iaitu pengasas Napster. Ayahnya telah mengajar beliau mengenai programming seawal usia 7 Tahun lagi! Malah pada usia 16tahun, beliau juga pernah di hukum Khidmat Masyarakat atas kesalahan 'menggodam'! lol
Cameron Winklevoss dan Tyler Winklevoss (21 Ogos 1981) adalah dua adik beradik kembar juga kenalan kepada Mark Zuckerberg semasa di Harvard. Tidak seperti Zuckerberg (Nerd), dua jejaka Maskulin ini adalah atlit dalam sukan Perahu Dayung, malah pencapaian tertinggi mereka setakat ini adalah mewakili USA semasa Olimpik Beijing 2008 dan menduduki tempat ke-6!
Divya Narendra (18 March 1982), kini merupakan CEO dan juga Co-Founded sebuah syarikat yang di namakan Sum-Zero. Ayah dan Ibunya adalah Doktor yang migrate ke US.
Mungkin ramai lagi yang tak tahu...Google Earth berkait rapat dengan 3D Google Sketchup...
Assalamualaikum dan selamat beramal... v(',^) 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan KHAMIS, 16 DEC 2010) 
