Tuesday, July 19, 2011

Dr Lo'lo' yang saya kenali

(oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin)
Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

NONEHidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.

Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.

Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.

Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.

Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

NONESaya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan mufti

Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya.

NONEKali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut.

Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut “Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

“Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.

“Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau.

NONELahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.

Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Masuk Umno

Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.

Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester.

Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.

NONEApabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak.

Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: “Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini.

anwar ibrahim and umnoApabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.

Cabaran dunia

Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: “mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.

“Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno”.

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat.

young ulama join umno 250610 02Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: “Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS.

“Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno”.

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.

NONESaya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'.

Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'.

Hamba Allah yang baik

Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.

NONEDr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil.

Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: “ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.

Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah.

Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.

NONEKemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS.

Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.

sitting in a mosqueAntara yang beliau kata; “Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'.

Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.

NONEKata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.

Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

Friday, June 24, 2011

Kalau gout jangan minum air kosong yang ...

Artikel
"Baru-baru ini saya kena serangan gout di kaki yang teramat sakit buat pertama kali sehingga saya terpaksa mengambil cuti sakit sehari dan begitu sukar untuk bergerak. Beberapa hari selepas itu sakit mula reda selepas mengambil ubat dan menjaga pemakanan. Namun selepas seminggu saya mengalami sakit gout yang sederhana.

Agak menghairankan, walaupun menjaga pemakanan, tidak memakan makanan yang mengandungi purin yang tinggi, banyak makan sayur daun hijau kecuali bayam, mengelakkan kekacang dan banyak minum air kosong sekitar 2 liter sehari masih terkena gout.

Ada sesuatu yang tidak kena, apa kah ianya mengandungi hikmah? Selepas puas berfikir, diilhamkan saya perasan sepanjang minggu ini dan sebelum saya kena serangan yang pertama, saya banyak minum air kosong yang diproses dan dibotolkan secara komersial.

Lalu saya membuat ujian kertas pH ke atas air ini, dan mendapati pH ialah 5, iaitu berasid, amat tidak baik untuk mereka yang ada gout. Air kosong yang sepatutnya diminum banyak sebagai penawar , kini menjadi racun pula untuk pesakit gout.

Kemudian saya buat ujian ke atas air paip, mendapat pH antara 6 dan 7, di mana piawaian sesetengah negara untuk air paip ialah antara 6.5 ke 8.5.

Disebabkan tidak tahan sangat sakit, saya cuba mencari air yang beralkali untuk menutralkan asid dalam badan saya. Saya cuba satu jenama air , ujian pH saya dapati antara 7 dan 8, hampir kepada pH air Zam zam yang pH ialah 7.9 ke 8.0. Alhamdulillah setelah saya minum air tersebut dan berhenti minum air yang dibotolkan tadi sakit gout saya mula reda, hanya dengan izin Allah.

Mungkin itulah hikmah kenapa saya terkena serangan gout yang akut.

Ujian diatas bukan dijalankan secara klinikal dan hanya atas diri saya. Ujian yang lebih sempurna perlu dilakukan oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan yang mempunyai banyak fasiliti, peralatan, makmal, kepakaran, sumber manusia dan sumber kewangan.

Jadi kalau sesiapa yang ada gout atau demam kalau sebelum ini doktor kata kena banyak minum air kosong, kena tambah lagi kena banyak minum air kosong yang tidak berasid.

Sedikit fakta mengenai air Zamzam, baru-baru ini ayah saya dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan jantung, didapati tiga saluran tersumbat, walhal ayah baru balik dari Mekah mengerjakan umrah dalam keadaan semput dan tidak sihat. Kemungkinan kadar pH air Zamzam yang beralkali serta mengandungi mineral lain yang dikurniakan Allah antara faktor kenapa ramai yang merasa segar apabila melakukan haji dan umrah.

Hidup di dunia tak sampai sekelip mata, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila.

Perlu ber 'Bin' kan Abdullah Apabila Memeluk Islam?

Open Artikel "
Nama asalnya Ravi A/L Chandran. Ditukar kepada Saiful Islam Bin Abdullah, Saiful pergi ke rumah bapanya lalu menunjukkan kad yang membuktikan ia telah masuk Islam, ayahnya menerima keputusan itu dengan baik, tetapi, ayahnya berkata kepada Saiful, aku tidak pernah menghalang kamu untuk menerima Islam, tetapi, apabila kamu menerima Islam, kamu buang namaku, adakah Islam sebegitu kejam membuang ibu bapa ?


Penukaran nasab seseorang yang menganut Islam kepada Abdullahhanya berlaku di negara Malaysia. Dan tidak berlaku di negara-negara besar seperti Indonesia dan Arab Saudi.

Justeru, di negara ini jika ada persatuan saudara baru yang ratusan anggotanya kesemuannya pasti ber "bin" yang sama "Abdullah".

Tidak Berlaku Pada Zaman Sahabat

Pada zaman Nabi S.A.W jika baginda amalkan hal ini, tentulah majoriti para sahabat akan ber "bin" kan "Abdullah". Maka tidak adalah lagi disebut Umar bin al-Khattab, sebaliknya Umar bin Abdullah, tidaklah Uthman Bin Affan sebaliknya Uthman Bin Abdullah. Juga tidak adalah lagi Ali Bin Abi Talib, sebaliknya Ali bin Abdullah. Hal ini kerana kesemua bapa-bapa mereka tidak menganut Islam. Adakah Rasulullah S.A.W menyuruh mereka-mereka ini menukar nama bapa mereka kepada Abdullah ? tidak sama sekali.

Orang Arab amat menjaga salasilah keterunan mereka sehingga ke beberapa peringkat. Merujuk dalam kitab "Riyadh as-salihin, karangan Imam An-Nawawi, menyebutkan : "Amir al-Mukminin Umar Al-Khattab bin Nufail Bin Abd al-Uzza. Abd al-Uzza bermaksud " hamba sembahan berhala". Jika dilihat nama datuk Nabi....bin Kilab. Kilab bermaksud anjing. Adakah Islam mengubah nama-nama ini kepada 'Abdullah" ? tidak sama sekali.

Patung Al-Uzza di Kuil Manatu, Petra

Dalil-dalilnya :

Firman Allah S.W.T :Maksudnya :

"Panggilan anak-anak angkat itu ( dengan ber "bin" kan ) kepada bapa-bapa mereke sendiri, cara itulah yang lebih adil disisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu seagama dan sebagai maula-maula kamu. Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
( Surah AL-AHZAB : 5 )

Al-Imam At-Tabari dalam tafsirnya mengatakan, ayat di atas, adalah dalil bahawa tidak boleh menasabkan sesorang kepada bukan bapanya. Islam amat menjaga keterunan.Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : "Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, sedangkan dia tahu itu bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya."
( Riwayat Al-Bukhari )

Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya :

" Antara pendustaan terbesar ialah seseorang mengaku anak kepada bukan bapanya"
( Riwayat Al-Bukhari )

Dr Wahbah Az-Zuhaili

Kata Dr Wahbah Az-Zuhaili dalam karyanya al-fiqh al-islami wa adillatuhu : "Keadilan hak menuntut dan mewajibkan agar dinasabkan anak kepada bapanya yang hakiki. Bukan bapa rekaan. Islam agama hak dan keadilan, sesiapa yang ada bapa yang dketahui, maka nasabkan kepada bapanya. Ini semua demi mencegah perubahan hakikat sebenar.

"Abu Bakr al-Jazairi dengan lebih sinis dalam tafsirnya Aisar at-Tafasir menyebut : "Wajib mem "bin" kan anak-anak angkat kepada bapanya yang dikenali sekalipun bapanya seekor keldai.

"Nabi Muhammad S.A.W hanya mengubah nama individu yang menganut Islam jika namanya mengandungi makna yang buruk, tetapi tidak menukar nama bapanya. Umpamanya baginda mengubah sahabat Abd asy-Syams bin Sokhr kepada Abd Rahman bin Sokhr. Hal ini kerana Abd asy-Syams bermaksud hamba matahari. Namun nama Sokhr yang bermaksud batu tetap dikekalkan.

Ini jelas Islam tidak pernah melarang umatnya mengekalkan nama asal bapa dan ibu asal.

Friday, June 10, 2011

CTLiew: Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai

DAP menyapu garam kepada luka umno yang semakin parah dengan mengeluarkan komentar/analisis ilmiah yang matang dan berfakta dalam memperkukuhkan perjuangan bersama PAS (dan PKR) yg berlandaskan nilai-nilai Islam yang adil dan saksama untuk kesejahteraan seluruh RAKYAT MALAYSIA.

Keadaan inilah yang amat ditakuti umporno iaitu apabila cerdik pandai DAP membuat analisis dan menyokong dasar pentadbiran Islam yang diperjuang pemimpin PAS melalui Pakatan. Islam adil untuk semua, sesuatu yang telah disembunyi dan dinafikan kerajaan umno/BN selama lebih 54 tahun berkuasa.

Sama-sama kita ikuti kupasan secara retrospektif perkembangan perjuangan PAS berhubung Kerajaan Berkebajikan menurut kacamata Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera.

7 JUN – Selepas pimpinan PAS mengumumkan Dokumen Negara Islam pada 2003, setelah dicabar oleh Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menjadi salah satu faktor utama parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum 2004.

Daripada 27 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 1999, PAS hanya mampu kekalkan 6 kerusi Parlimen. Banyak pihak mengatakan PAS kehilangan undi bukan sahaja dari kalangan bukan Islam tetapi juga dari orang Melayu yang dikatakan “resah” dengan konsep negara Islam parti itu.

Sebenarnya Dokumen Negara Islam 2003 adalah kosep yang berlawanan dengan cadangan asal yang dibawakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS, sejak 2001 dalam bentuk Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21.

Di antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan oleh sabahat-sabahat PAS termasuk aktivis NGO yang kemudiannya dibawakan oleh Fadzil dalam muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, Kelantan pada Mei 2002.

Fadzil yakin memorandum itu yang masih dalam peringkat persediaan itu mampu mencari titik pertemuan pelbagai peradaban, kepercayaan dan pegangan politik rakyat. Baginya, sifat pemerintahan Islam perlu ada syura, pemilihan dan demokrasi kerana pembinaan negara mesti berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi bertunjangkan sistem kepercayaan yang benar.

Beliau turut menjelaskan bahawa pentadbiran yang dicita-citakan PAS ialah yang mendukung kedaulatan undang-undang serta menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan “Negara Berkebajikan” yang diharapkannya dapat memakmurkan negara dengan kebajikan serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan.

Tujuh perkara asas dalam Memorandum itu adalah:

  • Masyarakat madani
  • Hak saksama (al-musaawah)
  • Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya
  • Keadilan (al-‘adalah)
  • Meritokrasi (as-solahiyah)
  • Negara berkebajikan
  • Pentadbiran dinamik dan inovatif

Sayangnya, Fadzil meninggal dunia tidak lama selepas muktamar itu, pada 23 Jun 2002, yang mengakibatkan Memorandum itu tidak lagi menjadi keutamaan PAS.

Namun begitu, sebulan selepas perginya Fadzil, PAS menyusun semula Memorandum itu untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di luar parti di mana tujuh perkara asas dikekalkan dengan huraian yang lebih panjang.

Apa yang mengejutkan ialah satu dokumen yang berlainan sama sekali telah dikeluarkan pada November 2002 atas nama Dokumen Negara Islam yang direstui oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Dokumen itu juga mempunyai tujuh prinsip, seperti mana Memorandum, tetapi ia berbeza dalam banyak segi.

Tujuh perkara asas Dokumen itu ialah:

  • Negara undang-undang di mana dijelaskan bahawa hudud, qisasa dan takzir akan dikenakan kepada orang Islam sahaja tetapi yang bukan Islam boleh memilih sama ada menerima hukum itu atau common law
  • Sistem khilafah di mana pemerintah mesti melaksanakan hukum Islam, jika tidak mereka dianggap pengkhianat amanah Allah
  • Takwa
  • Sistem syura (concensus) di mana ia akan membincangkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan sahaja, dan tidak boleh dalam hukum-hukum tetap Islam (qat’i)
  • Keadilan dan kesamarataan (al-‘adaalah wal musaawaah) yang dijelaskan tidak sama dengan persamaan (equality) dan sama bahagian (fairness)
  • Kebebasan (al-hurriyyah) yang tidak boleh bercanggah dengan syara’
  • Ketuanan mutlak (as-siyaadah wal haakimiyah) atau sovereignty yang mana hak ketuanan adalah milik Allah dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.

Walau apa pun niat baik pimpinan PAS dalam menyediakan Dokumen ini, persepsi orang ramai terhadapnya telah menyebabkan parti itu ditolak dalam PRU 2004. Ia dlihat sebagai menakutkan orang bukan Islam dan orang Islam yang berpendirian sederhana.

Menjelang 2007 di mana pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lemah telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat, ramai pemimpin PAS terutamanya mereka yang bersikap sederhana telah menyertai gerakan-gerakan mobilisasi demokrasi seperti perhimpinan Bersih yang mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya telus dan adil dalam pilihan raya.

Pada masa itu juga PAS mula kembali kepada idea asal Fadzil yang mahu parti itu menjadi lebih terbuka dan berarus perdana dalam menarik sokongan rakyat. Ia juga usaha sesetengah pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa Islam bukan sempit ajarannya, Islam adalah untuk semua.

Kejayaan besar PAS bersama PKR dan DAP dalam PRU 2008 meyakinkan banyak pihak supaya parti itu berjuang bersama-sama dalam satu gabungan yang kemudiannya dinamakan Pakatan Rakyat.

Dengan adanya barisan baru PAS yang dipilih dalam muktamar PAS ke-57 di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hasrat Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk meluaskan usaha promosi Negara Berkebajikan dilihat akan membuahkan hasil.

Seperti yang dijelaskan oleh Hadi, Negara Berkebajikan adalah konsep yang berteraskan Islam dan boleh diterima oleh semua orang tanpa mengira agama dan kaum. Ini bermakna PAS tetap boleh memperjuangkan agenda Islam yang benar-benar memberi manfaat kepada semua manusia.

Memetik kata-kata Hadi, “Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan”, ia mengingatkan kita semua kepada apa yang diperjuangkan oleh Allahyrahm Ustaz Fadzil untuk membawa imej Islam yang lebih demokratik, inklusif, terbuka dan adil tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS.

Sejak 2004, PAS telah melalui jalan yang sukar dan penuh berduri. Rasa kurang keyakinan diri di kalangan pemimpin tertentu PAS juga membuatkan mereka serba-salah dengan tawaran UMNO untuk bersatu padu demi perpaduan Melayu.

Sekarang ternyata impian Fadzil sudah menjadi kenyataan. PAS dilihat sudah bersedia untuk kembali dengan penuh komitmen terhadap Pakatan Rakyat, selaras dengan impian Fadzil yang mahu menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN.

Oleh Liew Chin Tong

Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera

Bawa penyembelih Sarajevo ke muka pengadilan

Frankfurt: Jeneral Serbia Ratko Mladic dituduh membunuh lebih dari lima kali ganda orang awam dari Osama bin Laden, tapi untuk bertahun-tahun tiada sesiapa nampak ghairah untuk mencari 'Penyembelih Sarajevo' itu.

Mladic berjaya menyembunyikan diri di depan mata kasar di Serbia selama 16 tahun, tanpa keraguan dengan bantuan Polis rahsia Serbia, perisikan tentera, dan juga sahabat lama tentera kebangsaan Yugoslavia.

Kepada kebanyakan orang Serbia, dia adalah wira negara. Pernah bersama dalam perang Balkan sekitar 1990-an, sangat menghairankan seorang yang boleh berbangga dengan membunuh wanita-wanita Islam dan kanak-kanak atau meletupkan masjid-masjid tapi tiada langsung tawaran dikehendaki dengan hadiah lumayan walau dari satu pun negara Islam.

Di manakah konon para pembela Islam bila kaum muslimin Balkan sedang dibunuh, dilaparkan, diseksa serta dirogol?

Pernah saya beritahu dalam satu persidangan Negara-negara Islam, jikalah mangsa-mangsa Mladic dan sekutu Serbia Slobodan Milosevic dan Radovan Karadzic itu orang Yahudi, sudah tentu tentera Israel akan menyerang untuk membantu dan menyelamatkan mereka, dan menangkap pembunuh-pembunuh dan penyeksa-penyeksa itu akan dibawa pulang dalam sangkar.

Masyarakat dunia tidak mahu tahu ledakan kekejaman Nazi di Balkan. Dari 1989-1991, saya ada menulis beberapa artikel di akhbar dengan amaran yang kekerasan anti-Islam dan menanam kebencian terhadap Islam. Juga kononnya Serbia adalah bangsa agung oleh Milosevic akan menuju perang dan pembunuhan beramai-ramai yang akan musnahkan Yugoslavia.

Milosevic, dengan sokongan gereja Ortodok, kumpulan separa tentera fasis, juga secara sulit dan senyap Greek, memberi api untuk merobekkan Yugoslavia.

Yugoslavia yang tidak berkecuali, tidak stabil yang diwujudkan untuk kepentingan tentera bersekutu yang menang dalam Perang Dunia Pertama hancur berkecai, meluahkan apa yang tidak pernah disaksikan akan kekejaman terlampau dalam abad 20-an ini.

Misi Mladic adalah untuk mengepalai apa yang dinamakan Tentera Bosnia Serbia (lanjutan tentera lama Yugoslavia), dan membina Serbia Raya yang lebih besar dengan membunuh atau mengnyahkan semua penduduk Bosnia Islam dan Croatia katholik.

Ini dilakukan dengan penuh semangat, membunuh lebih dari 110,000 orang awam dan mengusir lebih 250,000 dari tempat tinggal mereka.

Kekejaman dilakukan semua pihak, tapi 90% darinya oleh tentera Serbia yang melakukan pembunuhan beramai-ramai, rogol berkumpulan terhadap gadis-gadis semuda 12 tahun, dan menjalankan khemah tahanan di mana tawanan tidak diberi makan, diseksa dan dirogol.

Mayat-mayat mereka dilupuskan dengan asid, dibakar, ditanam atau dibuang saja ke lombong atau sungai.

Mladic dan Karadzic menawan ibu negara Bosnia, Sarajevo, membunuh lebih 10,000 orang awam dalam masa tiga tahun serangan.

Dan dilanjutkan pula penyembelihan yang konon 'di kawasan selamat' Bangsa-bangsa Bersatu di Srebrenica, tentera dari Belanda yang ditugaskan menjaga dan mengawal pelarian-pelarian Islam membuang senjata dan cabut lari yang memalukan negara Belanda selama-lamanya.

Lebih tiga hari tentera Mladic membunuh lebih kurang 7,500-10,000 orang lelaki Islam Bosnia yang tidak bersenjata termasuk kanak-kanak lelaki. Angka sebenar mungkin tidak akan dapat diketahui kerana kelicikan menyembunyikan mayat-mayat mangsa.

Ini adalah kekejaman terdahsyat di Eropah sejak Perang Dunia Kedua. Tapi ketika itu, tiada apa tindakan dilakukan. Britain semasa itu diperintah parti Konservatif oleh Joh Major, Lord Hurd, dan Malcolm Rifkind yang memang tebal dan pekat anti-Islamnya.

Mereka menyekat atau mensabotaj usaha-usaha dari Amerika Syarikat dan negara lain untuk menyelamatkan Bosnia yang dicabul dan ceroboh.

Perancis konon menyertai usaha perdamaian tapi sambil memberitahu Serbia mempercepatkan penyembelihan orang-orang Islam Bosnia. Britain dan Perancis bimbang akan kebanyakan orang Islam minoriti yang tertindas di negara mereka akan bersemangat dengan tertubuhnya negara kecil majoriti Islam di Bosnia.

Serbia yang memang sahabat tradisi Perancis juga pembeli senjata yang setia. Parti Tori Britain juga bimbang Jerman mungkin menguasai negara baru Bosnia-Croatia.

Jadi mereka bersubahat dalam penyembelihan dan pembunuhan sambil bercakap tentang keamanan.

Saya bertemu ketua perunding Balkan dari Britain, Lord Owen, yang dengan selamba bercerita pada saya perihal 'usaha untuk keamanan'. Saya seperti mahu meludah muka dua talamnya.

Tentera Amerika Syarikat boleh menangkap Mladic tapi mereka diarah tidak mengambil risiko terhadap perjanjian damai Dayton yang menghentikan perang dengan mengsahkan pembunuhan etnik.

Tanpa campur tangan tentera Amerika Syarikat, perang Balkan dan selepas itu pembersihan etnik di Kosova tidak akan terhenti.

Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton akhirnya bertindak betul dengan mengarahkan Nato menghentikan keganasan Serbia.

Eropa terlalu pentingkan diri dan berbelah bagi untuk bertindak. Mladic ada banyak kisah untuk diberitahu.

Moga kita akan mula mendengar setengah darinya dalam perbicaraan yang sepatutnya sudah lama dijalankan.

Oleh Eric S.Margolis

Penulis dan pemenang award, kolumnis antarabangsa mengenai Timur Tengah dan Asia

Tuesday, May 31, 2011

Agama Hindu Ciptaan Yahudi


Open Artikel "Yahudi dan Hindu sama-sama menyembah patung lembu
Sebagaimana yang kita ketahui, semua agama-agama dan fahaman-fahaman di dunia ini selain dari Islam seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Shinto, Jainism, Ahmadiah, Bahai, Qadiani, kapitalis, sosialis, komunis, fasis, syiah, wahabi, demokrasi, liberalisme dan lain-lain adalah ciptaan Yahudi untuk menafikan kerasulan Nabi Muhammad saw yg membawa Islam sebagai hanya satu-satunya agama yg diiktiraf Allah SWT utk umat manusia.

Agama menyembah berhala walaupun dimulakan oleh dan pada zaman Firaun dan Babylon tetapi telah dikembangkan oleh Yahudi di seluruh dunia untuk menghalang manusia daripada memeluk agama Islam yg dibawa oleh nabi Muhammad saw kerana di dalam semua kitab-kitab Rasul Allah termasuk Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran sudah dinyatakan akan datang seorang rasul di kalangan bangsa Arab iaitu Nabi Muhammad saw yg akan membawa agama Islam yang berdasarkan akidah Tauhid kepada seluruh umat manusia. Jadi ribuan tahun sebelum kedatangan nabi SAW kaum Yahudi telah mencipta pelbagai agama untuk bangsa-bangsa di dunia ini untuk menghalang mereka dari memeluk Islam bila dakwah Islamiah datang kelak.

Matlamat utama kaum Yahudi ialah untuk menguasai dunia, memperhambakan semua kaum bukan Yahudi untuk menguasai segala harta kekayaan yang terdapat di dunia ini kerana ada falsafah Yahudi yang mengatakan "Wang adalah Tuhan Yahudi yang cemburu". Jadi kaum Yahudi sangat takut kalau umat manusia manganut agama Islam apabila kedatangan Nabi Muhammad saw kerana mereka tahu hanya umat Islam sajalah yang tahu selok-belok penyelewengan Yahudi dari akidah Tauhid, kejahatan Yahudi membunuh beratus-ratus nabi Allah, meminda ayat-ayat Allah dari kitab-kitab suci, melaga-lagakan antara manusia supaya timbul peperangan sesama sendiri, membiakkan segala jenis maksiat seperti judi, arak, pelacuran, perhambaan abdi, amalan usury (bunga), seks bebas, homo, lesbian jadi mereka mencipta berbagai-bagai agama supaya jangan sampai umat manusia memeluk Islam.

Kaum Yahudi Menyembah Raja Jin Azazil/Lucifer

Orang Yahudi mendakwa mereka menyembah Tuhan yang Satu sama seperti Islam tetapi sebenarnya mereka berbohong. Kalau mereka menganut akidah Tauhid sama seperti Islam sudah tentulah mereka sudah lama memeluk Islam pada kedatangan Nabi Muhammad SAW.

Tapi mereka enggan memeluk Islam kerana akidah mereka bukannya Tauhid sebenarnya. Mereka bukan menyembah Tuhan Yang Satu seperti mereka dakwa seperti Hashem atau YHWH atau Edonai. Mereka bukannya mengamalkan ajaran Taurat (Torah) yang sebenarnya kerana kalaulah mereka mengikut ajaran Taurat yg sebenarnya kenapa mereka mewujudkan segala jenis maksiat dan perkara-perkara kotor di atas muka bumi ini?

Kaum Yahudi mendakwa agama mereka Judaismlah agama mereka yang betul dan kitab Taurat (versi Yahudi) adalah kitab ikutan dan punca kekuatan spiritual dan kesatuan mereka. Tetapi apakah yang sebenarnya yang menjadi punca kekuatan spiritual dan kesatuan orang-orang Yahudi selama beribu-ribu tahun ini? Adakah kerana Judaism dan Taurat? Orang Yahudi mendakwa mereka Bangsa Terpilih dan punca mereka kuat dan bersatu selama ini kerana kekuatan spiritual agama Judaism dan kitab Taurat (versi Yahudi) mereka. Jadi Taurat dikatakan membawa kaum Yahudi kepada "nilai-nilai" murni orang Yahudi yang membolehkan mereka menguasai dunia.

Ajaran Kabbalah

Sebenarnya, punca kekuatan spiritual kaum Yahudi bukanlah dari Taurat atau Judaism. Punca kekuatan spiritual kaum Yahudi adalahajaran mistik Kaballah iaitu di mana rabbi-rabbi Yahudi menyembah dan berkomunikasi dengan Jin dan Syaitan untuk mendapatkan maklumat, ramalan, sihir dan jugak kekuatan spiritual dan hasil dari kesimpulan berkomunikasi dengan Jin Kafir dan Syaitan ini terciptalahKitab Talmud iaitu Kitab Syaitan Yahudi.

Kitab Talmud

Kalau orang-orang yang membawa dan mengembangkan agama Allah SWT iaitu agama Islam dipanggil ulamak Islam oleh orang-orang Islam kita maka orang-orang yang membawa dan mengembangkan agama Syaitan atau agama Azazil atau agama Raja Jin Kafir di muka bumi ini ialah rabbi-rabbi Yahudi. Rabbi-rabbi Yahudi inilah 'ulamak-ulamak' Azazil iaitu ulama-ulama iblis, ulama-ulama Syaitan orang-orang yang mempraktikkan dan mengembangkan ajaran Syaitan untuk menyesatkan kaum Yahudi selama beribu-ribu tahun sehingga sekarang.

Synagog di Astana, kazakstan

Pemujaan terhadap Raja Jin Kafir Azazil/Lucifer atau Raja Syaitan dilakukan oleh rabbi-rabbi Yahudi melalui ritual Kaballah di Synagog-synagog mereka berdasarkan dari ayat-ayat Syaitan dari Kitab Talmud. Jadi Rabbi-rabbi Yahudi inilah 'Ulama-ulama' Syaitan, Synagog-synagog adalah kuil atau rumah Syaitan dan Talmud adalah kitab Syaitan yang diterbitkan hasil dari komunikasi dengan Raja Jin Kafir Azazil atau Raja Satan/Iblis ini.

Kenapa Lambang Illuminiti atau Freemason Mata Satu?




Lambang piramid dan mata di gereja seluruh dunia

Kenapa lambang illuminiti atau freemason atau dajjal yang kita tengok pada kuil-kuil Freemason atau Illuminiti menggunakan Mata Satu sebagai lambang mereka? Apa makna Mata Satu itu? Kenapa digunakan lambang Mata Satu dan tidak digunakan lambang-lambang lain?

Ini kerana Raja Jin Kafir Azazil/Lucifer atau Raja Satan ini yg merupakan tuhan yang disembah oleh kaum Yahudi bermata satu kerana satu daripada matanya buta kerana dicucuk dengan jarum oleh Nabi Idris as setelah Azazil cuba memperdayakan Nabi Idris as ketika sedang menjahit kain. Nabi Idris as merupakan orang yang pertama menenun kain. Azazil mencabar kalau Allah swt benar-benar berkuasa bolehkah masukkan dunia ini ke dalam lubang jarum yang sedang digunakan oleh nabi Idris as untuk menjahit. Nabi Idris as kemudian menyuruh Azazil datang dekat untuk melihatnya memasukkan dunia ke dalam lubang jarum tiba-tiba dicucuknya mata Azazil hingga buta. Azazil asal matanya dua tetapi telah buta sebelah mata kerana dicucuk dengan jarum oleh Nabi Idris as. Jadi sebab itulah mata Azazil hanya satu sehingga sekarang. Para penganut Judaism dan Kaballah yg menyembah Azazil ini mengenali Azazil sebagai tuhan mereka yg bermata satu dan dijadikan lambang pada illuminiti dan freemason mereka. Sebab itulah lambang Mata Satu ini yg merupakan lambang kehadiran Azazil di ritual-ritual freemason yg mengawasi setiap tindak-tanduk pengikut-pengikut agama Judaism dan ajaran Kaballah ini.

Bagaimana Agama Hindu Menyembah Berhala Bermula?

Setelah Nabi Musa as membawa kaum Yahudi ini keluar dari bumi Mesir setelah dikejar Firaun maka di Sinai Nabi Musa as pergi berjumpa Tuhan di Gunung Sinai. Semasa ketiadaan nabi Musa as maka ada seorang Yahudi yg bernama Samiri (Shamir) yang telah membuat patung Lembu Betina dari emas dan menyesatkan kaum Yahudi supaya menyembah Lembu Betina ini. Sila lihat Surah Al-Baqarah yg bermaksud Lembu Betina ini. Apabila nabi Musa a.s balik beliau telah menghalau Samiri ini keluar dari Sinai dan tempat pelarian pertama Samiri dan pengikutnya ialah di India.

Gambaran Bani israel menyembah patung lembu

Tuhan lembu bagi penganut Hindu

Di sinilah yahudi Samiri telah memulakan ajaran menyembah berhala lembu betina kepada kaum Hindu dan lembu betina dianggap sebagai tuhan oleh kaum hindu sehingga sekarang. Kaum Yahudilah yg memperkenalkan ajaran menyembah patung dan sihir kepada kaum hindu di india sehingga sesat hingga sekarang. Ini kerana kaum Yahudi khuatir orang-orang India akan menganut agama Islam bila kedatangan nabi Muhammad SAW maka disediakan agama bagi mereka terlebih dahulu agar jangan menganut agama Islam. Surah Al-Baqarah menceritakan bagaimana kejahatan Yahudi yang mencipta agama hindu menyembah lembu sehingga lembu tidak dapat dimakan penganut hindu.

Tuesday, May 24, 2011

Gambar anak-anak yatim berlatih nasyid sebelum tragedi

Gambar ini dirakan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku. Mereka ketika ini sedang berlatih nasyid. Tengok la wajah anak-anak kecil yang berserban dan berjubah. Mereka pergi selama-lamanya menemui Allah Yang Esa.


http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/230590_228371880511585_100000163250719_1099391_2976810_n.jpg

Al Fatihah.

Terima kasih kepada senator Sharizat Jalil di atas penghinaan beliau kepada pusat pengjagaan anak yatim ini. Semoga Alla membalas dengan balasan yang setimpal.

Berita Harian Online:
Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.

Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.

1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8) Angah *
9) Rahimi *
10) Zaid Ashwal, 18,

Sembilan yang terselamat iaitu:

1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiz, 22,

Enam yang masih tertimbus ialah:

1) Riz, 9,
2) Lokman, 11,
3) Fahad, 9,
4) Aiman, 10,
5) Hazim, 9,
6) Hasril, 11,

* umur tidak diketahui

Thursday, May 5, 2011

Arah Qiblat di Impiana, Alam Budiman

Saya baru sahaja berpindah ke Alam Budiman, Shah Alam. Sudah hampir sebulan saya di tempat baru ini. Masih belum ramai orang di fasa yang saya tinggal ini.

Antara perkara pertama yang datang ke fikiran saya ialah arah qiblat, iaitu ke arah mana hendak dihadapkan wajah & tubuh ini tatkala solat. Sebelum berpindah, saya telah rujuk ke peta Alam Budiman dan secara kasarnya tahulah ke mana arahnya.

Antara kaedah-kaedah lain yang saya gunakan ialah:

CARA 1: Memandangkan surau sudah siap, jadi sudah tentulah surau akan menjadi rujukannya. Alhamdulillah, sebelum masuk rumah, saya sudah beberapa kali bersolat di surau Alam Budiman. Saya telah memilih waktu Asar sebagai waktu saya anggarkan arah qiblat di rumah saya. Selesai solat Asar berjamaah di surau, saya lihat pula bayang yang dihasilkan oleh objek tegak berdiri. Ya, ia sama dengan garisan arah qiblat di surau. Kenapa pilih waktu Asar? Kerana waktu Asar adalah waktu petang, dan waktu petang adalah waktu yang mana ia mewujudkan bayang yang paling panjang, jadi senang nak anggarkan. Sampai di rumah, saya lihat objek tegak berdiri dan bayang yang dihasilkan. Dari bayang yang dihasilkan, dapatlah saya anggarkan mana arah qiblat.

CARA 2: Menggunakan kompas. Ya cara ini agak biasa orang lakukan, dan semua orang tahu caranya. Arah qiblat ialah 292.57° diukur dari arah Utara. Jika menggunakan kompas qiblat, ada booklet diberi menyatakan nombor tertentu untuk kawasan tertentu.

CARA 3: Menggunakan website. Website QiblaLocator telah saya kenali beberapa tahun yang lalu, dan saya dapati sangat mudah digunakan bagi menganggarkan arah qiblat. Laman webnya adalah seperti berikut:

http://www.qiblalocator.com/

Kita hanya perlu masukkan lokasi yang diingini atau ‘drag’nya sahaja. Satu garisan berwarna merah akan menunjukkan arah qiblat yang betul, insyaALLAH.

Ini adalah gambar rumah saya beserta arah qiblat yang ditunjuki menggunakan kemudahan yang ada di website di atas, alhamdulillah:

Arah Qiblat Ditunjukkan Dengan Garis Merah

Arah Qiblat Surau Alam Budiman

CARA 4: Menggunakan tarikh 28 MEI dan 16 JUN untuk menentukan arah qiblat. Pada tarikh tersebut setiap tahun akan berlaku fenomena Istiwa A’zam yang mana kedudukan matahari betul-betul di atas Ka’bah yang mulia. Fenomena Istiwa A’zam adalah kaedah yang digunakan oleh ahli falak sejak berzaman bagi menyemak kedudukan arah qiblat. Kaedah untuk menentukan arah qiblat dengannya telah saya tulis di blog ini.

Mudah-mudahan catitan ini bermanfaat buat pengunjung laman blog ini, khususnya buat bakal jiran-jiran saya di Impiana, Alam Budiman, insyaALLAH.

WAllahu Ta’ala A’lam.

AMALKANLAH mana-mana yang baik yang dijumpai di dalam blog ini. Dan SEBARKANLAH ia. Jangan lupa untuk sertakan sekali alamat www.muzir.wordpress.com, supaya memudahkan proses rujukan. Semoga dengan mengamalkannya dan menyebarkannya, kita semua akan diganjari ALLAH Ta`ala dengan kebaikan yang banyak, amin.

Istiwa A’zam – Kedudukan Matahari Tepat di atas Ka’bah

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam

Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum

  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)

  • Tandakan arah qiblat.

Selepas.

  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas atau mendownload PDF file berikut: [KLIK SINI].

WAllahu Ta’ala A’lam.

Shahmuzir Nordzahir

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Tanda akhir zaman: Punca dapatkan harta tidak penting

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Daripada Abu Hurairah ra berkata : Bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram." (Hadis Riwayat Nasak)

Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisma, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin kekayaan, mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka, supaya dapat hidup dengan kemewahan dan keseronokkan.

Apabila diteliti jenis-jenis pekerjaan dan sumbar pendapatan yang haram yang mana ramai umat Islam terlibat daripada sumber-sumber seperti berikut :

Pertama : Arak

Kedua : Riba

Ketiga : Rasuah

Keempat : Mengadai maruah


Huraiannya adalah seperti berikut :

Pertama : Arak

Bekerja dan berusaha mencari sumber kehidupan mesti dilakukan dalam kerangka yang dibenarkan agama. Walaupun Islam mewajibkan umatnya bekerja dengan gigih dan berdedikasi, pencarian sumber kehidupan tersebut seharusnya selari dengan aturan yang dibenarkan agama saja. Ini termasuk aspek melibatkan minuman memabukkan seperti arak.

Sebenarnya Islam bukan saja mengharamkan umatnya minum arak, tetapi juga segala perkara yang berhubungkait dengan penghasilan dan pemprosesan arak. Mungkin sesetengah kita beranggapan mereka hanya bekerja, tetapi tidak terlibat dengan meminumnya. Ini salah dan amat bertentangan dengan ajaran Islam.

Dalam hal ini, ada baiknya kita lihat apa yang pernah disampaikan Ibnu Mas’ud yang katanya: “Telah dilaknat dalam (urusan) khamar (arak) itu, iaitu orang yang memerah, yang diminta diperahkan, yang meminumnya, yang memberi minuman, orang yang bertugas menghantar, yang membekal, yang menjual, yang membeli dan juga yang menyimpannya.”

Dalam zaman sekarang ini termasuk juga orang yang mengiklankan arak dan orang yang terlibat membeli saham syarikat arak.

Ini kategori manusia yang dikira terlibat secara langsung dengan arak. Jadi, bekerja di premis pemprosesan arak termasuk dalam jenis manusia yang akan mendapat laknat Allah sebagaimana digariskan Ibnu Mas’ud tadi. Walauapapun tarikan berupa kebendaan dan upah lumayan, sebagai umat Islam kita ditegah sama sekali terlibat dalam industri pengeluaran arak. Ini kerana segala hasil pendapatannya juga akan termasuk dalam kategori sumber yang haram. Sanggupkah kita makan dan memberi makan anak isteri dengan hasil sumber yang haram?

Amat malang seandainya ada di kalangan umat Islam masih setia dan sayang dengan pekerjaan di indusrti haram seperti kilang memproses arak atau di premis penjualan arak samaada dipasaraya atau pasar mini milik orang bukan Islam, termasuk juga bekerja disyarikat penerbangan yang ada menyediakan arak kerana senario sebegini sangat mengaibkan maruah agama.

Kejernihan hati banyak tergantung kepada kesucian rezeki. Jika makanan dan minuman yang mengalir dalam tubuh diperolehi dari sumber yang baik, maka bahan tersebut akan menyumbang keperibadian mulia dalam diri seseorang. Sebaliknya jika darah yang mengalir dalam tubuh diperolehi dari sumber rezeki yang haram, maka segala tingkah laku, budi pekerti dan akhlak seseorang akan dicorak oleh jenis makanan haram tersebut.

Mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan merupakan perintah Allah kepada hambaNya yang cintakan kebenaran. Sedangkan punca pencarian untuk meneruskan kehidupan terdiri dari berbagai cabang dan arah. Dari sekian banyak sumber usaha tersebut, perniagaan merupakan sembilan persepuluh (90%) dari sekalian punca rezeki yang terdapat di dunia ini. Sesungguhnya perniagaan yang jujur dan ikhlas akan menghasilkan rezeki yang berkat.


Kedua : Riba

Islam melarang umatnya bekerja di syarikat atau perbankan yang menggunakan sistem riba dalam urusniaganya. Syarikat yang terlibat adalah seperti di bank-bank konvensional, syarikat insuran nyawa, syarikat kewangan berlesen, kedai pajak gadai cara konvensional dan menjadi pengutip wang untuk syariakt pinjaman tanpa lesen (along) dan sebagainya.

Dari Jabir r.a, ia berkata : Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi riba, penulis, dan kedua orang yang menjadi saksi atasnya. ia berkata : “mereka itu sama (saja). (Hadis Riwayat Muslim : 3/219).

Begitu hebat sekali sistem riba menguasai pasaran di dalam masyarakat kita, ramai umat Islam bekerja di syarikat yang mengamalkan sistem riba sedangkan jelas Allah S.W.T mengharamkan sistem riba dan terdapat di dalam ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 278-279.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al- Baqarah ayat 278-279)

Walaupun sudah ada altenatif menggunakan sistem muamalah secara Islam (melalui Bank Islam, Takaful dan sebagainya) tetapi umat Islam masih suka dan seronok bekerja disyarikat-syarikat tersebut, yang mana telah jelas bahawa sumber rezeki yang diperolehi adalah haram di sisi Islam.


Ketiga : Rasuah

Islam memberi amaran keras kepada manusia supaya tidak terbabit dengan perbuatan rasuah. Islam mengharamkan mengaut harta orang lain secara rasuah sedangkan menyedari perbuatan itu berdosa.

Ketika mengulas perkara itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan." (Hadis riwayat Ahmad)

Islam mengharamkan rasuah kerana menjadi penyebab kezaliman berlaku dalam masyarakat, orang yang tidak bersalah boleh dihukum bersalah, menghapuskan peluang mereka yang sepatutnya layak dan penyebaran harta di kalangan pihak tertentu saja. Selain itu, kita bimbang gaya hidup rasuah akan mempengaruhi tabiat integriti keturunan akan datang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka." (Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi)

Berdasarkan hadis itu jelas ada kaitan kuat bahawa keturunan dan anak pinak yang bersumber daripada darah daging haram akan kemungkinan besar terpengaruh dengan gaya hidup menjerumuskan ke dalam api neraka. Jauhilah perbuatan mengambil rasuah kerana telah jelas disisi Islam bahawa harta tersebut adalah daripada sumber yang haram dan tidak seharusnya dibawa balik untuk di beri makan kepada anak dan isteri.


Keempat : Mengadai maruah.

Dasar Islam dalam pekerjaan adalah jelas. Islam menggalakkan umatnya bekerja kuat dan mengumpul kekayaan. Oleh itu Islam menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha supaya mereka menjadi umat terbaik dan contoh kepada pihak lain.

Salah satu pekerjaan yang diharamkan adalah bekerja ditempat-tempat yang boleh mengadaikan maruah diri sebagai seorang muslim.

Pekerjaan tersebuat adalah seperti berikut :

  1. Pelacur
  2. Teman sosial (di kelab-kelab malam)
  3. Penari, penyayi dan pemaian alat musik dikelab-kelab malam (terdapat hidangan arak dan pergaulan bebas lelaki perempuan)
  4. Bonser (pengawal keselamatan untuk tempat-tempat maksiat)
  5. Tukang urut untuk berlainan jenis (lelaki mengurut wanita atau wanita mengurut lelaki)
  6. Menjadi model pakaian atau iklan yang mendedahkan aurat dan menjadi tontonan orang ramai
  7. Mendapat habuan (wang ringgit atau projek) kerana merancang konsperasi untuk mengaibkan seseorang muslim dengan memasang cctv , membuat vedio atau mengambil gambar dan sebagainya.

Semua pekerjaan tersebut di atas atau apa sahaja pekerjaan yang boleh mengadai maruah seorang muslim adalah haram di sisi Islam dan wajib ditinggalkan kerana ianya boleh mendapat laknat Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah kita sama-sama tingkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT. Tinggalkanlah semua pekerjaan atau sumber rezeki yang haram dan syubahat kerana hasil daripada pekerjaan yang haram tidak boleh digunakan untuk memberi nafkah kepada ahli keluarga, sedekah dan ibadah yang dikerjakan dengan menggunakan sumber yang haram tidak akan diterima di akhirat nanti amalan yang baik itu akan menjadi debu-debu yang berterbangan dan akan dilemparkan balik ke muka orang tersebut dan dia akan dihumbankan ke dalam api neraka, nauzubillahiminzalik.

Rezeki yang halal akan membawa keberkatan dan rahmat Allah SWT. Sedekah dan zakat yang ikhlas dan diperolehi daripada sumber yang halal akan dilipat gandakan oleh Allah SWT di hari akhirat nanti sehingga 700 kali ganda.