Wednesday, February 22, 2012

Isteri kedua Nabi berusia 65 tahun ketika dinikahi

Artikel
"ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD SAW.

Isteri pertama: Siti Khadijah binti Khuwailid. Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

Isteri kedua: Saudah binti Zam'ah. Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

Isteri ketiga: Aisyah binti Abu Bakar. Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia sembilan tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

Isteri keempat: Hafsah binti Umar. Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

Isteri kelima: Zainab binti Khuzaimah. Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

Isteri keenam: Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah. Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

Isteri ketujuh: Zainab binti Jahsy. Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

Isteri kelapan: Juwairiyah binti Al-Harith. Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

Isteri kesembilan: Safiyyah binti Huyai. Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

Isteri ke-10: Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan. Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

Isteri ke-11: Maimunah binti Al-Harith. Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

Isteri ke-12: Mariah binti Syam'un. Hadiah daripada Raja Muqawqis.Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.

ANAK-ANAK NABI
1. Zainab (hayat - 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat - kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat - 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat - 28 tahun)
5. Fatimah (hayat - 29 tahun)
6. Abdullah (hayat - kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua, kecuali yang ketujuh, adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam'un)


ANTARA CUCU NABI
1. Al-Hassan bin Ali (hayat - 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat - 55 tahun)

Monday, February 20, 2012

10 Langkah Hindari Bahaya Radiasi Telefon Bimbit

Info Semasa
"Adanya radiasi handphone yang menyebabkan gangguan kesihatan hingga kini memang masih menjadi perdebatan. Meskipun masih dalam perdebatannya, sebagai produk elektronik yang memancarkan gelombang, kewujudan handphone perlu tetapan dan tata cara pakai yang memuaskan dan selamat. Dr. George Carlo, pesara penyelidik industri handphone dari Amerika menyebutkan setiap tahun terjadi 30 hingga 50 ribu kes gangguan kesihatan akibat handphone.

Dr. Carlo juga mengatakan pada tahun lalu di negaranya terjadi 500 ribu kes gangguan kesihatan akibat handphone. Dalam kaitan tersebut, Taraka Serrano, penulis dan peguam kesihatan memberikan
beberapa tips yang sekiranya berguna untuk mengelakkan BAHAYA RADIASI dari HANDPHONE.

1. Hadkan Penggunaan Masa berbual
Biasakan untuk menyekat waktu bebicara di handphone, paling tidak persiapkan terlebih dahulu bahan untuk perbincangan. Setelah dua minit anda berbincang di handphone maka aktiviti natural electrical akan mula meningkat ke otak.

2. Terdedah Terhadap Anak-anak
Anak-anak tentu mempunyai ketahanan fizikal yang lebih lemah berbanding orang dewasa, termasuk dalam hal radiasi handphone. Untuk itu biasakan Anak anda untuk tidak terlalu sering memanfaatkan handphone untuk aktiviti suara. Tapi Anak-anak perlu juga diberi pemahaman untuk pemanfaatan handphone apabila mengalami kecemasan.

3. Manfaatkan Airtube Headset
Walau telah menggunakan alat dengar bukan bermakna anda boleh bebas dari kesan radiasi. Salah satu penyelesaian yakni manfaatkan airtube alat dengar. Jenis alat dengar ini dilengkapi lubang atau rongga pada speakernya.

4. Jangan Masukkan Handphone di poket seluar
Material bahan di seluar kadang boleh menjadi konduktor yang cepat untuk radiasi, berbanding reaksi ke bahagian kepala. Salah satu kajian mendedahkan kedudukan handphone di poket seluar, terutama dekat lipatan paha boleh berpengaruh pada kualiti sperma hingga turun 30 peratus. Ini boleh menjadi perhatian penting bagi para lelaki.

5. Tunggu beberapa Saat Membuat panggilan
Apabila anda menggunakan handphone tanpa alat dengar, tunggu beberapa saat sehingga panggilan anda disambung ke rangkaian pembekal, baru kemudian tempelkan telinga ke speaker. Sedikit banyak hal ini boleh mengurangkan kesan radiasi.

6. Jangan Gunakan Handphone di Elevator.
Elevator (Lif) telah menjadi standard kemudahan di bangunan-bangunan bertingkat. Elevator pun kini sudah banyak yang dilengkapi penguat isyarat oleh para pembekal. Namun ada pendapat untuk menunda bertelepon di dalam ruang metal tertutup, dalam hal ini adalah elevator dan kenderaan box. Alasannya aktiviti handphone dapat mencetuskan hukum Faraday sehingga boleh memerangkap radiasi yang dipancarkan dan di kuwatirkan akibatnya berbalik kepada pengguna.

7. Penunjuk Kekuatan Isyarat
Dikala ingin membuat panggilan, sebaiknya perhatikan pula keadaan rangkaian pembekal di skrin handphone. Jika membuat panggilan di saat isyarat lemah atau satu bar maka proses kerja handphone untuk disambung ke rangkaian pembekal bertambah berat. Ini juga membawa kesan pada peringkat radiasi.

8. Gunakan Handphone dengan SAR Rendah
Setiap handphone yang beredar mempunyai tahap SAR (specific absorption rate) yang berlainan. SAR dalam ertikata sebagai ukuran kadar penyerapan tenaga dari RF (radio frequency) yang dapat masuk ke dalam tubuh. Semakin rendah tahap SAR maka kian bagus handphone yang dimaksudkan. Indikator SAR umumnya sudah disertakan dalam buku manual operasi handphone.

9. EMR Protection
Gunakan peranti baik handphone ataupun lain dengan validasi EMR (Electric & Magnetic Radiation) protection. Salah satu yang mencuat saat ini seperti pemanfaatan bio energy dan Scalar Energy. Radiasi EMR boleh bersifat kumulatif pada tubuh anda, wujud yang paling mudah dilihat yakni biological stress. Jadi sangat penting untuk menggunakan Perlindungan Anti Sinaran.

10. Mengambil Tambahan
Radiasi dari peranti Microwave di base station boleh mengurangkan kadar anti oxidant di dalam tubuh. Hal ini boleh menjadi ancaman, sebab anti oxidant diperlukan tubuh untuk perlindungan dan membawa pengaruh pada penunjuk stress, jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Untuk itu anda perlu mengambil suplemen yang mengandungi elemen Melatonin, Zinc, Gingko Biloba dan Bilberry Extract. Keempat elemen tersebut boleh meningkatkan anti oxidant, melindungi sel otak dan kesihatan mata.

Sunday, February 19, 2012

DIMANA KAU HAMZAH KASHGARI?

HAMZAH KASHGARI
UMAT VAMPIRE?

Darah! Kami mahukan darahnya. Bawak dia pulang supaya kita boleh ambil darah si Murtad itu.. Orang Murtad darahnya halal! Kami mahu darahnya!!!"…..

Ini bukan satu babak di dalam filem box-office yang menjadi kegilaan jutaan remaja perempuan di seluruh dunia, ia juga bukan juga sebaris skrip yang dialih bahasa dari "The Twillight Saga", akan tetapi ini adalah realiti, satu mimpi buruk bagi remaja Saudi berusia 23 tahun, Hamza Kashgari (gambar kiri). Satu mimpi yang bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Pada 5 Februari 2012, hari ulangtahun keputeraan Nabi Muhammad (S.A.W), Hamza telah menerbitkan puisi sepanjang tiga rangkap di laman Twitter beliau. Bait-bait puisinya menerangkan bagaimana Rasulullah menjadi sumber inspirasinya namun beliau menganggap baginda seperti kawannya. Puisinya membawa satu maksud yang mendalam dan bukan bertujuan untuk menghina Rasulullah. Malangnya, ramai di kalangan Muslim telah tersalah tafsir atau sengaja menyalahtafsirkan maksud tersirat puisi Hamza, beliau dituduh menghina Muhamad dan Islam, sekaligus dikatakan telah murtad dan tergelincir akidahnya.

Terkejut dengan reaksi masyarakat Saudi, Hamza memadamkan puisinya dan dengan seikhlas hati memohon maaf di laman Twitternya dan telah mengucap shahadah untuk memastikan akidahnya tidak tergelincir akibat puisi tersebut. Namun kemaafan yang dipinta tidak diendahkan.

Kerana takut akan keselamatannya, Hamza melarikan diri dari Saudi dan telah datang ke Malaysia dengan harapan agar kita dapat membantunya. Namun hampa, kerana seperti di Saudi, "Vampire" juga wujud di Malaysia, tapi malangnya bukan "Vampire" sekacak dan sebaik seperti Edward Cullen yang menjadi igauan para remaja perempuan, tetapi "Vampire" sejahat dan serakus kumpulan "The Newborn Army" yang sentiasa dahagakan darah. Mereka enggan memaafkannya dan merasakan kematian Hamza adalah wajar dan tepat.

Pada 12 Februari 2012, Hamza telah diusir pulang oleh Kerajaan Malaysia, bekas Kerajaan Islam Hadhari. Dituduh pengganas oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia ("The Volturi") Hamza diterbangkan ke Saudi secara rahsia, dan beliau bakal berdepan hukuman bunuh. Walaupun perintah telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghalang deportasi Hamza, Hishamuddin Hussein Onn (gambar kanan) dengan angkuh menafikan kewujudan perintah itu. Tanpa rasa bersalah, Kerajaan 1Malaysia di bawah pimpinan Najib, telah berbangga dengan keputusan menghantar Hamza ke medan untuk dibunuh.

Di Malaysia ramai orang Islam bertukar menjadi "Vampire" ala "Newborn Army", tatkala terbaca headlineakhbar tempatan yang tidak beretika dan "misleading" (seperti biasa,) "Wartawan Arab menghina Nabi". Golongan Muslim Vampire di Malaysia, menjerit mahukan Hamza dihantar pulang dan dibunuh kerana puisinya tanpa mengetahui isi kandungan puisi itu sendiri, apatah lagi untuk mengetahui cerita di sebalik perintah penangkapan Hamza.

Hanya mereka yang ingin mencari kebenaran mengetahui bahawa penangkapan Hamza adalah sesuatu yang bermotifkan politik dan bukanlah agama. Pergerakan Hamza dan rakan-rakanya telah lama dipantau oleh kerajaan Saudi. Puisinya dijadikan alasan untuk menangkap dan menghukumnya kerana penglibatannya dalam pergerakan kebangkitan kaum muda di Saudi. Hanya segelintir sahaja yang tahu bahawa Hamza telah menerbitkan puisi yang membawa maksud yang sama setahun yang lalu, tiada sebarang reaksi negatif diterima dan tiada tindakan yang diambil.

Tanpa mengetahui atau mencari kebenaran, masyarakat Islam khususnya di Saudi dan di Malaysia telah menjatuhkan hukuman tanpa soal selidik ke atas Hamza. Marah, benci dan ingin melihat Hamza diseksa sehingga mati, inginkan darahnya. Hamza dilabel sebagai penjenayah. Sedih sekali! Penganut dan pengamal agama yang cintakan keamanan menjadi golongan yang paling ganas. Islam bermaksud "peace or purity" tetapi umat Islam jauh dari sifat tersebut. Mereka seolah-olah lupa wujudnya prinsip-prinsip sistem keadilan Islam dalam menghukum seseorang manusia.

Masyarakat Islam telah lupa ajaran Islam sebenarnya. Agama Islam dijadikan agama hukuman, segala kesalahan akan dihukumi dengan seberat-berat hukuman, tiada ruang untuk kemaafan. Islam dijadikan alat untuk menindas kaum yang lemah oleh mereka yang berkepentingan. Pemimpin-pemimpin agama obses mencari kesalahan dan dosa orang lain. Agama Islam dicemari umat Islam sendiri yang terlalu taksub dengan agama dan dosa dan di atas alasan ingin menjaga kesucian agama penindasan berleluasa.

Kita lupa bahawa Allah bersifat penyayang dan pemaaf. Jika benarlah Hamza telah menghina Nabi adakah mustahil dan salah untuk kita memaafkannya? Nabi telah memaafkan perbuatan penduduk Kota Taif yang bukan sahaja menghina Baginda malahan telah melemparinya dengan najis. Setiap manusia selagi belum berpisah roh dan jasadnya Tuhan pasti akan menerima taubatnya. Jadi siapa kita untuk tidak mengendahkan taubat Hamza? Boleh jadi para Sheikh di Saudi merasakan mereka lebih hebat dari Tuhan? Di dalam Surah An-Nur ayat 21, Yang Maha Pengampun dan Penyantun mengingatkan kita:

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?".

Terniang-niang sebaris lirik dari lagu "Maafkan Kami" dari filem Pendekar Bujang Lapok yang berbunyi, "Sedangkan Nabi ampunkan Umat!". Jadi adakah masyarakat Islam masih mahukan darah Hamza? Ya atau tidak jawapannya, ia tidak membawa apa-apa perbezaan sekarang kerana Hamza sudah pun dihantar pulang untuk berdepan hukuman bunuh. Makanya vampire "the newborn Army" di Malaysia boleh bersorak riang, darah Hamza boleh dinikmati. Umat akhir zaman adalah umat Vampire!

*Farhana Abdul Halim ialah peguam dari Lawyers For Liberty.

Friday, February 17, 2012

Menarik Replika Dan Gambar Rumah Rasulullah Dipamerkan

Artikel
"Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata, “saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan seprei , lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis.

Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”


Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”


Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”.


Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” -(HADIS RIWAYAT AHMAD)-


Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.



Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah. itu lah gambaran Rasulullah SAW yang dapat "tukanglawan" cari.



Dibawah ini adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.


Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” -(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI DAN AL-BAIHAQI)-



Dibawah ini pula kesan-kesan runtuhan rumah Baginda




Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.
.


Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as

.

Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
.


Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.
.


Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat2nya sekarang…jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.


Moga kita hidup dalam kesederhanaa, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka

Sunday, February 12, 2012

Kisah Kaabah yang tidak diketahui ramai

Artikel
"
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.


2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.


3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.


4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.


5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.


6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.


7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.


8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.


9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.


10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.


11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.


12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.


13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.


14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Wednesday, February 8, 2012

Kisah Muhammad SAW Sejak Lahir Hingga Dilantik Nabi

Tazkirah
"Alhamdulillah, solawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam yang dengan nikmat utusan ALLAH melalui Baginda, dapat kita nikmati nikmat Iman dan Islam pada hari ini. Berikut diringkaskan beberapa maklumat berkenaan kelahiran dan kehidupan insan mulia yang kita semua sama-sama sayangi dan kasihi sepenuh hati kita. Maklumat ini dipetik dari kitab al-Rahiq al-Makhtum, tulisan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri.

Abdullah dan Aminah
  • ‘Abd al-Muttalib telah memilih Aminah binti Wahb bin ‘Abd manaf bin Zuhrah bin Kilab menjadi isteri anaknya, ‘Abdullah.
  • Aminah dianggap wanita yang paling mulia ketika itu dari sudut keturunan dan kedudukan. Bapanya ialah ketua Bani Zuhrah.
  • ‘Abd al-Muttalib telah mengutus ‘Abdullah ke Yathrib untuk mengambil bekalan dagangan untuk didagangkan di Syam.
  • ‘Abdullah telah meninggal dunia di Yathrib dan dikebumikan di Dar al-Nabighah al-Ja’di. Ketika itu, ‘Abdullah berusia 25 tahun.
Kelahiran Bayi Mulia, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam
  • Dilahirkan di penempatan Bani Hashim di Mekah sebagai anak yatim.
  • Dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabi’ul Awwal tahun pertama peristiwa gajah, bersamaan 20 atau 22 April 571 Masehi.
  • Peristiwa luar biasa (irhas) yang berlaku ketika dilahirkan: 14 lengkungan gerbang Istana Kisra gugur, api sembahan orang Majusi terpadam, gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh
  • Apabila Abd al-Muttalib mendapat tahu berita kelahiran cucunya itu, dia terus ke Ka’bah lalu berdo’a dan bersyukur. Lantas diberi nama MUHAMMAD, nama yang cukup asing bagi masyarakat Arab ketika itu.
  • Orang yang pertama menyusukan Nabi, selepas ibunya ialah Thuwaybah, iaitu seorang hamba kepada Abu Lahab.
Hidup Dalam Keluarga Bani Sa’ad (sehingga umur 4-5 tahun)
  • Menurut adat masyarakat Arab setempat, bayi yang baru lahir akan disusukan oleh perempuan yang berada di luar dari masyarakat setempat, supaya bebas dari dijangkiti penyakit masyarakat setempat, menguatkan fizikal kanak-kanak, mengukuhkan urat saraf serta memahirkan anak terebut dengan bahasa Arab jati sejak kecil lagi.
  • ‘Abd al-Muttalib telah menyerahkan bayi bernama Muhammad untuk dipelihara oleh Bani Sa’ad dan disusukan oleh Halimah al-Sa’diyyah.
  • Selepas 4 atau 5 tahun kelahiran, telah berlaku peristiwa pembelahan dada Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam oleh Jibril.
Ke Pangkuan Ibu Yang Pengasih (sehingga umur 6 tahun)
  • Selepas peristiwa pembelahan dada itu, Halimah risau akan keselamatan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, lalu memulangkan Baginda kepada ibunya, Aminah.
  • Aminah dan anak yatimnya itu telah membuat keputusan untuk menziarahi kubur suaminya di Yathrib, dengan ditemani oleh Abd al-Muttalib dan Ummu Ayman (pembantu wanita). Mereka menetap di Yathrib (Madinah) selama sebulan. Dalam perjalanan pulang ke Makkah, Aminah jatuh sakit lalu meninggal dunia di Abwa’, iaitu kawasan di antara Makkah dan Yathrib (Madinah).
  • Anak kecil bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam itu terpaksa menjadi anak yatim piatu pada umur 6 tahun.
Ke Pangkuan Datuk Yang Penyayang (sehingga 8 tahun)

  • Abd al-Muttalib sayu dan sedih dengan kejadian yang berlaku. Peristiwa lama iaitu kematian anaknya Abdullah kembali datang menerjah ke dalam memorinya.
  • Beliau membawa pulang anak kecil itu ke Makkah dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
  • Apabila umur Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam mencecah 8 tahun, 2 bulan dan 10 hari, datuknya Abd al-Muttalib pula meninggal dunia di Makkah.
  • `Abd al-Muttalib sempat berwasiat agar Muhammad sallAllahu ‘alaihi wassalam dijaga oleh Abu Talib, bapa saudaranya iaitu saudara kandung bapanya.
Ke Pangkuan Bapa Saudara (sehingga 40 tahun)
  • `Abu Talib telah menjalankan amanah menjaga Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dengan sesempurna mungkin.
  • Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah mendapat perlindungan dan penjagaan dari Abu Talib sehingga akhir hayat Abu Talib.
  • Antara peristiwa penting yang berlaku sepanjang bersama Abu Talib ialah hujan turun dengan berkat peribadi anak kecil bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Yang mana ketika itu Makkah dilanda kemarau.
  • Pada umur Baginda 12 tahun, Abu Talib yang ketika itu membawa Baginda berdagang ke Syam telah ditegur oleh seorang Rahib bernama Jarjis, atau lebih dikenali sebagai Bahira. Seetlah melihat ciri-ciri yang ada pada Baginda, Bahira telah memberitahu kepada Abu Talib, “Inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh ALLAH sebagai rahmat untuk sekalian alam.” Bahira menasihatkan agar budak tersebut tidak dibawa ke Syam, kerana ditakuti akan dilakukan sesuatu yang buruk kepadanya. Lalu Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dibawa pulang ke Makkah semula.
  • Pada umur 15 tahun, Baginda telah ikut membantu dalam peperangan yang dipanggil Peperangan Fijar. Peperangan tersebut adalah di antara orang Quraisy dan sekutu2 mereka dari Bani Kinanah dengan Qays bin ‘Aylan.
  • Pada zaman remaja, Baginda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Banyak riwayat mengatakan Baginda mengembala kambing. Pada usia 25 tahun, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah dikenali sebagai seorang yang amanah. Atas sifat amanahnya itu, Khadijah binti Khuwaylid iaitu pedagang dan hartawan telah memilih Baginda untuk membawa dagangannya ke Syam. Baginda dibantu oleh hamba Khadijah yang bernama Maysarah untuk berniaga di Syam.
  • Kembali dari urusan perdagangan, Khadijah tertarik dengan kebolehan Baginda yang telah meraih keuntungan yang banyak dari perniagaan tersebut. Malah yang lebih penting ialah perwatakan Baginda yang berakhlaq mulia, berfikiran tajam, tutur kata yang benar dan bersifat amanah. Maklumat ini diperolehi dari Maysarah. Khadijah yang sebelum ini selalu gagal dilamar oleh para pembesar Quraisy, telah tertarik dengan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Khadijah ketika itu berumur 40 telah menyatakan hasrat untuk mengahwini Baginda, dan Baginda setuju. Lamaran telah dibuat oleh bapa-bapa saudara Baginda.
  • Pada usia 35 tahun, Baginda membawa peranan yang besar dalam pembinaan semula Ka’bah dan Isu Tahkim.
  • Pada usia 40 tahun, Baginda telah menerima wahyu dari ALLAH. Pada saat inilah, kehidupan Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam mula menerima pelbagai tentangan dan halangan yang besar. Dan Abu Talib telah banyak bertindak melindungi Baginda sehinggalah Abu Talib meninggal dunia…
WAllahu Ta’ala A’lam.

Disarankan tuan/puan untuk mendapatkan kitab al-Rahiq al-Makhtum karangan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri untuk bacaan lanjut dan lebih terperinci.
Beberapa kisah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ketika di Makkah boleh dibaca di sini, insyaALLAH:
  1. Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 1: {LINK}
  2. Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 2: {LINK}
  3. Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 3: {LINK}
  4. Rasulullah SAW Ketika Di Makkah – Bahagian 4: {LINK}
Mudah2an rasa cinta kita kepada Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, insan yang telah banyak berjasa kepada kita akan semakin subur dan diikuti dengan semangat untuk menyambung perjuangan Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam dan mengamalkan segala sunnah2nya.

Sunday, February 5, 2012

Rahsia Sebelum Membeli Handphone, Anda Wajib….

Info Semasa
"RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !BERHATI2 SEMASA BELI HP…
Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda

► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8

… Contoh : 358671017470473
… Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH

08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA

01 atau 10: dari Finland = TERBAIK

00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK

13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

IMEI

Cuba semak IMEI handphone anda sekarang!!

Wednesday, December 28, 2011

Senarai Kereta Paling Jimat Minyak.

Artikel

Anda bercadang untuk membeli kereta? Berminat nak tahu kereta mana yang paling menjimatkan minyak? Baiklah, saya bagitau kepada anda di bawah ini. Ranking kereta paling jimat minyak ni ditentukan berdasarkan Fuel Efficiency Awards 2009 yang diadakan pada Bulan November tahun lepas.

Maklumat ini sangat penting untuk anda untuk menentukan kenderaan mana yang paling sesuai untuk anda supaya dapat menjimatkan kos untuk minyak kereta bulanan.



Kategori: Compact City Cars

Hyundai i10 5.0 (litre/100km)
Proton Savvy 5.7 (litre/100km)
Kia Picanto 5.8 (litre/100km)

Kategori: Compact Premium Cars

Mini Cooper 5.8 (litre/100km)
Honda Jazz 6.4 (litre/100km)
Alfa Mito 6.5 (litre/100km)

Kategori: Small Family Cars

Toyota Vios ‘J’ 6.1 (litre/100km)
Proton Persona 6.75 (litre/100km)
Honda City 6.8 (litre/100km)

Kategori: Luxury Family Cars

Nissan Slyphy 7.8 (litre/100km)
Hyundai Elantra 7.9 (litre/100km)
Peugeot 407 8.1 (litre/100km)

Kategori: Premium Family Cars

Mercedes Benz B180 7.2 (litre/100km)
Volvo S40 7.9 (litre/100km)
Toyota Camry 8.8 (litre/100km)

Kategori: Executive Cars

BMW 320i 6.1 (litre/100km)
Audi A4 7.4 (litre/100km)
Mercedes C-Class 200K 8.0 (litre/100km)

Kategori: Premium Executive Cars

Citroen C5 8.9 (litre/100km)
BMW 525i 9.4 (litre/100km)
Mercedes E-Class E200K 9.6 (litre/100km)

Kategori: Super Saloons

Audi A8 9.9 (litre/100km)
Mercedes Benz S-Class S350 10.0 (litre/100km)
Lexus LS460 11.1 (litre/100km)

Kategori: Super Sport Cars

Lotus Exige 9.1 (litre/100km)
Porsche 911 PDK 10.3 (litre/100km)
Nissan 370Z 10.5 (litre/100km)

Kategori: Super Sport Convertibles

Mercedes Benz SLK 200K 8.1 (litre/100km)
Volkswagen EOS TFSi 8.2 (litre/100km)
Porsche Boxster 9.4 (litre/100km)

Kategori: Performance Cars

Peugeot 308 GT 6.8 (litre/100km)
Mini Cooper S JCW 6.9 (litre/100km)
VW Scirocco TFSi 7.6 (litre/100km)

Kategori: Pickup Trucks

Isuzu D-Max Hi-DEF Diesel 7.6 (litre/100km)
Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km)
Nissan Navara Diesel 8.2 (litre/100km)

Kategori: Compact MPV’s

Renault Kangoo 1.5 5.5 (litre/100km)
Honda Stream 1.8 6.7 (litre/100km)
Nissan Grand Livina 7.6 (litre/100km)

Kategori: Luxury MPV’s

Mazda5 8.2 (litre/100km)
Hyundai Starex Diesel 9.6 (litre/100km)
Ssangyong Stavic Diesel 9.7 (litre/100km)

Kategori: Compact SUV’s

Ssangyong Actyon Sports Diesel 8.0 (litre/100km)
Honda CRV 8.2 (litre/100km)
Audi Q5 TFSi 8.4 (litre/100km)

Kategori: Luxury SUV’s

Volvo XC90 D5 Diesel 8.5 (litre/100km)
BMW X5 3.0 Diesel 8.7 (litre/100km)
Audi Q7 3.0 Diesel 9.9 (litre/100km)

Kategori: Hybrids
Toyota Prius HYBRID 3.9 (litre/100km)
Honda Civic Hybrid HYBRID 4.6 (litre/100km)

sumber: http://www.hafizizain.com/pendapat/kereta-paling-jimat-minyak-2010.html

Saturday, December 10, 2011

Fenomena Gerhana Bulan, Raikan Dengan Solat Sunat

Tazkirah
"Fenomena gerhana bulan penuh akan dapat disaksikan rakyat Malaysia dan rakyat di rantau Asia Tenggara pada 10 Disember, esok. Kita berpeluang menyaksikannya bermula dari pukul 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad.



Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara Redzuan Tahar berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.

Ayuhlah sama-sama kita raikannya dengan solat sunat gerhana bulan. Rasullullah S.A.W bersabda :

Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”

HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad – مؤكدة

CARA-CARA SOLAT
Dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat

WAKTU
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

TEMPAT
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :Assolatuljamiah!!
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan.

“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.

(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari

“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.

5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).

INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan-سر, manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring- ج

Wednesday, November 9, 2011

Lynas : Fakta yang rakyat patut tahu..

Sebelum itu...

Gabungan Hentikan Lynas (Stop Lynas Coalition - SLC) dan penduduk Kuantan akan mengambil tindakan mahkamah ke atas Lynas Malaysia dan agensi kerajaan yang membawa kilang memproses nadir bumi yang berbahaya ke Kuantan, Malaysia.

Rombongan peguam SLC akan diketuai oleh Lajnah Guaman PAS PUSAT.

Untuk berjaya memenangi kes mahkamah, SLC memerlukan sokongan semua dan sumbangan kewangan untuk menghentikan operasi kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.


Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank ISLAM: 06019010087836 atas nama akaun “PAS INDERA MAHKOTA”. Terima kasih!


Apa yang patut rakyat tahu mengenai LYNAS.

1. Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah.

2. Kos melibatkan hampir RM1billion

3. Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).

4. Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.

5. Akan menghasilkan 22 ribu tan ‘rare earth oxide ‘ setahun.

6. Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.

7. Bebas Cukai selama 12 tahun.

8. China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

9. Harga satu tan pada RM364, 800.

10. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.

11. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.

12. Kuantan Plant bakal menjadi puast memproses ‘Rare Earth’ untuk di eksport ke luar Negara

Apa itu Rare Earth?

‘Nadir Bumi’ adalah Kumpulan elemen logam kimia yang serupa terdiri daripada siri lantani skandium dan itrium. Elemen tidak ‘jarang’ di temui, tetapi mereka cenderung terjadi bersama-sama di alam dan sukar untuk terpisah antara satu sama lain.

Fakta Mengenai Rare Earth

1. Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14×109) tahun.

2. Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.

3. Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.

4. Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.

5. Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.

6. Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.

7. Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.

Fakta mengenai ‘Rare Earth’

1. Syarikat Mitsubishi Chemical di Bukit Merah berkait rapat dengan 8 kes luikemia dan 7 kes kematian. Ditutup pada 1992 namun proses pembersihan masih lagi dijalan sehingga kini.

2. Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami: kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.

3. Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rambut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

4. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Kesan untuk Kuantan, Malaysia

1. Tidak mendatangkan sebarang kesan kepada employment rate, kerana diberitakan 350 pekerja sahaja untuk operasi Kuantan Plant

2. Industri yang bakal terjejas adalah pelancungan terutamanya di Cherating dan Kemaman.

3. Nilai hartanah merudum di sebabkan lokasi yang berdekatan dengan Plant dan ramai yang ‘takut’ di timpa musibah.

Kesimpulan

Ketiadaan kajian yang terperinci menyebabkan rakyat marah akan pembanggunan ‘Rare Earth’ di Kuantan ini. Tiada public consultation juga tidak pernah berlaku.

Ya betull, Malaysia akan banyak dapat manfaat khususnya dalam menjana pendapatan Negara tetapi bagaimana pula nasib penduduk-penduduk kampong di sekitar Plant.

Bagaimana mereka akan di compensate jika bende ni dah mendatangkan keburukan untuk kesihatan mereka?

Tuesday, November 1, 2011

Tuesday, October 25, 2011

Senarai Jenama Terbaik Dunia

4997507623 5cb3e9ebfa Senarai Jenama Terbaik Dunia

Senarai jenama terbaik dunia sudah pun dikeluarkan. Walaupun anda tak lihat lagi senarai, kami rasa anda sudah menjangkakan jenama-jenama daripada mana yang berjaya menempatkan dikedudukan teratas. Seperti dijangka, semua syarikat dari Yahudi dan Nasrani.

Dikala, British Petroleum (BP) jatuh dek kerana tumpahan minyak manakala Toyota jatuh merudum kerana penarikan semula model kereta mereka atas sebab-sebab keselamatan, Coca-cola, IBM dan Microsoft terus mengukuhkan kedudukan berdasarkan jenama yang mereka bentuk untuk pada masa akan datang beserta peranan mereka dalam mencipta permintaaan permintaan.

1. Coca-Cola, meningkat 2 peratus kepada $70.45 bilion

2. IBM, meningkat 7 peratus kepada $64.73 bilion

3. Microsoft, meningkat 7 peratus kepada $60.9 bilion

4. Google, meningkat 36 peratus kepada $43.56 bilion

6. McDonald’s, meningkat 4 peratus kepada $33.58 bilion

7. Intel, meningkat 4 peratus kepada $32.02 bilion

8. Nokia, meningkat 15 peratus kepada $29.5 bilion

9. Disney, meningkat 1 peratus kepada $28.73 bilion

10. HP, meningkat 12 peratus kepada $26.87 bilion

4998113606 274a3e16bf Senarai Jenama Terbaik Dunia

Mencari-cari juga produk dari negara Islam. Malangnya tiada. Tidak tahu sampai bila kita masih bergantung harap dengan hasil idea dan cipta dripada golongan Yahudi dan Nasrani. Di mana agaknya perintas Islam. Minta maaf kami katakan. Buang air liur, tenaga dan wang sahaja boikot barangan Yahudi. Kami beri 3 bulan, kemudian ia akan kembali pada asal. Dan yang lebih menyedihkan barangan Yahudi yang dilaung-laungkan amaran keras, dikutuk, dihina akhirnya digunakan semula selepas 3 bulan berdemonstrasi atau mungkin kurang daripada tempoh tersebut.

4997507743 4cc3ee7d44 Senarai Jenama Terbaik Dunia

Yahudi punya cara, mereka bekerja bersama Islam, mengikut cara yang diajarkan dalam agama Islam. Sebab itulah mereka cepat naik. Tidak mustahil juga kesemua syarikat Yahudi dan Nasrani tergolong dalam kedudukan teratas bagi senarai jenama terbaik dunia.

SALAM IDUL ADHA

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs728.snc4/64891_439581623045_215868293045_4928422_4267755_n.jpg

MARYAM IBU ISA A.S:

Ibu Maryam A.S bernazar agar anaknya sentiasa mengabdikan dirinya untuk agama Allah SWT. Nazar itu diterima Allah dan sejak kecil lagi Maryam dipelihara oleh Nabi Zakaria A.S. Maryam tekun beruzlah dan beribadah kepada Allah SWT. Pada suatu hari, malaikat Jibrail muncul di depannya dengan rupa paras manusia. Alangkah terkejutnya Maryam dan dengan segera Maryam memohon perlindungan daripada Allah SWT. Lantas Jibril menyampaikan berita bahawa Allah SWT akan menganugerahkan Maryam seorang putera yang suci.

Maryam berkata,”Bagaimana aku akan memperoleh seorang putera, padahal tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku bukan seorang perempuan yang jahat.”

Jibril menjelaskan mencipta anak tanpa bapa itu mudah bagi Allah. Mukjizat ini merupakan tanda kekuasaan Allah dan merupakan rahmat kepada seluruh manusia. Hal yang serupa telahpun terjadi apabila Adam AS dan Hawa dicipta Allah SWT tanpa pengantara ibu dan bapa.

Sungguhpun begitu semasa mengandung Maryam menyisihkan diri ke suatu tempat yang jauh
agar nama baik keluarganya terpelihara daripada sangkaan yang buruk. Sedih sungguh perasaan Maryam, tambah-tambah lagi dalam keadaan dirinya sakit untuk bersalin. Tiada sesiapa pun

daripada ahli keluarganya yang dapat menolong. Maryam pun berdoa dan dalam keadaan yang getir itu, Allah SWT mengutuskan Jibril a.s untuk memberi bantuan.

Selepas bersalin Maryam membawa bayi itu kepada kaumnya dengan menggendongnya.Kaumnya berkata,”Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan sesuatu perbuatan yang terkutuk!” Maryam tidak menjawab – hanya sekadar menunding jari ke arah Isa yang sedang berada di dalam buaian.

Tiba-tiba Isa berkata, “Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia memberikan kepadaku al-Kitab dan Dia mengangkat aku menjadi Nabi.” Lalu cerita tentang bayi yang boleh bercakap tersebar di seluruh wilayah Palestin. Isa A.S telah mematikan fitnah orang ramai terhadap ibunya.

Saturday, October 22, 2011

Para Khatib di Malaysia patut malu dengan Mualaf ini

Bukan para khatib yang membaca khutbah Jumaat sahaja yang patut malu dengan Mualaf Mat Saleh ini, saya sendiri pun malu, teramat malu apabila mendengar di Radio IKIM setiap Ahad jam 6.30 ptg ruangan Tazkirah Bahasa Inggeris oleh William Webb atau nama Islamnya Suhaib Webb dari Oklahoma, Amerika Syarikat. Suhaib dilahirkan dalam keluarga bukan Islam tetapi mendapat hidayah Allah apabila beliau mencari hidayah. Mendengar kuliah Suhaib hanya selama 10 minit di Radio IKIM tak puas, macam nak dengar lagi.

Lalu saya buat carian dalam internet, Suhaib ini bukan hanya pandai bercakap dan bercerita, malahan beliau mempunyai ijazah dari Universiti Al Azhar dan berguru dengan begitu ramai ulama. Malah beliau hafaz 30 juzuk Al Quran dalam pelbagai Qiraat.

Malu, memang malu saya.

Dalam internet beliau ada laman web, blog, twitter sendiri. Dalam Youtube saya tengok Khutbah Jumaatnya, waduh, kalau dia khutbah di Malaysia pasti terbeliak mata kita semua, dan merasakan tak sabar-sabar tunggu Jumaat akan datang untuk mendengar beliau berkhutbah, bukan membaca khutbah macam diarahkan JAKIM dan Majlis Agama di Malaysia ini.

Apa yang menariknya ialah Suhaib mempunyai pelbagai pendekatan untuk semua golongan manusia, tua muda, hip hop, reggae dan macam-macam lagi.

Tengok sendiri Youtube beliau di http://www.youtube.com/user/SuhaibDWebb

Biografi beliau di http://en.wikipedia.org/wiki/Suhaib_Webb

Laman web beliau di http://www.suhaibwebb.com

Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan

Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.