Friday, July 17, 2009

Rukun Iman: ICT menerangkannya

Oleh: Aku

Assalamualaikum. Tengah dok lepak-lepak sambil picit-picit kekunci handphone ni teringat pula masa kecil-kecil dulu mengaji dimasjid kat kampong. Pukul 9 am jer aku mengayuh basikal sejauh 1 batu untuk pergi belajar mengaji Alquran dan juga fardhu ain bersama ustaz.

Banyak pahala para ustaz kerana mengajar kami tak jemu-jemu. Kadang-kadang beliau belanja kami makan jajan dengan dihantarnya aku kekedai untuk membeli. Indah sungguh kenangan tersebut sampai kehari ini aku tidak dapat melupakannya.

'Rukun islam ada 5 perkara dan rukun iman ada 6 perkara.',begitulah antara yang kami belajar dimasjid itu.Rukun islam itu adalah

1-Mengucap 2 kalimah syahadah,

2-mendirikan solat,

3-Berpuasa dibulan ramadhan

4-menunaikan zakat

5- mengerjakan haji dibaitullah.

Senang untuk mengingati rukun islam ini kerana kita faham dan kita nampak dengan mata sendiri bagaimana rukun-rukun itu dilakukan.

RUkun iman ada 6 perkara.

1-Percaya kepada Allah

2-Percaya kepada Malaikat

3- Percaya kepada Nabi dan rasul

4-Percaya kepada Kitabullah

5-percaya kepada hari akhirat

6-percaya kepada qada dan qadar.

Dari segi hafalan memang senang jer nak ingat rukun iman ini.Tapi realitinya memang sukar nak gambarkan.Yang kita nampak dengan mata kasar ini cuma percaya kepada kitab sahaja.Sedangkan yang lagi 5 tuh hanya percaya jerlah tanpa dapat melihat apa yang dinamakan itu.

Setelah dewasa ini dan biasa bermain dengan dunia teknologi ICT ni,aku mula terpikir bahawa Allah telah singkap sedikit ilmuNya kepada kita.Rupa-rupanya mempercayai dan menyakini rukun iman itu adalah seperti kita meyakini dan mempercayai teknologi ICT ini.Apa yang aku cuba gambarkan disini adalah dari sudut fahaman aku sahaja dan bertujuan untuk meilhat Allah itu tidak suruh meyakini sesuatu tanpa usul periksa.

Teknologi MMS ataupun video call yang selalu kita gunakan apabila kita menelefon isteri,anak-anak ataupun ayah ibu dikampong itu tersimpan satu bukti bahawa isra' dan mikraj nabi kelangit itu adalah benar dan kepercayaan saidina abu bakar terhadap ceritu nabi itu amat berasas.Kefahaman tentang ini Allah bongkarkan melalui teknologi ICT itu sendiri.Aku boleh melihat saudara aku secara terus 'real time' di USA dan berbicara dengannya tanpa perlu aku berada disisinya hanya dengan satu video call sahaja.Hanya dengan beberapa saat sahaja aku sudah 'berada' diUSA dan 'pulang' kembali ke Malaysia dalam hanya beberapa saat sahaja.Tidakkah ini sebenarnya rahsia yang Allah beri sedikit demi sedikit untuk kita meyakini bahawa adalah benar bahawa nabi Mohammad pergi kesidratul muntaha dalam 1/3 malam sahaja.

Komputer dan perisian yang selalu kita gunakan untuk melayari internet dan juga membuat kerja-kerja yang lain juga tersimpan satu rahsia bahawa percaya kepada Allah,Malaikat,Rasulullah,Hari akhirat dan juga Qada dan Qadar itu wajib dan benar sifatnya.Aku percaya Allah,tetapi tidak pernah melihat Allah dan tak pernah berjabat tangan pun dengan ALlah.Sama juga pada Malaikat,rasul,Akhirat mahupun Qada dan qadar.Tetapi dalam dunia ICT,rupanya Allah bungkarkan rahsianya bagaimana kepercayaan rukun iman itu ada asas dan menepati teori hukum akal.Aku lihat pada 'screen' komputer aku sebuah kereta mercedes yang mewah sedang melungsur laju diatas jalan raya.Aku nampak itu adalah kereta mercedes,tapi aku tak dapat nak pegang kereta itu malah aku hanya menyentuh LCD screen sahaja bila cuba untuk menyentuh kereta didalam screen tersebut.Walaupun begitu aku tetap percaya bahawa itulah kereta mercedes berdasarkan pandangan mata aku.Begitulah rukun iman yang sememangnya kita harus yakin dan boleh diyakini dengan pandangan hati kita yang bersih.

SMS dan juga voice call ini membongkarkan bahawa Alquran yang diturunkan oleh Allah dengan perantaraan Jibrail itu kepada NAbi adalah wajib dipercayai.NAbi tidak mereka reka Alquran itu dengan fikirannya sendiri walaupun tiada siapa dapat melihat makhluk yang menghantar Alquran itu kepada nabi dengan mata kasar kita.Aku menerima 'call/SMS' dari ayah aku dikampong yang menyuruh aku pulang segera.Aku patuh pada arahan itu dan aku tunjukkan kepada boss aku agar memberi aku pelepasan cuti kerana arahan ayah aku.Boss aku tentu mempercayainya kerana beliau melihat ataupun mendengar perbualan aku dengan ayah aku menyuruh aku pulang.Boss aku tidak pernah nampak ayah aku tetapi mempercayai 'gajet handphone' aku itu atas dasar teknologi yang terhasil dan amat dipercayai.Oleh itu walaupun jibrail tidak kelihatan ketika menghantar Alquran kepada nabi,dengan sebab percaya kepada Allah yang berkuasa maka permasalahan itu selesai dan Alquran itu memang benar dari Allah dan bukan hasilan nabi.

Kita sentiasa diingatkan agar berbuat baik dimana sahaja kita berada.Ini adalah kerana Allah sentiasa melihat kita dan tahu kita dimana walaupun kita menyorok didalam gua sekalipun.Dahulu kalau kita ingin mengajak kawan bermain bola,kita perlu pergi kerumahnya untuk menjemput dia bermain sekali.Jika kawan kita tiada dirumah,maka sukarlah kita mencarinya.Tetapi dengan teknologi komunikasi ini,pergilah kawan tuh kemana sahaja,dengan satu panggilan sahaja kita sudah tau dimana dia berada ketika itu.Tidakkah ini menggambarkan Allah tau dimana kita dan apa yang kita lakukan.

Berkat ilmu para ustaz yang mengajar aku dulu-dulu tuh.Masa dia terangkan dulu aku pun main percaya jerlah apa yang diajar tapi rupa-rupanya baru sekarang aku faham mengapa kita tidak boleh pertikai tentang rukun iman itu walaupun ada harinya aku nakal juga.Semoga dengan kefahaman tujuan ilmu itu diberikan kepada kita,adalah lebih kepada membesarkan Allah yang maha perkasa dan bijaksana.

Yang bijak itu Allah dan yang kurang itu Aku

Thursday, July 16, 2009

Gambar Kenang-kenangan Ilham Resort P.Dickson

GAMBAR KANAN : Bersama adik (Nor&Din) dan anak-anak dari Seremban yg telah singgah sebelum kami check-out.
GAMBAR KIRI : bersama Pengurus Besar PNB Ilham Resort PD En.Ismail Hisham A.Z. dan isteri. Terima kasih kerana telah melayan kami dengan baik sekali semasa sebelum check-in hingga lah check-out.

Bagaimana Membuat Blog

Sudah lama saya menginginkan ramai dalam kalangan pemuda pemudi menjadi bloggers. Alhamdulillah sekarang sudah ramai sudah memiliki blog peribadi sendiri. Masih ada yang belum memiliki lapangan maya ini. Hal inilah yang menyebabkan hati saya tergerak untuk menyiapkan sebuah panduan berkenaan membina blog peribadi. Mudah-mudahan dengan sedikit petunjuk yang diberikan ini, ianya boleh dijadikan panduan oleh sahabat-sahabat sekalian.

Insya Allah, sekiranya ada rezeki, pada masa akan datang saya akan cuba mengeluarkan buku-buku kecil untuk diedarkan secara percuma kepada sahabat-sahabat di UM khususnya bagi membolehkan mahasiswa celik dengan dunia blogging ini. Selamat mencuba!

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT BLOG

Langkah Pertama

1. Langkah yang pertama layari www.gmail.com
2. Sign Up akaun gmail anda
3. Akaun gmail tersebut akan digunakan sebagai username dan password automatik semasa mendaftar blog anda.

Langkah Kedua

1. Untuk langkah seterusnya buka laman www.blogger.com
Sekiranya anda sudah mendaftar akaun gmail, akaun anda sudah terdaftar automatik.
2. Klik pada “create account”
3. Masukkan kata laluan dan password anda (akaun gmail)
4. Namakan blog anda cth : http://faisalkini.blogspot.com
5. Ikuti langkah seterusnya dan pilih tamplate yang anda sukai.

Teknik Menukar Tamplate Yang Menarik

1. Layari laman web yang menawarkan tamplet berformat XML secara percuma.
-cth : www.finalsense.com
2. Pilih tamplate blog yang berformat XML yang anda sukai.
3. Copy kod tersebut.
4. Buka dashboard akaun blog anda.
5. Klik pada layout, kemudiannya klik pada HTML.
6. Kemudian buang kod yang sedia ada dan pastekan HTML yang baru diperolehi.
7. Save dan lihat blog anda yang berwajah baru.

p/s: sesetengah blog menawarkan tamplate jenis upload. Oleh itu tamplate tersebut perlu didownload terlebih dahulu dan diupload. Step yang digunakan adalah sama dengan diatas. Pastikan anda menggunakan perisian mozzila fireworks semasa mendownload. Contoh web yang menawarkan tamplate berbentuk upload adalah :

1. http://layout4all.blogspot.com/


Cara meletakkan shout box

1. Layari http://cbox.ws/?r=4-3384896
2. Kemudian sign up akaun baru anda
3. Ikuti langkah seperti yang diarahkan
4. Copy kod HTML
5. Kemudian buka laman dashboard anda
6. Klik pada add page element
7. Klik pada HTML
8. Kemudian paste HTML dalam kotak tersbut.
9. Save hasil anda.
10. Kemudian klik view dan lihatlah blog anda sudah mempunyai shout box.
Cara post artikel terbaru.

1. Layari www.blogger.com
2. Sign in dengan id anda
3. Kemudian klik new post pada blog anda.
4. Isikan kotak yang tersedia dengan artikel anda.
5. Kemudian tekan publish post.
6. Lihatlah artikel anda sudah tersiar.

Untuk Hiasan Lain anda boleh layari:

1. Jam : http://www.clocklink.com/
2. Counter : http://www.histats.com/viewstats/?SID=309638&f=1v
3. Bahan: http://pimp.myyearbook.com/glitter-word-generator.php
4. Hiasan lain : http://photobucket.com/
5. Map of visitor: http://feedjit.com/
6. Shout Box : http://cbox.ws/?r=4-3384896
7. Widget: http://adiwidget.blogspot.com/

CHIKUNGUNYA

FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.

Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.

Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.


2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.


4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau di antara 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut

· Sakit teruk pada sendi

· Ruam pada badan

· Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.

Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit.

Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.

Tiada vaksin bagi penyakit ini.


8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

11. Situasi semasa penyakit Chikungunya di seluruh negara

Sila rujuk kenyataan akhbar.

12. Tindakan Kementerian Kesihatan

Langkah – langkah kawalan yang telah diambil:

· Pengesanan kes secara aktif

· Melakukan kajian Aedes

· Semburan kabus dan ULV

· Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat

· Aktiviti promosi kesihatan

Kejadian penyakit ini adalah terkawal dan terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Bilik Gerakan

Bahagian Kawalan Penyakit

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 3, Blok E10, Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Putrajaya

No. Tel. : 03-8881 0600 / 03-8881 0700

Laman web: www.moh.gov.my

Thursday, June 18, 2009

Oleh Marhaentua

"UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya.

Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah.

BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.

Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka.

Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya. Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa.

Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya.

Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.

MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam.

Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.

Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.

Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya.

Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu. Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar.

Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan.

Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak. DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita.

Permohonan-permohon an untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.

Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.

Ehsan dr blog Ust Misbahul Munir- Setiausaha Politik Dato' Seri Ir. Hj.Nizar Jamaluddin

FATWA HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AL QURAN

01. Berikut adalah fatwa dari Syeikh Atiyyah Saqr (bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar)seperti yang terdapat di dalam kitabnya Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam:

"Berkata sebahagian ulama: Golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat tidak terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan (boleh) untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk. Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat: Golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci. Jika perkara itu masih lagi terdapat khilaf maka tiadalah halangan (boleh) dari mengambil salah satu pandangan ulama khususnya jika terdapat keadaan yang memerlukan yang demikan".

Friday, June 5, 2009

PERNIAGAAN INTERNET

Daripada: Halim Yunos
Tarikh: Jumaat, Jun 05, 2009

Kepada Semua Usahawan Internet,

Biar saya jadikan penerangan saya seringkas mungkin. Saya pasti, anda sedang membaca ini kerana anda juga mahukan suatu panduan yang betul dalam menjana wang yang banyak dalam masa yang paling singkat serta halal dan anda masih buntu tentang cara untuk mendapatkannya. Jika andalah orang yang saya maksudkan, beri saya 10minit untuk berikan penerangan tentang apa yang anda mahukan...

MUSTAHIL? tidak. Memang tidak mustahil untuk anda dapatkan wang beribu dalam masa seminggu sahaja. Dalam keadaan ekonomi dunia yang kurang stabil, saya pasti anda mahukan formula ini didedahkan kepada anda...

Sebelum anda katakan saya mengarut dengan formula baru ini, adalah penting untuk anda ketahui SIAPA SAYA untuk dedahkan formula affiliate sehebat ini..

Saya, juga seperti anda pada ketika awal-awal pembabitan saya dalam perniagaan internet. Tak ada modal, dan tak ada produk untuk saya jual. Saya banyak mencuba, daftar program affiliate baru dan terus promosikan produk affiliate tersebut. Hasilnya, jualan saya masih lagi kosong. Banyak ebook yang saya beli atas alasan nak cari duit cepat di internet.

Terpengaruh dengan janji-janji kosong, ayat-ayat hype dalam surat jualan membuatkan saya cepat terpengaruh dan menekan butang beli. Rupanya, ebook yang 'nampak hebat', sebenarnya sampah yang menyemakkan hard disk saya saja.. Banyak juga ebook yang saya beli, termasuk ebook mat saleh sehingga banyak jugala dah habis duit.

Kemudian, saya banyak dengar 'Guru' diluar sana cakap bahawa affiliate sangat mudah dilakukan. Tanpa Produk, Tanpa Modal, dan Tanpa Website pun boleh buat duit. Saya pun rasa teruja untuk mengkaji dan terus mengkaji teknik-teknik terkini dan terkreatif. Segala pengalaman dalam saya mencuba, menyebabkan saya kehilangan wang ringgit..

Muncul Sinar Baru..

Nak dipendekkan cerita, saya dengar di forum-forum, dan blog, bahawa ada satu produk yang bakal dikeluarkan oleh Team Jomseminar-Video Usahawan. Saya tak ada mailing list, tak ada nama, dan tak ada apa-apa pun, lantas saya YM Syed Ikhwan dan beritahu dia yang saya nak jadi affiliate.

Nampak pelik sebab seorang newbie yang tiada apa-apa pun bukti kehebatan nak jadi super affiliate untuk produk sehebat Video Usahawan? Saya terus mengkaji dan saya sertai affiliate MRR Mega Sales. Saya guna beberapa teknik yang saya sendiri reka hasil pembacaan dan try & error saya.

Saya dapat tempat kedua dalam cabaran affiliate. "Oh, nampaknya macam menjadi jugak formula aku ni".

Saya tak pandang kebelakang terus dan reka serta kukuhkan lagi formula saya ini sehinggalah saya sertai affiliate Video Usahawan. Saya gunakan formula rahsia saya dan saya terkejut bila lihat jualan saya pada masa tak sampai seminggu produk tersebut dilancarkan. RM 1166 dalam Masa Seminggu Sahaja!

Kemudiannya, baru saya yakin bahawa formula saya ni berkesan dan terbukti memang boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja tak kira status newbie ataupun otai sehingga saya dapat banyak email dan mesej yang bertanyakan kaedah apa yang saya gunakan sehingga boleh mengalahkan 'mereka yang mempunyai senarai email prospek yang besar'.

Semua Orang Pun Boleh Buat..

Saya cuba lagi gunakan formula saya ni untuk mempromosikan Kuasa Lelong dan hasilnya, memang tak menghampakan saya. Jadi Lagi! Kali ni, ramai otai yang berjaya saya kalahkan untuk dapatkan hadiah bernilai lebih RM 1500!

Saya terus himpunkan segala formula saya untuk saya kongsikan bersama semua orang yang mahukan pendapatan lumayan dalam affiliate. Formula ini tentulah bukannya menipu dan sudah dibaca oleh beberapa orang pakar serta 'otai' perniagaan internet. Mereka sendiri mengakui kehebatan Formula Affiliate ciptaan saya, mengapa tidak anda?

Seminar akan diadakan di Kuantan tidak berapa lama lagi. Untuk keterangan lanjut sila hubungi halim@derhu.com.my


Sunday, April 26, 2009

Gambar atas : Ira posing depan Ilham Resort PD, Gambar tengah : Ira dihadapan Muzium Tentera Darat PD dan Gambar bawah : Naqib membuat tabik hormat



TEMAN DIALAM BARZAKH

AL-QURAN:TEMAN DI KUBUR

Sunday, April 26, 2009 9:56 PM

From:

walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup.

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. ...AMIN!! !

Saturday, April 25, 2009

DOA MALAIKAT UNTUK MAKHLUK MANUSIA

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah- Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa', ayat 26-28)

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'... (ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782).

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir).

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.

Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733).

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian.

Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343).

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Thursday, April 23, 2009

SUDAH KAH ANDA MENUNAIKAN SOLAT ?

Sejarah Solat 5 Waktu

Sejarah Solat 5 Waktu
Posted on Thursday, January 10 @ 06:34:53 MYT by HalimYunos
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.


ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.


iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

AMBUYAT EL-BINANGKIT