Friday, June 10, 2011

CTLiew: Akhirnya impian Fadzil Noor tercapai

DAP menyapu garam kepada luka umno yang semakin parah dengan mengeluarkan komentar/analisis ilmiah yang matang dan berfakta dalam memperkukuhkan perjuangan bersama PAS (dan PKR) yg berlandaskan nilai-nilai Islam yang adil dan saksama untuk kesejahteraan seluruh RAKYAT MALAYSIA.

Keadaan inilah yang amat ditakuti umporno iaitu apabila cerdik pandai DAP membuat analisis dan menyokong dasar pentadbiran Islam yang diperjuang pemimpin PAS melalui Pakatan. Islam adil untuk semua, sesuatu yang telah disembunyi dan dinafikan kerajaan umno/BN selama lebih 54 tahun berkuasa.

Sama-sama kita ikuti kupasan secara retrospektif perkembangan perjuangan PAS berhubung Kerajaan Berkebajikan menurut kacamata Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera.

7 JUN – Selepas pimpinan PAS mengumumkan Dokumen Negara Islam pada 2003, setelah dicabar oleh Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad, ia menjadi salah satu faktor utama parti itu tewas teruk dalam pilihan raya umum 2004.

Daripada 27 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam PRU 1999, PAS hanya mampu kekalkan 6 kerusi Parlimen. Banyak pihak mengatakan PAS kehilangan undi bukan sahaja dari kalangan bukan Islam tetapi juga dari orang Melayu yang dikatakan “resah” dengan konsep negara Islam parti itu.

Sebenarnya Dokumen Negara Islam 2003 adalah kosep yang berlawanan dengan cadangan asal yang dibawakan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS, sejak 2001 dalam bentuk Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21.

Di antara Disember 2001 dan Mac 2002, draf empat muka surat telah dibincangkan oleh sabahat-sabahat PAS termasuk aktivis NGO yang kemudiannya dibawakan oleh Fadzil dalam muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, Kelantan pada Mei 2002.

Fadzil yakin memorandum itu yang masih dalam peringkat persediaan itu mampu mencari titik pertemuan pelbagai peradaban, kepercayaan dan pegangan politik rakyat. Baginya, sifat pemerintahan Islam perlu ada syura, pemilihan dan demokrasi kerana pembinaan negara mesti berpaksikan kepada akhlak dan sistem nilai yang tinggi bertunjangkan sistem kepercayaan yang benar.

Beliau turut menjelaskan bahawa pentadbiran yang dicita-citakan PAS ialah yang mendukung kedaulatan undang-undang serta menekankan aspek khidmat dan kebajikan sehingga melahirkan “Negara Berkebajikan” yang diharapkannya dapat memakmurkan negara dengan kebajikan serta mengelakkan kerosakan, pembaziran dan kemusnahan.

Tujuh perkara asas dalam Memorandum itu adalah:

  • Masyarakat madani
  • Hak saksama (al-musaawah)
  • Kedaulatan undang-undang berasaskan syariah yang luas makna dan ruang lingkupnya
  • Keadilan (al-‘adalah)
  • Meritokrasi (as-solahiyah)
  • Negara berkebajikan
  • Pentadbiran dinamik dan inovatif

Sayangnya, Fadzil meninggal dunia tidak lama selepas muktamar itu, pada 23 Jun 2002, yang mengakibatkan Memorandum itu tidak lagi menjadi keutamaan PAS.

Namun begitu, sebulan selepas perginya Fadzil, PAS menyusun semula Memorandum itu untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan seperjuangan di luar parti di mana tujuh perkara asas dikekalkan dengan huraian yang lebih panjang.

Apa yang mengejutkan ialah satu dokumen yang berlainan sama sekali telah dikeluarkan pada November 2002 atas nama Dokumen Negara Islam yang direstui oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Dokumen itu juga mempunyai tujuh prinsip, seperti mana Memorandum, tetapi ia berbeza dalam banyak segi.

Tujuh perkara asas Dokumen itu ialah:

  • Negara undang-undang di mana dijelaskan bahawa hudud, qisasa dan takzir akan dikenakan kepada orang Islam sahaja tetapi yang bukan Islam boleh memilih sama ada menerima hukum itu atau common law
  • Sistem khilafah di mana pemerintah mesti melaksanakan hukum Islam, jika tidak mereka dianggap pengkhianat amanah Allah
  • Takwa
  • Sistem syura (concensus) di mana ia akan membincangkan perkara-perkara yang boleh diijtihadkan sahaja, dan tidak boleh dalam hukum-hukum tetap Islam (qat’i)
  • Keadilan dan kesamarataan (al-‘adaalah wal musaawaah) yang dijelaskan tidak sama dengan persamaan (equality) dan sama bahagian (fairness)
  • Kebebasan (al-hurriyyah) yang tidak boleh bercanggah dengan syara’
  • Ketuanan mutlak (as-siyaadah wal haakimiyah) atau sovereignty yang mana hak ketuanan adalah milik Allah dan tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.

Walau apa pun niat baik pimpinan PAS dalam menyediakan Dokumen ini, persepsi orang ramai terhadapnya telah menyebabkan parti itu ditolak dalam PRU 2004. Ia dlihat sebagai menakutkan orang bukan Islam dan orang Islam yang berpendirian sederhana.

Menjelang 2007 di mana pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lemah telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat, ramai pemimpin PAS terutamanya mereka yang bersikap sederhana telah menyertai gerakan-gerakan mobilisasi demokrasi seperti perhimpinan Bersih yang mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya telus dan adil dalam pilihan raya.

Pada masa itu juga PAS mula kembali kepada idea asal Fadzil yang mahu parti itu menjadi lebih terbuka dan berarus perdana dalam menarik sokongan rakyat. Ia juga usaha sesetengah pemimpin PAS untuk membuktikan bahawa Islam bukan sempit ajarannya, Islam adalah untuk semua.

Kejayaan besar PAS bersama PKR dan DAP dalam PRU 2008 meyakinkan banyak pihak supaya parti itu berjuang bersama-sama dalam satu gabungan yang kemudiannya dinamakan Pakatan Rakyat.

Dengan adanya barisan baru PAS yang dipilih dalam muktamar PAS ke-57 di Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hasrat Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk meluaskan usaha promosi Negara Berkebajikan dilihat akan membuahkan hasil.

Seperti yang dijelaskan oleh Hadi, Negara Berkebajikan adalah konsep yang berteraskan Islam dan boleh diterima oleh semua orang tanpa mengira agama dan kaum. Ini bermakna PAS tetap boleh memperjuangkan agenda Islam yang benar-benar memberi manfaat kepada semua manusia.

Memetik kata-kata Hadi, “Kita mulakan dengan pelaksanaan Negara Berkebajikan. Ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut Negara Islam, ia sebut Negara Berkebajikan”, ia mengingatkan kita semua kepada apa yang diperjuangkan oleh Allahyrahm Ustaz Fadzil untuk membawa imej Islam yang lebih demokratik, inklusif, terbuka dan adil tanpa mengorbankan prinsip perjuangan PAS.

Sejak 2004, PAS telah melalui jalan yang sukar dan penuh berduri. Rasa kurang keyakinan diri di kalangan pemimpin tertentu PAS juga membuatkan mereka serba-salah dengan tawaran UMNO untuk bersatu padu demi perpaduan Melayu.

Sekarang ternyata impian Fadzil sudah menjadi kenyataan. PAS dilihat sudah bersedia untuk kembali dengan penuh komitmen terhadap Pakatan Rakyat, selaras dengan impian Fadzil yang mahu menawarkan alternatif terbaik kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, untuk mengambil alih pentadbiran negara daripada UMNO dan BN.

Oleh Liew Chin Tong

Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera

Bawa penyembelih Sarajevo ke muka pengadilan

Frankfurt: Jeneral Serbia Ratko Mladic dituduh membunuh lebih dari lima kali ganda orang awam dari Osama bin Laden, tapi untuk bertahun-tahun tiada sesiapa nampak ghairah untuk mencari 'Penyembelih Sarajevo' itu.

Mladic berjaya menyembunyikan diri di depan mata kasar di Serbia selama 16 tahun, tanpa keraguan dengan bantuan Polis rahsia Serbia, perisikan tentera, dan juga sahabat lama tentera kebangsaan Yugoslavia.

Kepada kebanyakan orang Serbia, dia adalah wira negara. Pernah bersama dalam perang Balkan sekitar 1990-an, sangat menghairankan seorang yang boleh berbangga dengan membunuh wanita-wanita Islam dan kanak-kanak atau meletupkan masjid-masjid tapi tiada langsung tawaran dikehendaki dengan hadiah lumayan walau dari satu pun negara Islam.

Di manakah konon para pembela Islam bila kaum muslimin Balkan sedang dibunuh, dilaparkan, diseksa serta dirogol?

Pernah saya beritahu dalam satu persidangan Negara-negara Islam, jikalah mangsa-mangsa Mladic dan sekutu Serbia Slobodan Milosevic dan Radovan Karadzic itu orang Yahudi, sudah tentu tentera Israel akan menyerang untuk membantu dan menyelamatkan mereka, dan menangkap pembunuh-pembunuh dan penyeksa-penyeksa itu akan dibawa pulang dalam sangkar.

Masyarakat dunia tidak mahu tahu ledakan kekejaman Nazi di Balkan. Dari 1989-1991, saya ada menulis beberapa artikel di akhbar dengan amaran yang kekerasan anti-Islam dan menanam kebencian terhadap Islam. Juga kononnya Serbia adalah bangsa agung oleh Milosevic akan menuju perang dan pembunuhan beramai-ramai yang akan musnahkan Yugoslavia.

Milosevic, dengan sokongan gereja Ortodok, kumpulan separa tentera fasis, juga secara sulit dan senyap Greek, memberi api untuk merobekkan Yugoslavia.

Yugoslavia yang tidak berkecuali, tidak stabil yang diwujudkan untuk kepentingan tentera bersekutu yang menang dalam Perang Dunia Pertama hancur berkecai, meluahkan apa yang tidak pernah disaksikan akan kekejaman terlampau dalam abad 20-an ini.

Misi Mladic adalah untuk mengepalai apa yang dinamakan Tentera Bosnia Serbia (lanjutan tentera lama Yugoslavia), dan membina Serbia Raya yang lebih besar dengan membunuh atau mengnyahkan semua penduduk Bosnia Islam dan Croatia katholik.

Ini dilakukan dengan penuh semangat, membunuh lebih dari 110,000 orang awam dan mengusir lebih 250,000 dari tempat tinggal mereka.

Kekejaman dilakukan semua pihak, tapi 90% darinya oleh tentera Serbia yang melakukan pembunuhan beramai-ramai, rogol berkumpulan terhadap gadis-gadis semuda 12 tahun, dan menjalankan khemah tahanan di mana tawanan tidak diberi makan, diseksa dan dirogol.

Mayat-mayat mereka dilupuskan dengan asid, dibakar, ditanam atau dibuang saja ke lombong atau sungai.

Mladic dan Karadzic menawan ibu negara Bosnia, Sarajevo, membunuh lebih 10,000 orang awam dalam masa tiga tahun serangan.

Dan dilanjutkan pula penyembelihan yang konon 'di kawasan selamat' Bangsa-bangsa Bersatu di Srebrenica, tentera dari Belanda yang ditugaskan menjaga dan mengawal pelarian-pelarian Islam membuang senjata dan cabut lari yang memalukan negara Belanda selama-lamanya.

Lebih tiga hari tentera Mladic membunuh lebih kurang 7,500-10,000 orang lelaki Islam Bosnia yang tidak bersenjata termasuk kanak-kanak lelaki. Angka sebenar mungkin tidak akan dapat diketahui kerana kelicikan menyembunyikan mayat-mayat mangsa.

Ini adalah kekejaman terdahsyat di Eropah sejak Perang Dunia Kedua. Tapi ketika itu, tiada apa tindakan dilakukan. Britain semasa itu diperintah parti Konservatif oleh Joh Major, Lord Hurd, dan Malcolm Rifkind yang memang tebal dan pekat anti-Islamnya.

Mereka menyekat atau mensabotaj usaha-usaha dari Amerika Syarikat dan negara lain untuk menyelamatkan Bosnia yang dicabul dan ceroboh.

Perancis konon menyertai usaha perdamaian tapi sambil memberitahu Serbia mempercepatkan penyembelihan orang-orang Islam Bosnia. Britain dan Perancis bimbang akan kebanyakan orang Islam minoriti yang tertindas di negara mereka akan bersemangat dengan tertubuhnya negara kecil majoriti Islam di Bosnia.

Serbia yang memang sahabat tradisi Perancis juga pembeli senjata yang setia. Parti Tori Britain juga bimbang Jerman mungkin menguasai negara baru Bosnia-Croatia.

Jadi mereka bersubahat dalam penyembelihan dan pembunuhan sambil bercakap tentang keamanan.

Saya bertemu ketua perunding Balkan dari Britain, Lord Owen, yang dengan selamba bercerita pada saya perihal 'usaha untuk keamanan'. Saya seperti mahu meludah muka dua talamnya.

Tentera Amerika Syarikat boleh menangkap Mladic tapi mereka diarah tidak mengambil risiko terhadap perjanjian damai Dayton yang menghentikan perang dengan mengsahkan pembunuhan etnik.

Tanpa campur tangan tentera Amerika Syarikat, perang Balkan dan selepas itu pembersihan etnik di Kosova tidak akan terhenti.

Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton akhirnya bertindak betul dengan mengarahkan Nato menghentikan keganasan Serbia.

Eropa terlalu pentingkan diri dan berbelah bagi untuk bertindak. Mladic ada banyak kisah untuk diberitahu.

Moga kita akan mula mendengar setengah darinya dalam perbicaraan yang sepatutnya sudah lama dijalankan.

Oleh Eric S.Margolis

Penulis dan pemenang award, kolumnis antarabangsa mengenai Timur Tengah dan Asia

Tuesday, May 31, 2011

Agama Hindu Ciptaan Yahudi


Open Artikel "Yahudi dan Hindu sama-sama menyembah patung lembu
Sebagaimana yang kita ketahui, semua agama-agama dan fahaman-fahaman di dunia ini selain dari Islam seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Shinto, Jainism, Ahmadiah, Bahai, Qadiani, kapitalis, sosialis, komunis, fasis, syiah, wahabi, demokrasi, liberalisme dan lain-lain adalah ciptaan Yahudi untuk menafikan kerasulan Nabi Muhammad saw yg membawa Islam sebagai hanya satu-satunya agama yg diiktiraf Allah SWT utk umat manusia.

Agama menyembah berhala walaupun dimulakan oleh dan pada zaman Firaun dan Babylon tetapi telah dikembangkan oleh Yahudi di seluruh dunia untuk menghalang manusia daripada memeluk agama Islam yg dibawa oleh nabi Muhammad saw kerana di dalam semua kitab-kitab Rasul Allah termasuk Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran sudah dinyatakan akan datang seorang rasul di kalangan bangsa Arab iaitu Nabi Muhammad saw yg akan membawa agama Islam yang berdasarkan akidah Tauhid kepada seluruh umat manusia. Jadi ribuan tahun sebelum kedatangan nabi SAW kaum Yahudi telah mencipta pelbagai agama untuk bangsa-bangsa di dunia ini untuk menghalang mereka dari memeluk Islam bila dakwah Islamiah datang kelak.

Matlamat utama kaum Yahudi ialah untuk menguasai dunia, memperhambakan semua kaum bukan Yahudi untuk menguasai segala harta kekayaan yang terdapat di dunia ini kerana ada falsafah Yahudi yang mengatakan "Wang adalah Tuhan Yahudi yang cemburu". Jadi kaum Yahudi sangat takut kalau umat manusia manganut agama Islam apabila kedatangan Nabi Muhammad saw kerana mereka tahu hanya umat Islam sajalah yang tahu selok-belok penyelewengan Yahudi dari akidah Tauhid, kejahatan Yahudi membunuh beratus-ratus nabi Allah, meminda ayat-ayat Allah dari kitab-kitab suci, melaga-lagakan antara manusia supaya timbul peperangan sesama sendiri, membiakkan segala jenis maksiat seperti judi, arak, pelacuran, perhambaan abdi, amalan usury (bunga), seks bebas, homo, lesbian jadi mereka mencipta berbagai-bagai agama supaya jangan sampai umat manusia memeluk Islam.

Kaum Yahudi Menyembah Raja Jin Azazil/Lucifer

Orang Yahudi mendakwa mereka menyembah Tuhan yang Satu sama seperti Islam tetapi sebenarnya mereka berbohong. Kalau mereka menganut akidah Tauhid sama seperti Islam sudah tentulah mereka sudah lama memeluk Islam pada kedatangan Nabi Muhammad SAW.

Tapi mereka enggan memeluk Islam kerana akidah mereka bukannya Tauhid sebenarnya. Mereka bukan menyembah Tuhan Yang Satu seperti mereka dakwa seperti Hashem atau YHWH atau Edonai. Mereka bukannya mengamalkan ajaran Taurat (Torah) yang sebenarnya kerana kalaulah mereka mengikut ajaran Taurat yg sebenarnya kenapa mereka mewujudkan segala jenis maksiat dan perkara-perkara kotor di atas muka bumi ini?

Kaum Yahudi mendakwa agama mereka Judaismlah agama mereka yang betul dan kitab Taurat (versi Yahudi) adalah kitab ikutan dan punca kekuatan spiritual dan kesatuan mereka. Tetapi apakah yang sebenarnya yang menjadi punca kekuatan spiritual dan kesatuan orang-orang Yahudi selama beribu-ribu tahun ini? Adakah kerana Judaism dan Taurat? Orang Yahudi mendakwa mereka Bangsa Terpilih dan punca mereka kuat dan bersatu selama ini kerana kekuatan spiritual agama Judaism dan kitab Taurat (versi Yahudi) mereka. Jadi Taurat dikatakan membawa kaum Yahudi kepada "nilai-nilai" murni orang Yahudi yang membolehkan mereka menguasai dunia.

Ajaran Kabbalah

Sebenarnya, punca kekuatan spiritual kaum Yahudi bukanlah dari Taurat atau Judaism. Punca kekuatan spiritual kaum Yahudi adalahajaran mistik Kaballah iaitu di mana rabbi-rabbi Yahudi menyembah dan berkomunikasi dengan Jin dan Syaitan untuk mendapatkan maklumat, ramalan, sihir dan jugak kekuatan spiritual dan hasil dari kesimpulan berkomunikasi dengan Jin Kafir dan Syaitan ini terciptalahKitab Talmud iaitu Kitab Syaitan Yahudi.

Kitab Talmud

Kalau orang-orang yang membawa dan mengembangkan agama Allah SWT iaitu agama Islam dipanggil ulamak Islam oleh orang-orang Islam kita maka orang-orang yang membawa dan mengembangkan agama Syaitan atau agama Azazil atau agama Raja Jin Kafir di muka bumi ini ialah rabbi-rabbi Yahudi. Rabbi-rabbi Yahudi inilah 'ulamak-ulamak' Azazil iaitu ulama-ulama iblis, ulama-ulama Syaitan orang-orang yang mempraktikkan dan mengembangkan ajaran Syaitan untuk menyesatkan kaum Yahudi selama beribu-ribu tahun sehingga sekarang.

Synagog di Astana, kazakstan

Pemujaan terhadap Raja Jin Kafir Azazil/Lucifer atau Raja Syaitan dilakukan oleh rabbi-rabbi Yahudi melalui ritual Kaballah di Synagog-synagog mereka berdasarkan dari ayat-ayat Syaitan dari Kitab Talmud. Jadi Rabbi-rabbi Yahudi inilah 'Ulama-ulama' Syaitan, Synagog-synagog adalah kuil atau rumah Syaitan dan Talmud adalah kitab Syaitan yang diterbitkan hasil dari komunikasi dengan Raja Jin Kafir Azazil atau Raja Satan/Iblis ini.

Kenapa Lambang Illuminiti atau Freemason Mata Satu?




Lambang piramid dan mata di gereja seluruh dunia

Kenapa lambang illuminiti atau freemason atau dajjal yang kita tengok pada kuil-kuil Freemason atau Illuminiti menggunakan Mata Satu sebagai lambang mereka? Apa makna Mata Satu itu? Kenapa digunakan lambang Mata Satu dan tidak digunakan lambang-lambang lain?

Ini kerana Raja Jin Kafir Azazil/Lucifer atau Raja Satan ini yg merupakan tuhan yang disembah oleh kaum Yahudi bermata satu kerana satu daripada matanya buta kerana dicucuk dengan jarum oleh Nabi Idris as setelah Azazil cuba memperdayakan Nabi Idris as ketika sedang menjahit kain. Nabi Idris as merupakan orang yang pertama menenun kain. Azazil mencabar kalau Allah swt benar-benar berkuasa bolehkah masukkan dunia ini ke dalam lubang jarum yang sedang digunakan oleh nabi Idris as untuk menjahit. Nabi Idris as kemudian menyuruh Azazil datang dekat untuk melihatnya memasukkan dunia ke dalam lubang jarum tiba-tiba dicucuknya mata Azazil hingga buta. Azazil asal matanya dua tetapi telah buta sebelah mata kerana dicucuk dengan jarum oleh Nabi Idris as. Jadi sebab itulah mata Azazil hanya satu sehingga sekarang. Para penganut Judaism dan Kaballah yg menyembah Azazil ini mengenali Azazil sebagai tuhan mereka yg bermata satu dan dijadikan lambang pada illuminiti dan freemason mereka. Sebab itulah lambang Mata Satu ini yg merupakan lambang kehadiran Azazil di ritual-ritual freemason yg mengawasi setiap tindak-tanduk pengikut-pengikut agama Judaism dan ajaran Kaballah ini.

Bagaimana Agama Hindu Menyembah Berhala Bermula?

Setelah Nabi Musa as membawa kaum Yahudi ini keluar dari bumi Mesir setelah dikejar Firaun maka di Sinai Nabi Musa as pergi berjumpa Tuhan di Gunung Sinai. Semasa ketiadaan nabi Musa as maka ada seorang Yahudi yg bernama Samiri (Shamir) yang telah membuat patung Lembu Betina dari emas dan menyesatkan kaum Yahudi supaya menyembah Lembu Betina ini. Sila lihat Surah Al-Baqarah yg bermaksud Lembu Betina ini. Apabila nabi Musa a.s balik beliau telah menghalau Samiri ini keluar dari Sinai dan tempat pelarian pertama Samiri dan pengikutnya ialah di India.

Gambaran Bani israel menyembah patung lembu

Tuhan lembu bagi penganut Hindu

Di sinilah yahudi Samiri telah memulakan ajaran menyembah berhala lembu betina kepada kaum Hindu dan lembu betina dianggap sebagai tuhan oleh kaum hindu sehingga sekarang. Kaum Yahudilah yg memperkenalkan ajaran menyembah patung dan sihir kepada kaum hindu di india sehingga sesat hingga sekarang. Ini kerana kaum Yahudi khuatir orang-orang India akan menganut agama Islam bila kedatangan nabi Muhammad SAW maka disediakan agama bagi mereka terlebih dahulu agar jangan menganut agama Islam. Surah Al-Baqarah menceritakan bagaimana kejahatan Yahudi yang mencipta agama hindu menyembah lembu sehingga lembu tidak dapat dimakan penganut hindu.

Tuesday, May 24, 2011

Gambar anak-anak yatim berlatih nasyid sebelum tragedi

Gambar ini dirakan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku. Mereka ketika ini sedang berlatih nasyid. Tengok la wajah anak-anak kecil yang berserban dan berjubah. Mereka pergi selama-lamanya menemui Allah Yang Esa.


http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/230590_228371880511585_100000163250719_1099391_2976810_n.jpg

Al Fatihah.

Terima kasih kepada senator Sharizat Jalil di atas penghinaan beliau kepada pusat pengjagaan anak yatim ini. Semoga Alla membalas dengan balasan yang setimpal.

Berita Harian Online:
Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.

Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.

1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8) Angah *
9) Rahimi *
10) Zaid Ashwal, 18,

Sembilan yang terselamat iaitu:

1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiz, 22,

Enam yang masih tertimbus ialah:

1) Riz, 9,
2) Lokman, 11,
3) Fahad, 9,
4) Aiman, 10,
5) Hazim, 9,
6) Hasril, 11,

* umur tidak diketahui

Thursday, May 5, 2011

Arah Qiblat di Impiana, Alam Budiman

Saya baru sahaja berpindah ke Alam Budiman, Shah Alam. Sudah hampir sebulan saya di tempat baru ini. Masih belum ramai orang di fasa yang saya tinggal ini.

Antara perkara pertama yang datang ke fikiran saya ialah arah qiblat, iaitu ke arah mana hendak dihadapkan wajah & tubuh ini tatkala solat. Sebelum berpindah, saya telah rujuk ke peta Alam Budiman dan secara kasarnya tahulah ke mana arahnya.

Antara kaedah-kaedah lain yang saya gunakan ialah:

CARA 1: Memandangkan surau sudah siap, jadi sudah tentulah surau akan menjadi rujukannya. Alhamdulillah, sebelum masuk rumah, saya sudah beberapa kali bersolat di surau Alam Budiman. Saya telah memilih waktu Asar sebagai waktu saya anggarkan arah qiblat di rumah saya. Selesai solat Asar berjamaah di surau, saya lihat pula bayang yang dihasilkan oleh objek tegak berdiri. Ya, ia sama dengan garisan arah qiblat di surau. Kenapa pilih waktu Asar? Kerana waktu Asar adalah waktu petang, dan waktu petang adalah waktu yang mana ia mewujudkan bayang yang paling panjang, jadi senang nak anggarkan. Sampai di rumah, saya lihat objek tegak berdiri dan bayang yang dihasilkan. Dari bayang yang dihasilkan, dapatlah saya anggarkan mana arah qiblat.

CARA 2: Menggunakan kompas. Ya cara ini agak biasa orang lakukan, dan semua orang tahu caranya. Arah qiblat ialah 292.57° diukur dari arah Utara. Jika menggunakan kompas qiblat, ada booklet diberi menyatakan nombor tertentu untuk kawasan tertentu.

CARA 3: Menggunakan website. Website QiblaLocator telah saya kenali beberapa tahun yang lalu, dan saya dapati sangat mudah digunakan bagi menganggarkan arah qiblat. Laman webnya adalah seperti berikut:

http://www.qiblalocator.com/

Kita hanya perlu masukkan lokasi yang diingini atau ‘drag’nya sahaja. Satu garisan berwarna merah akan menunjukkan arah qiblat yang betul, insyaALLAH.

Ini adalah gambar rumah saya beserta arah qiblat yang ditunjuki menggunakan kemudahan yang ada di website di atas, alhamdulillah:

Arah Qiblat Ditunjukkan Dengan Garis Merah

Arah Qiblat Surau Alam Budiman

CARA 4: Menggunakan tarikh 28 MEI dan 16 JUN untuk menentukan arah qiblat. Pada tarikh tersebut setiap tahun akan berlaku fenomena Istiwa A’zam yang mana kedudukan matahari betul-betul di atas Ka’bah yang mulia. Fenomena Istiwa A’zam adalah kaedah yang digunakan oleh ahli falak sejak berzaman bagi menyemak kedudukan arah qiblat. Kaedah untuk menentukan arah qiblat dengannya telah saya tulis di blog ini.

Mudah-mudahan catitan ini bermanfaat buat pengunjung laman blog ini, khususnya buat bakal jiran-jiran saya di Impiana, Alam Budiman, insyaALLAH.

WAllahu Ta’ala A’lam.

AMALKANLAH mana-mana yang baik yang dijumpai di dalam blog ini. Dan SEBARKANLAH ia. Jangan lupa untuk sertakan sekali alamat www.muzir.wordpress.com, supaya memudahkan proses rujukan. Semoga dengan mengamalkannya dan menyebarkannya, kita semua akan diganjari ALLAH Ta`ala dengan kebaikan yang banyak, amin.

Istiwa A’zam – Kedudukan Matahari Tepat di atas Ka’bah

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam

Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum

  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)

  • Tandakan arah qiblat.

Selepas.

  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.

  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas atau mendownload PDF file berikut: [KLIK SINI].

WAllahu Ta’ala A’lam.

Shahmuzir Nordzahir

Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Tanda akhir zaman: Punca dapatkan harta tidak penting

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Daripada Abu Hurairah ra berkata : Bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram." (Hadis Riwayat Nasak)

Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisma, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin kekayaan, mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka, supaya dapat hidup dengan kemewahan dan keseronokkan.

Apabila diteliti jenis-jenis pekerjaan dan sumbar pendapatan yang haram yang mana ramai umat Islam terlibat daripada sumber-sumber seperti berikut :

Pertama : Arak

Kedua : Riba

Ketiga : Rasuah

Keempat : Mengadai maruah


Huraiannya adalah seperti berikut :

Pertama : Arak

Bekerja dan berusaha mencari sumber kehidupan mesti dilakukan dalam kerangka yang dibenarkan agama. Walaupun Islam mewajibkan umatnya bekerja dengan gigih dan berdedikasi, pencarian sumber kehidupan tersebut seharusnya selari dengan aturan yang dibenarkan agama saja. Ini termasuk aspek melibatkan minuman memabukkan seperti arak.

Sebenarnya Islam bukan saja mengharamkan umatnya minum arak, tetapi juga segala perkara yang berhubungkait dengan penghasilan dan pemprosesan arak. Mungkin sesetengah kita beranggapan mereka hanya bekerja, tetapi tidak terlibat dengan meminumnya. Ini salah dan amat bertentangan dengan ajaran Islam.

Dalam hal ini, ada baiknya kita lihat apa yang pernah disampaikan Ibnu Mas’ud yang katanya: “Telah dilaknat dalam (urusan) khamar (arak) itu, iaitu orang yang memerah, yang diminta diperahkan, yang meminumnya, yang memberi minuman, orang yang bertugas menghantar, yang membekal, yang menjual, yang membeli dan juga yang menyimpannya.”

Dalam zaman sekarang ini termasuk juga orang yang mengiklankan arak dan orang yang terlibat membeli saham syarikat arak.

Ini kategori manusia yang dikira terlibat secara langsung dengan arak. Jadi, bekerja di premis pemprosesan arak termasuk dalam jenis manusia yang akan mendapat laknat Allah sebagaimana digariskan Ibnu Mas’ud tadi. Walauapapun tarikan berupa kebendaan dan upah lumayan, sebagai umat Islam kita ditegah sama sekali terlibat dalam industri pengeluaran arak. Ini kerana segala hasil pendapatannya juga akan termasuk dalam kategori sumber yang haram. Sanggupkah kita makan dan memberi makan anak isteri dengan hasil sumber yang haram?

Amat malang seandainya ada di kalangan umat Islam masih setia dan sayang dengan pekerjaan di indusrti haram seperti kilang memproses arak atau di premis penjualan arak samaada dipasaraya atau pasar mini milik orang bukan Islam, termasuk juga bekerja disyarikat penerbangan yang ada menyediakan arak kerana senario sebegini sangat mengaibkan maruah agama.

Kejernihan hati banyak tergantung kepada kesucian rezeki. Jika makanan dan minuman yang mengalir dalam tubuh diperolehi dari sumber yang baik, maka bahan tersebut akan menyumbang keperibadian mulia dalam diri seseorang. Sebaliknya jika darah yang mengalir dalam tubuh diperolehi dari sumber rezeki yang haram, maka segala tingkah laku, budi pekerti dan akhlak seseorang akan dicorak oleh jenis makanan haram tersebut.

Mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupan merupakan perintah Allah kepada hambaNya yang cintakan kebenaran. Sedangkan punca pencarian untuk meneruskan kehidupan terdiri dari berbagai cabang dan arah. Dari sekian banyak sumber usaha tersebut, perniagaan merupakan sembilan persepuluh (90%) dari sekalian punca rezeki yang terdapat di dunia ini. Sesungguhnya perniagaan yang jujur dan ikhlas akan menghasilkan rezeki yang berkat.


Kedua : Riba

Islam melarang umatnya bekerja di syarikat atau perbankan yang menggunakan sistem riba dalam urusniaganya. Syarikat yang terlibat adalah seperti di bank-bank konvensional, syarikat insuran nyawa, syarikat kewangan berlesen, kedai pajak gadai cara konvensional dan menjadi pengutip wang untuk syariakt pinjaman tanpa lesen (along) dan sebagainya.

Dari Jabir r.a, ia berkata : Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi riba, penulis, dan kedua orang yang menjadi saksi atasnya. ia berkata : “mereka itu sama (saja). (Hadis Riwayat Muslim : 3/219).

Begitu hebat sekali sistem riba menguasai pasaran di dalam masyarakat kita, ramai umat Islam bekerja di syarikat yang mengamalkan sistem riba sedangkan jelas Allah S.W.T mengharamkan sistem riba dan terdapat di dalam ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 278-279.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al- Baqarah ayat 278-279)

Walaupun sudah ada altenatif menggunakan sistem muamalah secara Islam (melalui Bank Islam, Takaful dan sebagainya) tetapi umat Islam masih suka dan seronok bekerja disyarikat-syarikat tersebut, yang mana telah jelas bahawa sumber rezeki yang diperolehi adalah haram di sisi Islam.


Ketiga : Rasuah

Islam memberi amaran keras kepada manusia supaya tidak terbabit dengan perbuatan rasuah. Islam mengharamkan mengaut harta orang lain secara rasuah sedangkan menyedari perbuatan itu berdosa.

Ketika mengulas perkara itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi orang perantaraan." (Hadis riwayat Ahmad)

Islam mengharamkan rasuah kerana menjadi penyebab kezaliman berlaku dalam masyarakat, orang yang tidak bersalah boleh dihukum bersalah, menghapuskan peluang mereka yang sepatutnya layak dan penyebaran harta di kalangan pihak tertentu saja. Selain itu, kita bimbang gaya hidup rasuah akan mempengaruhi tabiat integriti keturunan akan datang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada sumber haram, maka akan dihumbankan dalam api neraka." (Hadis riwayat Baihaqi dan Tirmizi)

Berdasarkan hadis itu jelas ada kaitan kuat bahawa keturunan dan anak pinak yang bersumber daripada darah daging haram akan kemungkinan besar terpengaruh dengan gaya hidup menjerumuskan ke dalam api neraka. Jauhilah perbuatan mengambil rasuah kerana telah jelas disisi Islam bahawa harta tersebut adalah daripada sumber yang haram dan tidak seharusnya dibawa balik untuk di beri makan kepada anak dan isteri.


Keempat : Mengadai maruah.

Dasar Islam dalam pekerjaan adalah jelas. Islam menggalakkan umatnya bekerja kuat dan mengumpul kekayaan. Oleh itu Islam menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha supaya mereka menjadi umat terbaik dan contoh kepada pihak lain.

Salah satu pekerjaan yang diharamkan adalah bekerja ditempat-tempat yang boleh mengadaikan maruah diri sebagai seorang muslim.

Pekerjaan tersebuat adalah seperti berikut :

  1. Pelacur
  2. Teman sosial (di kelab-kelab malam)
  3. Penari, penyayi dan pemaian alat musik dikelab-kelab malam (terdapat hidangan arak dan pergaulan bebas lelaki perempuan)
  4. Bonser (pengawal keselamatan untuk tempat-tempat maksiat)
  5. Tukang urut untuk berlainan jenis (lelaki mengurut wanita atau wanita mengurut lelaki)
  6. Menjadi model pakaian atau iklan yang mendedahkan aurat dan menjadi tontonan orang ramai
  7. Mendapat habuan (wang ringgit atau projek) kerana merancang konsperasi untuk mengaibkan seseorang muslim dengan memasang cctv , membuat vedio atau mengambil gambar dan sebagainya.

Semua pekerjaan tersebut di atas atau apa sahaja pekerjaan yang boleh mengadai maruah seorang muslim adalah haram di sisi Islam dan wajib ditinggalkan kerana ianya boleh mendapat laknat Allah SWT.

Sahabat yang dikasihi,

Marilah kita sama-sama tingkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT. Tinggalkanlah semua pekerjaan atau sumber rezeki yang haram dan syubahat kerana hasil daripada pekerjaan yang haram tidak boleh digunakan untuk memberi nafkah kepada ahli keluarga, sedekah dan ibadah yang dikerjakan dengan menggunakan sumber yang haram tidak akan diterima di akhirat nanti amalan yang baik itu akan menjadi debu-debu yang berterbangan dan akan dilemparkan balik ke muka orang tersebut dan dia akan dihumbankan ke dalam api neraka, nauzubillahiminzalik.

Rezeki yang halal akan membawa keberkatan dan rahmat Allah SWT. Sedekah dan zakat yang ikhlas dan diperolehi daripada sumber yang halal akan dilipat gandakan oleh Allah SWT di hari akhirat nanti sehingga 700 kali ganda.

Saturday, April 30, 2011

Tujuan Penciptaan Wang Kertas Hanya Untuk Digagalkan

Artikel
"HUTANG Amerika Syarikat (US) kini meningkat kepada USD$14,500,264,099,773!!! Adakah ada tanda-tanda mereka akan pening kepala memikirkannya? Adakah mereka kisah dengan keadaan ini??? Mengapa ini semua berlaku? Kerana perkara inilah yang menjadi punca kenapa harga komoditi seperti emas, perak dan minyak naik setiap tahun... Sebenarnya, sejak dunia menggunakan KERTAS sebagai matawang kira-kira 50 tahun lalu, dunia sebenarnya sedang menuju ke arah "Kaya semakin kaya, Miskin semakin miskin"...

Penciptaan mawatang KERTAS bukanlah diwujudkan untuk kejayaan tetapi untuk KEGAGALAN! Sejak Tahun 1971, Presiden US ketika itu, Richard Nixon telah memutuskan sandaran wang USD nya dengan Emas. Dan sejak itu, Federal Reserve US mempunyai kuasa mutlak untuk mencetak USD dengan sesuka hati. Tujuannya? Apabila anda (US) berkuasa untuk mencetak duit sendiri dengan sesuka hati, anda (US) boleh menggunakannya untuk membeli apa saja yang diingini. Bukankah majoriti negara di dunia ini menggunakan matawang USD untuk tujuan berurusniaga, termasuklah negara kita yang memperdagangkan minyak dengan nilai USD kepada negara-negara luar. Justeru, benarlah kata-kata bahawa kerajaan US sebenarnya memperoleh minyak secara PERCUMA! Ya...PERCUMA!

Kenapa saya kata PERCUMA? Kerana untuk mendapatkan minyak, US hanya perlu cetak saja USDnya untuk membeli minyak, secara tak langsung mereka ini menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk terus menguasai dunia! Bukan minyak saja, EMAS juga menjadi sasaran mereka. Lihatlah data rezab emas di laman web yang menunjukkan Ranking pertama diduduki oleh US!!! Kenapa mereka boleh ada begitu banyak Emas? Kerana mereka membelinya dengan PERCUMA apabila mereka mencetak wang mereka sendiri. Dan mereka (US) ini bukannya mencetak sekeping kertas 1 USD, tetapi sekeping kertas tertulis dengan 'nilai' 1 Triliion" USD!!! Bayangkan penyusutan nilai matawang USD yang berlaku dengan tindakan sebegini! Kenapa nilai matawang mereka hanya jatuh sedikit demi sedikit? Zimbabwe juga pernah berbuat seperti itu, tetapi terus menyebabkan Dollar mereka langsung tidak bernilai lagi! Tetapi US masih boleh menarik nafas. Kerana kitalah yang membantu mereka dengan masih menggunakan matawang USD di seluruh dunia.

US akan terus mencetak dan mencetak sehingga suatu hari nanti mereka nilai USD mereka menjadi tidak bernilai lagi. Apakah jika terjadi nanti, ekonomi mereka akan musnah? Tidak sama sekali, di kala itulah mereka akan menggunakan EMAS yang ada dalam rezab simpanan mereka untuk terus memporak perandakan dunia. Mungkin ketika itu, KERTAS tidak lagi akan digunakan sebagai matawang. Dan dunia akan kembali menggunakan Emas dan Perak sebagai matawang...Wallahu Taala Alam...

Wednesday, April 27, 2011

Penggabungan Proton-Perodua

Baru-baru ini dilaporkan akhbar bahawa satu Majlis Penasihat bakal ditubuhkan untuk meneliti cadangan penggabungan antara Proton Holding Bhd dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).<1> Penggabungan ini digemari pihak Proton dan agensi kerajaan berkaitan tetapi menerima bantahan daripada pihak Perodua kerana tidak memanfaatkan pihak Perodua yang sedang beroperasi dengan lancar.


Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpandangan bahawa penggabungan tersebut selain menyekat pilihan pengguna dalam pasaran kereta domestik, juga bakal menemui kegagalan sekiranya isu pokok yang menghantui kereta nasional khususnya Proton selama 25 tahun tidak diatasi terlebih dahulu. Isu pokok yang dimaksudkan termasuk dasar perlindungan yang berlanjutan, campur tangan dan naungan politik yang kuat serta kegagalan pihak pengurusan untuk menggariskan serta melaksanakan dasar industri secara mapan.

Dasar Perlindungan Berlanjutan

Selama ini, Proton mengaut keuntungan melalui benteng perlindungan, pengecualian cukai, rebat, subsidi dan bukan melalui daya saing sebenarnya. Begitu juga, prestasi penjualan Proton juga amat bergantung kepada akses kewangan yang murah, pakej promosi istimewa dan juga sokongan kerajaan.

Sejak pengoperasian pada 7 Mei 1983, Proton diberikan pengecualian duti import sehingga tahun 1991, dan hanya dikenakan duti sebanyak 13% atas model pemasangan tempatan (CKD – Complete Knock Down) selepas itu, berbanding dengan duti import tipikal setinggi 42%. Perlindungan pasaran tersebut memberikan kelebihan harga sebanyak 24% hingga 64% kepada Proton berbanding dengan kereta bukan buatan tempatan. Dasar sedemikian membolehkan syarikat ini menguasai 65% pasaran kereta penumpang pada tahun 1987 dan 74.2% menjelang tahun 1993.<2>

Perlindungan juga diberikan dalam bentuk geran kajian dan pembangunan (R&D) kerajaan. Misalnya, Dalam Laporan Tahunan Proton Tahun 2008, keuntungan bersih Proton mencatat RM184.5 juta, tetapi dilaporkan juga bahawa geran R&D daripada kerajaan adalah sebanyak RM193.7 juta, iaitu RM9.2 juta lebih daripada keuntungan bersihnya. Andainya tidak dibantu dengan pemberian grant, maka Proton akan berada dalam defisit dan kerugian.<3>

Sesungguhnya, berdasarkan ASEAN Common Effective Preferential Tariff (CEPT), mulai tahun 2003, duti import kereta tidak boleh melebihi 20%. Namun, untuk terus memberikan perlindungan kepada Proton, kerajaan telah mendapatkan persetujuan ASEAN untuk mengecualikan bahan gantian terutamanya dari Thailand daripada penurunan tarif. <4>

Walau bagaimanapun, selepas kerajaan melonggarkan harga kereta dan membenarkan persaingan antara pengedar, penguasaan pasaran Proton telah menurun daripada 74% (1993) kepada 43-45% (2003) dan kini kepada kurang daripada 30%.<5>

Tambahan pula, selepas penyenaraian dan penswastaan Proton pada tahun 1995, peratusan eksport mengikut unit jualan tidak meningkat, sebaliknya menurun daripada 15.8% kepada 14.7%, dan kadar ini turut menyusut secara mendadak selepas itu. Trend ini menunjukkan kebergantungan yang tinggi terhadap dasar perlindungan pasaran domestik (protected domestic market), dan betapa lemahnya daya saing Proton walaupun diberi keistimewaan selama hampir 25 tahun. Apatah lagi jika dasar perlindungan dimansuhkan sepenuhnya!

Namun, soal survial Proton tidak harus menjadi sebab utama kerajan meneruskan dasar perlindungan sehingga menjejaskan perkembangan industri kereta termasuk Perodua. Dalam era di mana daya saing industri kereta Thailand telah mengatasi Malaysia, daya saing Proton akan terus menjadi lemah juga jika sekiranya dasar perlindungan sedia ada diteruskan, sementara rakyat Malaysia terus dibebani hutang kereta yang tinggi.

Campur Tangan dan Naungan Politik

Sejak permulaan, rundingan dengan Mitsubishi yang diketuai mantan Perdana Menteri Mahathir pada masa itu diselubungi kerahsiaan sehingga mengecualikan MIDA dan syarikat-syarikat tempatan yang berpengalaman berhubung pemindahan teknologi dan kandungan tempatan CKD. Hal ini mengakibatkan kontrak yang ditandatangani tersebut berat sebelah, iaitu lebih memihak kepada pihak Jepun serta Mitsubishi daripada Malaysia.<6> Misalnya, Proton yang seharusnya mengutamakan pasaran eksport, telah disekat untuk berbuat demikian dalam perjanjian asal kerana Mitsubishi tidak inginkan Proton bersaing dengannya dalam pasaran antarabangsa.<7>

"Minat peribadi" Mahathir (gambar kanan) terhadap Proton tidak terbatas sehingga mencampuri urusan pelantikan jawatan penting, pembukaan pasaran baru, membantah penjualan saham Proton dan seumpamanya. Sungguhpun beliau bukan lagi Perdana Menteri, intervensi tersebut berterusan sehingga hari ini.<8>

Proses penswastaan Proton juga memperlihatkan pelbagai tindak-tanduk yang dicorakkan oleh kronisme dan nepotisme. Semasa penyenaraian Proton dalam Bursa Malaysia, Khazanah menjualkan 32% pegangan sahamnya yang bernilai RM1.72 bilion kepada Diversified Resources Bhd (DRB) milikan Yahaya Ahmad tanpa bidaan terbuka.<9> Kemudian, apabila Malaysia dilanda krisis ekonomi, Petronas terpaksa mengambil alih 27.2% saham Proton pada 29 Oktober 1998. Ini satu contoh klasik "keuntungan diswastakan, kerugian dinasionalisasikan"!

Selain itu, kebanyakan pembekal komponen kereta Proton tidak mendapat pengiktirafan QS9000. Terdapat dakwaan bahawa barangan hasil mereka banyak bermasalah akibat terbentuk sikap keselesaan dan tidak apa kerana dijamin dengan kontrak jangka panjang dan mempunyai pertalian politik yang kuat.<10> Dengan kata lain, naungan politik bukan sahaja berlaku pada peringkat atasan, tetapi juga meresap ke tulang rusuk Proton sehingga peringkat rantaian pembekalan (supply chain). Lantaran itu, rakyat Malaysia dibebani kos penyelenggaraan kereta yang berlarutan.

Kegagalan Pihak Pengurusan untuk Menggariskan Serta Melaksanakan Dasar Industri Yang Mapan

Sejak permulaan, Proton telah gagal mencapai pelbagai sasaran yang ditetapkan. Antaranya termasuk:

  • Pada tahun 1996, Proton mensasarkan pengeluaran sebanyak 500,000 buah kereta menjelang tahun 2000 tetapi hanya mencapai 230,000 buah.<11> Pada tahun 2006, jualan kereta Proton tempatan hanya mencapai 115,538 unit sahaja.<12>
  • Pada tahun 1995, sasaran eksport Proton ialah 30% menjelang 1998-2000. Akan tetapi, sehingga 2003, eksport hanya menyumbang 5-10% daripada hasil, meskipun sasarannya ialah 30%. Hakikatnya, peratusan eksport menyusut daripada 18.9% pada tahun 1992 kepada hanya 3.7% pada tahun 2002. <13> Pada tahun 2009, Proton hanya mampu menjual 960 buah kereta di British, menjadikan bahagian pasarannya sebanyak 0.05%.<14>
  • Dari segi pembangunan teknologi, Enjin Campro yang dijadualkan pengeluaran pada tahun 2000, hanya dapat dihasilkan pada tahun 2004.<15>


Jika sekiranya kegagalan yang disebut di atas tidak ditangani terlebih dahulu, gabungan Proton dan Perodua bukan sahaja akan menghanyutkan Perodua, malahan tidak dapat menyelamatkan Proton. Tambahan lagi, para pembeli kereta di Malaysia akan kekurangan satu lagi pilihan di pasaran yang sudah terhad ekoran penalti kerajaan terhadap kereta import.

KPRU berpendapat bahawa sebelum terjerumus ke dalam kesimpulan secara tergesa-gesa iaitu menggabungkan Perodua dan Proton, Majlis Penasihat yang bakal ditubuhkan seharusnya memberi tumpuan kepada masalah struktur yang dihadapi Proton terlebih dahulu, dan seterusnya mengemukakan saranan yang profesional tanpa campur tangan politik. Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan selama ini sama ada atas kecuaian ataupun secara sengaja telah dibangkitkan berkali-kali oleh pelbagai pihak dan membawa banyak pengajaran pahit. Apa yang diharapkan ialah diagnosis dan tindakan yang betul dapat mentransformasikan industri automotif negara secara amnya dan Proton khasnya.

Monday, April 25, 2011

Bapa CD meninggal dunia


NORIO OHGA memegang cakera mini Sony pada bulan Mei 1991 di New York.


TOKYO - Bekas Presiden Sony, Norio Ohga yang membantu mengubah industri muzik dengan memajukan format cakera padat (CD) meninggal dunia semasa berumur 81 tahun.

Graduan sekolah muzik itu yang menjadi presiden dari 1982 hingga 1995 meninggal dunia pada Sabtu lalu kerana kegagalan beberapa organnya berfungsi.

Di bawah kepimpinan Ohga, Sony merevolusikan industri muzik dengan format CD pada 1982 bersama dengan syarikat Royal Philips Electronics.

Keputusannya untuk membeli syarikat Columbia dengan harga AS$3.2 bilion (RM10.21 bilion) pada 1989 sekali gus menjadikan Sony sebagai konglomerat hiburan.

Dia turut mereka bentuk logo Sony dan pada zaman pentadbirannya, syarikat itu memasuki pasaran permainan video.

Pada 1993, Ogha melancarkan syarikat Sony Computer Entertainment Inc yang terlibat dalam pasa-ran permainan video yang didominasi syarikat Nintendo dan Sega. - Agensi

Saturday, April 23, 2011

Hormati Guru dan sedikit teguran buat Cikgu Shida

Saya menulis di sebuah Cyber Cafe berhampiran rumah sewa di Kota Bharu. Aduh, bingit telinga dengan dentuman muzik! Tapi, usaha juga untuk menulis. Kita tidak KALAH dengan 'arus'! InsyaALLAH!

Hormati Guru

AlhamduliLlah, sedikit pengalaman mengikuti pengajian dalam bentuk Talaqqi banyak memberi pengajaran dan manfaat buat saya. Ilmunya satu hal, nilai-nilai murni seiringnya itu hal lain.

Dalam pengajian Talaqqi, betapa kita diajar menghormati guru di hadapan. Kerana, itulah sumber berkat yang memperkuat kefahaman kita terhadap ilmu yang disampaikan.

Kata orang Kelantan, 'menadah kitab'. Anak murid akan duduk bersila dan berhimpit-himpit ke arah guru tanpa mengira beza umur. Bahkan kadang-kadang, kita akan duduk bersebelahan dengan guru kita yang lain yang turut sama mengikuti pengajian guru di hadapan!

Menadah itu, ertinya kita letakkan diri kita lebih rendah. Bukankah bekas untuk menadah sesuatu mesti lebih rendah? Ini, antara sekian banyaknya nilai yang dapat kita perolehi.

Guru, walau apa sekalipun ilmu yang diajarnya kepada kita, WAJIB dihormati. Guru yang mengajar kita baca-kira-tulis, matematik, sains WAJIB dihormati. Apatah lagi yang mengajar Aqidah, Fiqah dan Akhlak.

Kerana, guru itu kerjanya bukan sahaja mengajar ilmu. Lebih penting, mereka mendidik kita. Apa yang kita jadi hari ini, besar sekali adalah daripada apa yang kita perolehi daripada guru kita dahulu.

Imam Syafie RH sudah menunjukkan kita mengenai akhlak dengan 'guru'. Imam Syafie menobatkan seorang kafir sebagai gurunya, kerana telah mengajar beliau mengenai cara mengenalpasti jantina anjing berdasarkan cara binatang tersebut membuang air! Nah, apatah lagi guru-guru yang mendidik dan memberi kita ilmu yang lebih penting, ilmu-ilmu yang menjadikan kita manusia berguna.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menekankan peri-pentingnya untuk bersama, membiasakan diri dan menyontohi guru-guru dan para Ulama'. Membiasakan diri bersama guru dan para Ulama' sebagai satu cara penting untuk mendidik diri dan membentuk jiwa kita.

Ia adalah sunnah! RasuluLlah SAW bersama para sahabat. Sahabat-sahabat melihat cara RasuluLlah SAW tidur, makan, solat. Bersama Baginda dalam peperangan, dalam musafir, dalam KEHIDUPAN malahan! Itulah MULAZAMAH kata TN Guru Nik Aziz.

Maka begitulah jua, cara yang perlu kita contohi. Bagi seorang penuntut ilmu, penting untuk kita ber'mulazamah' bersama guru dan para Ulama'. Bagi para guru pula, perlu mereka tunjukkan contoh tauladan yang baik dan selari dengan Islam. Kerana, peribadi guru itu akan sangat memberi bekas kepada pelajar mereka.

Cikgu Shida dari Parit

Saya sedih sekali, melihat guru yang begitu popular di ruang maya itu. 'Unik' sungguh cara 'menarik minat' pelajarnya.

Saya fikir, guru tugasnya bukan sahaja memastikan pelajarnya cemerlang dalam peperiksaan. Pentingnya, kerja guru itu mendidik jiwa dan peribadi pelajar, bukan begitu?

Saya gusar sekali, dengan jiwa para pelajar yang bakal terbentuk daripada 'cara didikan' sebegitu rupa.

Juga, imej guru-guru lain yang tampak hodoh kerana 'nila setitik' itu.

Kalau betul pun mahu 'mempelbagaikan' cara, atau sekadar 'suka-suka', kita orang beragama. Ada cara dan batasnya dalam mencari kepelbagaian dan bersuka-suka.

"Cikgu, saya pohon, berhentilah. Tidak kena benar nampaknya cara cikgu.Tidak kena dengan akhlak seorang muslimah. Bahkan tidak kena dengan imej seorang guru. Kita sudah punya ramai artis-artis melayu yang lebih barat daripada barat untuk kerja-kerja 'ini'."

p/s Saya bimbang benar, 'cara' ini akhirnya menjadi suatu cara yang diterima. Dan, entah bagaimanalah generasi pelajar yang lahir lewat didikan sebegini rupa. NauzubiLlah..

Syed Mokhtar luas empayar, DRB-Hicom kuasai Pos Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 April — Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengembangkan empayar niaga beliau — hari ini diumumkan yang syarikatnya, DRB-Hicom Bhd berjaya dalam bidaan menguasai 32.2 peratus pegangan Khazanah Nasional di Pos Malaysia Berhad.

DRB Hicom dimiliki Syed Mokhtar (gambar) yang turut menguasai bisnes lain, antaranya perkhidmatan pelabuhan dan pengeluar tenaga bebas terbesar negara Malakoff Corp, pembekal beras nasional Bernas dan pengedaran gas melalui Gas Malaysia.

Syarikatnya MMC juga terlibat dalam projek MRT Lembah Klang dengan kerjasama Gamuda.

Dalam satu kenyataan media dikeluarkan petang ini, Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, DRB-Hicom dipilih berdasarkan keseluruhan bidaan, yang bukan sahaja menawarkan strategi niaga baik tetapi juga harga yang boleh diterima.

“Strategi dan pelan bisnes yang disyorkan menyediakan platform yang efektif bagi pertumbuhan Pos Malaysia jika diterima oleh Lembaga Pos secara keseluruhan,” katanya.

Laporan media sebelum ini menyebut tiga pembida telah disenarai pendek daripada 50 pembida yang mengemukakan bida bagi membeli kepentingan berkenaan.

Selain DRB-Hicom, turut disenarai pendek ialah Nationwide Express Courier Services Bhd dan konsortium usaha sama antara Amanah Reit dan Malaysia Pacific Corp.

Antara strategi dan pelan perniagaan DRB-Hicom yang dikemukakan DRB-Hicom ialah mewujudkan sinergi strategik antara bank Islam yang dikuasainya iaitu Bank Muamalat Malaysia Bhd dengan Pos Malaysia.

Bank Muamalat, bank Islam ketiga terbesar Malaysia dari segi aset, dikatakan mampu menjadi rakan sinergi terbaik bagi Pos Malaysia terutama dalam mengembangkan rangkaian produk serta perkhidmatan serta jangkauan capaian pelanggan masing-masing.

DRB-Hicom juga dikatakan berupaya memastikan Pos Malaysia meneruskan tanggungjawab Universal Service Obligations (USO), selain mengekalkan kakitangan sedia ada.

Pos Malaysia kini mempunyai lebih 1,000 cawangan di seluruh negara. Bank Muamalat pula ketika ini hanya mempunyai 56 cawangan.

Wednesday, April 13, 2011

Kisah Sebenar Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee... bacalah.

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara.

Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut.

Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )


Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti, “Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut. Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku.

Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’)menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

“ adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi).

Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7.

Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian.

Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang.

Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan.

Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil.

Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang.

Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad.” Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h.

Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful).

Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful.

“ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa.

Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih ) Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi.

Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul.

Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak.

Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.
Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan.

Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah.

Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat.

GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.



Rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri