Thursday, September 30, 2010

LONTONG JOHOR

lontong_2.jpg

Bahan-bahannya

  • Nasi impit secukupnya. ** nasi impit untuk lontong sebenarnya direbus dalam daun pisang.

  • Sayur lodeh

  • Sambal kacang

  • Serunding kelapa

lontong.jpg

untitledbmp.gif

Cara Menyediakannya

  • Potong nasi impit kecil-kecil dan masukkan dalam mangkuk
  • Campurkan sedikit sambal kacang, serunding kelapa dan sayur lodeh
  • Hidangkan lontong bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal telur rebus, ayam masak merah dsb
  • Hidangkan panas-panas.

SAYUR LODEH

  • 300gm udang hidup, buang kulitnya

  • 2 biji lada merah

  • 1 biji bawang besar dimayang

  • 2 ulas bawang putih

  • 5 ulas bawang merah,

  • 1 inci kunyit hidup

  • segenggam udang kering ditumbuk

  • 2 batang serai, dititik

  • minyak untuk menumis dan garam secukup rasa

  • sedikit fucuk dan suhun, direndam

sayur-sayurannya – dipotong kecil mengikut suka

  • 1 batang lobak

  • 1 ikat kacang panjang

  • ½ biji kobis

  • 1 biji sengkuang

  • 3 keping tempe, digoreng

  • 3 keping tauhu digoreng

  • 2 biji kentang, digoreng

Cara Membuatnya

  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan serai hingga wangi

  • Masukkan udang dan kacau hingga udang masak

  • Kemudian masukkan santan, garam dan serbuk perasa diikuti sayur-sayuran, suhun dan fucuk serta lada hidup dan bawang besar. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.

SAMBAL KACANG

  • RM 1.00 kacang tanah, digoreng dan ditumbuk jangan terlalu lumat

  • sedikit minyak untuk menumis

  • sedikit rempah tumis (buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)

  • sedikit ketumbar dan jintan, disangai dan ditumbuk halus

  • garam dan sedikit gula merah

  • santan pekat ½ biji kelapa

BAHAN TUMBUK

  • 10 biji lada kering atau ikut pedas yang diingini

  • 5 biji bawang merah

  • 2 biji bawang putih

  • sedikit belacan

  • 2 batang serai

  • sedikit lengkuas dan halia

  • 2 biji buah keras

cara membuatnya :

  • panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis. Bila wangi, masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau hingga garing. Bila telah garing, masukkan garam dan gula serta ketumbar jintan tadi

  • Kemudian masukkan santan dan akhir sekali masukkan kacang tanah goreng tadi. Kacau hingga pekat dan pecah minyak

  • Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

SERUNDING KELAPA

  • ½ biji kelapa parut
  • garam
  • gula dan serbuk perasa
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis

bahan tumbuk :

  • 1 batang serai
  • 5 – 6 biji lada kering – lebihkan jika suka pedas
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit kunyit, lengkuas dan halia
  • sedikit ketumbar, jintan putih dan jintan manis
  • segenggam udang kering atau ikan bilis
  • sedikit belacan

cara membuatnya :

  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing dan wangi
  • Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  • Akhir sekali masukkan kelapa. kemudian terus dikacau atas api kecil sehingga agak kering
  • Sesuaikan rasa dan angkat

* Nak tahu cara buat kuah lontong, insyaAllah saya boleh bagi cara yang biasa saya buat. Senang aje, janji udang kering banyak dan campurkan juga udang basah dan sotong rendam. Sayur-sayurannya :

  • tempe di goreng setakat elakkan dia hancur dalam kuah (3/4 masak),
  • tauhu kering dan su’un direndam
  • lobak potong dalam 1 1/2″
  • kobis
  • kacang panjang
  • lada merah belah dua (up to you banyak mana)
  • tauhu digoreng dan potong empat
  • dan akhir sekali campur cendawan yang kerinting warna hitam (some people call it cendawan telinga kera (rendam dulu).

* Bawang merah tengok banyak mana yang hendak dimasak, kisar sekali dengan udang kering. Masukkan dalam periuk yang ada bahan-bahan di atas. Tak payah tumis. Masukkan santan cair dan santan pekat. Jaga santan jangan pecah lemak.

*Jangan lupa masukkan serai yang dititik dan serbuk kunyit. Ini untuk mencantikkan penampilannya nanti.. InsayAllah, jadilah kuah lodeh tu nanti. Selamat mencuba

No comments: