PELIK tetapi benar inilah yang boleh dikatakan tentang rancangan popular Sehati Berdansa di Astro. Apa tidaknya setakat ini sudah tujuh pasangan yang menyertainya bercerai.
Terbaharu Rabu juara program musim ketiga, Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein, dan isterinya, Noor Diyana Muhammad atau Nana bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam.
Sebelum ini pasangan yang menyertai program yang sudah bercerai ialah pelakon Sabrina Ali Dad Khan dan suaminya Mohamad Shahrin Abdul Halim, 38; Asheed Def Gab C dan Sharifah Noor Shima; Atilia dan Ariff Johan Abdul Aziz; Dira Abu Zahar dan Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid; Radhi OAG dan Shazlin Sharif serta Anne Ngasri dan Abdul Wafi Hassan.
Sein, 27, melafazkan cerai selepas mahkamah membenarkan permohonan Nana, 26, (gambar kanan) yang merupakan anak bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Negeri Selangor 2003.
Prosiding perceraian dijalankan di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin.
Pasangan itu menjuarai musim terakhir program realiti itu yang merupakan pertandingan tarian khusus untuk pasangan selebriti.
Peguam Syarie, Zuri Zabudin Budiman yang mewakili Noor Diyana, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya memfailkan permohonan itu atas alasan pasangan itu tidak lagi dapat menjalani kehidupan bersama kerana tiada persefahaman.
Zuri berkata pasangan suami isteri itu masih tinggal serumah tetapi tidak lagi tidur bersama dan telah wujud perbalahan yang berpanjangan antara mereka.
"Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk rundingan oleh keluarga masing-masing tetapi tidak ada keputusan dicapai untuk memperbaiki hubungan.
"Memandangkan defendan (Sein) dikenali ramai jadi mohon kebenaran untuk bercerai cara baik," katanya.
Sumber: Karat E-jau
1. Dira Abu Bakar(pelakon)
& Tengku Shafiz-rullah Tengku Mohd. Shahid
2. Anne Ngasri & Abdul Wafi Hasaan
4. Radhi OAG & Shazlin Shariff
5. Sabrina Ali Dad Khan & Mohamed Shahrin Abdul Halim
6. Asheed Def Gab C & Sharifah Noor Shima
Maka kita tidak akan hairan jika program Sehati Berdansa telah digantikan dengan Mari Menari yang berkemungkinan juga, atas kehendak Allah, akan menjadi program Mari Menari Jom Bercerai, satu hari nanti. Bunga-bunga mengundang kemurkaan Allah sudah mula nampak... Belakangkan perintah Allah kerana ikut cakap anak. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment