Friday, March 4, 2011

Saman Ekor - anda wajib tahu hak anda

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda.

Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.



Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A.

Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi had laju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku.

Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Denda hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menghalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1) (d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.



Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?


2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahkamah atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Adakah penawar untuk isteri pemalas

RUMAH tangga dan persekitaran yang bersih bagaikan taman bunga yang segar dan menjanjikan ketenangan kepada penghuninya.

Pun begitu tanpa kerajinan segala yang diingini tidak akan berlaku. Tambahan pula bagi mereka yang bekerja dan tidak punya waktu untuk membersih dan menghias rumah agar sentiasa sedap dipandang mata.

Saiz rumah juga bukan ukuran tetapi kebersihan akan membezakan segalanya. Ramai yang impikan ketenangan di dalam rumah setelah penat berada di luar tetapi tidak semua kita yang berpeluang untuk mengecapinya.

Tugas menguruskan rumah tangga adalah amanah yang dianugerahkan kepada suri rumah atau pembantu ramah. Tetapi adakah semua isteri sanggup berbuat demikian?

Jawapannya ada pada kisah yang ingin diceritakan Zaidi (bukan nama sebenar) yang kini makan hati dengan sikap isteri yang tidak pandai mengurus rumah tangga.

Kata Zaidi, isteri orang lain juga bekerja dan penat tetapi mereka ada masa untuk mengurus rumah dan menjaganya supaya bersih sentiasa.

Sayang sekali isterinya seorang yang pemalas dan ini menjadi masalah besar kepada Zaidi sehingga dia melabelkan isterinya Aida (bukan nama sebenar) sebagai seorang yang pemalas.

"Saya telah mendirikan rumah tangga dengan Aida sejak 10 tahun lalu. Kami mempunyai tiga orang anak berusia 7, 8 dan 9 tahun.

"Rumah kami sederhana sahaja luasnya. Kami tidak mempunyai pembantu rumah kerana anak-anak dihantar ke rumah ibu mentua saya selepas mereka balik sekolah.

"Isteri pula bekerja dan balik ketika hari menjelang senja. Saya mengharapkan isteri mempunyai masa untuk mengemas rumah atau memasak setiap kali balik kerja.

"Bukan masakan yang hebat-hebat yang saya perlukan, cukup sekadar mengalas perut kami anak beranak. Sayangnya apa yang saya harapkan tidak berlaku.

"Setiap hari keadaan rumah tidak berkemas, pakaian yang dibasuh bersepah-sepah tidak berlipat. Pinggan mangkuk penuh sinki. Pendek kata kesemuanya menunggu hujung minggu untuk dibersihkan.

"Bayangkan dalam tempoh itu bagaimana keadaan rumah dan baunya yang busuk setiap kali saya balik kerja. Hendak melangkah rasanya berat kaki. Hendak minum air juga tidak tertelan.

"Hendak mengharapkan anak-anak mereka masih kecil. Isteri pula asyik mengadu penat dan mahu berehat. Makanan setiap malam dibeli dari restoran berhampiran.

"Saya mampu mengambil pembantu rumah tetapi dihalang oleh isteri dengan alasan tidak perlu sebab dia boleh lakukan.

"Sayangnya dia hanya berkata tetapi tidak disertakan dengan tindakan. Sudahnya keadaan rumah tetap begitu juga. Apabila ditegur, dia melenting dan merajuk.

"Saya sudah puas menasihatinya tetapi dia tetap macam itu, tidak ada perubahan. Sikap malasnya semakin menjadi-jadi. Rumah kami sudah seperti sebuah setor barangan terpakai.

"Masa yang berkualiti di rumah tidak dimanfaatkan untuk membereskan kerja-kerja rumah yang sepatutnya tetapi lebih banyak meluangkan masa di rumah ibunya dan anak-anak juga dibawa ke sana.

"Saya tidak menghalang mereka ke sana tetapi saya berharap dia akan tolong kemas rumah dan sempurnakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu terlebih dahulu.

"Saya amat malu dengan sikap malas isteri saya itu sehinggakan kami menjadi bahan ejekan jiran-jiran dan saudara mara yang datang. Keadaan itu menjadikan saya malu untuk menjemput saudara mara atau kawan-kawan ke rumah.

"Saya seorang yang pembersih dan suka rumah yang cantik dan bersih. Saya telah dididik menjaga kebersihan rumah sejak kecil. Ibu seorang yang rajin mengemas rumah.

"Rumah kami sentiasa bersih. Ibu seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan saya bangga mempunyai ibu yang rajin dan pembersih.

"Namun semua itu tinggal kenangan kerana saya telah berkeluarga dan sayangnya suasana sebegitu tidak lagi dapat saya kecapi.

"Saya kesal kerana isteri tidak mengambil berat teguran saya malah sepatah saya kata sepuluh yang dia jawab sehinggakan saya ada kala hilang sabar.

"Paling saya malu kerana kami tinggal di kawasan perumahan mewah yang sepatutnya menjadi teladan kepada orang lain. Ini tidak, dibandingkan dengan rumah orang lain, rumah saya paling buruk dan tidak terurus.

"Bukan saya tidak berusaha ke arah itu tetapi jika saya seorang yang beria-ia, isteri buat tidak kisah, buat apa?

"Sekarang keadaan semakin runcing. Isteri asyik berjalan makan angin, sekejap dalam negeri sekejap luar negara. Dia lebih suka melayan kawan-kawan kerjanya daripada saya dan anak-anak.

"Tidak salah pergi berjalan tetapi mesti ada tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak. Uruskan rumah tangga dulu, susun atur perabot yang lintang pukang dalam rumah agar saya yang ada dalam rumah boleh bernafas!

"Sesekali fikir saya merasa pelik kenapa isteri saya berperangai macam itu. Rupanya dalam dunia ini ada juga perempuan yang pemalas dan tidak suka mengemas.

"Sekarang saya lebih banyak pulang ke rumah ibu daripada di rumah. Saya penat dan mahu ketenangan. Di rumah ibu, saya merasa tenang dan aman. Pernah juga ibu menegur isteri saya tetapi dia langsung tidak peduli.

"Jangan kata mengemas, memasak juga jarang dia buat. Yang dia tahu makan, tidur dan berjalan.

"Kasihan anak-anak kami yang terpaksa makan makanan di luar atau di rumah ibu. Entah di mana silapnya sehinggakan Aida jadi pemalas begitu sekali.

"Ramai yang hairan bagaimana saya masih boleh bersabar dengan perangai isteri macam itu. Jika diturutkan naluri seorang lelaki, saya layak untuk mencari pengganti dan telah lama berbuat demikian.

"Tetapi saya sayangkan anak-anak yang tidak berdosa, malang bagi mereka kerana mempunyai ibu yang malas.

"Anak sulung saya seorang perempuan dan masih di bangku sekolah rendah sering bertanya kepada ibunya, kenapa rumah kita tidak secantik rumah jiran.

"Anda tahu apa jawapan ibunya, Mama penat!.. Sepatutnya jawapan yang paling tepat adalah mama malas!.

"Saya mahu dia faham falsafah kehidupan dalam suasana persekitaran yang bersih dan sihat. Semoga Allah akan membuka pintu hati Aida untuk berubah.

"Saya juga mengharapkan saya boleh bersabar dengan kerenah Aida. Jika tidak saya pasrah kepada ketentuan Allah SWT," keluh Zaidi menamatkan ceritanya.

Saya mengucapkan syabas kepada Zaidi kerana berani meluahkan perasaannya ke ruangan ini. Saya percaya ramai lagi suami yang menghadapi masalah seperti Zaidi tetapi enggan berkongsi masalah mereka.

Saya berharap Zaidi akan terus bersabar dan membimbing isterinya untuk kembali kepada tanggungjawabnya. Anggaplah ini juga sebagai ujian dalam rumah tangga.

Masih belum terlambat untuk anda membetulkan keadaan. Berterus terang dan membimbing adalah cara terbaik menangani masalah ini.

Anda harus menerima diri Aida seadanya, ertinya segala kelemahan dan kekurangan dirinya hendaklah diterima dengan reda. Itu sudah ketentuan jodoh anda.

Pada masa yang sama, sebagai suami anda perlu bertindak lebih tegas. Cadangan saya ambil cuti panjang dan bergotong royong mengemas dan membersihkan rumah bersama anak-anak.

Menamatkan catatan, pesanan saya seorang suami akan merasa tenang andai isterinya menjadi seorang yang penurut dan boleh menyejukkan hatinya di kala dia gundah. Realitinya, kehadiran wanita di dalam hidup seorang lelaki, ibarat matahari yang tidak pernah terbenam

Hakim..Ooooo Hakim

Analisis Isu
"http://www.kgsdiamond.com/uploads/pics/judgeHammer.jpghakim adalah amanah terbesar selepas dari pemimpin. jom perhatikan Hadith dibawah dah bandingkan dengan keadaan sistem kehakiman di negara kite..tahukah mereka atau buat-buat tidak tahu atau terpaksa ..erm

Hadits ke-1
Dari Buraidah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Hakim itu ada tiga, dua orang di neraka dan seorang lagi di surga. Seorang yang tahu kebenaran dan ia memutuskan dengannya, maka ia di surga; seorang yang tahu kebenaran, namun ia tidak memutuskan dengannya, maka ia di neraka; dan seorang yang tidak tahu kebenaran dan ia memutuskan untuk masyarakat dengan ketidaktahuan, maka ia di neraka." Riwayat Imam Empat. Hadits shahih menurut Hakim.

tapi di malaysia ada banyak mahkamah, erm setiap keputusan berbeza antara satu sama lain..
Bukan senang menjadi pemimpin atau hakim ..gaji memang berbaloi tapi berhati-hatilah..sebab itu saidina Omar peace be upon him melarang sahabat nya yang lain untuk melantik anak nya menjadi khlifah kerana bimbang akan dosa akan dipikul dengan kelalaian yang dibuat kelak, setiap pemimpin dan hakim akan terlibat dengan gejala rasuah...tergantung atas iman masing-masing untuk tidak melibatkan diri..

.......................................http://www.giveacaricature.com/images/JudgeGift1997.jpg..............................


Hadits ke-14
Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melaknat penyuap dan penerima suap dalam masalah hukum. Riwayat Ahmad dan Imam Empat. Hadits hasan menurut Tirmidzi dan shahih menurut Ibnu Hibban

hakim-hakim muslimin sekalian berhati-hati dalam membuat keputusan..kerana setiap keputusan hakim melibatkan keharmonian sesuatu masyarakat..selagi hakim boleh dipermainkan oleh pemerintah atau pemimpin maka sesuatau negara belum bisa aman..dan sejahtera..

http://www.hauntedhamilton.com/article_image_ghosthunter_bully2.gif


Hadits ke-9
Jabir berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Bagaimana suatu umat dapat terhormat bila hak orang lemah tidak dapat dituntut dari mereka yang kuat." Riwayat Ibnu Hibban.

mengikut tafsiran..yang kuat itu bermaksud pemerintah atau kaum kerabat pemimpin atau yang mempunyai kepentingan.

Hadits ke-3
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya engkau sekalian akan rakus terhadap kekuasaan padahal ia akan menjadi penyesalan di hari kiamat. Maka alangkah baiknya penyusu (penguasa di dunia) dan alangkah jeleknya pemutus susu (kematian)." Riwayat Bukhari.

jadi berhati-hatilah dalam setiap keputusan yang kita lakukan, tidak kira hakim negara, hakim negeri, atau hakim keluarga sekalipun(ibu dan ayah) kerana jika berlaku pertelingkahan, maka dengarlah kesaksian dari kedua-duanya.

Hadits ke-5
Abu Bakrah Radliyallaahu 'anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah seseorang menghukum antara dua orang dalam keadaan marah." Muttafaq Alaihi.


Hadits ke-6
Dari Ali Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila ada dua orang meminta keputusan hukum kepadamu, maka janganlah engkau memutuskan untuk orang yang pertama sebelum engkau mendengar keterangan orang kedua agar engkau mengetahui bagaimana harus memutuskan hukum." Ali berkata: Setelah itu aku selalu menjadi hakim yang baik. Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Tirmidzi. Hadits hasan menurut Tirmidzi, dikuatkan oleh Ibnu al-Madiny, dan dinilai shahih oleh Ibnu Hibban.

Setiap orang Mukin wajib menegakkan dan menyokong untuk mendirikan Negara islam dan menjadikan Undang2 Islam sebagai Hakim negara, kerana ini adalah satu kewajiban..Wallahu A'lam..

(Dalam islam, jika pertelingkahan berlaku mengenai hukum hakam syarie, maka rujuk al-quran dan sunnah, ijmak dan qias dan selain dari itu hakim boleh membuat keputusan dengan perbincangan hakim2 dengan keputusan yang seadilnya tanpa perasaan negatif)

Rahsia Memborong di China - Kenapa Pentingnya Usahawan Memborong dari Sumber

Pendapat
"Rahsia Memborong di China - Kenapa Pentingnya Usahawan Memborong dari Sumber ? Memborong adalah satu cabang dalam perniagaan yang sangat penting bagi usahawan. Sama pentingnya seperti bidang pemasaran.

Jika anda membeli satu produk dengan harga RM 200 dan menjualnya dengan harga RM 300. Anda mendapat RM 100 keuntungan hasil dari pemasaran yang dilakukan.

Namun jika anda juga mengambil berat mengenai pemborongan. Barangan yang anda beli dengan harga RM 200 itu tadi mungkin dapat dibeli dengan harga hanya RM 100. Dan jika anda menjualnya dengan harga sama RM 300. Keuntungan anda sudah berganda menjadi RM 200.

Jadi pemborongan adalah juga satu bidang yang dapat meningkatkan jurang keuntungan anda.

Jika anda seorang usahawan yang berkecimpung dalam bidang jual-beli barangan, anda tidak boleh mengelak dari memborong dari sumber.

Sumber ini bermaksud, tempat sesuatu barangan itu dibuat. Pada masa kini, China adalah kilang kepada dunia. Hampir 60-70 % barangan disekeliling kita ini diperbuat dari China.

Saya pernah ke India, Thailand dan Vietnam untuk melihat potensi memborong dari sana, tetapi saya agak kecewa.

India tidak mempunyai infrastruktur yang memudahkan usahawan untuk memborong di sana. Walaupun harganya boleh setanding China, namun dari segi kualiti dan design nya agak tidak menepati pasaran di Malaysia.

Di Vietnam dan Bangkok pula, pasaran borongnya agak kecil dan terhad. Harganya pula jauh lebih mahal jika nak dibandingkan dengan China.

Jadi China adalah pilihan utama yang paling sesuai dan menepati pasaran kita. Orang Cina di Malaysia dan usahawan seluruh dunia sudah lama meneroka pasaran ini. Namun usahawan Melayu masih berteka-teki untuk meneroka pasaran ini.

Memborong di China bukanlah sesuatu yang sukar. China adalah sebuah negara moden yang terbuka dan terdapat ramai penjual di sana yang menanti untuk melayani anda.

Satu perkara yang menarik di China adalah polisi kerajaan China yang menyediakan kompleks-kompleks yang dibina khas untuk usahawan asing datang memborong di China. Kompleks-kompleks ini diasingkan mengikut jenis produk, samada kasut, jam tangan, baju, kain/fabrik, alat permainan, perabot, barangan hotel dan hardware mempunyai plaza memborongnya yang tersendiri.

Namun perlu juga diakui, China adalah sebuah negara yang berlain dari segi cara berniaga, budaya, bahasa, mindset, sejarah dan ekonomi. Untuk lebih berjaya dalam pemborongan kita perlu belajar memahami iklim setempat negara ini.

Kenapa Memborong dari China ?

Murah

Barangan di China adalah yang termurah di dunia. Namun pemborongan bukanlah bermakna anda ke China sekali, berjumpa dengan penjual di sana sekali dan ini jaminan anda untuk mendapat harga murah.

Harga murah yang sebenar akan didapati selepas anda beberapa kali berurusan dengan mereka. Mereka di China lebih menumpukan kepada peniaga yang ingin berurusan untuk jangka masa panjang dan dalam kuantiti yang banyak.

Dengan margin keuntungan yang tinggi, anda akan dapat lebih banyak keuntungan, dengan lebih banyak keuntungan, anda dapat mengembangkan perniagaan anda. Anda juga boleh bersaing dengan pesaing anda dari bangsa lain dengan sama rata.

Terdapat senario di mana usahawan merungut dengan pesaingnya yang menjual dengan harga yang lebih rendah dari harga modal yang diperolehi dari usahawan ini. Sebenarnya itu bukan keadaannya, keadaannya adalah, pesaing itu mengambil barangan dari sumber, manakala usahawan ini mengambil barangan ini dari pembekal/orang tengah.

Pilihan yang luas

Di China, pilihan yang ditawarkan oleh peniaga di sana tersangat luas. Cuba bayangkan jika anda ingin memborong dari Yiwu. Jika anda berhenti selama 2 minit di sebuah kedai, anda perlukan tempoh 3 tahun untuk menghabiskan semua kedai-kedai yang ada.

Dengan pilihan yang banyak seperti ini, anda boleh menjadikan perniagaan anda lebih kreatif dan anda boleh menepati kehendak pasaran dan pelanggan anda. Anda tidak lagi perlu bergantung kepada barangan yang dilonggokkan oleh pembekal anda di Malaysia.

Contohnya jika anda seorang pengusaha butik, anda boleh memilih kain yang anda ingin letakkan di butik anda dari jutaan pilihan yang ada. Namun jika anda mengambil dari orang tengah, anda hanya dapat menjual apa yang dibekalkan. Lagi teruk pula jika pembekal ini juga menjual barangan yang sama kepada pesaing anda. Tidakkah mempunyai pilihan ini satu kelebihan bagi perniagaan kita ?

Kualiti Barangan Yang Semakin Baik

"Made in China" sudah menjadi satu trademark untuk barangan murah dan berkualiti rendah. Tetapi ramai tidak tahu menahu bahawa jenama-jenama besar seperti Adidas, Nike, Reebok, Puma, Timberland dan Apple juga menghasilkan barangan mereka di China.

Jadi di China sebenarnya terdapat barangan yang berkualiti rendah dan barangan berkualiti tinggi juga. Kita sebagai pemborong adalah penentu untuk memilih barangan yang berkualit tinggi atau yang berkualiti rendah mengikut kesesuaian pasaran kita.

Teknologi Tinggi

Barangan di China juga sekarang semakin tinggi kualitinya. Persaingan yang tinggi di Chna dan meningkatnya permintaan dari pasaran seluruh dunia, menjadikan pembekal di China mencari jalan untuk menjadi lebih kreatif dengan meningkatkan teknologi barangan yang dikeluarkan.

Barangan baru seperti telefon bimbit mempunyai ciri-ciri yang jauh lebih baik daripada ciri-ciri yang ada pada telefon jenama besar walaupun harganya jauh lebih rendah. Dalam masa beberapa tahun lagi pula, kualiti dan teknologi di China akan menjadi lebih baik dari apa yang dicipta di negara barat.

Jadi ini adalah peluang yang baik bagi usahawan Malaysia untuk menjadi pendahulu pasaran. Usahawan yang menjadi pendahulu pasaran, adalah usahawan yang bakal mendapat keuntungan yang paling tinggi sebelum sesuatu pasaran menjadi tepu dengan persaingan. Jadi usahawan perlu mengarap peluang untuk menjadi pendahulu pasaran.

Bagaimana Mencari Modal Memulakan Perniagaan

Pendapat
"Bagaimana Mencari Modal Memulakan Perniagaan. Persoalan paling utama ataupun lebih tepat jika disebut alasan paling utama untuk seseorang untuk tidak memulakan perniagaan adalah MODAL. Modal yang dimaksudkan adalah duit tunai.







Saya pernah menghadiri banyak seminar dan perjumpaan usahawan dengan wakil rakyat. Persoalan utama yang selalu dibangkitkan.



"Kami tak ada duit, macam mana nak start perniagaan ?"



"Bank kejam kerana tidak mahu beri pinjaman kepada peniaga kecil"



"Kenapa kerajaan tidak meluluskan gran (duit free) untuk perniagaan kami ?"



"Kerajaan patut bantu kami untuk maju, apa guna kami sokong kerajaan ini ?"



Wakil rakyat pula akan dengar rungutan ini dan akan menjawab, "Saya telah dengar segala rungutan ini dan saya akan panjangkan kepada boss saya untuk tindakan yang lanjut. Kami faham masalah anda dan akan cuba sedaya upaya untuk selesaikan"



Ini adalah skrip biasa yang dihalwakan dalam telinga usahawan. Setelah selepas majlis itu, wakil rakyat dan usahawan ini akan melupakan perkara ini. he he he.



Jawapan dari saya,



1. Untuk meminjam dari bank, anda perlu buktikan yang anda mampu membayar balik. Ini adalah persoalan asas dari bank. Sama juga jika kita sendiri yang meminjamkan wang kita kepada orang lain.



2. Jika perniagaan anda mempunyai masa depan dan meyakinkan, dan rekod perbankan anda cantik, bank pasti akan bagi duit. Memang bisnes model bank adalah membuat keuntungan dari pinjaman yang diberikan. Ini adalah peluang perniagaan bagi mereka, kenapa perlu mereka tolak ? Kerana perancangan anda tidak meyakinkan atau rekod anda buruk.



Jadi anda tidak dapat modal dari pelabur adalah atas beberapa sebab iaitu



1. Anda belum pernah buktikan apa-apa. Saya tahu bahawa anda yakin dengan perancangan bisnes anda. Semua orang pun yakin dengan perancangan bisnes mereka.



2. Bisnes yang anda rancang memang tak ada masa depan.



Jika anda masih yakin dengan perancangan bisnes anda. Teruskan dengan apa yang ada. Jangan la nak mengharapkan kerajaan atau bank untuk berikan pinjaman atau bantuan gran.



OK. berbalik kepada persoalan asal.



Adakah anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan ?



Sebenarnya anda boleh memulakan perniagaan dengan modal yang kecil atau tanpa sebarang modal.



Sebagai manusia, kesemua kita sudah dikurniakan dengan modal yang sedia ada. Iaitu modal dalam bentuk...



1. Masa 24 jam sehari



2. Otak dengan akal dan fikiran



3. Tubuh badan yang mempunyai tenaga



4. Manusia lain yang mempunyai semua 3 modal di atas.



Fikir dengan 4 modal utama ini, apa yang boleh anda lakukan. Saya akan sediakan beberapa cara di bawah ini.



Jika anda ingin membuat bisnes yang kecil, mulakan dengan mencari apa masalah yang anda boleh selesaikan ? dan mendapat wang dari penyelesaian ini.



Menawarkan Khidmat Percuma



Anda boleh menawarkan khidmat membuat website jika anda pandai membuat website. Jika klien ini tak nak anda buat website. Cakap pada klien tersebut.



"Jangan risau, saya akan buat website ini secara percuma, jika anda suka nanti baru bayar"



Ini salah satu cara untuk kita membina pelanggan. Jika kerja yang anda buat itu baik, tidak ada orang yang tidak akan bayar. Jika dia tak bayar pun, dia akan promosikan kepada rakan-rakannya. Anda kini sudah mempunyai seorang marketing agent.



Mencari Rakan Trading



Trading yang sama maksudkan disini adalah mencari rakan niaga strategik yang dapat kita bertukar ilmu dan kepakaran.



Anda inginkan sebuah website tetapi anda tidak mempunyai modal. Anda perhatikan diri anda dan lihat apa yang anda boleh buat. Jika anda mampu untuk mengajar memasak. Mungkin anda boleh offer dalam mudah.my atau dalam facebook bahawa anda boleh mengajar memasak kepada student universiti sebagai trading untuk membuat website.



Bagi anda memasak adalah mudah, bagi student itu membuat website adalah mudah. Jadi anda dapat website, student itu mendapat ilmu memasak.

Pengalaman peribadi saya, website saya www.kursusborongchina.com dibuat dengan percuma oleh seorang rakan saya Bub. Saya tidak pun menyuruh dia buat website ini, setelah siap dia tunjuk kepada saya. Saya terkejut dan suka dengan website ini. Sebagai balasan saya offer banner syarikatnya Bub Hosting untuk diletakkan dalam website saya secara percuma.



Saya yang tidak pandai membuat website dapat website, bub yang perlukan iklan dapat iklan. Situasi menang-menang.



Menawarkan Servis



Sebagai seorang manusia, tentu ada kemahiran anda yang anda sudah mahir.



Mengajar ilmu kepada orang lain adalah servis yang mudah yang tidak memerlukan anda mengeluarkan modal.



Jika anda mampu mengajar pelajar universiti anda boleh menyediakan tuisyen untuk mereka, jika anda tidak mampu, ajarlah budak sekolah menengah, jika masih tidak mampu, ajarlah budak sekolah rendah.



Jika masih tidak mampu, adakah anda tahu menulis dan membaca ? Terdapat orang yang tidak tahu membaca dan menulis. Jadi tawarkan servis ini kepada mereka. Kepada kanak-kanak di Tadika.



Walaupun ramai parent yang tahu menulis dan membaca, mereka mungkin tidak mempunyai masa untuk ini. Jadi tawarkan servis ini kepada mereka untuk mengajar anak-anak mereka membaca dan menulis.



Jika anda tidak tahu membaca dan menulis..



Tawarkan apa-apa kemahiran yang anda tahu. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat terdapat kursus seperti Kursus Mengosok Baju, Kursus Makan Secara Formal, Kursus Memikat Wanita, Kursus Mengajar Bahasa Isyarat, dan banyak lagi.



Bagi saya secara peribadi, alasan modal adalah alasan paling tidak logik untuk diberikan jika anda ingin bekerja sendiri atau memulakan perniagaan.



Usahawan adalah seorang yang mengabungkan sumber yang ada untuk mencapai objektifnya. Sumber ini boleh jadi tanah pertanian, rakan yang ramai, minat yang mendalam dalam satu-satu bidang atau apa saja yang anda dapat gunakan untuk mencapai objektif anda.



Adakah anda masih perlukan modal ?



Jika jawapan anda Ya, anda sesuai kekal sebagai seorang pekerja makan gaji sepanjang hidup anda.



Bekerja makan gaji adalah cara terbaik menjadi binatang peliharaan yang berada di dalam kandang, berkawan dengan rakan-rakan yang terhad, tiada kebebasan, terpaksa dengar arahan boss, membuat kerja yang tidak disukai, dipersalahkan atas semua kesalahan dan yang paling utama, makan gaji adalah kareer yg palingg berisiko. Anda boleh dipecat bila-bila masa. Tapi masyarakat mengajar kita, kerja makan gaji adalah kerja yang selamat.

Bagaimana Otak Membina Sistem Kepercayaan

Rencah
"Salah satu fungsi otak manusia adalah bertanya soalan kepada dirinya sendiri. Soalan ini biasanya datang dari kita sebagai pemilik otak tersebut.

Bertanya soalan yang betul kepada otak adalah sesuatu yang sangat penting. Otak ini akan berfungsi untuk mencari jawapan kepada segala persoalan yang ditanya samada logik ataupun tidak logik.

Setelah mendapat jawapan tersebut, maklumat ini akan disimpan dan akan bertukar menjadi sistem kepercayaan. Dengan sistem kepercayaan ini, kita akan hidup dan membuat keputusan berdasarkan sistem kepercayaan ini setiap hari.

Contohnya, jika kita bertanya kepada otak kita, "Bagaimana si Ali memakai kereta mewah itu ?"

Maka otak akan berfungsi untuk mencari jawapan. Jawapan yang otak dapat adalah seperti berikut.

"Ali bekerja keras dan memperolehi kereta itu"

"Ali menerima rasuah kerana tak mungkin dengan gaji dia, dia boleh beli kereta itu"

"Ali mungkin meminjam kereta itu, dia hanya nak menunjuk-nunjuk kepada aku"

Dalam banyak-banyak jawapan yang didapati ini. Otak akan membuat analisis berdasarkan perasaan dan jiwanya dan juga berdasarkan maklumat yang pernah ada sebelum ini.

Akhirnya, kita akan membuat kesimpulan yang paling membuatkan kita tenang.

Jika kita pilih "Ali bekerja keras". Otak akan bertanya, "jadi hang nie pemalas ka ?"

Jawapan ini jika diterima adalah sangat pahit, jadi otak akan reject jawapan itu.

Akhirnya otak kita akan memilih jawapan yang paling menenangkan hati iaitu "Ali terima rasuah". Otak akan memberi respon, "Hang orang baik, hang tak amik rasuah, jadi lebih baik hidup miskin macam hang"

Setelah sekian lama hidup dengan perasaan hasad dengki seperti ini. Otak akan membina satu kepercayaan iaitu.

"Orang kaya semua adalah penerima rasuah, tidak ada jalan lain untuk menjadi kaya selain menerima rasuah"

Dengan kepercayaan ini, anda takkan jadi kaya sampai bila-bila.

Jadi adalah sangat penting untuk kita bertanya soalan yang betul kepada otak kita dan juga menerima jawapan yang paling tepat dengan akal positif dan bukan dengan perasaan hasad dengki.

Jika dalam senario di atas. Kita menerima jawapan "Ali bekerja keras"

Otak akan respon "Jadi ko nie pemalas ke ?", kita kena latih otak untuk menjawap"Ye, memang hang pemalas. Jadi, macam mana nak jadi rajin ? macam mana nak kerja lebih keras ? macamana nak jadi lebih produktif ?"

Jika kita membalas dengan soalan sebegini, kita akan memperbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik.

Samada Ali kaya kerana kerja keras atau rasuah adalah tidak penting. Persoalan penting adalah bagaimana kita bertanya soalan yang tepat kepada otak kita dan menjawab dengan positif walaupun pahit supaya kita menjadi orang yang lebih baik sehari demi sehari.

Jadikan hidup kita harinie lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Thursday, February 17, 2011

1Malaysia 1Ummah, Hang tak Malukah Rosmah


Komentar
"
Para pemenang Anugerah Maulidul Rasul bergambar kenangan bersama YDP Tuanku Mizan.

TEMA sambutan Maulidur Rasul tahun ini 1Malaysia 1Ummah, disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan keberkatan. Kebanyakan daripada kita mengharapkan apa yang diutarakan akan menjadi ikutan.

Rasulullah menegaskan tunjang kepada kewujudan ummah terbilang diasaskan dengan penerapan nilai akhlak seperti sabda Baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini?" (Hadis riwayat al-Tabrani).

Bahkan, tugas utama Nabi Muhammad s.a.w ialah menyempurnakan akhlak seperti dinyatakan Baginda dalam sabdanya bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak kamu" (Hadis riwayat Muslim).



Lihat cara Rosmah bertudung di atas dan lihat pula cara pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan, Wee Soon Yen, ini memakai tudung.. Rosmah patut malu kepada budak ini..




Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2011, Wee Soo Yen (dua dari kanan)bersama keluarga, dari kiri, Wee Soo May (adik), Wee Hock Lim (ayah) and dan Soo Ah Khem (ibu). - Foto THE STAR/UU BAN


Pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan, Wee Soon Yen, 16, memberitahu dia tidak menyangka akan dipilih sebagai penerima anugerah pada sambutan tahun ini.

Pelajar cilik tersebut dipilih berdasarkan pencapaian akademiknya yang cemerlang, iaitu memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010.
Selain itu, Wee juga merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

Menurut Wee, minat untuk mempelajari Bahasa Arab mula timbul apabila dia memulakan sesi persekolahan menengah.

“Saya mula berminat untuk mempelajarinya kerana ia merupakan satu bahasa baru kepada saya. Jadi saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri sendiri,” katanya.

Wee menambah, pada peringkat awal, ibunya tidak begitu menyokong tindakannya untuk mempelajari bahasa tersebut.

“Bagaimanapun, saya berjanji kepadanya bahawa saya akan lulus subjek Bahasa Arab dan sejak itu, beliau membenarkan saya untuk menduduki peperiksaan Bahasa Arab,” katanya.

Pelajar bertubuh kecil itu juga memberitahu, dia akan memanfaatkan seluruh masa di sekolah bertanyakan kepada guru dan rakan-rakan jika mempunyai masalah kerana tidak mempunyai tempat rujukan di rumah.

Selain Wee, turut menerima anugerah pada sambutan tahun ini ialah Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dangiran Mustapha, 60, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia.

Juga menerima anugerah ialah, Profesor Kuliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Profesor Dr Ismawi Zen, 58, yang pernah sebagai ahli Panel Antarabangsa bagi kajian pembangunan Msjidil Haram, Mekah pada tahun 2008 dan Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Pada majlis sama, dua wanita turut dipilih untuk menerima anugerah Maulidur Rasul 2011, iaitu Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Hasmah Abdullah, 59, dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Jantung Negara, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari, 59.

Hasmah menyifatkan penghargaan yang diterimanya sebagai satu pengiktirafan kepada kaum wanita.

Semua penerima anugerah membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi, sijil penyertaan dan senaskah kitab tafsir Al-Quran bernilai RM3,000.

Wednesday, February 16, 2011

MAULID NABI SALLALLAAHU 'ALAIHI WA SALAM

Hari ini semua kita bercuti kerana kita kini berada di tengah-tengah kehangatan dan keharuman hari memperingati kelahiran Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallaahu ‘alaihi wa Salam (SAW).

Alhamdulillah, sebenarnya, sekelumit manapun ingatan dan perasaan kasih terhadap Nabi SAW yang dicampakkan oleh Allah SWT dalam hati kita, ia adalah kurniaan istimewa dan amat bermakna dari-Nya kepada kita. Syukur Alhamdulillah.

Sempena hari Maulid Nabi ini marilah kita hayati sunnah Nabi SAW, Sirah Nabi SAW dan Sarirah yang terbesar, yakni kena buat usaha atau kerja dakwah cara Rasulullah SAW.

Sesungguhnya kesabaran demi kesabaran dan perjuangan demi perjuangan yang dilalui dan dirasai oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad Sallahualaihi wasalam perlu dijadikan tauladan kepada kita. Sebenarnya riwayat kehidupan baginda perlu dijadikan asas untuk menghayati kemanisan satu perjuangan dalam menegakkan agama Islam.

Oleh itu kelahiran baginda adalah satu nikmat yang amat besar bagi kita, dan menjadi penyemarak semangat untuk terus hidup sebagai seorang insan yang berguna pada agama dan umat Islam.

Marilah kita mencontohi akhlak Rasulullah SAW sebagaiman Allah SWT memberi penghormatan kepada nabi-Nya yang mulia dengan dianugerahkan kepada baginda tanda-tanda kebesaran yang banyak.

Antaranya ialah akhlak baginda dan budi pekertinya yang mulia. Firman Allah ta’ala ang maksudnya: "Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (Al Qalam: 4)

Wahai saudara-saudarku sekalian, hayatilah kel"ahiran Nabi kita ini dengan penuh keikhlasan dan kekhusyukkan serta dengan penuh kasih sayang, agar ia menjadi penawar bagi jiwa-jiwa kita untuk menyambung lagi pejuangan kita di atas muka bumi ini. Amin.

Maka ayuh saudara-saudaraku kita sebagi Umat Nabi kenalah mengingati Nabi SAW pada bila-bila waktu dan di mana sahaja bukan hanya pada masa Maulid Nabi ini sahaja dan kita beriltizam untuk mengamalkan sunnah yang sahih dan inilah tanda kecintaan kita pada Nabi SAW, dan yang penting kita tahu akan maksud hidup dan keperluan hidup kita di bumi Allah ini.

Bagi mereka yang ingin menyambut hari kelahirannya (iaitu hari Isnin) dan menghidupkan sunnahnya dianjurkan berpuasa pada setiap hari Isnin. Menyambut hari kelahiran Nabi SAW bukanlah dilakukan seperti hari perayaan yang ada, iaitu Eidul-Fitri dan Eidul-Adha, akan tetapi ia cuma merupakan Hari Memperingati datangnya Nabi akhir zaman, penutup segala nabi.

Apa yang penting adalah;

1. Cinta kepada Nabi SAW,
2. Ketaatan kepada Nabi SAW,
3. Meniru akhlak Nabi SAW,
4. Kembali kepada syariahnya,
5. Berdakwah kepada agama yang dibawanya,
6. Membantu agama, syariah dan kerja amal keatas aplikasinya,
7. Memperbanyakkan selawat keatasnya dan khususnya di hari Jumaat,
8. Cinta kepada ahli keluarga Nabi SAW.

WaAllahua’lam.

Monday, February 7, 2011

FIKIRAN, PERASAAN DAN PERUT RAKYAT


Di Bolivia, gula dicatu walaupun harganya naik sebanyak 64%. Di Amerika Syarikat, restoran termasuklah McDonald menaikkan harga makanan berikutan kenaikan harga daging (klik di sini). Di Kanada, harga barang dijangka naik sehingga 5% pada tahun ini.

Di seluruh dunia, harga barang naik sebanyak 45% sejak penghujung 2006. UN Food and Agriculture Division menyatakan harga barang sekarang adalah yang paling tinggi sejak 1990 dan meramalkan ia akan kekal untuk beberapa bulan lagi.

Kenaikan harga barang boleh mempengaruhi kestabilan politik terutama sekali di negara-negara yang selama ini dikenali sebagai mempunyai pemimpin "bermasalah" dan governans yang meragui. Kenaikan harga barangan dan pengangguran disebutkan sebagai tambah menyemarakkan rusuhan di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti Tunisia, Algeria, Yamen dan Mesir.

Kesusahan hidup yang teruk menyebabkan mereka bangun melawan pemerintah yang dilihat hidup mewah dan rasuah. Di Mesir, sebagai contoh, sebanyak 19.6% atau 14.2 juta orang rakyatnya hidup di bawah US$1 sehari. Akibatnya, Presiden Hosni Mubarak berjanji tidak bertanding lagi dan anaknya, Gamal Mubarak yang disebut-sebut sebagai pengganti beliau meletakkan jawatan dalam parti.

Ditambah dengan kenaikan harga barang dan pengangguran, anak-anak muda di negara-negara tersebut yang selama ini merasakan mereka tidak berpeluang untuk bersuara secara bebas dan pandangan mereka tidak diambilkira dalam proses membuat keputusan memilih untuk keluar beramai-ramai di jalanan. Mereka berpendapat itulah satu-satunya cara membuat pemimpin parti-parti politik mendengar suara anak muda. Malah, di negara seperti Arab Saudi pun, sudah ada suara-suara penentangan yang semakin keras.

Ahmed Maghib, antara anak muda yang berdemonstrasi menyimpulkan apa yang sedang berlaku: "The old opposition parties don't represent the young people. Everyone needs to realize that it was the young people who brought about this change. We need to be heard."

Kesemua insiden ini menunjukkan kepada tiga perkara: fikiran (mind), perasaan (heart) dan perut (stomach). Pemimpin politik yang baik harus menentukan ketiga-tiga perkara ini diuruskan dengan baik - walaupun ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Mungkin Hosni Mubarak lupa: "A hungry man is an angry man." Dan, pemimpin-pemimpin politik perlu diingatkan kata-kata Mahatma Gandhi: "Earth provides enough to satisfy every man's need, but not every man's greed!"

Saturday, February 5, 2011

Gambar Firaun: Mati kali ke-2 dengan disembelih

Artikel
Siapa tak tahu kisah Firaun. Bagi umat Islam, Firaun adalah manusia yang menjadi lambang kejahatan dan kekufuran. Pemerintah Mesir kuno yang berkuasa dan kaya-raya. Dengan tentera yang ramai dan tamadun yang hebat tetapi zalim dan mengaku sebagai tuhan. Disebut didalam al-Quran lebih 60 kali.

Di Makamkan dalam binaan hebat pyramid. Diawet dan dikekalkan. Dibawa ke muzeum untuk dilawati, dikagumi sepanjang zaman. Pernah dibawa ke Paris untuk dikaji dan diberi sambutan hebat mengalahkan raja-raja di dunia. Firaun nama yang cukup gah meskipun sudah mati beribu tahun yang lalu tetapi dipuja manusia hingga kini. Sedangkan ianya agar diambil peringatan sebagaimana Allah telah mengekalkan badan dan jasadnya seperti disebut dalam surah Yunus-92:

فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ

Maka pada hari Ini kami selamatkan jasadmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan Sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan kami.

Langit tak selalunya cerah. Kebangkitan rakyat menentang firaun moden, Hosni Mubarak menyebabkan rakyat berkumpul di Medan Tahrir yang disebelahnya adalah Muzeum yang menyimpan pelbagai artifak dan mumia Firaun. Kekecewaan rakyat dan penderitaan yang sekian lama membuak-buak menyebabkan mereka memecah masuk ke dalam museum dan memecahkan beberapa mumia firaun yang dianggap bersejarah itu.
Setelah Firaun moden di Tunisia melarikan diri, kebangkitan rakyat bak domino , melanda Mesir. Sejauh mana Mubarak dapat bertahan. Sebagai gah mereka-mereka yang zalim. Menindas rakyatnya sendiri menggunakan pelbagai tipu-helah untuk mengekalkan kuasa. Menggunakan tentera dan polis untuk membantai rakyatnya sendiri. Kalau Firaun ada orang yang menyediakan museum untuk dilawati apakah ada museum untuk orang yang seperti Mubarak? Dihujung usia dan dihujung kekuasaannya, ia amat dibenci oleh rakyatnya sendiri.
Perbanyakkanlah doa Nabi Musa ini semoga Firaun dan mereka yang sewaktu dengannya melihat azab didunia ini lagi.

وَقَالَ مُوسَى رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَأَهُ زِينَةً وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَنْ سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ

Musa berkata: "Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Telah memberi kepada Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, Ya Tuhan kami - akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka, Maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat siksaan yang pedih."

Wednesday, January 19, 2011

Alasan Bodoh Naikkan Harga Barang

Artikel
"Pakar Matematik Gunaan, Profesor Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin menyangkal dakwaan di sebalik alasan-alasan yang dikemukakan berhubung kenaikan harga petrol dan barang harian. Dalam wawancaranya bersama akhbar Sinar Harian, beliau menegaskan harga bahan api boleh diturunkan sehingga 30 sen seliter. Perkara itu katanya, boleh dilakukan dengan menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barangan.

Dengan itu juga katanya, sekaligus dapat menghapuskan kemiskinan.

Katanya, Malaysia sebagai negara pengeluar minyak boleh menjual dengan harga murah untuk dalam negara tetapi menjual harga pasaran untuk luar negara. Malah jelasnya, kenaikan harga minyak di pasaran dunia bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, sebaliknya mendapat untung berganda.

Beliau mengemukakan perkiraan anggaran keuntungan jualan minyak negara disebabkan kenaikan harga minyak di pasaran dunia pada tahun 2007 hingga Jun 2009 di mana perolehan untung tambahan dari RM44 bilion setahun meningkat hingga RM78 bilion setahun.

“Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi,” ujarnya pada wawancara itu. Sangkal beliau juga, tanpa subsidi harga minyak tetap boleh diturunkan, apatah lagi jika diberikan subsidi.“Ketika minyak mentah berharga AS130 setong atau RM455 setong (dengan kadar tukaran RM3.50 kepada AS1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 dan diberikan subsidi 30 sen seliter menjadikannya RM2.70 seliter.

“Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut, mustahil mereka mahu menjual harga sama seperti dijual Petronas iaitu RM2.70 seliter,” ujar beliau.Terang Hamid, sekiranya syarikat asing tersebut tidak mendapat sejumlah subsidi, tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana dijual di negara lain. Sebab itu katanya, harga Shell di Singapura lebih mahal.Menurut beliau, tinjauannya mendapati pengusaha stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. “Daripada jumlah itu, mereka hanya memperoleh komisyen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru, kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 88 peratus daripada RM33 bilion subsidi dibayar kepada syarikat asing,” terangnya.Bagaimanapun dakwanya, angka-angka subsidi tidak selari dengan penggunaan dan jualan minyak dalam negara. Oleh itu, beliau mempersoalkan kewujudan subsidi petrol tersebut. Jelasnya juga, walaupun tanpa subsidi, rakyat tetap sepatutnya tidak membeli minyak dengan harga yang mahal.

“Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerap terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak yang dijual dalam negara. Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual petrol dengan harga lebih rendah.

“Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan jualan minyak. Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas. Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil. Itupun, Petronas tetap mengaut keuntungan berbilion ringgit. Sedangkan dengan harga AS50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbilion ringgit, inikan pula AS138 (RM483) setong. Sepatutnya bila untung dua kali ganda, turun separuh harga,” jelasnya.Beliau turut menyatakan bahawa dakwaan stok minyak negara akan habis sebagai tidak benar. Ujar Hamid lagi, pada pandangannya model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada kerajaan tetapi salah pada rakyat.Katanya, beliau sedia berkongsi formula tersebut dengan mana-mana pihak terutamanya parti politik yang berhasrat memerintah negara ini supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. “Insya-Allah, jika pemerintah melaksanakan formula ini semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi ‘World Reserved Bank’,” yakininya di akhir wawancara itu.

Monday, January 10, 2011

Bermula Sehati Berdansa, Berakhir 14 Hati Bercerai ?

PELIK tetapi benar inilah yang boleh dikatakan tentang rancangan popular Sehati Berdansa di Astro. Apa tidaknya setakat ini sudah tujuh pasangan yang menyertainya bercerai.

Terbaharu Rabu juara program musim ketiga, Syed Hussein Syed Mustafa atau Sein, dan isterinya, Noor Diyana Muhammad atau Nana bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam.

Sebelum ini pasangan yang menyertai program yang sudah bercerai ialah pelakon Sabrina Ali Dad Khan dan suaminya Mohamad Shahrin Abdul Halim, 38; Asheed Def Gab C dan Sharifah Noor Shima; Atilia dan Ariff Johan Abdul Aziz; Dira Abu Zahar dan Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid; Radhi OAG dan Shazlin Sharif serta Anne Ngasri dan Abdul Wafi Hassan.

Sein, 27, melafazkan cerai selepas mahkamah membenarkan permohonan Nana, 26, (gambar kanan) yang merupakan anak bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Negeri Selangor 2003.

Prosiding perceraian dijalankan di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin.

Pasangan itu menjuarai musim terakhir program realiti itu yang merupakan pertandingan tarian khusus untuk pasangan selebriti.

Peguam Syarie, Zuri Zabudin Budiman yang mewakili Noor Diyana, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya memfailkan permohonan itu atas alasan pasangan itu tidak lagi dapat menjalani kehidupan bersama kerana tiada persefahaman.

Zuri berkata pasangan suami isteri itu masih tinggal serumah tetapi tidak lagi tidur bersama dan telah wujud perbalahan yang berpanjangan antara mereka.

"Pelbagai usaha telah dilakukan termasuk rundingan oleh keluarga masing-masing tetapi tidak ada keputusan dicapai untuk memperbaiki hubungan.

"Memandangkan defendan (Sein) dikenali ramai jadi mohon kebenaran untuk bercerai cara baik," katanya.

Sumber: Karat E-jau

1. Dira Abu Bakar(pelakon)
& Tengku Shafiz-rullah Tengku Mohd. Shahid

2. Anne Ngasri & Abdul Wafi Hasaan


3. Atillia & Arif Johan Aziz

4. Radhi OAG & Shazlin Shariff

5. Sabrina Ali Dad Khan & Mohamed Shahrin Abdul Halim

6. Asheed Def Gab C & Sharifah Noor Shima

Maka kita tidak akan hairan jika program Sehati Berdansa telah digantikan dengan Mari Menari yang berkemungkinan juga, atas kehendak Allah, akan menjadi program Mari Menari Jom Bercerai, satu hari nanti. Bunga-bunga mengundang kemurkaan Allah sudah mula nampak... Belakangkan perintah Allah kerana ikut cakap anak. Wallahu'alam.


Tuesday, January 4, 2011

Hindari Pertandingan Joran

Hindari Pertandingan Joran

Umat Islam di negara ini digesa menghindari penyertaan pertandingan memancing atau joran yang berkonsepkan perjudian kerana ia adalah haram dan dosa besar, bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONEKatanya, perkara itu semakin membimbangkan kerana kebanyakan pertandingan berkenaan yang begitu meluas dijalankan di negara ini, hari ini adalah berasaskan 'judi' atau qimar.

"Masyarakat pula tidak mengambil serius tentang pembabitan unsur atau asas perjudian dalam kebanyakan pertandingan joran yang diadakan. Dalam Islam judi atau qimar adalah haram dan tersenarai dalam dosa-dosa besar.

"Qimar atau judi bermaksud 'setiap pertandingan yang mensyaratkan pemenang mengambil sesuatu dari yang kalah'. Dalam qimar atau judi ada pihak yang rugi dan yang untung atas pertaruhan tersebut. Hal ini berlaku dalam kebanyakan pertandingan joran dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

fishing trawlers 231216 fishermenMenurut Dr Asri, pertandingan joran yang berasaskan prinsip perjudian itu membabitkan pelbagai pihak; kerajaan negeri, kerajaan tempatan, majlis perbandaran, parti-parti politik, sekolah, syarikat perniagaan, persatuan dan lain-lain.

Katanya, wang pertaruhan yang dinamakan 'yuran penyertaan' yang diambil itu dijadikan hadiah untuk yang menang, atau keuntungan kepada pengajur atas kekalahan peserta.

“Pembayaran wang penyertaan kebanyakannya bukan untuk kemudahan yang dinikmati oleh peserta, sebaliknya sebagai wang pertaruhan. Ini terbukti setiap peserta dikehendaki membayar berdasarkan mata pancing yang digunakan.

ikan kerapu grouper fish 140509“Wang yang terkumpul itu juga dijadikan hadiah, atau keuntungan penganjur jika peserta gagal. Unsur pertaruhan itu jelas. Biasanya, lebih besar pertaruhan, lebih lumayan hadiah,” katanya.

Dr Asri berkata sebenarnya, yuran penyertaan itu jika sekadar pembayaran peserta menggunakan kemudahan yang disediakan seperti makan minum, duit kenderaan dan seumpamanya, maka ia bukan judi dan pertaruhan.

“Namun, apabila ia menjadi wang terkumpul untuk hadiah pemenang, maka itu adalah satu perjudian. Konsep ini hampir sama dengan apa yang digunakan oleh syarikat-syarikat loteri yang pernah menamakan diri mereka 'loteri kebajikan',” katanya.