Monday, October 17, 2011

Hinanya bangsa Melayu.........

Setiap hari keluar di TV Akhbar kes kes pembuangan bayi. anak kecil ( manusia ) . kenapa manusia sekarang sanggup melakukanya. boleh di katakan bayi bayi yg di buang ini melayu anak ornag islam. bohonglah kalau cina atau india buang bayi. di mana perasaan kita apabila melihat bayi bertali pusat dalam air longkang, dalam parit, dalam tong sampai.adakah setakat keluar dari mulut ASTAGFIRULLAH HAL AZIM itu sahaj kah yg kita dapat lakukan. wahai orang melayu yg mengaku islam , di mana hati dan perasaan ornag melayu. jamil berkata begini kerana hampir setiap hari ada sahaj kes buang anak. seolah olah tiada berhenti tiada penyudah.


Banyak foto ada. tapi jamil pilih yg ini sebab yang lain demi Allah jamil tak sanggup tengok. Jamil doakan mereka mereka yg buang anak ini hancurlah keturunan mereka.

Tak malukan ornag melayu nak mengaku diri islam kalau hati budi dan perangai lebih teurk dari bangsa kafir. pada aku mohon maaf lah aku tengok bangsa aku melayu berperangai dan hati budi lebih hina dari kafir. tidak kah ornag melayu belajar al quran. tidakkah mereka membaca alquran. kalau tak tahu baca jawi sekaranga da al quran terjemahan. baca. apa suruhan Allah, apa larangan Allah. tengok balik selak balik kenapa kes kes buang bayi berlaku. macaman berlaku. kenapa berlaku. jgn menunding jari. budak yg buang tu memang bersalah. memang patut di hukum , memang patut di bunuh tapi cari juga siapa yg menyebab dia lakukan. kenapa mereka lakukan, dari lelaki yg melakukan bersama hukum, pun begitu tak sudah di situ. selak lagi kenapa mereka berani lakukan. buka lagi kenapa mereka boleh lakukan. kenapa mereka berani lakukan.

Aku di bukit bintang kuala lumpur bertapak dah hampir 15 tahun. setiap hari aku melihat kelakuakn anak melayu lebih teruk dari kafir. hinanaya anak melayu lebih hina dari kafir. ko orang nak marah pasal aku kata begini ko orang punya pasal. ko orang boleh pergi mampos. aku dah tak tahan tengok kelakuakn anak bansga aku. yg mengaku islam, yg berbinkan islam tapi lebih hina dari kafir laknat. pakaian mereka , kelakuan mereka, pergaulan mereka, cara hidup mereka. umur 15-20 hisap rokon selambe. berpegang tangan selambe. adakah mak bapak mereka datang dari keturunan pelancur jalanan. sehingga anak anak berkelakuakn begini. aku tak kata aku alim warak tapi kalau mereka melayu tetapi ugama lain go to hell with them.tapi mereka melayu beragam islam. kenapa begini. di mana mak bapak mereka apa tanggungjawab mak bapak mereka.


Satu je contoh bangsa apakan ini. cinakah? india kah , sikh kah ? jawablah sendiri.

Aku tengok anak anak betina melayu umur 14-20 tahun berpakaian lebih teruk dari pelacur muarahn. bangsa apa? MELAYU , ugama apa ? ISLAM. woi melayu melayu babi macaman ko orang ajar anak ko orang. kenapa mereka berkelakuan lebih hina dari kafir. cina india kafir berpakaian lebih senonoh dari melayu. sila datang ke bukit bintang hari sabtu,ahad atau ahri cuti umum. lihat sendiri. sila lepak di hadapan maybank bukit bintang tengok. tidak pun lepak dekat tempat aku.lagi elok. tengok aku sound sekor sekor. pergi mamposlah mereka malu.aku lagi malu bila bangsa lain tanya aku. aku tengok anak cina walaupun pakai pendek lagi bersopan dari anak melayu. yang banyak dok perasan lawa perasan cantik. . tetek besar buanh limau nak pakai ketat. aku tak marah budak lelaki. biasalah mereka jantan. jantan mana yg tak gatal. kot jantan gay sahaja yg tak gatal tengok betina.

Kalau dah tangan bagi di pegang . belakang bagi di pelok. so yang lain i dont think have any problem. you love me give me what i want. than you understand la. bila dah dapat sekali. weel setiap kali kena ikut la.sebab budak lelaki tu dah dapat saham. tambah pulak kalau dapat rakam dgn handphone. tak bagi alatnya masuka ke xtube. redtube, rokettube. tapi tak akan masuk youtube sebab you tube akan sensor. bukan itu sahaja kena dapat boyfriend yang nakal. dia boleh syer dgn kawan kawan dia pulak. pakai baju sekolah 5 orang bubuh.aku tak tuduh.aku cakap apsal aku dha jumpa dekat 10 video macam tu. AKU TAK MAHU HIPOCRITE MCM MELAYU LAIN. MEMANG AKU JUMPA .MEMANG AKU TENGOK SEBAB AKU NAK TAHU BANGSA APA so what ? sebab itu aku berani cerita. tak payah bohong la. bila orang depan computer sorang sorang mustahil mereka tak merayap. itulah penangan internet.

Apa pemimpin melayu buat baik kerajaan baik pembangkang . setakat menyalaks ekor sekor. bergaduh sesama sendiri. ashik dok jaga hati bangsa lain dek kerana undi. hal hal agama biarkan mampos. hal hal adat biarkan mampos. syarat dapat menang. pemimpin lain kerja tiada. ashik membusukan orang membusukan orang ini . aku nak tanya pembaca ada ko ornag pernah dengan mana mana pemimpin bercakap pasal maruah dan harga diri bangsa melayu baik kerajaan atau pembangkang. penyokong ada cakap aku tak nafikan.

Nak harapkan yang mengaku ketua agama konon jgn haraplah. keturunan sendiri lebih teruk dari kafir kehidupan mereka, nak harapkan jakim, jais, mais, kais, pais tak payahlah. barua barua ni lain kerja tiada hanya tahu membodek, mengampu, menjaga peroik nasi. dan gaji. pergi mamposlah hal hal agama di langgar sekali pun. yg mereka tahu kalau pemimpin,penyokong pembangkang buat mesti kerja keras heret mereka ke mahkamah. tapi kalau pemimpin kerajaan buat buat dek sudah. di sinilah hinanya apa yg di panggil BANGSA MELAYU . samaada terima atau tidak itulah kenyataanya.

Nak harapkan mak bapak mengajar anak. mereka lebih suka kehidupan mewah dari kehidupan anak anak. mak kerja bapak kerja. sebab apa? sebab nak belagak. nak menunjuk nunjuk. nak hidup mewah. Allah sudah cipta kehidupan lelaki berkerja isteri menjaga anak anak. cuba tengok ornag orang yg isteri tak berkerja insyaallah anak anak mereka elok. cukup ajar. ni tak sekor sekor sibuk nak cari duit. bohonglah kalau tak cukup. rezeki yg allah dah tentukan semuanya menuckupi. melainkan kalau suami isteri nak pakai kereta seorang sebiji. gelang emas, handphone blackberry ,ipad iphone. nak menunjuk tambah tambah pulak kalau dekat nak raya. sebab itu semua sentiasa tak cukup. jjadi bila mak bapak kerka anak jadi anak haramjadah. kecik kecik hisap rokok, yang jantan main bohsia. yang betina main jantan. tengok blue film,

Sorrylah k. kalau ornag yg baca nak terasa. aku apa peduli pergi mamposlah. hukum hakam agama dah tiada nilai. maruah bangsa melayu hancur lebur. ko ornag mungkin tak marah sebab ko orang mana ada maruah.bahasa aku , mulut aku memang kasar tapi insyaallah hati aku Allah jadikan baik.

Antara haji mabrur dan kefahaman hudud

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGpDpUvzDGtsDbz3Es2TBnpQvnJkCS6Gj2ViGoyeI15X_zL_865PP-BBsF7sAZInNpOkH3eD97QnhPeOVj0P3wjaWnued6RaD8xvmQpXe-ymnrqUOyl21GSOYnUd8NQ9mja-eBTrKC3q4/s400/hajj-makkah.jpgSETIAP jemaah haji selepas menunaikan ibadat rukun Islam yang kelima itu, pasti berdebar-debar untuk pulang ke pangkuan keluarga tercinta sejak ditinggalkan lebih sebulan walaupun pada saat rencana ini ditulis, kemuncak haji masih belum dirasakan dengan wukuf di padang Arafah.
Pastinya debaran hati para jemaah bertambah kuat setelah melalui ujian getir ketika berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah


Apabila pelaksanaan rukunrukun haji selesai dilakukan, ini bermakna mereka sudah boleh dilabelkan dengan gelaran haji di depan nama-nama mereka.

Sesungguhnya gelaran haji itu merupakan satu penghormatan daripada manusia yang memanggil dengan gelaran itu.

Ini kerana apabila seseorang itu bergelar haji, bertambahlah tanggungjawabnya terhadap masyarakat, apatah lagi yang berkaitan dengan program masjid atau surau berdekatan, walaupun sebelum ke Tanah Suci, kedua-dua tempat itu jarang dijenguknya.

Sekurang-kurangnya mereka boleh bertindak sebagai ‘rolemodel’ dengan menunjukkan perilaku yang baik, bertutur dengan kata-kata yang manis, menegur-sapa orang-orang di sekeliling tanpa ada syarat tertentu, berbudi bahasa dan jauh daripada sebarang penggunaan kata-kata kesat yang boleh menyinggung perasaan saudara-saudara seagama yang lain.

Tetapi apakah mungkin seseorang yang sudah bergelar haji atau hajah melakukan sesuatu yang terbaik, lebih baik daripada sebelum mereka ke Tanah Suci?

Ia bergantung kepada sejauh mana jemaah haji mendapat pengajaran daripada setiap langkah, perbuatan dan amalan haji ketika berada di sana. Kerana semua amal ibadat dan rukun-rukun haji yang dilakukan sebenarnya ada kaitan dengan persoalan akhirat, iaitu satu keadaan di mana ia mampu mengingatkan manusia untuk berhubung dengan Allah SWT selaku Pemilik hari akhirat dan kiamat, yang akan menghukum kepada siapa sahaja yang tidak tunduk kepada arahan-Nya dan melakukan segala tegahan-Nya.

Justeru, sekembalinya para jemaah haji nanti dari Tanah Suci, apatah lagi diiringi dengan haji mabrur yang diterima di sisi Allah SWT, bagaikan mereka baru keluar (dilahirkan) daripada perut ibu-ibu mereka iaitu tidak berdosa, ia satu keadaan di mana mereka berpeluang untuk menebus segala kesalahan-kesalahan lalu. Ini kerana manusia tidak sepi daripada melakukan dosa, apatah lagi terhadap Allah, Rasul-Nya, kepada kedua ibu bapa, guru-guru, jiran-tetangga, sahabat-handai dan lain-lain.

Apa yang penting setelah bergelar haji, elakkan daripada terlibat dengan banyak duduk di kedai-kedai kopi iaitu satu keadaan sebelum mereka menunaikan fardu haji dengan bersembang pada perkara yang tidak banyak boleh membantu mereka nanti di alam akhirat dan kiamat. Kalau duduk pun, pasti ada sesuatu mesej perlu disampaikan terutama dalam isu hangat terkini dibicarakan oleh kebanyakan orang, iaitu hudud.

Mereka perlu memikirkan bagaimana untuk banyak duduk di dalam rumah-rumah Allah seperti masjid, surau atau di tempat-tempat ceramah yang boleh mengingatkan mereka untuk terus bersiap sedia dengan bekalan-bekalan akhirat, banyak membaca al- Quran, mendengar kuliah atau tazkirah, bercakap pada perkara yang boleh menambahkan pahala, bukan menambahkan ‘koleksi’ dosa, mendalami lebih intim mengenai tujuan dan matlamat utama Allah SWT memerintahkan khalifah-Nya (pemimpin) merealisasikan hudud atau qisas yang termaktub dalam al-Quran.

Justeru, memilih kawankawan yang baik-baik, apatah lagi yang boleh mengingatkan mereka kepada Allah sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud: “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang mengingatkan kamu kepada Tuhan pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah sematamata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”

Paling menarik untuk dikongsi, adalah pengalaman Ibrahim bin Adham (mantan raja di negeri Balh-Baghdad) suatu ketika dahulu, apabila mendampingi ulama merasakan banyak kekurangan yang terabai ketika memerintah Balh, akhirnya beliau berundur untuk memberi laluan kepada siapa yang lebih berhak mentadbir negeri dengan Islam.

Kesedaran kepada agama semakin memnuncak, beliau mendalami ilmu dari seorang berilmu kepada seorang yang alim lain, dari satu negeri kepada negeri yang lain, ia bertujuan untuk memperlengkap diri dengan aspek nilai agama, hingga akhirnya beliau menjadi seorang ahli ibadat yang berilmu, malah dekat kepada Allah serta menjadi rujukan masyarakat sekeliling dalam bidang keagamaan.

Dalam kesempatan bersama masyarakat, beliau sering diajukan beberapa persoalan agama, antara soalan yang diterima ialah mengenai mengapa doa-doa mereka tidak diterima Allah, Ibrahim menjelaskan bahawa terdapat 10 faktor mengapa Allah menolak segala permohonan mereka.

Dalam kesempatan ini, penulis hanya fokus kepada faktor pertama sahaja, menurut Ibrahim, sesungguhnya Allah SWT menolak permohonan hamba-Nya adalah kerana mereka benar-benar mengenali Allah sebagai Tuhan mereka, tetapi pada masa yang sama tidak melaksanakan segala undang-undang Allah yang terdapat di dalam al-Quran, pastinya undang-undang atau hukum yang terdapat dalam kitab suci itu tidak lain adalah hudud, qisas dan lain-lain.

Justeru, bagi jemaah yang berpeluang ke Tanah Suci tahun ini atau tahun-tahun sebelum ini, mereka bukan sekadar menunaikan rukun haji yang kelima sahaja, tetapi pada masa yang sama mereka juga perlu menguasai undang-undang, peraturan serta hukum al-Quran bagi menyempurnakan bukan sahaja rukun Islam, tetapi janji setia mereka di hadapan Allah terutama dalam ungkapan solat mereka, bahawa mahu menjadikan mati dan hidup hanyalah untuk Allah SWT.

Ini termasuk mengelak diri daripada menampilkan diri di khalayak ramai dengan penampilan yang tidak boleh dijadikan contoh seperti memakai gelang tangan, berseluar pendek, membiarkan isteri dan anak-anak gadis tidak menutup aurat dan bertudung ketika berada di luar rumah, tidak menyokong manusia yang suka mempersenda Islam, memakai pakaian yang bersesuai dengan taraf seorang yang bergelar haji, ini tidak lain bagi mengekalkan kelangsungan pahala-pahala haji untuk tahuntahun mendatang.

Saturday, October 15, 2011

Kisah Nabi Daud Dengan Ulat

Tazkirah
"Ingatlah, bahawa semua makhluk Allah sentiasa berzikir memuji kebesaran Allah

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingati sebagai bahan sejarah agama Islam, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak kes penganiayaan terhadap haiwan. Ini menunjukkan manusia begitu jauh dengan agama. Kebanyakan mereka menjadi sangat kejam disebabkan faktor duit.

Thursday, October 13, 2011

Ibadah Korban

Tazkirah
"Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta.

Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur. Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)

Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)

Hukum menyembelih korban

Nabi bersabda, “Sesiapa yang mempunyai kemampuan rezeki untuk menyembelih haiwan korban, tetapi dia tidak mahu lakukan sembelihan korban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim)

Majoriti ulama berpendapat hukum sembelih korban adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta.

Manakala Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi yang berkemampuan.

Saturday, October 8, 2011

Tiba masanya mengharamkan asbestos di Malaysia

Sejak tahun 2001, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menggesa pihak berkuasa supaya mengharamkan sepenuhnya segala bentuk asbestos. Gesaan tersebut dibuat berikutan peningkatan kes-kes penyakit yang dikaitkan dengan asbestos disebabkan penggunaan besar-besaran asbestos pada masa lalu, dan hakikat bahawa beberapa buah negara, termasuk Malaysia, masih terus menggunakan asbestos chrysotile.

Dalam perbincangan dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) pada 28 Mac lalu, satu persetujuan telah dicapai berhubung pengharaman asbestos, termasuk chrysotile. Bagaimanapun perwakilan dari APCO Worldwide membantah kemasukan chrysotile ke dalam pengharaman tersebut dengan alasan Malaysia akan mengalami kerugian ekonomi jika berbuat demikian. Mereka yang hadir dan DOSH sendiri menekankan bahawa penggunaan chrysotile sedang dikeluarkan secara berperingkat-peringkat oleh industri terbabit.

APCO telah membuat bantahan supaya menghentikan pengharaman tersebut kepada DOSH dan kerajaan Malaysia. APCO juga membawa masuk Dr David Berstein, ahli toksikologi yang beribu pejabat di Switzerland yang telah menjalankan pelbagai kajian ke atas merokok dan asbestos chrysolite yang dibiayai oleh industri tembakau dan asbestos sendiri, ke Malaysia untuk meyakinkan kerajaan bahawa produk itu selamat untuk kegunaan.

Pandangan dari sudut saintifik adalah cukup jelas bahawa semua bentuk asbestos, termasuk asbestos chrysotile, boleh menyebabkan penyakit seperti mesotelioma, kanser paru-paru, kanser jenis lain dan asbestosis, dan penggunaan yang selamat adalah sesuatu yang mustahil. Tambahan pula, asbestos adalah salah satu karsinogen pekerjaan yang paling penting, membabitkan kira-kira separuh daripada bilangan kematian akibat kanser pekerjaan. Malah, ia membunuh lebih ramai pekerja di banyak negara berbanding kecederaan ketika bekerja.

Menurut WHO, di negara-negara yang telah mengharamkan asbestos sejak awal tahun 90-an sekalipun kes kematian yang dikaitkan dengan asbestos terus meningkat. Ini disebabkan tempoh lama yang dikaitkan dengan penyakit tersebut. Dengan menghentikan penggunaan asbestos sekarang, kita berharap dapat melihat penurunan dalam kes-kes kematian yang dikaitkan dengan asbestos cuma selepas beberapa dekad.

Sementara itu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengadakan kempen secara global untuk membasmi penyakit yang dikaitkan dengan asbestos, dan ia dijalankan dengan menghentikan penggunaan semua jenis asbestos.

Lebih daripada 55 buah negara telah menyahut gesaan ini dan negara terakhir yang berbuat demikian ialah Thailand. Pihak berkuasa Thai mendapati bumbung rumah di bandar yang tidak menggunakan asbestos menambah kos pembinaan rumah sebanyak $65 atau ½ peratus kos membina rumah di Thailand. Memandangkan keadaan di Thailand dan Malaysia mempunyai beberapa persamaan, adalah selamat untuk mengatakan bahawa kerugian ekonomi yang disebutkan oleh APCO adalah tidak signifikan.

Sehubungan itu, Malaysia perlu turut menyertai kempen global ini iaitu ke arah mengharamkan penggunaan segala jenis asbestos dan tidak tunduk kepada tekanan kumpulan-kumpulan yang lebih mementingkan keuntungan daripada kesihatan orang ramai.

Thursday, October 6, 2011

Kematian Steve Jobs

Analisis Isu
"Semua media telah melaporkan kematian Steve Jobs sebentar tadi, pagi Khamis bagi kita atau petang Rabu bagi peristiwa sedih tersebut dilaporkan di California.

Pakar yang telah merevolusikan dunia komputer peribadi, telefon dan musik telah menubuhkan syarikat Apple Inc beliau pada tahun 1976.

Ramai yang akan menyatakan kehilangan besar kepada industri yang sedang rancak merasai idea-idea terbaru beliau terutama dengan siri iPhone dan iPad yang merombak monopoli pemain industri ICT lain.

Seorang yang gigih bekerja dan kuat mendorong rakan-rakan sekerja dan kakitangan telah menyerahkan kuasa pengurusan peniagaan beliau kepada penggantinya dua bulan yang lalu apabila tahap kesihatannya semakin uzur.

Walaupun saya tidak memiliki mana-mana hasil ciptaan beliau baik dari Apple IIe atau Macintoshnya (yang popular semasa kami di peringkat universiti dulu) mahupun yang terkini, apa yang lebih saya rasai pemergiannya ialah beliau mengakhiri hayatnya bukan sebagai seorang Muslim.

Berasal dari ayahnya yang seorang Arab Muslim, beliau tidak menemui Nur Islam dalam hidupnya. Namun, tidaklah dapat kita pastikan apakah di saat-saat sebelum malaikat maut datang menjemput beliau mengucap syahadah itu, walLahu a’lam.

Dalam segala kecanggihan teknologi perubatan dan memiliki kemewahan kewangan yang tidak dapat kita bayangkan, ianya tidak dapat menjamin kehidupan yang berkekalan apabila ajal tiba jua.

Semoga ianya menjadi iktibar kepada kita semua

Tuesday, October 4, 2011

Tanda-Tanda AWAL KANSER Yang Tak Pernah Di EndahKan

Artikel
"Malaysian Health Journal (cancer / kanser) Biasanya pesakit kanser hanya menyedari dia mengidap kanser bila penyakitnya sudah pada peringkat 4. Dan, selalunya keadaan ini dianggap sudah terlalu lewat.
Sebenarnya. dari peringkat awal kanser menyerang tubuh kita, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering mengandaikan yang tanda-tanda itu sebagai 'Tidak apa-apa', cuma sakit biasa sahaja. Kita pun mengambil langkah 'bijak' kita sendiri iaitu menelan panadol atau membeli ubat di farmasi.


Adakah anda pernah membuat pemeriksaan tahunan seperti ujian colonoscopies atau ujian PSA? Tentu ramai yang menggelengkan kepala. Tidak mengapa kerana meskipun penting, setakat membuat ujian seperti itu belum tentu dapat melindungi anda daripada kanser.

Anda tentu tidak mahu menyertai barisan pesakit kanser yang terlambat menyedari, bukan? Jadi, perhatikan perkara-perkara berikut. Mungkinkah ia merupakan penggera awal, notis pemberitahuan bahawa sel-sel kanser sedang mula bertapak dalam tubuh anda?

1. Sakit perut atau senak perut.
Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat / mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Sakit yang seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan.
Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan-nekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.

Nampaknya, sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. Jadi, jika anda mengalami sakit perut dan ia bukan berpunca akibat tersalah makan atau bukan masalah pencernaan, jumpalah doktor anda, mintalah dia arahkan pemeriksaan menyeluruh dan buatlah 'ultrasound'

4. "Asid perut" kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit.
Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.

Sakit yang tidak diketahui puncanya atau sakit di sebelah kanan yang lebih rendah boleh menjadi tanda awal kanser hati, yang dikenali sebagai salah satu "pembunuh senyap." Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa kanser hati juga.

Jika anda mempunyai serangan kerap asid perut, sakit perut yang tidak dapat dijelaskan, atau perasaan penuh selepas makan walaupun anda makan kurang daripada biasa, hubungi doktor anda.

5. Kehilangan berat badan.
Anda seorang yang tidak aktif, nak bergerakpun malas tetapi tetiba berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan, ketahuilah bahawa inilah petanda awal kanser kolon. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan boleh juga menjadi tanda kanser yang merebak ke hati, memberi kesan kepada selera anda dan keupayaan badan anda untuk membersihkan sendiri sisa.

4. Jaundis / demam kuning.
Barah pankreas, satu lagi salah satu "pembunuh senyap," sering ditemui apabila seseorang mengidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata, tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah. Sesetengah orang yang mengidap barah pankreas mengatakan, mereka perasan kulit mereka rasa gatal sebelum mereka menyedari bahawa mereka mengidap jaundis.

5. Berdehit atau sesak nafas.
Sesak nafas, sakit dada, atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.

6. Batuk yang kronik atau sakit dada.
Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru, boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.

Satu cara untuk memastikan apakah anda mengidap kanser atau tidak.
Gejala-gejala itu berterusan, atau tanda-tanda itu hilang sekejap kemudian datang semula berulang-ulang. Sesetengah pesakit kanser paru-paru memberitahu yang sakit dada dialami itu menjalar hingga ke bahu atau ke bawah lengan.

7. Kerap demam atau terkena jangkitan.
Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan / keupayaan melawan jangkitan kuman. Doktor kadang-kadang mengesan leukemia di kalangan orang dewasa yang lebih tua hanya selepas pesakit telah beberapa kali mengadu demam, sakit, dan simptom seperti selesema dalam tempoh masa yang panjang.

8. Kesukaran menelan.
Yang sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak, kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga. Lelaki yang didiagnosis dengan kanser esophageal mengalami rasa sakit ketika menelan makanan/minuman. Kadang-kadang anda rasa ada sesuatu tersekat di kerongkong. Dapatkan nasihat doktor kerana pada saat ini mungkin esofagus anda sudah menjadi sempit atau ada tumor dalam kerongkong.

9. Gastroesophageal penyakit refluks (GERD) - satu keadaan di mana asid perut naik ke dalam esofagus, menyebabkan pedih hulu hati dan rasa berasid di tekak - boleh mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai esofagus Barrett, yang boleh menjadi penyebab kanser esophageal.

10. Bengkak muka.
Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru lmengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

11. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak, atau pangkal paha (ketulan).
Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

12. Lebam Teruk atau pendarahan yang tidak berhenti.
Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah, boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan. Ini kerana sel-sel leukimia mengerumuni sel-sel darah merah dan platelet lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa oksigen dan beku.

13. Lemah dan letih.
Sering merasa lemah, tak larat, letih adalah gejala bagi kebanyakan penyakit kanser yang tidak disedari sama sekali. Jadi jika anda berasa letih tanpa sebab sehingga susah hendak tidur, segeralah berjumpa doktor.

14. Pendarahan rektum atau darah dalam najis.
"Saya fikir ia buasir" adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor mendengar apabila mendiagnosis kanser kolorektal.

15. Sembelit, cirit-birit, dan perubahan dalam najis semua boleh menjadi tanda-tanda kanser.
Seperti dengan banyak gejala kanser lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas, seperti flu atau keracunan makanan.

Orang yang didiagnosis mengidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas.

Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.

16. Sukar membuang air kecil.
Tanda-tanda awal kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing .Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.

17. Rasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil.
Gejala ini juga boleh menunjukkan jangkitan saluran kencing atau penyakit kelamin, sudah tentu, tetapi dalam hal mana-mana waran perjalanan serta-merta kepada doktor. Gejala ini sering digabungkan dengan perasaan bahawa anda perlu pergi lebih kerap, terutamanya pada waktu malam. Gejala-gejala ini yang sama juga boleh menunjukkan keradangan atau jangkitan pada prostat atau hiperplasia benign prostatic, nama apa yang berlaku apabila prostat membesar lebih besar dan menyekat aliran air kencing. Walau bagaimanapun, anda perlu mendaftar keluar untuk memberitahu perbezaan.

18. Kencing berdarah dan darah dalam air mani. Adalah tanda bahaya kanser prostat.

19. Masalah ereksi.
Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mengidap kanser prostat.

20. Sakit pada pangkal paha, pinggul, atau abdomen.
Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, peha, atau bahagian paling rendah di belakang.

Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.

21. Bengkak buah zakar.
Ketulan yang menunjukkan kanser testis tidak langsung menyakitkan. Ia juga biasa bagi testis membesar atau membengkak.

22. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya.
Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit di belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang adalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas.

23. Puting tetek yang bersisik atau dan mengeluarkan cairan.
Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara, ya! Merekamengalami satu keadaan yang dipanggil gynecomastia, ada ketulan benigna di kawasan puting. Kanser payudara biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika ia merebak ke dalam, ia juga boleh menyebabkan sakit dada.

Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok merah, bersisik, atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok masuk atau kebocoran bendalir.

24. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak, atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu bagaimana tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tetapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering.

Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit - melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus - dan berhati-hati memeriksa kulit di seluruh tubuh untuk pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.

25. Perubahan pada kuku.
Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh menjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit.

Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.

JIKA ADA MANA-MANA TANDA DIATAS, SEGERALAH BERJUMPA PAKAR PERUBATAN. JANGAN TUNGGU LAGI!

Sunday, October 2, 2011

Gambar Istana Negara yang baru...



Ini adalah sedikit gambar-gambar Istana Negara yang baru untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.

Wajar untuk dikongsi bersama kerana ianya dibina dengan menggunakan duit rakyat Malaysia yang dikutip melalui berbagai-bagai cukai antaranya ialah Cukai Perkhidmatan, Cukai Tanah, Cukai Pintu, Cukai Jalan dan juga Cukai Pendapatan.


Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur, dikatakan telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun antara faktor peningkatan kos ini ialah peningkatan harga barangan mentah terutamanya keluli.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini (2010) kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan Istana Negara yang baru itu telah diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka.

Ini kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.














































10 Negara Terkaya Dunia Saat Ini

Artikel

"Headlineatas (kiri-kanan): Austria, Belanda, Swissbawah (kiri-kanan): Uni Emirat Arab, Luksemburg, QatarEkonomi global masih bergejolak, namun beberapa negara ternyata dapat melaluinya dengan cukup baik. Bahkan tercatat sebagai negara terkaya dunia. Mana saja?Kebanyakan orang tahu bahwa Amerika Serikat adalah negara terkaya dunia, diikuti China,Jepundan lainnya. Hal ini dihitung berdasarkan indikator ekonomi Nominal PDB (Pendapatan Domestik Bruto), PNB (Pendapatan Nasional Bruto) dan banyak lagi.

Tetapi tidak banyak yang tahu tentang negara-negara terkaya berdasarkan PDB per Kapita, yaitu nilai barang dan jasa yang dihasilkan oleh rata-rata penduduk negara itu.HeadlineTidak masalah jika beberapa negara memiliki konstitusi atau raja, karena pada dasarnya ada konstruksi atau manufaktur sebagai bagian besar basis industri mereka. Tentu saja, kepemilikan atas ladang minyak merupakan keuntungan tersendiri.
Berikut peringkat kekayaan negara berdasarkan Produk Domestik Bruto (GDP) per kapita. Semua angka-angka dihitung menggunakan paritas daya beli (PPP) Bank Dunia.
Austria adalah negara pada urutan kesepuluh dalam daftar negara terkaya, dengan PDB per kapita mencapai US$ 39,711. Negara dimana permen dengan merek dagang PEZ ini ditemukan, memiliki populasi sebesar 8,41 juta, dengan sebagian besar berbahasa Jerman. Adapun industri utama Austria adalah konstruksi, makanan, dan logam.
9. Irlandia
Irlandia berada di posisi kesembilan, dengan PDB per kapita mencapai US$ 39.999. Negara dengan jumlah penduduk sebanyak 4,58 juta orang ini menggantungkan ekonominya pada industri utama logam, makanan, dan tekstil.
8. Belanda
Dengan PDB per kapita mencapai US$ 42.447, Belanda menempati posisi kedelapan, Runner up Piala Dunia 2010 ini dikenal untuk tingkat pengangguran yang rendah, dengan populasi mencapai 16,68 juta. Adapun industri utamanya mencakup pertanian, logam, dan produk rekayasa.
7. Swiss
Meskipun dunia mengenal Swiss dari penemuan berupa pisau Swiss Army dan coklatnya lezat, Swiss sebenarnya adalah negara yang bagus bagi investor. Mereka mengklaim PDB per kapita mencapai US$ 46.424 dengan jumlah penduduk 7,86 juta orang. Adapun perekonomian Swiss didasarkan pada industri pariwisata, mesin, dan bahan kimia.
6. Amerika Serikat
Amerika Serikat menempati posisi keenam negara terkaya dengan PDB per kapita US$ 47.084. Tanah kebebasan ini merupakan salah satu negara terpadat di dunia, dengan populasi lebih dari 310 juta penduduk. Industri utamanya meliputi minyak bumi, baja, dan kendaraan bermotor.
Satu-satunya negara di benua Asia Tenggara yang berhasil masuk daftar ini adalah Singapura, dengan PDB per kapita mencapai US$ 56.797. Singapura adalah sebuah negara dengan 63 pulau dan rumah bagi 5,07 juta penduduk. Adapun industri utamanya mencakup elektronik, kimia, dan jasa keuangan.
4. Norwegia
Sedangkan di posisi keempat negara terkaya adalah Norwegia, dengan PDB per kapita mencapai US$ 56.920. Kerajaan Norwegia adalah salah satu dari beberapa negara dunia yang masih diperintah seorang raja. Negara dengan populasi mencapai 4,97 juta orang ini wilayah strategis ekonomi ini, memiliki minyak bumi dan gas alam, dan pengolahan yang bagus.
3. Uni Emirat Arab
Uni Emirat Arab dengan PDB per kapita sebesar US$ 57.774 menjadi negara terkaya ketiga dunia. Negara yang memiliki Dubai Mall, pusat perbelanjaan terbesar dunia ini, terdiri dari tujuh emirat dan diatur oleh presiden. Uni Emirat Arab juga rumah bagi 8.260.000 orang dan mengkhususkan diri dalam minyak bumi, petrokimia, aluminium, dan semen.
2. Luksemburg
Di posisi kedua adalah Luksemburg, dengan PDB per kapita US$ 89.562. Meskipun merupakan negara Eropa yang kecil, bahkan lebih kecil dari Rhode Island, Luksemburg memiliki bahasa sendiri yaitu Luxembourgish. Selain menggunakan dua bahasa lain yakni Prancis dan Jerman. Penduduk disini tidak banyak, hanya 0,51 juta orang. Sedangkan industri terbesar adalah perbankan, jasa keuangan, besi dan baja.
1.Qatar
Adapun negara yang menduduki peringkat pertama terkaya berdasarkan PDB adalah Qatar, dengan PDB mencapai US$ 91.379 per kapita. Negara penyelenggara Piala Dunia pada 2022 mendatang ini memiliki populasi sebanyak 1,69 juta penduduk. Seperti banyak negara-negara Timur Tengah, produksi minyak mentah dan penyulingan memainkan peran besar bagi pendapatan negara ini.[businessinsider]

Bagaimana cara berzikir ketika sibuk bekerja

Tazkirah
" Zikir ialah ibadat paling ringan tetapi amat berat timbangan pahalanya, demikian dicatatkan blog drjuanda.com. Walaupun mudah dan ringan diamalkan, kebanyakan muslim lupa melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian.

Malah, menurut drjuanda.com, disebabkan peri ringannya untuk dikerjakan, zikir boleh sahaja dilakukan walaupun sambil sibuk bekerja.

Blog milik Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya ini mengambil contoh bagaimana Nabi Idris as mengamalkan zikir ketika mula bekerja dan sambil bekerja sebagai tukang jahit.

Nabi Idris as, setiap kali mahu menusukkan jarum, pasti akan mengucapkan kalimah yang empat, iaitu “Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, wa Allahu Akbar”.

Munurut drjuanda.com, pekerjaan yang dilakukan sambil berzikir sungguh berat timbangannya di sisi Allah dan dapat menyuntik semangat untuk berjaya semata-mata kerana keredaan Allah.

“Baginda (Nabi Idris as) adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah swt berfirman yang maksudnya: “Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57).

“Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisiKu seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” Allah berfirman yang maksudnya: “KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10),” catat drjuanda.com.

Menurut drjuanda.com, Syaikh al-Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab agungnya, Majmu’ al-Fatawa menyatakan bahawa amalan paling utama selepas amalan fardhu ialah zikrullah.

Dalam hadis sahih riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Mahukah kamu aku tunjukkan amalan paling utama dan paling bersih di sisi Allah? Lebih baik daripada kamu bertemu dengan musuh-musuhmu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka juga memenggal lehermu? Para sahabat menjawab, “Tentu wahai Rasulullah”. Rasulullah bersabda: Zikrullah.”

Justeru, bagaimanakah mengamalkan zikir ketika sibuk bekerja? Mudah sahaja. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa mengira situasi, hatta sedang sibuk bekerja.

Malah seperti dicatatkan drjuanda.com, zikir tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ternyata, ia amat mudah dan ringan!

Blog ini memetik Al-Imam Ibnu al-Qayyim yang menyatakan bahawa Rasulullah saw ada memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas, kala berdiri, duduk dan berbaring. Malah semua gerak geri baginda adalah berzikir kepada Allah.

Kesibukan tugas dengan pelbagai komitmen, termasuk mesyuarat dan keperluan menyiapkan kerja mengikut ‘deadline’ menjadi penghalang?

Jangan beri alasan! Rasulullah saw jauh lebih sibuk daripada anda.

Catat drjuanda.com, baginda seorang manusia paling sibuk dengan dunianya dan paling bersedia untuk bekalan akhiratnya.

“Baginda ialah seorang ketua negara yang amanah, mahaguru yang dihormati, pakar motivasi, jeneral perang dan penganalisis politik yang hebat, ketua rumahtangga yang adil, pendakwah yang karismatik, ayah yang penyayang dan saudara lelaki yang penyantun.

“Seluruh masa dan tenaga dikerahkan untuk memastikan mereka yang hidup di sisi baginda mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat,” tegas blog berkenaan. – inimajalah.com

Thursday, September 22, 2011

Zizan Telefon Ust Azhar Idrus Rujuk Isu HANTU BONCENG

Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.

Thursday, August 25, 2011

Master, PhD dan darjat.................


Saya ada kawan yang lulusan biasa, bukan graduan bekerja di satu tempat bersama dengan ramai rakan sekerja yang lulusan agak tinggi.

Dia nampak tak selesa kerana ada dikalangan rakan yang graduan selalu memperkecilkan pandangan atau pendapatnya.

Kawan saya ini Allah berikan sedikit kelebihan, dia agak pandai pasal komputer daripada hardware hinggalah solfware. Allah berikan dia 'terang hati' dalam bab ini. Ini perkara biasa, ramai orang tak pernah sekolah pun pandai berniaga, tok iman di tempat saya dulu sekolah SRP aje, pandai kitab agama seperti lulusan Azhar.

Suatu masa kebetulan si graduan yang selalu memperkecilkan kawan saya ini melanjutkan pelajaran mengambil master. Ada kajian dia buat yang memerlukan pengetahuan program SPSS (statistical analysis program in social science). Dia mencari orang untuk membantu dia memahami program SPSS ini dan ramai dikalangan yang ditanya merujuk dan meminta supaya dia mendapat bantuan kawan saya iaitu rakan sekerjanya sendiri.

Akhirnya dia datang ke rumah kawan saya dan hampir 3 malam berturut-turut kawan saya membantu dia menyelesaiakn kajian masternya. Walaupun dihulur wang kawan saya menolak dan hanya meminta belanja makan di warong kecil sahaja untuk 3 malam itu.

Lihat bagaimana Allah menunjukkan darjat seseorang itu boleh jadi tinggi walapun dia tidak graduan dia mampu mengajar graduan master dan PhD.

Kita kadangkala Allah bagi ilmu dan kekayaan. Kita lalai dan leka dengan rakan-rakan sekerja yang dianggap kononnya golongan kelas bawahan. Begitu juga dengan jiran di sebelah rumah, kita kadang kala pandang sebelah mata sahaja, tak kisah apa berlaku kepada mereka seolah-olah mereka tiada pun tak apa.

Ingat bila Allah nak menghina kita, kita terpaksa merangkak meminta bantuan kepada orang yang kita selalu pandang hina. Itu darjat sebenarnya!!

Wednesday, August 10, 2011

Dinar: Masa lancar RM323, hari ini RM809


KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam kenaikan harga emas dunia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.

Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.

“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.

”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.

Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.

Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.

Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.

”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.

Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datan