"Parlimen Bosnia semalam membatalkan perbahasan mengenai satu rang undang-undang untuk mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam selepas seorang wanita berpurdah menghadiri sidang dewan sebagai pelawat.
Ahli parlimen Islam dan Croat dijangka menolak rang undang-undang yang dibentangkan parti terbesar Serb Bosnia itu selepas wakil mereka, Nadja Dzidarevic dalam suruhanjaya Parlimen memutuskan ia akan melanggar hak asasi manusia dan kebebasan beragama.
Saudara ku,
Pemakaian purdah di Malaysia jarang dipraktiskan berbanding negara-negara islam lain. Ini memandangkan majoriti kita mengambil pendapat Islam hanya mewajibkan perempuan menutup aurat dari kepala sehingga ke kaki tetapi tidak termasuk muka.
Walaubagaimanapun sebagai golongan yang berfikir secara profesional adalah salah jika kita menolak pendapat sebahagian yang lain yang meletakkan perlunya wanita memakai purdah lebih-lebih lagi pendapat itu diutarakan oleh ulamak yang faqih .
Firman Allah :
"Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikannlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (As-Sunnah)……” (QS. An-Nisa’ : 59).
Fitnah terbesar wanita ialah muka(wajah) maka wajib kenakan purdah@niqab@cadar untuk terhindar dari pandangan lelaki ajnabi (asing) yang bukan mahramnya. (Fatwa Al-Allamah Al-Imam Asy-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Allu’ Asy-Syaikh dalam Kitab Fatawa wa Rasa’il Hal. 2/153 serta Fatwa Lajnah Daimah lil’ Buhuts Wa ‘Ifta Kerajaan Saudi Arabia).
Di negara barat demi hak kebebasan manusia sebahagian bukan beragama Islam turun kejalan-jalan menyatakan protes mereka terhadap pengharaman burqa @ purdah yang semuanya diharamkan oleh kerajaan yang semua terlebih maklum majoritinya non muslim.Namun agak pelik beberapa buah negara islam juga turut mengharamkan purdah samada secara langsung atau tidak langsung.Bersamalah kita menghormati hak kebebasan Manusia dan menegakkan keadilan dibumi tercinta ini.WaAllahua’lam
No comments:
Post a Comment