Sunday, November 14, 2010

The Great Best Burger

Two burgers in two days! We had to erase the memory of the king burger somehow. Today's burger was suggested to Husband and I by the same reliable source who clued me in to the glass of teh tarik.

The Queen Bee is a cozy little diner on 4th Street at Rich. They serve breakfast (which I hear is pretty tasty) and lunch only, closing at 3 pm. The joint is staffed by the owner, a nice lady who recently purchased the 'Bee, and another nice server, who was polite and efficient. Another bonus after Barley's.

Just as a reminder, here are the guidelines:

1 fry = eat at your own risk
2 fries = acceptable, decent burger
3 fries = good burger, would eat again without reservations, sticks in memory
4 fries = excellent burger, will definitely eat again,
5 fries = transcendent burger, will dream about until such time as can revel in its burgery glory again and again.
We will each assign a fry rating, and then will average it for the end summary.

Lisa's Review:
Queen_bee_burger

We're back on the upswing. Husband and I ordered the two signature burgers at the Queen Bee: the Queen Bee burger, which is 2 patties on a kaiser roll with American cheese, pickles, tomato and onions; and the Stinger, a half-pound Angus burger on kaiser with smoked cheddar, onion petals (fried onion slivers), and "special sauce." I ordered the Queen Bee burger (pictured whole above, cut open below); must remember for the future that I prefer the higher bun to burger ratio offered by a single burger, but that's neither here nor there. I promised on the outset we would order signature burgers. First of all, the fresh bun: a nice, firm bun which never sagged, grew soggy, or failed to hold the ample burger meat in any way, so that's a big bonus right off the top. The burgers were good-quality, full of that greasy burger flavor; the meat was good and, although fully cooked, was still very juicy. Again - juicy, but the bun still did not become soggy. The onions were nice and crunchy, without stench (this is important to me for some reason; onions can make or break the burger) Accompanying fries were the out-of-the-freezer-bag variety, but were at least hot and salted. The Queen Bee burger is a nice, solid burger. It is well worth its $5.99 price tag and would make a nice lunch for anyone nearby. 3 fries.
Inside_queen_bee

Husband's Stinger was a hand-formed Angus beef burger. The meat definitely tasted more meaty and rich and had less of that "ground beef" flavor than my non-Angus burger. The Queen Bee special sauce tastes like cocktail sauce doused with a good bit of mayo. Nothing wrong with that. The tang of the special sauce, combined with the tart pickles, worked well with the rich meat and smoked cheddar. The onion petals (although another out-of-the-freezer bag and into the fryer option) were an interesting addition. The Stinger arrived on the same solid Kaiser roll, which also maintained its integrity throughout the dining process. The Stinger is well worth its $6.99 price tag - a solid, flavorful specialty burger. 4 fries.

Husband's Review:
Great place and a great couple of burgers.
Stinger

How can you go wrong with a huge slab of Angus topped with smoky
cheese, crispy onion petals and a tangy barbecue-esque sauce?
Pickles. Yes, the humble pickle adds the right crispness and tang.
They take an otherwise good burger and transform into something
great…the Stinger (pictured whole above and cut in half below). 3 fries + a side of ketchup.
Inside_stinger

I expected the Queen Bee to be the "lighter" burger option. But, two
patties glued together with American cheese proved to be substantial.
A little gilled onion adds sweetness with lettuce and tomato providing
nice contrast. 3 fries.

As we were paying the check, Husband commented that it was twice the lunch for half the price of Barley's. Two could easily have lunch for around $15. Not bad. In summary, the Queen Bee was a good burger - we will definitely revisit in the future. I'll have to revisit the 'Bee for breakfast; I'm always on the lookout for some eggs over easy with fake-butter smeared white toast on the side. Three and a quarter fries:
Fries_2

ADANA KEBAB

ADANA KEBAB

INGREDIENTS:

500 gr lean ground mutton
100 gr fat from lamb tail, finely chopped
1 red bell pepper, finely chopped (use mixer) or 1 tbspfull red pepper paste
1 bunch parsley, finely chopped
1/2 tsp crushed red pepper
Salt

PREPARATION:

Mix all the ingredients together with your hands. Make a fist-sized ball and skewer it. Squeeze it on the skewer so that it thins and lengthens to acquire the shape shown in the picture. Cook on a grill. You can also barbeque tomatoes and green peppers on the side.

Serve with pita bread. Adana Kebab will taste better if you prepare the meat in advance and keep it refrigerated overnight.

CARA MENYEDIAKAN KEBAB

info-resep-Adana kebab

Kebab berasal dari bahasa Arab yang berarti daging goreng. Adana Kebabkebab (kebab daging giling). adalah daging giling pedas yang berasal dari Kota Adana, Turki dan dikenal dengan nama kiyma

Resep Bahan Adana Kebab :

  • 500 gram daging sapi giling
  • 1 buah bawang bombay, blender halus
  • 1 sendok teh cabai merah bubuk
  • 1/2 sendok teh ketumbar bubuk
  • lada bubuk secukupnya
  • 1/2 sendok jinten bubuk
  • 2 sendok makan minyak zaitun
  • garam secukupnya

Cara Membuat Adana Kebab :

  1. Campur bawang dan semua bumbu bubuk ke dalam daging giling, aduk dengan tangan agar adonan tercampur rata. Bentuk adonan menjadi kebab memanjang.
  2. Oles setiap kebab dengan minyak zaitun. Tusuk dengan tusukan sate, atur kebab di atas bara arang. Panggang sambil dibolak-balik hingga matang merata.
  3. Sajikan hangat dengan nasi dan salad.

Tips :
Pemakaian daging domba seperti di negara asalnya bisa diganti dengan daging sapi.
Agar halus, giling daging dalam mesin giling sebanyak dua

Saturday, November 6, 2010

Bab Membazir Melayu Nomboor 1

Bab Membazir Melayu Nomboor 1
Artikel
"Majlis perkahwinan sekarang ni dah tunggu waktu cuti sekolah. Dulu ya. Dalam masa cuti sekolah bertimbun kad jemputan kahwin. Sekarang ni hujung-hujung minggu bersusun dapat jemputan kahwin. Dulu nak buat majlis kahwin terpaksa tunggu cuti sekolah . Alasan yang sering kita dengar daripada orang tua kita , supya senang adik beradik nak balik.

Majlis kahwin sekarang ini adik-beradik dah macam para jemputan aje. Kalau balik sehari dua lebih awal sebelum majlis , tak menolong sangat. Hanya menghabiskan beras aje. Malah menyusahkan kerana terpaksa menyediakan rumah kosong untuk mereka berehat dan tidur. Kalau pakai catering rasanya tak perlulah mereka nak bermalam ( kalau sekadar datang nak tunjuk muka ). Kita puntak lah pening nak mencari rumah kosong. Belanja pun dapat dikurangkan. Jimat sikit.

Bila cakap bab perkahwinan , rasanya melayu memang hebat. Yang kurang berada pun tak kurang hebat. Mereka langsung tak memikirkan kos. Sepatutnya kita nak mengurangkan kos. Mana yang tak perlu tu tak payahlah diadakan. Entah sejak bila trend memberi jemputan dengan paper beg dimulakan. Dulu oleh2 yang senonim dengan majlis perkahwinan ialah telur. Sekarang ni diberi paper beg. Didalam dimasukkan 2 & 3 item. Disini pembaziran cukup ketara. Sebabnya benda2 yang dimasukkan dalam beg adalah item2 yang diguankan. Biasa yang kita dapat ialah sapu kecil yang digulung , token yang berbentuk love, pasu2 kecil , kipas . Makanan pula biasanya kerepek2 dan jung food. Kerepeknya pula kita tak makan pun kerana tak sedap atau keras. Akhirnya kita biarkan atas meja untuk beberapa hari sebelum dibuang.

Tidakkah mereka terfirkir bahwa benda2 ini bukannya percuma. Ianya membabitkan kos. Apakah mereka merasakan RM seribu dua untuk sikit ? Jangan nak tiru orang berada. Orang kaya token yang diberi memang kita akan simpan kerana nilai barangan yang diberi bermutu dan mahal. Orang kebanyakan beri kerepek keras , baulu keras dan jajan-jajan.

Amerika HARAMKAN hadiah percuma di Restoran McDonald

Komentar
"Sayang, ianya berlaku di San Francisco , Amerika Syarikat, bukannya di Kuala Lumpur atau Seremban, Malaysia. Ianya bertujuan untuk mempromosi amalan pemakanan sihat dan memerangi gejala obesiti kanak-kanak. Kalau ini dicadangkan di Malaysia oleh NGO Islam, pasti ramai yang menentangnya terutama orang Islam sendiri.

Tak percaya cuba baca artikel Sedapnya Roti Telur Tahi Ayam pada blog berikut http://amkns.blogspot.com/2010/05/sedapnya-roti-telur-tahi-ayam-ni.html

San Francisco haramkan hadiah percuma di McDonald


UTUSAN MALAYSIA 5 NOV 2010

LOS ANGELES 4 Nov. – San Francisco menjadi bandar raya utama Amerika Syarikat (AS) yang pertama meluluskan undang-undang menghentikan amalan popular memberikan barangan permainan percuma dengan makanan dari restoran itu, yang tidak sihat untuk kanak-kanak.

Lembaga Penyelia San Francisco meluluskan undang-undang itu dengan majoriti lapan undi veto menyokong, manakala tiga lagi undi veto membantah. Undang-undang ini akan berkuat kuasa bermula pada 1 Disember 2011.

Peraturan ini sama seperti yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Santa Clara County awal tahun ini yang menetapkan makanan kanak-kanak yang disediakan oleh restoran perlu mematuhi piawaian pemakanan sebelum mereka boleh menjualnya dengan memberikan barangan permainan percuma.

Antara penentang undang-undang ini ialah Pertubuhan Restoran Kebangsaan dan McDonald’s Corp., yang secara meluas terkenal dengan hidangan Happy Meal dan merupakan perintis amalan menggunakan permaianan percuma untuk memasarkan secara langsung kepada kanak-kanak.

“Kami sangat kecewa dengan keputusan itu. Ini bukanlah yang dimahukan oleh pelanggan kami, mahu pun yang diminta oleh mereka,” kata jurucakap McDonald’s, Danya Proud dalam satu kenyataan. “Memberikan barangan permainan dengan makanan kanak-kanak hanyalah sebahagian daripada kegembiraan dan pengalaman keluarga di McDonald’s,” katanya.

Undang-undang San Francisco menetapkan hanya makanan kanak-kanak yang kurang 600 kalori, mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk minuman tanpa lemak dan gula berlebihan sahaja dibenarkan menggunakan amalan pemberian barangan permainan.

Penyokong peraturan ini berkata, mereka mensasarkan untuk mempromosi amalan pemakanan sihat dan memerangi gejala obesiti kanak-kanak. – Reuters

Monday, October 25, 2010

KISAH BENAR : AKU , LIM DAN ISLAM


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.


“Allah menyukai seorang apabila di bekerja sesuatu pekerjaan, dia akun dan mahir dalam pekerjaan itu” (Hadis).

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.


AF merekrut idola-idola baru pelapis dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia, jauh dari ciri-ciri idola para Sahabat Rasulullah saw.


Rentak Juara 2010 juga merekrut idola-idola baru untuk generasi harapan umat, jauh dari ciri-ciri idola Ali bin Abi Talib ra, Usamah bin Zaid ra, Asmak dan Aisyah binti Abu Bakar ra dan pemuda pemudi seumpama mereka di zaman Rasulullah saw.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

” He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.


9 pemuda Melayu didakwa rogol seorang gadis 15 tahun.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.


2 ibu membuat lapuran polis 2 anak gadis tingkatan 2 mereka tidak pulang ke rumah.

Ketiga-tiga remaja perempuan tingkatan 2 tersebut akhirnya ditemui oleh polis di Georgetown bersama dengan 2 orang lelaki. Pemeriksaan hospital telah dibuat keatas wanita-waita tersebut.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.


Konsert Wings & Search dihadiri 20 ribu penonton kebanyakannya Melayu.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.


Bayi Melayu dibuang berdekatan lampu isyarat di persimpangan jalan utama. Bahkan ramai bayi Melayu dibuang merata-rata tanpa belas kasihan.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.


Benarkah pepatah Melayu mengatakan “Menang Sorak Kampung Tergadai” ? Kalau benar pepatah warisan, siapa yang bersorak, apa yang tergadai ?


Tanjong Pagar, baki terakhir wilayah milik Islam Malaysia di negeri Temasik yang tergadai dan menjadi milik Singapura pada tahun 2011 depan.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Sebahagian pengajaran dari kisah benar di atas ialah :

  1. Ramai orang Melayu Islam di Malaysia gagal memahami hakikat kelahiran mereka di dunia ini, iaitu untuk menjadi pendakwah dan contoh tauladan kepada masyarakat dan umat yang lain. “Demikianlah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi-saksi (pembawa risalah Islam) keatas manusia lain, dan Rasul menjadi saksi (pembawa risalah Islam) keatas kamu” (Al-Quran).
  2. Bahkan lebih asas dari itu ramai orang Melayu di Malaysia yang gagal memahami dan menghayati Islam itu sendiri, sedang mereka dilahirkan siap beragama Islam dan pergi sekolah setiap hari sejak kecil.
  3. Apabila Lim mendapat cahaya Islamnya di Amerika, ini menunjukkan betapa di sebuah negara Barat lagi Kristian, terdapat orang-orang Islam di sana walaupun dari kalangan minoriti yang bekerja keras menunjukkan kepada manusia akan jalan kebenaran, berbanding dengan ramainya orang Melayu yang majoriti di negara Malaysia.
  4. Lim sangat memahami firman Allah swt di atas. Oleh itu beliau menyebut perkataan ” .. aku akan dakwa semua orang melayu Islam di dalam kampung kita … “. Setiap insan yang diamanahkan untuk menyampaikan Islam dalam bentuk perkataan (mengajak) dan perbuatan (contoh teladan), tetapi tidak menunaikan tugasan dan tanggungjawab tersebut, boleh bahkan akan didakwa oleh Allah swt kelak di Hari Kiamat. Mereka juga menjadi orang-orang yang didakwa oleh orang-orang sekeliling mereka yang tidak mendapat Risalah ini sedang mereka berjiran, berkawan dan berkenalan.
  5. Lim seorang yang sangat menghargai Islam yang dimilikinya serta seorang yang bekerja keras demi mencapai cita-cita. Dalam masa 5 tahun sahaja, beliau telah mengislamkan 20 orang termasuk ada dari kalangan adik beradiknya sendiri. Jika orang Melayu tidak dapat mengislamkan 20 orang kafir untuk menyayingi Lim dalam perkara kebaikan, apa kata mereka berusaha mengajak 20 orang Melayu Islam ke masjid dan kuliah-kuliah agama ? Atau mereka sendiri telah jauh dari mengunjungi rumah-rumah ibadat kepada Allah swt ? “Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan surau dan masjid ALlah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat” (Al-Quran).
  6. Ramai orang-orang Melayu hari ini membandingkan prestasi hidup sesama mereka dengan nilaian material seperti saiz dan rekabentuk rumah dan perhiasan, jenis kereta dan jumlah harta terkumpul, tetapi sepatutnya mereka membanding-banding sesama mereka sejauhmanakah prestasi projek Dakwah yang masing-masing sedang usahakan seperti majallah, tadika Islam, pusat tahfiz, rumah kebajikan dan anak yatim, pembinaan masjid dan surau, penganjuran kuliah dan kursus agama di masjid , surau dan institusi-institusi, projek kesenian Islam seperti merekod nasyid, pementasan dan kebudayaan Islam, penulisan artikel, cerpen, buku, novel dan blog Islam serta banyak lagi projek-projek Islam yang menanti dan boleh mereka lakukan demi berdepan dengan projek pemusnahan akhlak umat yang sedang dan berjaya dilakukan oleh musuh-musuh Islam dalam berbagai bidang kehidupan moden hari ini.

Semoga Allah swt memelihara kita dari kemurkaanNya lantaran kealpaan dan kelalaian ramai masyarakat kita dari tanggungjawab mereka sebagai hamba ALlah. Moga Allah memilih kita sebagai pendokong-pendokong agamaNya selagi nyawa belum bercerai badan. “Ya Allah jangan Engkau palingkan hari-hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kepada kami rahmatMu. Sesungguhnya Engkau sangat suka memberi” (Al-Quran).

Tuesday, October 12, 2010

Apakan bezanya Bank Islam dengan bank-bank konvensional yang lain.

Komentar "Apabila sesuatu itu di buat atas nama Islam, ianya mistilah berasakan kesucian dengan berpandukan ajaran Rasul. Melebelkan nama Islam, sebenarnya merupakan satu tanggungjawab besar untuk melaksanakan amalan-amalan keislaman itu sendiri. Mengapakah bank itu dinamakan Bank Islam? Tidakkah Bank Islam terasa terpikul dengan nama Islam yang disandangnya. Melebel Islam tetapi tidak beridentitikan Islam adalah perbuatan yang ‘meloyakan’... Apabila sesuatu itu di buat atas nama Islam, ianya mistilah berasakan kesucian dengan berpandukan ajaran Rasul. Melebelkan nama Islam, sebenarnya merupakan satu tanggungjawab besar untuk melaksanakan amalan-amalan keislaman itu sendiri.

Mengapakah bank itu dinamakan Bank Islam? Tidakkah Bank Islam terasa terpikul dengan nama Islam yang disandangnya. Melebel Islam tetapi tidak beridentitikan Islam adalah perbuatan yang ‘meloyakan’ . Kecualilah, orang-orang yang menubuhkannya mempunyai agenda bisnes untruk medominasi umat-umat Melayu supaya melunggukkan duit di situ kerana rata-rata orang Islam lebih mementingkan kesucian. Kita lihat sejauhmanakah perjalanan dan perlaksanaan sistem bank islam benar-benar islam? Apakan bezanya Bank Islam dengan bank-bank konvensional yang lain.? Mungkinkah dengan penukaran istdari istilah faedah kepada profit misalnya, menyebabkan ianya menjadi suci? ilah Sejauhmana Bank Islam hanya berhujjah dangan isu BLR untuk memuliakan diri sendiri? Mungkinkah dengan ciri-ciri yang Bank Islam ada, menyebabkan ramai orang yang bukan islam tidak tertarik dengan Bank Islam.

Mereka selalu berkata..’ sama saja maaaa’. Kadang-kadang kita harus memahami apa sebenarnya maksud ‘riba’. Oleh sebab itu, Bank Islam cuba untuk lari dari riba dangan menukar istilah iaitu dari feadah kepada profit. Atas istilah baru itu, apa sahaja bayaran yang lebih dikenakan bolehlah dihalalkan.Sedangkan maksud sebenar riba adalah lebihan atau tambahan (al-ziyadah) yang dikenakan ke atas pinjaman. Dan sebab utama riba (bayaran lebih) ini diharamkan adalah kerana Islam memandang ianya sebagai satu penganiayaan ke atas si peminjam, yang terpaksa menanggung jumlah bayaran balik yang jauh lebih tinggi dari apa yang dipinjamnya. Sebagai contohnya, kalau dengan bank konvensional, pinjam RM100,000, bayar balik RM220,000, RM120,000 (bayaran lebih) itu adalah riba dan satu penganiayaan kepada si peminjam. Dengan Bank Islam pula, pinjam RM100,000, bayar balik RM250,000, bayaran lebih RM150,000 (jauh lebih tinggi). Adakah ini bukan riba dan bukankah satu penganiayaan?Malahan ia dihalalkan oleh Ustaz-ustaz yang disuap dengan gaji tinggi oleh pihak bank kerana anda menjaga kepentingan pelabur-pelabur mereka. Cuba kita fikir sendiri. Kita ada rumah bernilai RM100,000 dan nilai tersebut sudah pun disahkan oleh jurunilai berdaftar mengikut harga pasaran.

Tapi bila kita beli rumah tersebut dari Bank Islam secara ansuran, Bank Islam cakap harga jualannya adalah RM250,000. RM250,000 itu berdasarkan nilai pasaran 30 tahun akan datang. Adakah kita rela atau menyumpah-nyumpah dengan Bank Islam kerana ‘mark-up’ harga tahap maut? Takkan kita nak niat sedekah pada bank yang sudah sememangnya kaya-raya. Lazimya, Bank Islam berhujah, bahawa “harga kami adalah tetap”. Tidak kira apapun terjadi harga sudah ditetapkan. Disinilah point Bank Islam untuk membela diri dan menyucikan diri, tetapi sesuatu yang kita harus tanya, apakan jadi dengan harta, jika dilelong atau telah muflis? Cara kiraan Bank Islam amatlah menyedihkan. Contohnya, katakan anda buat pinjaman RM100,000 dengan kadar 7.5% setahun untuk 30 tahun. Harga jualan bank islamik = RM 250,944. Sebulan anda bayar lebih kurang RM700 sebulan. Setahun, anda bayar RM8,400. 10 tahun anda bayar RM 84,000. Ditakdirkan, selepas 10 tahun, anda mengalami masalah kewangan dan tidak mampu bayar ansuran rumah lebih setahun. Rumah tersebut terpaksa bank lelong . Mengikut harga pasaran, rumah tersebut dinilaikan pada harga RM160,000. Tetapi kerana rumah itu dilelong pada harga murah, ia hanya dapat dijual pada harga RM 146,000 sahaja. Bank Islam akan buat pengiraan berdasarkan harga jualan yang sudah ditetapkan dari awal (RM250,944), tolak semua bayaran yang anda sudah buat selama 10 tahun (RM84,000) dan harga kutipan lelong RM146,000. Oleh kerana anda gagal buat bayaran dan rumah dilelong, bank tidak akan beri anda rebet atau diskaun. Mereka caj harga penuh. Selepas ditolak semua bayaran, anda masih lagi berhutang kepada bank RM20,944. Mahkamah perintahkan anda bayar baki hutang pada kadar RM100 sebulan dan selagi ia tidak selesai, anda masih diblack-list dari kesemua institusi kewangan (CTOS) sampai mati.

Ini bebeza dengan bank konvensional (Bukan nak memuji bank konvensional, sekadar ambil perbandingan) apabila rumah anda dilelong, jumlah yang boleh dituntut oleh pihak bank, hanyalah setakat full settlement amount selepas 10 tahun (RM 86,655) dicampur dengan tunggakan bayaran serta interest (katakanlah semua RM10,345). Dari harga lelong RM146,000, tolak full settelement value RM 97,000, anda masih dapat untung RM 49,000 dari harga lelong tadi. Memanglah anda kini takde rumah, tapi sekurang kurangnya anda tidak ditinggalkan dalam keadaan masih berhutang dengan pihak bank. Boleh jugak mulakan hidup baru dengan menyewa dan selesaikan hutang hutang lain. Kadang2 terfikir mana yang lebih zalim... Mengapa sesuatu yang dibuat atas nama Islam boleh mengolah sistem kewangan sezalim itu? Selalunya Bank Islam berhujah atas nama BLR. Ramai rakyat tidak tahu makna BLR ini. Kadang-kadang orang-orang bank menakut-nakutkan pengguna dengan BLR terutama jika berulang lagi krisi ekonomi. Memang kita akui, kadar BLR akan berubah ubah dari masa ke semasa, tetapi ia tidak akan naik tidak tentu pasal. Jika ia dinaikkan, tentu ada sebab di sebaliknya. Sebagai contoh, tahun 1998 kadar BLR terpaksa dinaikkan kerana masalah manipulasi matawang ringgit di pasaran luar. Bila kadar pinjaman dinaikkan, ekonomi akan jatuh. Jika kita perhatikan, BLR naik pun tidak lama. BNM pun tahu, kalau kadar BLR disetkan tinggi, lama-lama orang tak mampu bayar loan mereka akan menderita. Kadar pinjaman tidak berbayar (non-performing loan) naik mencanak-canak. Selepas 2 tahun, kadar BLR jatuh kepada 6.8%, kemudian kepada 6.4% dan akhir sekali kepada 6.0%. Hanya apabila harga petrol dinaikkan 30 sen, harga barang mula naik, inflasi juga mula naik. Untuk mengawal inflasi dan harga barang yang dikawal, maka BNM naikkan kepada 6.75% sekarang ini.

Anda boleh refinance loan konvensional lama kepada loan baru yang menawarkan kadar lebih murah BLR , dengan FREE MOVING COST , tanpa ada yuran guaman. Pindah saja loan lama kepada bank baru yang menawarkan interest yang lebih murah. Malahan ada institusi kewangan yang sanggup beri fixed rate untuk loan konvensional sepanjang tempoh pinjaman seperti di AIA Assurance, Malaysian Building Society (MBSB), Citibank,CIMB Bank dan sebagainya. Mereka boleh offer 5.75%, 5.99%, 6% fixed rate loan, Rasa-rasa mana yang lebih mahal? Loan konvensional atau loan islamik? Sekalilagi saya tegaskan, bukan untuk memuji bank konvensional, sekadar buat perbandingan, sahaja dan untuk melihatkan Bank Islam dan Bank konvensional tiada bezanya. Ini satu lagi, produk Bank islam yang didakwa adil dan mencerminkan keislaman iaitu rebet(ibra’) Apa itu ibra’? Ianya hanya sekadar gimik Sistem pinjaman Islam. Kita abmil contoh keadah ibra ni, berpandukan contoh pinjaman rumah tadi, setelah membayar pinjaman rumah selama 10 tahun (total payment RM84,000), nilai full settlement untuk loan konvensional adalah RM 86,655. Anda bayar RM 84,000, hanya untuk mengurangkan baki pinjaman sebanyak RM 13,345. Ini yang orang dulu mengamuk, bayar punyalah banyak, tapi baki pinjaman baru berkurangan sikit. Kebanyakan bayaran selama ni, hangus sebagai interest (bayaran lebih) kepada bank sahaja. Ini yang banyak dijadikan modal oleh islamik bank untuk menjatuhkan sistem interest oleh bank konvensional, kononnya tak telus. Padahal, orang mengamuk sebab mereka tidak ada pengathuan tentang sistem pengiraan loan.

Kalau anda pakai loan islamik, setelah bayaran 10 tahun RM84,000, anda buat full settlement, bank islamik akan tolak RM 84,000 dari harga jualan RM 250,944. Baki hutang sepatutnya RM 166,944. Tetapi oleh kerana anda selesaikan pinjaman awal, maka bank islamik minta bayaran RM 86,655 sahaja lah. Lagi RM 80,289 kira diskaunlah, rebet ibra' dari bank islamik. Banyak tuh RM80,000 diskaun, mana nak dapat? Kan bank islamik bermurah hati. Padahal, nilainya sama sahaja dengan full settlement loan konvensional. Tapi diwar-warkan seolah olah Bank Islam sangat bermurah hati bagi diskaun RM80,000. Sedangkan dari sudut teknikal, apabila anda selesaikan pinjaman lebih awal, pihak bank TIDAK BERHAK UNTUK TUNTUT INTEREST / PROFIT untuk baki tempoh pinjaman. Mereka hanya berhak ke atas tempoh sebelum penyelesaian awal sahaja. Cuba anda bandingkan sendiri, nilai early settlement dari loan konvensional dan loan islamik? Yang mana lebih murah? Kadangkala early settlement dari islamik loan lebih tinggi sedikit dari loan konvensional kerana mereka kenakan penalti caj yang lebih tinggi. Untuk kepastian, cuba anda selidik sendiri dan semak betulkan ada diskaun seperti yang dinyatakan, atau sekadar GIMMICK SAHAJA? Yang menjadi masalah sekarang, loan islamik tidak memgambil kira bayaran lebih yang anda lakukan untuk kurangkan profit yang dicaj ke atas loan anda. Ini berlaku terutamanya dalam pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Selagi pinjaman tidak dilangsaikan penuh, apa jua bayaran lebih tidak dikira untuk kurangkan total profit. Ini berbeza dengan loan konvensional di mana anda boleh bayar lebih untuk kurangkan baki pinjaman anda. Baki pinjaman berkurangan, interest yang dikenakan juga berkurangan.

Disini juga harus diingat, Bank Islam bukan penjual rumah, kereta atau barangan kedai. Mereka adalah insititusi yang beri khidmat kewangan dan khidmat kewangan mereka, banyak datang dari meminjamkan duit pelabur pelabur mereka kepada orang ramai. Yang kadang-kadang menjadi masalah, mereka mengenakan profit yang terlalu tinggi dari modal asal barang tersebut. Apabila si penjual mengenakan profit yang terlalu tinggi, ia mirip riba juga, iaitu riba al-Fadl. Ada dalil dari Quran yang menyatakan, adalah haram bagi seseorang yang mengenakan riba (bayaran lebih) berlipat ganda. Harus diingat juga, sistem ekonomi Islam bukan dibina dengan niat untuk membuat keuntungan semaksima yang boleh seperti sistem kapitalis. Ekonomi Islam mempunyai etika jual-belinya sendiri yang perlu kita patuhi dan etika ini menyarankan kita berbuat baik sesama orang lain, bukan menzalimi mereka. Tahukah kita ada beberapa sistem dalam Bank Islam ditiru dari bank konvensional. Contohnya, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Mereka kata pinjaman Bank Islam bukan terjemahan dari pinjaman konvensional, tetapi jika kita selidik, kita akan dapati ianya di ‘copy’ bulat-bulat produk konvensional. Bagaiman ia terjadi? Ambil contoh pinjaman peribadi di sebuah bank A. Pinjaman ditawarkan pada 5.6% setahun sahaja untuk tempoh 5 tahun. Pinjam RM10,000, sebulan bayar RM 213 sahaja selama 60 bulan. Kononnya cukup murah 5.6%! Ramai orang tak tahu, 5.6% setahun itu bukanlah kadar sebenar pinjaman. Sebaliknya ianya adalah kadar nominal sahaja. Dalam erti kata lain, kadar pada nama sahaja. Pinjaman islamik meniru sahaja format pinjaman peribadi konvensional, yang gemar publishkan kadar nominal, dan bukannya kadar sebenar.Kadar sebenar untuk pinjaman tersebut, perlu anda rujuk mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate) dalam loan agreement anda. Itulah kadar sebenar pinjaman anda dan ia dinyatakan pada kadar 10.2% setahun. Itulah, kadang-kadang kita pun tak tahu mengapa orang-orang Bank Islam tidak berterus terang dalam hal ini.

Mereka ni tidak tahu ke atau mereka menganggap orang-orang awam tidak tahu apa-apa? Pinjaman kereta adalah satu lagi masalah Bank Islam. Ramai penarik-penarik kereta ala samsing berlambak mencari senarai nama peminjam yang lambat bayar ansuran. Mengapa badan yang berasakan Islam boleh mengupah samseng tarik kereta, untuk mengugut peminjam peminjam yang bermasalah?. Bila kereta dilelong, harga kereta jauh lebih rendah dari harga jualan pinjaman kereta. Si peminjam, sudahlah kena caj upah tarik kereta yang mahal, kemudian setelah kereta dilelong pun, masih menanggung hutang yang tidak habis sebab takde rebet. Berterusanlah si peminjam kena blacklist, menanggung hutang pinjaman kereta walaupun kereta sudah dilelong. Tetapi sebelum buat pinjaman kereta ini, cukup manis kata-kata mereka - pinjaman islamik yang telus dilakukan dengan akad sewa beli. Bila anda membeli kereta dengan skim pinjaman islamik mereka, anda umpama menyewa kereta dari mereka.

Orang sewa kereta, kalau dah pulangkan, tidak perlu bayar sewa lagi. Tapi peminjam yang kereta sudah dilelong pun, masih kena blacklist dan tanggung hutang kadang-kadang sampai mati. Artikal ini bukan hendak menjatuhkan Islam. Hanya sekadar hendak memberi sedikit penerangan supaya sistem yang sedia ada boleh dibaikpulih dan lebih berwajah Islam. Tidak guna menggunakan nama Islam tetapi sistem masih jahlliah dan penuh kezaliman.

Biarlah Bank Islam didirikan atas dasar ingin membantu memajukan umah bukan untuk menindas ummah. Sampailah masanya, kerajaan harus bertindak membersihkan sistem Bank Islam atau sistem kewangan Islam. Apatah lagi dengan rekod Bank Islam yang telah mengalami kerugian. Mungkin, jika tidak diubah, orang Islam sendiri tidak akan dapat melihat kemuliaan dan kesucian Islam apatah lagi orang-orang bukan Islam.. Sejarah telah banyak membuktikan bahawa dari tangan orang Islam sendiri yang banyak menjatuhkan Islam. walhualamm

Wednesday, October 6, 2010

Resepi Spaghetti Carbonara

Rencah
"
Bahan-Bahan:

Sebungkus pasta
Sesudu butter
Air
½botol (250ml) susu segar
1 cawan krim
4 biji bawang merah(kisar)
2 ulas bwg putih (kisar)
1 botol sos carbonara
200 gram button mushrooms
Lauk pauk ( sotong, udang dan lala)
Garam dan gula secukup rasa.
Secubit black pepper kasar

Cara menyediakan:
1. Rebus pasta dengan butter dan sedikit garam sehingga lembut. toskan.
2. Tumis bawang yg telah dikisar. Masukkan susu cair dan biar mendidih seketika.
3. Masukkan sos carbonara dan black pepper. Pastu masukkan lauk pauk, mushroom dan bahan perasa( garam dan gula)
4. Akhir sekali masukkan krim dan biar mendidih kejap.

PERLUKAH MEMULANGKAN WANG SUMBANGAN KERANA IA HASIL JUDI ?

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran’ dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, kepercayaan warga emas tersebut adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi’. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 ).

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia juga memfatwakan keharusannya pada tahun 2009. Buka teks fatwa di sini

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta’lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu’ , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : “Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita”. Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara’ yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa’ sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu’asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma’ wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas’ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

· Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka bercampur antara wang halal dan haram.

· Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini. Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

· Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara’. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

· Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

· Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian

Thursday, September 30, 2010

LONTONG JOHOR

lontong_2.jpg

Bahan-bahannya

  • Nasi impit secukupnya. ** nasi impit untuk lontong sebenarnya direbus dalam daun pisang.

  • Sayur lodeh

  • Sambal kacang

  • Serunding kelapa

lontong.jpg

untitledbmp.gif

Cara Menyediakannya

  • Potong nasi impit kecil-kecil dan masukkan dalam mangkuk
  • Campurkan sedikit sambal kacang, serunding kelapa dan sayur lodeh
  • Hidangkan lontong bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal telur rebus, ayam masak merah dsb
  • Hidangkan panas-panas.

SAYUR LODEH

  • 300gm udang hidup, buang kulitnya

  • 2 biji lada merah

  • 1 biji bawang besar dimayang

  • 2 ulas bawang putih

  • 5 ulas bawang merah,

  • 1 inci kunyit hidup

  • segenggam udang kering ditumbuk

  • 2 batang serai, dititik

  • minyak untuk menumis dan garam secukup rasa

  • sedikit fucuk dan suhun, direndam

sayur-sayurannya – dipotong kecil mengikut suka

  • 1 batang lobak

  • 1 ikat kacang panjang

  • ½ biji kobis

  • 1 biji sengkuang

  • 3 keping tempe, digoreng

  • 3 keping tauhu digoreng

  • 2 biji kentang, digoreng

Cara Membuatnya

  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan serai hingga wangi

  • Masukkan udang dan kacau hingga udang masak

  • Kemudian masukkan santan, garam dan serbuk perasa diikuti sayur-sayuran, suhun dan fucuk serta lada hidup dan bawang besar. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.

SAMBAL KACANG

  • RM 1.00 kacang tanah, digoreng dan ditumbuk jangan terlalu lumat

  • sedikit minyak untuk menumis

  • sedikit rempah tumis (buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)

  • sedikit ketumbar dan jintan, disangai dan ditumbuk halus

  • garam dan sedikit gula merah

  • santan pekat ½ biji kelapa

BAHAN TUMBUK

  • 10 biji lada kering atau ikut pedas yang diingini

  • 5 biji bawang merah

  • 2 biji bawang putih

  • sedikit belacan

  • 2 batang serai

  • sedikit lengkuas dan halia

  • 2 biji buah keras

cara membuatnya :

  • panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis. Bila wangi, masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau hingga garing. Bila telah garing, masukkan garam dan gula serta ketumbar jintan tadi

  • Kemudian masukkan santan dan akhir sekali masukkan kacang tanah goreng tadi. Kacau hingga pekat dan pecah minyak

  • Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

SERUNDING KELAPA

  • ½ biji kelapa parut
  • garam
  • gula dan serbuk perasa
  • sedikit air asam jawa
  • minyak untuk menumis

bahan tumbuk :

  • 1 batang serai
  • 5 – 6 biji lada kering – lebihkan jika suka pedas
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit kunyit, lengkuas dan halia
  • sedikit ketumbar, jintan putih dan jintan manis
  • segenggam udang kering atau ikan bilis
  • sedikit belacan

cara membuatnya :

  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing dan wangi
  • Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  • Akhir sekali masukkan kelapa. kemudian terus dikacau atas api kecil sehingga agak kering
  • Sesuaikan rasa dan angkat

* Nak tahu cara buat kuah lontong, insyaAllah saya boleh bagi cara yang biasa saya buat. Senang aje, janji udang kering banyak dan campurkan juga udang basah dan sotong rendam. Sayur-sayurannya :

  • tempe di goreng setakat elakkan dia hancur dalam kuah (3/4 masak),
  • tauhu kering dan su’un direndam
  • lobak potong dalam 1 1/2″
  • kobis
  • kacang panjang
  • lada merah belah dua (up to you banyak mana)
  • tauhu digoreng dan potong empat
  • dan akhir sekali campur cendawan yang kerinting warna hitam (some people call it cendawan telinga kera (rendam dulu).

* Bawang merah tengok banyak mana yang hendak dimasak, kisar sekali dengan udang kering. Masukkan dalam periuk yang ada bahan-bahan di atas. Tak payah tumis. Masukkan santan cair dan santan pekat. Jaga santan jangan pecah lemak.

*Jangan lupa masukkan serai yang dititik dan serbuk kunyit. Ini untuk mencantikkan penampilannya nanti.. InsayAllah, jadilah kuah lodeh tu nanti. Selamat mencuba

LONTONG



LONTONG atau KUAH LODEH

Bahan sayuran
1/2 biji kobis [potong kecil]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
2 biji terung bulat/panjang [potong kecil]
3 biji kentang [potong kecil]
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tahu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
sengkuang [potong pendek dan kecil]
cili merah [hiriskan]
bawang besar [mayangkan]
suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

bahan dimesinkan
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

bahan lain
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah kacang.


NASI IMPIT

Bahan
2 cawan beras
6 cawan air
daun pandan
garam
daun pisang

Cara
1. Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau rice-cooker.
2. Masakkan saperti masak nasi biasa.
3. Bila nampak nasi telah kering masukkan dlam loyang yg dilapikkan daun pisang.
4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
5. Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
6. Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
7. Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn kuah lodeh.

NOTA
sekiranya takder daun pisang boleh gantikan dengan pelastik biasa.