Friday, April 10, 2009

DAP semakin faham Islam setelah bersama dalam Pakatan Rakyat
Oleh : Marhaentua

"UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya.

Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah.

BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.

Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka.

Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya. Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa.

Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya.

Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.

MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam.

Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.

Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.

Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya.

Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu. Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar.

Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan.

Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak. DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita.

Permohonan-permohon an untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.

Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.

Di ambil dr blog Ust Misbahul Munir-
SU Politik MB Ir Nizar http://misabah.blogspot.com/ "

SATU MALAPETAKA BESAR
Oleh Marhaentua
Laman M@RHAEN


Lewat Jumaat lalu sebagaimana yang diwar-war akhbar dalam Negara sebagai Jumaat barakah untuk Najib, tercatatlah ia dalam sejarah Negara sebagai PM keenam dalam negara kita dari parti politik yang dikepalai Umno!

Berbagai desas-desus yang kita dengar sebelum Najib berjaya mengucup tangan SPB Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan sebagai tanda era baru bermula. Dari 16 September sehinggalah kepada adanya pertemuan empat mata antara Tun PakLah dan DS Anwar Ibrahim sehingga lah kepada perjumpaan tidak dirancang antara mereka berdua di pondok seorang Guru Sufi di Selangor baru-baru ini.

Bukan kepalang jumlah rakyat yang sangat menginginkan berlaku sesuatu yang luarbiasa sehingga Najib gagal menjadi Perdana Menteri. Di sudut hati mereka memang rasanya sudah tersurat untuk kita mendapat PM yang acuannya sama jenis dengan Tun Kepala Taik Dr Mahathir, hati kecil meronta-ronta agar ia tidak menjelma sebagai satu kenyataan. Anihnya, tercotoknya Najib di kerusi Perdana Menteri, rakyat seolah-olah hilang atau tiada rasa gumbira atau ‘euphoria’ akan perlantikannya itu. Lain rasanya kalau sekurang-kurangnya KuLi yang menjadi Perdana Menteri!

Apatah lagi kalau DS Anwar yang menduduki kerusi itu. Mahu berbondong-bondong rakyat pelbagai kaum yang menziarahi Putrajaya untuk menyatakan rasa gembira dan menyampaikan ucapan tahniah.

Ehemm.. apa yang nak dikata lagi? Seorang politikus yang tercemar dengan tuduhan terlibat dalam pembunuhan Altantuya serta rasuah pembelian kapal selam Scopene serta pesawat SU-30MKM serta pelbagai kerja rasuah dan penyelewengan lain akhirnya menduduki kerusi yang pernah disandang bapanya yakni Allahyarham Tun Abdul Razak!

Apakah perlu untuk kita merasa bangga dan bergantung harap kepada Najib sebagai orang Melayu dan rakyat negara ini? Atau apakah kita perlu menyimpan rasa khuatir dan curiga untuk tahun-tahun ke hadapan? Hitam kah negara kita selepas ini?

Masing-masing dari kita bebas untuk merasa mengikut naluri dan pegangan sendiri. Namun sebagai penulis bebas yang tidak terikat dengan rasa terhutang budi atau taat yang membuta tuli, kita merasakan perlu untuk menulis satu artikel seadanya kerana kita bukanlah seorang lulusan bidang kewartawanan rasmi yang kebebasannya terkancing.

PRK di tiga tempat yang berlangsung dalam Negara berkebetulan pula dengan perlantikan Najib! Apakah ia secara kebetulan atau memang dirancang PRK itu sedemikian rupa, hanya Allah dan mereka-mereka yang terlibat sahaja tahu jawabannya. Mungkin juga penentuan tarikh itu melibatkan buah fikiran dari swami ji yang telah melakukan pooja dan mandi susu buang sial ke atas Najib! Ha… bertambah la iman Najib dengan tok sami itu! Ini cerita benar yang diperolehi dari saksi majlis tersebut.

Ada dua slogan besar yang sedang digendangkan di khalayak sekarang yakni dalam PRK dengan kata-kata ‘mohon restu rakyat’ dan juga ‘Satu Malaysia’. Mak aih…. Hebat sungguh bunyinya. Kedua-dua slogan ini dipantiskan lagi dengan beberapa janji dan tindakan Najib seperti pembebasan 13 tahanan ISA, penarikan balik penggantungan akhbar Suara Keadilan dan Harakah serta kajian menyeluruh tentang ISA.

Mahu percaya ka atau tidak? Ini satu persoalan yang tidak pun sukar menjawabnya. Memang kerja PM ni tidak lah susah sangat jika kita menurut acuan yang digunapakai kepimpinan Umno. Apakah kita akan terpesona dan terpikat dengan slogan yang dilaungkan Najib sebagaimana Islam Hadhari yang dijual PakLah sebaik mendapat kuasa dari Tun Mahathir sedikit masa dahulu? Apakah kita mahu terjerat dengan pembebasan 13 orang tahanan ISA yang begitu susah rakyat usahakan selama ini?

Sebaik TKT Mahathir mendapat cokmar kuasa dari Tun Hussein Onn, bedebah ini juga menunjukkan kelakuan terpuji begitu. Beberapa kerat tahanan ISA dibebaskan dan menyalak perubahan-perubahan kearah kebaikan seperti membasmi rasuah. Namun sejarah telah mencatatkan sebaliknya. Seratus enam orang aktivis NGO, ahli politik pembangkang diborong ke Kamunting pada tahun 1987 dan hanya dibebaskan pada tahun 1989. Walhalnya, ketika itu berlaku krisis dalam Umno dan MCA. Yang anihnya, individu yang terbabit secara langsung bebas menghayunkan telornya seperti Datuk Lee Kim Sai. Mat Sabu, Dato’Mahfuz serta lain-lain menjadi mangsa rejim Mahathir. Manakala rasuah pula sudah menjadi darah daging di kalangan politikus Umno!

Berbalik kita kepada apa yang sedang dijual Najib di khalayak. Beberapa siri rondaan di kawasan orang ramai seperti Jalan Petaling dan lain-lainnya akan digunakan sebagai hujah beliau PM berjiwa rakyat dan mudah mendekati rakyat. Betulka? Lepas ini mungkin diikuti program SEMARAK pula?

Najib boleh buat apa sahaja sementara kuasa berada dalam tangannya. Bukan setakat majlis bersama rakyat malah program hiburan bersama Shah Rukh Khan pun boleh diatur dengan kerjasama Rosmah Mansor untuk menjulang popularitinya. Boleh masyuk lagi kantung lagi sebagai penajanya. Begitu juga dengan pembebasan tahanan ISA serta penarikan balik sekatan terhadap publikasi Harakah dan Suara Keadilan.

Senyuman serta rayuan mohon restu rakyat yang menjadi modal pilihanraya kini tidak boleh menutupi kejahatan dan keganasannya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu atau Aminah Abdullah itu. Acara bersama rakyat yang dipaksa ke tengah masyarakat juga tidak dapat memadam pengkhianatan terhadap Dana Negara dalam isu rasuah membeli kapal selam Scopene dan pesawat Sukhoi SU-30MKM. Tak boleh….. Bagaimana pula mahu mengikis imej kotor dan jahat bagai Robert Mugabe akan penglibatannya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak melalui ugutan dan rasuah?

Melalui pemahaman kita setelah berbual dengan beberapa perwakilan Umno, jelas terbayang betapa nada mereka mengatakan seseorang PM semestinya punya sedikit ciri-ciri dictator baru lah boleh memerintah Negara dengan berkesan. Mereka menjadikan mantan PM Tun Abdullah sebagai contoh pemimpin yang lemah berbanding TKT Dr Mahathir. Artinya, mood kalangan pemimpin pertengahan serta atasan Umno mahu dan rela jika Najib berwatak dictator. Ini suatu yang amat menggerunkan!

Jika kita mengimbas kembali dalam kes Altantuya yang diletupkan dengan C4, laporan mengatakan ada lebih dari enam DNA manusia lain di tempat kejadian malah diakui sendiri oleh dua anggota polis yang terbabit. Siapakah mereka yang malang itu? Apakah kesemua mereka berkait dengan Najib si Perdana Menteri atau sekongkolannya?

Jika dictator menjadi pegangan dan direstui oleh Perwakilan Umno, kita menjangkakan suatu yang dahsyat dan sadis menanti kita di hadapan. Semasa TKT Diktator Mahathir mencengkam kuasa, sebaik sahaja membebaskan beberapa tahanan ISA, berlaku Peristiwa Memali yang menjadi satu dendam yang tidak pernah dilupai oleh aktivis PAS. Kemudiannya berlaku pula tangkapan borong ISA ekoran kemelut dalaman Umno serta pertelagahan MCA dan Umno.

Apa agaknya yang tersimpan dalam kocek Najib untuk mencengkam kuasa sekurang-kurangnya menyamai TKT Dr Mahathir? Satu ribut secawan kopi dalam Umno dan diikuti kekecohan dalam MIC sebagai dalil mengisi 13 kekosongan di Kamunting?

Kita harus faham, kedudukan Umno kini amat parah. Sokongan orang Melayu terlalu nipis kecuali kelompok Melayu kaldai atau pencuci bontot kaldai. Mereka masih bertahan kerana system kerajaan yang ada dicengkam sedemikian rupa sebagai anjing suruhan. Contohnya ialah PRdM, SPR, MACC, Kehakiman sehinggalah ke Angkatan Tentera. Parti politik Pakatan Rakyat bukan sekadar berhadapan UmnoBn sebagai musuhnya, bahkan juga semua system di atas.

Begitu lah sukarnya apa yang dilalui Pakatan Rakyat yang diterajui DS Anwar Ibrahim dan rakan-rakan lainnya. Di belakang mereka, rakyat pelbagai kaum telah bersatu dan bermuafakat. Namun di hadapan mereka menanti UmnoBn dengan segala gerombolan jentera yang disalahguna.

Pada hematnya, Najib Tun Razak memang tidak layak langsung sebagai PM. Malah sebagai pemimpin orang Melayu pun dia sudah gagal. Ini dibuktikan oleh PRU 10 apabila hanya menang dengan kurang lebih dua ratus undi. Itu pun kerana datangnya karung tambahan undi pos! selepas itu ia menikmati majoriti besar kerana program undi yang dipindahkan dari Kedah dan undi pos yang ditambah.

Apa yang nak kita bangkitkan ialah imej Najib di luar Negara amat buruk. Dari Eropah sehingga ke seluruh Asia, akhbar-akhbar mereka menjadikan ia watak kartun yang dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya. Jika rasuah pun orang sudah loya melihat muka Najib apatah lagi dengan kes pembunuhan Altantuya. Memang dahsyat. Apa agaknya yang dibuat oleh kelompok agamawan dalam Umno? Mengira wang yang disuap atau apa?

Sekiranya sebelum menjadi PM lagi Najib sudah begitu rakus dan jahat, apa kebarangkalian ia akan menjadi PM bertaraf wali? Atau sekurang-kurangnya PM berjiwa rakyat seperti bapanya dahulu?

Jika Tun Abdullah Badawi dikaitkan dengan Khairy sebagai punca kelemahan dan kejatuhannya, anak lelaki Tun Razak ini mempunyai Rosmah sebagai ‘archilles tendon’ nya. Bukan lagi satu rahsia yang PM Najib amat takutkan isterinya. Semua kalangan pimpinan Umno dan yang rapat dengan mereka tahu akan perkara ini. Kerakusan wanita itu amat sangat. Jika tidak berhati-hati ia bakal menjadi seperti Imelda Marcos isteri kepada Ferdinand Marcos, mantan Presiden Filipina.

Manakala kemasukan Tun Kepala Taik semula ke dalam Umno akan mengeruhkan keadaan dalam Umno mahupun kerajaan. Mungkin ada benarnya dikatakan doa Almarhum Fadzil Noor, mantan Presiden PAS yang membantah ketika orang berdoa agar Mahathir cepat tarikh arwahnya. Sebaliknya, Almarhum mendoakan agar panjang umur Mahathir supaya ia melihat kesan dari kerosakan yang dibuatnya samada secara sedar atau tidak. Ya….lah, kalau difikirkan pada tahap umurnya sepatutnya berkematu di surau atau masjid sambil menghabiskan masa mengerjakan umrah kerana ia mantan PM yang kaya raya. Namun sebaliknya terjadi.

Beliau diusung sana-sini untuk bercakap tentang dunia, sedangkan dunia kata pergi dan kubur kata, mari…..mariii….. dalam kata lain TKT Mahathir sekarang sedang mengalami seksaan dunia tanpa disedarinya. Sudah banyak dia terpaksa bercakap lagak Negarawan menegur kepimpinan Tun Abdullah, sedangkan apa yang ditegur itu ialah kesalahan yang sering dilakukan dahulu ketika di puncak kuasa. Kekalahan anaknya baru-baru ini dalam Pemilihan Umno yang katanya secara tipu juga adalah balsan dosa atas penipuan yang dibuat beliau dalam Pemilihan Umno tahun 1987 terhadap tengku Razaleigh!!

Kembali kita kepada watak utama dalam artikel ini. Sekali lagi saya ingin tekankan betapa Najib bukanlah seorang yang layak memikul jawatan Perdana Menteri apabila menambilkira latarbelakang peribadi dan kecacatan moral yang dikaitkan dengannya. Ini menjadikan ia lemah, tanpa kredibliti serta terdedah kepada ugutan luar peringkat tertinggi. Apatah lagi sekiranya perisikan luar mempunyai bahan bukti bergambar seperti KGB, M16 atau CIA. Keadaan ini telah pernah menimpa Tun Daim sehingga menyebabkan French Bank bertapak di Malaysia satu ketika dahulu.

Cuba bayangkan jika bahan bukti kelemahan Najib itu disimpan pehak Singapura atau Thailand mahupun China, tentu sahaja keselamatan Negara akan terancam. Keduanya jika diambilkira mood perwakilan Umno yang mahukan ia menjadi separa dictator, kacau bilau dibuatnya politik Negara. Tidakkah TKT Mahathir membuktikan satu ketika dulu tatkala pergolakan berlaku dalam Umno. Ketiganya, ialah sekiranya peranan yang dimainkan Rosmah Mansor menyamai Imelda Marcos, kisah Altantuya hanya akan menjadi seperti kisah tadika sahaja. Akan menyusul yang lebih dahsyat. Kelima, penerusan dasar mewujudkan Panglima Ekonomi yang dahulunya dimulakan TKT Mahathir atas dasar kununnya untuk melahirkan ramai jutawan Melayu akan menjadi alat penyelewengan di sebalik topeng dasar pembaharuan DEB ala baru.

Kini, kita menanti debaran pembentukan kabinet baru yang katanya akan dikecilkan serta lebih efisien. Memang tidak adil untuk kita memberi komentar kerana mereka belum teruji di bawah slogan ‘mohon restu rakyat’. Namun jika kita melihat kepada para pemimpin yang berconggok dalam hieraki tertinggi Umno serta ‘kapal’ Umno yang sama, kita memang perlu menyimpan rasa gusar dan waspada yang tinggi.

Perkasakan Pakatan Rakyat