Thursday, December 17, 2009


ATLAS SIRAH (BARU) - HARGA PROMOSI
Mana Maruah Melayu Islam?

Tazkirah "
Banyak berita yang mengemparkan penduduk Malaysia, terutamanya penduduk melayu Islam dengan berbagai kes samun dan pembunuhan. Kes jenayah seperti ini sering dan kerap kita dengar di dada-dada akhbar dan media.


Adakah ini semua bala Allah yang diturunkan kepada umat manusia umumnya yang semakin terhakis keimanan mereka. 20 tahun dahulu susah dan jarang kita dengar kes-kes samun atau bunuh seperti sekarang. Kehidupan manusia hari ini musnah disebabkan ketamakkan, kerakusan, kejahatan dan kebodohan manusia itu sendiri.


Kes samun yang terbaru melibatkan pembunuhan warga emas di Kampung Besar, Tasek Gelugor Pulau Pinang. Kesian sungguh dan menyayat hati orang tua dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kenapa semua ini boleh berlaku? Perkara ini berlaku adalah disebabkan manusia sekarang ini jauh dengan agama Islam, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral kurang ditekankan di semua peringkat masyarakat. Malah subjek Pendidikan Islam ini dijadikan mata pelajaran sahaja, bukan sebagai penghayatan.


Kebanyakan keluarga melayu Islam tidak mementingkan pendidikan Islam, mereka hanya menekankan pendidikan sains, matematik, bahasa inggeris dan sebagainya untuk anak-anak mereka lulus dalam peperiksaan untuk masuk ke universiti. Mereka rasa semua ini sudah cukup dan berjaya mendidik anak-anak mereka. Tetapi mereka lupa semua yang mereka tekankan dan pentingkan itu merupakan luaran atau intelektual sahaja, ilmu-ilmu ekademik semua merupakan ilmu keperluan jasmani sahaja untuk mencari kedudukan atau mencari makan dan minum sahaja. Maka dari sinilah masalah-masalah sosial makin meningkat dan makin berleluasa. Timbul berbagai jenayah yang baru seperti mat rempit, black mettal, skinhet, dadah dan sebagainya. Semua ini melibatkan muda mudi Islam atau melayu Islam.


Jarang kita dengar bangsa Cina dan India terlibat dengan jenayah seperti ini. Kebanyakannya semua dari orang melayu Islam. Kes buang anak di dalangi oleh remaja melayu Islam, dadah mejoriti melayu Islam, mat rempit melayu Islam dan semuanya melayu Islam. Apa yang perlu dibangakan kepada melayu Islam. malah melayu Islam telah mencemarkan maruah Islam yang suci.


Jika perkara ini tidak dibendung, kemungkinan 10 atau 20 tahun negara kita tergadai kepada bukan melayu, kerana orang melayu terlibat dengan jenayah dan mempunyai pendidikan tidak tinggi sebab merempit, dadah dan sebagainya. Bagi sesiapa yang berkeluarga dan mempunyai anak, tanamkan roh Islam ke dalam jiwa anak seperti umur 7 tahun ajak sembahyang, menutup aurat, memperkenalkan perkara yang benar dan salah di sisi undang-undang Islam dan negara.


Anak-anak dididik atau diajar dengan penuh suasana Islam, saya yakin jika diizinkan Allah anak-anak tersebut tidak akan melakukan perkara kesesatan atau jenayah, kerana mereka mengetahui batasan Islam. Negara juga akan kembali aman dan tidak lagi kita dengar masalah-masalah sosial dari kalangan melayu Islam. Kesimpulan mudah mari kita berpegang kepada syiar Islam, maka hidup kita dan keluarga kita akan bahagia di dunia dan di akhirat.