Thursday, July 8, 2010

Hebatnya Subuh (Siri 2): Wanita lebih afdal solat di masjid?
Artikel

"Penulis pernah berdiskusi (sebenarnya hampir-hampir mendekati takrif debat) dengan seseorang mengenai sama ada lebih afdal wanita solat di rumah atau di masjid (dan surau). Perkara ini memang banyak juga dibahas dan diperdebatkan oleh pihak lain dan ia sering disalah faham oleh sesetengah individu, terutama bagi wanita yang terlalu beriya mahu solat di masjid.

AFDAL... walaupun harus bagi wanita solat di masjid, solat di rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya. - Gambar hiasan sahaja.

Mereka melihat secara logiknya, wanita yang solat di masjid akan mendapat lebih banyak pahala berbanding wanita yang solat di rumah. Secara logiknya, ini kerana mereka terpaksa bersusah payah ke masjid sedangkan hukum-hakam Islam tidak boleh diukur dengan akal semata-mata.

Dalam siri Hebatnya Subuh kali ini, buku ‘Misteri Solat Subuh’ ada sedikit penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Menurut penulisnya, Dr Raghib as-Sirjani, walaupun harus bagi wanita solat di masjid, solat di rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya.

Perkara itu terkandung di dalam hadis Rasulullah saw riwayat Abu Daud bermaksud:

“Janganlah kamu melarang kaum wanita solat di masjid. Namun, solat mereka di dalam rumah adalah lebih baik”.

Menurut buku berkenaan, besarnya pahala solat di rumah adalah rahmat Allah swt untuk kaum wanita dan masyarakat keseluruhannya.

“Tujuannya ialah untuk menghindarkan fitnah, menjaga kaum wanita dan ia lebih melindungi mereka.

“Ia juga bertujuan menjaga anak-anak di rumah, orang tua serta manfaat lainnya.

Penulis berkenaan menegaskan dalam bahasannya:

“Maha Suci Allah yang telah menurunkan syariat yang penuh hikmah ini!”

Buku ‘Misteri Solat Subuh’ edisi bahasa Malaysia diterjemahkan oleh Ahmad Munaji LC dan diterbitkan oleh Darul Nu’man.

Dalam buku terbabit, Dr Raghib menumpukan bahasan kepada solat Subuh.

Dalam siri terdahulu, penulis mencatatkan mengenai ukuran di antara si munafik dan bukan si munafik berdasarkan pelaksanaan solat Subuh, terutama bagi lelaki yang dikerjakan di masjid. Bagaimana pula mengukur tahap keimanan kaum wanita berdasarkan solat Subuh jika mereka tidak afdal solat di masjid?

“Berkaitan persoalan yang sedang kita bicarakan, maka ujian yang membezakan di antara wanita munafik dan wanita mukminah ialah solat pada awal waktu.

“Wanita mukmimah (yang lulus ujian keimanan) adalah mereka yang menunaikan solat Subuh ketika kaum lelaki solat di masjid.

“Manakala wanita yang belum kukuh imannya akan mengerjakan solat Subuh ketika terbit matahari (atau setelah terbit matahari),” catat penulis berkenaan.

Masih mahu berdiskusi dan berdebat mengenai persoalan ini? Dr Raghib menamatkan hujahannya begini:

“Saya hanya menyampaikan persoalan yang sudah menjadi kesepakatan ulama, yang tidak ada lagi perbezaan dan perselisihan mengenainya”.
KHEMAH TERBESAR DUNIA DI KAZAKHSTAN
GAMBAR menunjukkan khemah terbesar dunia di Astana kelmarin.

ASTANA - Ibu negara baru Kazakhstan di sini kelmarin dimeriahkan dengan percikan bunga api sempena perasmian Khan Shatyr yang merupakan khemah terbesar di dunia ciptaan arkitek Britain, Norman Foster, lapor sebuah akhbar semalam.

Binaan yang digelar sebagai Raja Segala Khemah itu ditegakkan oleh kabel condong sepanjang 150 meter untuk mengembangkan tiga lapisan bumbung plastik lut sinar dan kalis sejuk ekstrem sehingga - 35 darjah Celsius pada musim salji.

Khemah itu cukup besar sehingga ia mampu memuatkan beberapa buah pantai, air terjun buatan, sebuah padang golf mini, taman botani, pawagam, kedai dan restoran.

Ia mengambil masa empat tahun untuk dibina. - Agensi