Thursday, March 11, 2010

Teknologi: Remaja guna laman web sosial pamer populariti diri

FACEBOOK adalah rangkaian sosial paling popular di Malaysia dengan anggaran kira-kira 6.2 juta pengunjung.
FACEBOOK adalah rangkaian sosial paling popular di Malaysia dengan anggaran kira-kira 6.2 juta pengunjung.
LAMAN web rangkaian sosial yang muncul seperti 'cendawan tumbuh selepas hujan' kini menjadi antara gaya hidup ‘wajib’ dalam kehidupan masyarakat masa kini.

Tanpa disedari, kebanyakan pengguna laman seperti ini turut menghabiskan tempoh waktu yang agak lama bagi mereka melayari dan menggunakan semua kemudahan yang disediakan untuk berkomunikasi dengan rakan masing-masing.
Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung. Sementara itu, laman Friendster pula mencatatkan pengguna seramai 4.2 juta orang, diikuti oleh laman Myspace 2.1 juta orang dan laman Twitter seramai kira-kira 750,000 pengunjung.
Fenomena ini memberi kesan mendalam dalam kehidupan masyarakat sehingga ada yang menjadikan membuka laman web sosial ini sebagai rutin awal sebelum melakukan aktiviti harian yang lain.

Tidak cukup dengan akses melalui Internet, kini pengguna laman web sosial boleh mengakses, mengemas kini maklumat dan memuat turun gambar melalui aplikasi telefon bimbit seperti penggunaan iPhone dan Blackberry.

Daripada jumlah itu, tidak dapat dinafikan bahawa golongan kanak-kanak dan remaja adalah antara pengguna majoriti rangkaian sosial terbabit.
Mereka biasanya menggunakan kemudahan itu untuk menonjolkan diri masing-masing di kalangan pengguna Internet dan rakan masing-masing di sekolah.

Malah, ada yang berlumba-lumba untuk menambah bilangan rakan kenalan untuk membuktikan ‘kepopularan’ masing-masing di kalangan rakan, walaupun mereka sebenarnya tidak mengetahui bahaya yang menanti jika keadaan itu dibiarkan.

Ibu bapa pula pastinya ‘pening kepala’ dengan kegilaan anak masing-masing terhadap rangkaian sosial ini dan sebagai penjaga mereka perlu bertanggungjawab ke atas segala kegiatan mereka.

Ada beberapa panduan yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk memastikan anak masing-masing dapat menggunakan rangkaian sosial berkenaan dengan selamat dan beretika.

Bertindak wajar

Menghalang anak anda daripada melayari laman sosial kegemaran mereka sama seperti menghentikan kehidupan sosial mereka.

Jika bertindak terlalu melindung, ia akan menutup sama sekali komunikasi kanak-kanak serta remaja, dan ia akan mengheret mereka menyertai ‘pergerakan rahsia’ yang lebih terdedah kepada risiko.

Justeru, adalah lebih baik anda mengawal dan memantau penggunaan laman sosial anak-anak secara wajar dan konsisten bagi memastikan mereka tidak melanggar etika ketika bersosial.

Berbual dengan mereka mengenai cara penggunaan perkhidmatan itu

Bantu anak-anak memahami garis panduan keselamatan asas mengenai penggunaan rangkaian sosial seperti melindungi privasi (termasuk penggunaan kata laluan), tidak mengganggu rakan sebaya dengan perbuatan yang melampau, jangan sama sekali berbicara mengenai seks dengan orang yang tidak diketahui dan mengelak daripada bersemuka dengan rakan dalam talian yang tidak pernah dikenali.

Selain itu, sebagai ibu bapa anda juga boleh memantau apa yang ditulis oleh anak-anak di dalam laman web kerana apa saja yang diletakkan pengguna di dalam talian boleh dicapai, diubah dan digunakan oleh orang tidak bertanggungjawab.

Menyokong pemikiran kritikal dan sikap yang baik

Tiada perisian khusus undang-undang atau kawalan ibu bapa yang dapat membantu membangunkan sikap yang baik mengenai keselamatan dan perhubungan sosial, selain daripada bantuan ibu bapa sendiri.

Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang agresif terhadap rakan sebaya atau orang tidak dikenali di laman sosial lebih terdedah untuk menjadi mangsa jenayah dalam talian.

Justeru, didik mereka untuk menjadi pengguna dan rakyat yang baik bukan saja di dalam talian malah ketika mereka berada di luarnya.

Pertimbangkan penggunaan Internet dalam trafik yang tinggi di rumah

Ini bagi membantu anda sedar mengenai penggunaan dalam talian mereka.
Menerusinya, anda boleh menggalakkan keseimbangan antara masa mereka menggunakan perkhidmatan itu dan aktiviti lain seperti akademik, sukan dan masa sosial.

Perlu diketahui juga bahawa ada banyak cara untuk kanak-kanak mengakses Internet di luar rumah termasuk telefon bimbit dan peranti permainan.

Jika boleh, kawal penggunaan peralatan terbabit sebaik mungkin kerana ia mungkin menghabiskan tempoh masa anak-anak daripada aktiviti lain.

Berkongsi profil atau blog

Cuba dapatkan anak-anak berkongsi profil dan blog mereka dengan anda, tetapi perlu menyedari mereka boleh memiliki pelbagai akaun dalam pelbagai perkhidmatan laman sosial.

Gunakan enjin carian dan alat carian lain dalam lama rangkaian sosial untuk mencari nama penuh, nombor telefon dan maklumat pengesanan lain.

Anda bukan menceroboh privasi mereka jika anak-anak meletakkan maklumat peribadi mereka di tempat umum dalam talian.

Jika profil atau blog mereka adalah bersifat persendirian, ia adalah sesuatu yang baik, namun adalah lebih baik jika mereka berkongsinya dengan anda.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!

Murid Tahun Empat maut lintah masuk dubur

Siti Nazirah Abd Kadir
Siti Nazirah Abd Kadir

JELI: Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami pendarahan dalaman selepas duburnya dipercayai dimasuki lintah ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dekat Gemang di sini.


Siti Nazirah Abd Kadir, 10, dikatakan ke sungai itu bersama sepupunya, Hayati Idris, 11, selepas menjalani latihan sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Bapanya, Abd Kadir Safei, 44, berkata Siti Nazirah mengadu kesakitan di dubur sebaik pulang ke rumah, kira-kira jam 5 petang. Berikuta itu, ibu mangsa, Mariam Yakob, 34, membawa anaknya ke tandas dan terkejut apabila menemui seekor lintah diselaputi darah dalam seluar Siti Nazirah.


Abd Kadir berkata, beliau yang ketika itu bertukang di rumah saudara berdekatan, bergegas pulang selepas isterinya memaklumkan Siti Nazirah mengalami pendarahan berterusan.

Katanya, Siti Nazirah dibawa ke Hospital Jeli, tetapi dirujuk ke Hospital Tanah Merah sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Beliau berkata, anaknya disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 9 pagi semalam akibat pendarahan dalaman.
Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang selepas solat Zuhur.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!


AIZADUL SHAFIQAH menemui ajal selepas tiga hari tidak sedarkan diri
di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam.

KANGAR – Kematian seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini meninggalkan tanda tanya apabila pihak hospital dihalang daripada melakukan bedah siasat penuh selepas bapa mangsa berjaya mendapatkan perintah mahkamah.

Dengan perintah tersebut, pihak hospital tidak dapat untuk mengetahui punca sebenar kematian Aizadul Shafiqah Md. Fuzailee, 16, selepas bapanya, Md. Fuzailee Sabu, 46, berjaya mendapat perintah larangan itu beberapa jam selepas anaknya disahkan mati pukul 9.30 malam kelmarin.

Berdasarkan bedah siasat awal, doktor mendapati kematian Aizadul Shafiqah itu berpunca dari kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil panadol secara berlebihan.

Sebelum disahkan meninggal dunia, mangsa yang tidak sedarkan diri sejak Ahad lalu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, bedah siasat awal mendapati, kematian mangsa disebabkan kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil tersebut