Wednesday, February 16, 2011

MAULID NABI SALLALLAAHU 'ALAIHI WA SALAM

Hari ini semua kita bercuti kerana kita kini berada di tengah-tengah kehangatan dan keharuman hari memperingati kelahiran Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallaahu ‘alaihi wa Salam (SAW).

Alhamdulillah, sebenarnya, sekelumit manapun ingatan dan perasaan kasih terhadap Nabi SAW yang dicampakkan oleh Allah SWT dalam hati kita, ia adalah kurniaan istimewa dan amat bermakna dari-Nya kepada kita. Syukur Alhamdulillah.

Sempena hari Maulid Nabi ini marilah kita hayati sunnah Nabi SAW, Sirah Nabi SAW dan Sarirah yang terbesar, yakni kena buat usaha atau kerja dakwah cara Rasulullah SAW.

Sesungguhnya kesabaran demi kesabaran dan perjuangan demi perjuangan yang dilalui dan dirasai oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad Sallahualaihi wasalam perlu dijadikan tauladan kepada kita. Sebenarnya riwayat kehidupan baginda perlu dijadikan asas untuk menghayati kemanisan satu perjuangan dalam menegakkan agama Islam.

Oleh itu kelahiran baginda adalah satu nikmat yang amat besar bagi kita, dan menjadi penyemarak semangat untuk terus hidup sebagai seorang insan yang berguna pada agama dan umat Islam.

Marilah kita mencontohi akhlak Rasulullah SAW sebagaiman Allah SWT memberi penghormatan kepada nabi-Nya yang mulia dengan dianugerahkan kepada baginda tanda-tanda kebesaran yang banyak.

Antaranya ialah akhlak baginda dan budi pekertinya yang mulia. Firman Allah ta’ala ang maksudnya: "Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (Al Qalam: 4)

Wahai saudara-saudarku sekalian, hayatilah kel"ahiran Nabi kita ini dengan penuh keikhlasan dan kekhusyukkan serta dengan penuh kasih sayang, agar ia menjadi penawar bagi jiwa-jiwa kita untuk menyambung lagi pejuangan kita di atas muka bumi ini. Amin.

Maka ayuh saudara-saudaraku kita sebagi Umat Nabi kenalah mengingati Nabi SAW pada bila-bila waktu dan di mana sahaja bukan hanya pada masa Maulid Nabi ini sahaja dan kita beriltizam untuk mengamalkan sunnah yang sahih dan inilah tanda kecintaan kita pada Nabi SAW, dan yang penting kita tahu akan maksud hidup dan keperluan hidup kita di bumi Allah ini.

Bagi mereka yang ingin menyambut hari kelahirannya (iaitu hari Isnin) dan menghidupkan sunnahnya dianjurkan berpuasa pada setiap hari Isnin. Menyambut hari kelahiran Nabi SAW bukanlah dilakukan seperti hari perayaan yang ada, iaitu Eidul-Fitri dan Eidul-Adha, akan tetapi ia cuma merupakan Hari Memperingati datangnya Nabi akhir zaman, penutup segala nabi.

Apa yang penting adalah;

1. Cinta kepada Nabi SAW,
2. Ketaatan kepada Nabi SAW,
3. Meniru akhlak Nabi SAW,
4. Kembali kepada syariahnya,
5. Berdakwah kepada agama yang dibawanya,
6. Membantu agama, syariah dan kerja amal keatas aplikasinya,
7. Memperbanyakkan selawat keatasnya dan khususnya di hari Jumaat,
8. Cinta kepada ahli keluarga Nabi SAW.

WaAllahua’lam.