Thursday, October 6, 2011

Kematian Steve Jobs

Analisis Isu
"Semua media telah melaporkan kematian Steve Jobs sebentar tadi, pagi Khamis bagi kita atau petang Rabu bagi peristiwa sedih tersebut dilaporkan di California.

Pakar yang telah merevolusikan dunia komputer peribadi, telefon dan musik telah menubuhkan syarikat Apple Inc beliau pada tahun 1976.

Ramai yang akan menyatakan kehilangan besar kepada industri yang sedang rancak merasai idea-idea terbaru beliau terutama dengan siri iPhone dan iPad yang merombak monopoli pemain industri ICT lain.

Seorang yang gigih bekerja dan kuat mendorong rakan-rakan sekerja dan kakitangan telah menyerahkan kuasa pengurusan peniagaan beliau kepada penggantinya dua bulan yang lalu apabila tahap kesihatannya semakin uzur.

Walaupun saya tidak memiliki mana-mana hasil ciptaan beliau baik dari Apple IIe atau Macintoshnya (yang popular semasa kami di peringkat universiti dulu) mahupun yang terkini, apa yang lebih saya rasai pemergiannya ialah beliau mengakhiri hayatnya bukan sebagai seorang Muslim.

Berasal dari ayahnya yang seorang Arab Muslim, beliau tidak menemui Nur Islam dalam hidupnya. Namun, tidaklah dapat kita pastikan apakah di saat-saat sebelum malaikat maut datang menjemput beliau mengucap syahadah itu, walLahu a’lam.

Dalam segala kecanggihan teknologi perubatan dan memiliki kemewahan kewangan yang tidak dapat kita bayangkan, ianya tidak dapat menjamin kehidupan yang berkekalan apabila ajal tiba jua.

Semoga ianya menjadi iktibar kepada kita semua