Saturday, January 23, 2010

Pesawat Charlie C-130 H TUDM
terkandas di pangkalan udara Labuan



Pengenalan

Pesawat Charlie C-130 Hercules keluaran Lockheed Aeronautical Systems Company (Lockheed-Martin) telah lebih empat dekad berkhidmat di seluruh dunia namun ianya masih lagi dalam pengeluaran dan yang lebih mengagumkan lagi, tidak banyak perubahan fizikal yang dialaminya.

Spesifikasi asal untuk pesawat misi angkutan udara taktikal 'intratheater' ini dikeluarkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) di awal 1950an untuk sebuah pesawat yang boleh dioperasikan dari landasan terbang yang pendek dan ringkas (short and rough dirt strips) dan adalah pesawat pengangkut pengguguran payung terjun (paradropping) anggota dan peralatan tentera ke kawasan-kawasan pertempuran.

Tentera Udara DiRaja Malaysia kini menggunakan 14 buah pesawat Hercules C-130H yang diterimanya di antara 1976 dan 1980an sebagai memenuhi keperluan misi pengangkut strategik dan taktikal yang tidak dapat dilaksanakan oleh pesawat DHC-4 'Caribou' yang telah agak uzur.

TUDM juga telah menerima lima buah C-130H-30 yang diterima mulai 1995. Kebanyakan pesawat-pesawat 'Charlie' TUDM dioperasikan dari Pengkalan Udara Subang oleh Squadron No. 14 dan No. 20 untuk misi-misi penerbangan biasa dalam negeri.

Pesawat-pesawat ini merupakan tulang belakang bagi pengangkutan Pasukan Atur Cepat-Angkatan Tentera Malaysia (PAC-ATM) dan telah digunakan dengan jayanya di dalam beberapa latihan yang telah dijalankan..