Friday, June 22, 2012

Rahsia pokok ALOEVERA yang ramai tak tahu......

Artikel
"lidah buaya 300x240 Kebaikan Daun Lidah BuayaDaun lidah buaya memang selalu kita dengar tetapi kini sudah jarang-jarang benar dapat kita lihat tanaman ini.

Nama saintifiknya ialah ‘aloe vera’ dan selalu pula disebut-sebut punya khasiat yang berbagai-bagai dan sering didakwa digunakan dalam alat solek untuk memelihara kecantikan.

Orang Red Indian menggelar daun ini ‘kuasa dari syurga’, Marco Polo pula dikatakan pernah rnelihat ia digunakan oleh orang-orang Cina sebagai ubat dan bahan kecantikan dan ia juga dikatakan pernah digunakan oleh Cleopatra, permaisuri Mesir tua yang termasyhur.
Sementara itu Iskandar Zulkarnain pula dikatakan terpaksa menakluk sebuah pulau semata-mata untuk mendapatkan tanaman ini bagi merawati tentera-tenteranya yang cedera. Begitulah legenda daun lidah buaya yang didakwa mempunyai kuasa menyembuhkan berbagai jenis penyakit yang dikatakan telah digunakan sejak 3500 tahun yang lalu.
Kira-kira 2000 tahun lalu, seorang ahli perubatan Greek, Doscorides telah mencatatkan daun lidah buaya ini boleh digunakan untuk merawat berbagai jenis penyakit termasuklah sakit perut, sembelit, sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, sakit gusi dan mulut, buah pinggang, kudis, jerawat dan kulit.Hari ini, bahan dari tanaman yang menjadi legenda ini telah digunakan dalam bahan-bahan untuk merawat kecantikan dan juga lotion untuk merawat seperti sakit sengal-sengal tulang dan gatal-gatal, begitu juga dengan jerawat dan ulcer (luka tali perut).
Tanaman daun lidah buaya ini adalah dari keluarga bebawang (yang ada hubungan dengan tanaman seperti bawang, sengkuang dan asparagus) yang berlendir dan menyerupai kektas. Adalah dipercayai tanaman daun lidah buaya ini berasal dari Afrika Selatan dan dalam awal tahun 1500 ia telah dibawa keluar oleh orang-orang Sepanyol yang percaya bahawa bahan ini dapat menyembuhkan berbagai jenis penyakit.
Sebenarnya terdapat 200 jenis tanaman daun lidah buaya, ada di antaranya memang berkesan bila digunakan untuk merawat setengah jenis penyakit. Daun lidah buaya ini mempunyai daun yang panjang dan tajam seakan-akan lidah dan berduri di tepi. Warnanya di antara kelabu dan hijau. Bahagian permukaan daun ini licin bila dipegang dan di dalamnya tergandung sejenis lendir yang amat disanjung.
Tanaman daun lidah buaya ini juga mempunyai bunga yang berkembang pada pertengahan tahun. Bunganya berwarna merah atau pun kuning. Memandangkan bunganya yang sama cantik seperti bunga tulip dan mawar, ramai juga peminat yang telah menanamnya dan turut disertakan dalam beberapa pameran bunga antarabangsa.
Hari ini, bahan-bahan yang dikatakan mengandungi bahan dari daun lidah buaya ini dikatakan begitu laris dijual di seluruh dunia dan banyak syarikat-syarikat pembuat alat solek juga dikatakan telah mula mengeluarkan aneka jenis bahan alat solek yang mengandungi lendir daun lidah buaya yang dipercayai banyak khasiat.

Sebut sahaja anda boleh buat lotion pencuci muka, pelembab, krim muka dan jerawat, syampu, alat solek, minyak untuk merawat sakit-sakit seperti sengal-sengal tulang, gatal-gatal dan entah apalagi.
Berdasarkan kepada dakwaan-dakwaan inilah maka pihak berkuasa ‘Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika” (FDA) telah memberikan perhatian untuk menjalankan kajian secara saintifik ke atas daun lidah buaya yang dikatakan boleh menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Menurut Annabel Hecht, jurucakap FDA memberitahu pihak berkuasa begitu mengambil berat terhadap setengah dakwaan yang melampau dan tidak benar yang dibuat oleh setengah pihak berhubung dengan daun lidah buaya ini.
Sebenarnya tidak ada bukti dari segi sains yang dapat menyokong dakwaan yang mengatakan lendir daun lidah buaya ini dapat merawat penyakit-penyakit seperti barah, kencing manis dan lain-lain lagi penyakit yang teruk. Ini adalah kerana kajian yang telah dijalankan belum lagi dapat diuji keatas manusia.
Hasil dari kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa tanaman daun lidah buaya ini mengandungi berbagai-bagai bahan termasuk antibiotik (bahan pemusnah kuman), bahan pembeku, bahan untuk mengecut, bahan perangsang untuk pertumbuhan dan pereda sakit.
Daun lidah buaya juga mengandungi ‘hormon luka’ yang dapat mempercepatkan kadar penyembuhan pada permukaan kulit yang luka. Bahan-bahan penyembuh yang terdapat dalam daun lidah buaya ini banyak bergantung kepada kandungan airnya yang sebanyak 96 peratus yang dapat membekalkan air kepada tisu yang luka tanpa menutupi angin yang amat perlu dalam proses penyembuhan.
Sementara 4 peratus lagi terdiri daripada molikul karbohidrat yang dipercayai merupakan bahan penting untuk menjadi pelembab kepada daun lidah buaya.Lain-lain komponen yang terdapat dalam daun ini ialah glukos, galaktos, bahan pemusnah kuman, vitamin, enzim, bahan galian, kalsium dan banyak lagi.

Bahan-bahan aktif yang terkandung dalam daun lidah buaya inilah yang bertanggungjawab menyembuhkan setengah jenis penyakit.
Daun lidah buaya, khususnya lendirnya memang kaya dengan vitamin C yang dapat membantu memelihara pembuluh darah serta perjalanan darah dengan baik.Bahan ‘potassium’ yang terdapat dalam daun ini membantu rentak denyut jantung dan memberangsang buah pinggang untuk membuang bahan lebihan dalam tubuh dan kerana itulah ia dikatakan boleh menjadi bahan ‘pencuci yang asli’.
Walaupun kebanyakan kulit yang terbakar.oleh pancaran matahari tidak merbahaya, tetapi tetap menyakitkan. Kerana itu sapukan pada kulit yang terbakar itu dengan lendir atau perahan daun lidah buaya mahupun minyaknya supaya sakitnya tidak merebak.
Jika kulit yang terbakar itu dibiarkan lembab dengan lendir ataupun perahan daun lidah buaya ini, ia bukan sahaja mengurangkan kesakitan malah mempercepatkan penyembuhan. Ataupun bahan ini boleh digunakan sebagai lotion untuk mencegah kulit dari terbakar.
‘Arthritis’ ataupun penyakit sengal-sengal sendi juga didapati ‘mujarab’ dengan daun lidah buaya ini. Ramai pesakit melaporkan sakit mereka semakin berkurangan apabila mereka menggunakan bahan ini tiap-tiap hari. Bagaimanapun sebilangan besar pesakit hanya mendapati sakit mereka mula beransur pulih setelah dua bulan menggunakan bahan dari daun lidah buaya ini.
Teknik x-ray yang dulunya digunakan pada tahun 1930 selalunya menyebabkan pesakit rasa sakit dan kawasan yang terkena pancaran bukan sahaja terbakar malah meninggalkan parut yang hodoh. Apabila parut ini dirawat dengan daun lidah buaya ternyata kulit yang rosak dapat disembuhkan dalam masa dua bulan.
Kalsium yang terdapat dalam daun lidah buaya ini menyertai dalam pembekuan darah dan juga dalam berbagai fungsi lain yang penting. Kerana bahan ini dapat menembusi jauh hingga ke dalam permukaan kulit, ia berupaya mengurangkan pendarahan kerana mempunyai kuasa untuk membekukan darah.
Dalam masa yang sama ia dapat pula memberangsangkan perjalanan darah di bahagian sekelilingnya.

Sementara itu, sejak dulu lagi orang-orang Red Indian, di Amerika percaya dengan menyapukan bahan dari daun lidah buaya ini setiap malam di kulit kepala dan dibilas bersih-bersih pada keesokan paginya – rambut akan menjadi lebih bermaya.
Kuasa bahan pembunuh kuman yang terdapat dalam daun lidah buaya ini juga boleh merawat jangkitan kuman pada liang bulu roma, khasnya bila berlaku jerawat pada kulit muka. Di samping membunuh kuman-kuman yang tersumbat dalam liang bulu roma, bahan khas dari daun lidah buaya ini juga boleh memberangsangkan tisu-tisu di sekelilingnya di samping merawatnya dengan hanya meninggalkan sedikit sahaja kesan parut.
Daun lidah buaya mempunyai faktor pH yang sama dengan kulit manusia dan dalam masa yang sama tidak pula terlalu sensitif. Jika ia digunakan bersama emolien dan bahan pelembab, keadaan kulit akan bertambah baik.

Bahan dari daun lidah buaya ini juga pernah digunakan untuk merawat hidung tersumbat. Pesakit kemudian dapat bernafas dan menghidu dengan lebih mudah. Hingus pesakit yang lazimnya keluar tidak menentu didapati semakin berkurangan.
Bahan daun lidah buaya juga dikatakan tidak mempunyai kesan sampingan. Bagaimanapun daun lidah buaya ini bukanlah ‘penawar’ kepada semua jenis sakit. Tetapi usaha masih tagi terus dijalankan untuk mengkaji ‘khasiat’ daun lidah buaya ini sepenuhnya. Sehingga jawapan yang muktamat diperolehi oleh para saintis, sama-samalah kita tunggu keputusannya nanti.