Tuesday, July 6, 2010


MALAYSIA JUAL BERSUBSIDI PADA SINGAPURA

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Kerajaan wajar memberikan penjelasan yang jujur dan bertanggungjawab berhubung isu kekurangan gula yang dihadapi oleh pengguna kebelakangan ini.

Penegasan itu ekoran insiden enam daripada 30 kargo yang memuatkan gula nasional tergelincir dari Butterworth ke Singapura, milik KTMB tergelincir di Chamek, dekat Kluang Johor, 23 Jun lalu.

Macam mana gula yang kerajaan subsidikan pada Syarikat Gula Prai dan sebagainya, gula itu yang nak dibawa jual ke Singapura, memetik laporan akhbar New Strait Times Press (NSTP).

Insiden tersebut sudah tentu mempunyai kaitan dengan kesukaran rakyat mendapatkan bekalan gula nasional sebelum ini.

Kita percaya gula yang kurang dalam pasaran sebelum ini disebabkan kes-kes eksport gula sebegini bukanlah untuk orang Johor walaupun gerabak KTMB ini tergelincir di Kluang.

Tanah KTMB di Tanjong Pagar pun kita kerajaan gadai pada Singapura, gula negara pun nak beri juga.

Kerajaan seperti merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan pengguna dengan menisbahkan musibah kekurangan gula kepada kaum peruncit.

Sedangkan aktiviti pengeluar dan pembekal gula langsung tidak dipantau sehingga gula yang telahpun disubsidi sanggup diperdagangkan pada Singapura.

Sehubungan itu dicadangkan pihak berwajib memberikan pendidikan konsumerisme kepada rakyat supaya rakyat mendapat maklumat yang menyeluruh di sebalik kekurangan gula dalam pasaran.

Harga gula tempatan RM1.65 sekilo berbanding RM3.05 sekiranya dijual di Singapura sudah tentu mendorong minat pihak yang tidak bertanggungjawab memperdagangkan gula nasional di negara jiran itu.

Kita menggesa kerajaan memperkenalkan mata pelajaran kepenggunaan di peringkat sekolah rendah lagi bagi memberi pendedahan hak-hak pengguna kepada rakyat di awal usia.

Beberapa negara barat yang mengamalkan perkara tersebut telah terbukti mampu menanam kefahaman kepenggunaan yang baik kepada generasi awal negara mereka.

Adakah sebagai Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan boleh mencadangkan kepada kabinet agar mata pelajaran kepenggunaan ini diajar di peringkat sekolah rendah lagi sebagai satu mata pelajaran, bukan ditempel pada mata pelajaran sivik dan sebagainya?

Kesedaran diperingkat awal sangat penting bagi memastikan rakyat negara ini tidak mudah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.