Monday, March 14, 2011

Domain sendiri dengan akaun blogspot

Multimedia
"Penulis mula menulis blog sejak 2008 tetapi menggunakan wordpress.org dengan menyewa server dan dikenakan RM100 setahun. Kemudianya penulis merasakan dengan menyewa server tidak berbaloi hanya menulis blog. Penulis mengambil keputusan untuk menulis blog di platform wordpress.com dan tidak perlu menyewa server serta ianya percuma.

Selepas dua tahun menggunakannya penulis merasakan wordpress.com terlalu terhad. Penulis tidak boleh mengubah apa-apa pun pada themesnya walaupun untuk beriklan. Ini mendorong penulis beralih kepada blogspot yang memberi ruang kepada pengguna untuk mendapatkan laluan yang advance. Ruang advance bermaksud boleh beriklan, design sendiri themes dan boleh membuat sendiri widgets.

Penggunaan domain berakhir dengan blogspot.com juga boleh diubah kepada domain sendiri. Oleh sebab itu penulis menukarkan domain blogspot kepada domain sekarang. Ini memberi identiti penulis sendiri dan berlainan dengan pengguna blogspot yang lain.

Penulis membeli domain ini di Mercumaya.net dengan harga RM30 setahun. Ianya sebuah syarikat server tempatan. Ianya juga membekalkan perkhidmatan email percuma dengan menggunakan domain kita sendiri. Dalam kesempatan ini penulis ini berkongsi bagaimana menukar domain blogspot kepada domain sendiri.

1) Buka akaun blogspot dan terus ke ‘Setting’ blogspot anda.2) Selepas itu klik tab ‘publishing’ dan kemudiannya klik ‘custom domain’.3) Disini anda diberi pilihan untk membeli domain dengan blogspot atau membelinya di tempat lain.
4) Oleh kerana penulis membeli domain dengan Mercumaya, penulis memilih ‘Switch to advanced settings’ untuk settingkan domain sendiri.
5) Selepas itu akan keluar paparan ‘advanced settings’. Sebelum mengisi domain, anda perlu membuat beberapa setting di Mercumaya.
6) Buka login domain (jika anda beli di Mercumaya alamatnya : http://domains.mercumaya.net)
7) Selepas itu ke menu ‘Domain’ dan pilih ‘list all domain’.
8) Kemudian paparan senarai domain akan keluar.



9) Kemudian klik ke domain yang hendak digunakan untuk blogspot.10) Terus klik tab ’DNS’ dan kemudiannya klik ’Manage DNS’.



11) Disini anda perlu mengisi untuk A Records dan CNAME Records.
12) Di A records tab anda perlu menambah empat IP seperti di gambar.
13) Perlu di ingat di ruang name tinggalkan kosong dan hanya mengisi IP dan TTL value sahaja (38400).


14) Selepas mengisi keempat-empat IP sekarang anda perlu mengisi CNAME.
15) Kali ini di ruang Name anda perlu mengisi www, ruang value ghs.google.com dan TTL 28800.


16) Sekarang anda telah berjaya mengconfigurasikan domain anda.
17) Kembali ke blogspot dan isi domain yang telah disetkan. Isi ruang Your domain dengan domain seperti www.domain.com dan save setting.
18) Anda perlu menunggu sehingga 24 jam untuk membolehkan setting anda berkesan.