Saturday, October 22, 2011

Para Khatib di Malaysia patut malu dengan Mualaf ini

Bukan para khatib yang membaca khutbah Jumaat sahaja yang patut malu dengan Mualaf Mat Saleh ini, saya sendiri pun malu, teramat malu apabila mendengar di Radio IKIM setiap Ahad jam 6.30 ptg ruangan Tazkirah Bahasa Inggeris oleh William Webb atau nama Islamnya Suhaib Webb dari Oklahoma, Amerika Syarikat. Suhaib dilahirkan dalam keluarga bukan Islam tetapi mendapat hidayah Allah apabila beliau mencari hidayah. Mendengar kuliah Suhaib hanya selama 10 minit di Radio IKIM tak puas, macam nak dengar lagi.

Lalu saya buat carian dalam internet, Suhaib ini bukan hanya pandai bercakap dan bercerita, malahan beliau mempunyai ijazah dari Universiti Al Azhar dan berguru dengan begitu ramai ulama. Malah beliau hafaz 30 juzuk Al Quran dalam pelbagai Qiraat.

Malu, memang malu saya.

Dalam internet beliau ada laman web, blog, twitter sendiri. Dalam Youtube saya tengok Khutbah Jumaatnya, waduh, kalau dia khutbah di Malaysia pasti terbeliak mata kita semua, dan merasakan tak sabar-sabar tunggu Jumaat akan datang untuk mendengar beliau berkhutbah, bukan membaca khutbah macam diarahkan JAKIM dan Majlis Agama di Malaysia ini.

Apa yang menariknya ialah Suhaib mempunyai pelbagai pendekatan untuk semua golongan manusia, tua muda, hip hop, reggae dan macam-macam lagi.

Tengok sendiri Youtube beliau di http://www.youtube.com/user/SuhaibDWebb

Biografi beliau di http://en.wikipedia.org/wiki/Suhaib_Webb

Laman web beliau di http://www.suhaibwebb.com

Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan

Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.