Monday, September 20, 2010

Resipi Sambal Goreng Jawa

Rencah
"Bahan-bahan:
10 keping tahu
10 keping tempe
½ kilo mempedal ayam
½ kilo hati ayam
½ kilo udang basah(sederhana besar)
Tempe, tauhu potong kecil(dadu) dan goreng.

Mempedal hati ayam potong kecil kemudian digoreng
Udang dibersihkan
¼ kilo lada merah
¼ kilo lada hijau
20 batang lada kering
6-7 biji bawang besar dihiris
5-6 biji bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
2 inci lengkuas dititik
1 biji santan pekat
100 gm soo hoon
Asam jawa/belacan(air rebusan daging)
Gula dan garam,

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan cili kering yang dikisar halus goreng hingga baunya naik.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih,lada merah dan lada hijau, kacau sehingga rata.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng seperti tempe, tauhu, daging, mempedal ayam, hati ayam, udang dan kacau sehingga rata.
4. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan belacan masukkan gula, garam, santan pekat dan soo hoon, jika suka boleh bubuh petai.
5. Masak dengan api yang perlahan hingga sebati.

Kelebihan Seorang Wanita

Artikel
"Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Panduan Solat Jemaah

Tazkirah
"KESALAHAN MAKMUM1. Tidak bersegera menempati saf pertama bagi orang yang datang lebih dahulu .Sebahagian orang datang cepat ke masjid dan melihat banyak tempat yang masih kosong di saf pertama, tetapi lebih suka di duduk saf belakang , ada yang sengaja duduk saf belakang agar boleh bersandar pada tiang atau dinding masjid.

Semua ini menyalahi perintah Nabi SAW agar bersegera menempatkan di saf pertama.

Rasulullah SAW bersabda:
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا
“Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkan kecuali dengan diundi, niscaya mereka melakukannya”(HR. Bukhari dari Abu Hurairah RA )


Dan Rasulullah SAW mengancam bagi orang yang sengaja bahkan bersenang lenang di saf belakang/akhir.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى فِي أَصْحَابِهِ تَأَخُّرًا فَقَالَ لَهُمْ تَقَدَّمُوا فَأْتَمُّوا بِي وَلْيَأْتَمَّ بِكُمْ مَنْ بَعْدَكُمْ لَا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأَخَّرُونَ حَتَّى يُؤَخِّرَهُمُ اللَّهُ
Rasulullah SAW melihat ada yang mengambil saf belakang. Maka Nabi SAW bersabda: majulah kalian dan ikutilah aku, dan hendaklah yang setelah kalian mengikuti kalian. Kaum yang senantiasa mengambil saf akhir akan diakhirkan Ta’ala dari rahmat-Nya. (HR. Muslim dari Abu Sa’id al Khudriy)

2. Tidak menegakkan (meluruskan dan merapatkan) shof sholat berjama’ah
Menegakkan saf adalah hal yang sangat penting atas dasar prinsip dalam solat berjamaah.

Sabda Rasulullah SAW :
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلَاةِ
“Luruskanlah Saf-saf kalian, sesungguhnya meluruskan shaf adalah termasuk menegakkan solat”

Photobucket

Photobucket

Photobucket *Klik untuk besarkan