Thursday, July 16, 2009

Gambar Kenang-kenangan Ilham Resort P.Dickson

GAMBAR KANAN : Bersama adik (Nor&Din) dan anak-anak dari Seremban yg telah singgah sebelum kami check-out.
GAMBAR KIRI : bersama Pengurus Besar PNB Ilham Resort PD En.Ismail Hisham A.Z. dan isteri. Terima kasih kerana telah melayan kami dengan baik sekali semasa sebelum check-in hingga lah check-out.

Bagaimana Membuat Blog

Sudah lama saya menginginkan ramai dalam kalangan pemuda pemudi menjadi bloggers. Alhamdulillah sekarang sudah ramai sudah memiliki blog peribadi sendiri. Masih ada yang belum memiliki lapangan maya ini. Hal inilah yang menyebabkan hati saya tergerak untuk menyiapkan sebuah panduan berkenaan membina blog peribadi. Mudah-mudahan dengan sedikit petunjuk yang diberikan ini, ianya boleh dijadikan panduan oleh sahabat-sahabat sekalian.

Insya Allah, sekiranya ada rezeki, pada masa akan datang saya akan cuba mengeluarkan buku-buku kecil untuk diedarkan secara percuma kepada sahabat-sahabat di UM khususnya bagi membolehkan mahasiswa celik dengan dunia blogging ini. Selamat mencuba!

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT BLOG

Langkah Pertama

1. Langkah yang pertama layari www.gmail.com
2. Sign Up akaun gmail anda
3. Akaun gmail tersebut akan digunakan sebagai username dan password automatik semasa mendaftar blog anda.

Langkah Kedua

1. Untuk langkah seterusnya buka laman www.blogger.com
Sekiranya anda sudah mendaftar akaun gmail, akaun anda sudah terdaftar automatik.
2. Klik pada “create account”
3. Masukkan kata laluan dan password anda (akaun gmail)
4. Namakan blog anda cth : http://faisalkini.blogspot.com
5. Ikuti langkah seterusnya dan pilih tamplate yang anda sukai.

Teknik Menukar Tamplate Yang Menarik

1. Layari laman web yang menawarkan tamplet berformat XML secara percuma.
-cth : www.finalsense.com
2. Pilih tamplate blog yang berformat XML yang anda sukai.
3. Copy kod tersebut.
4. Buka dashboard akaun blog anda.
5. Klik pada layout, kemudiannya klik pada HTML.
6. Kemudian buang kod yang sedia ada dan pastekan HTML yang baru diperolehi.
7. Save dan lihat blog anda yang berwajah baru.

p/s: sesetengah blog menawarkan tamplate jenis upload. Oleh itu tamplate tersebut perlu didownload terlebih dahulu dan diupload. Step yang digunakan adalah sama dengan diatas. Pastikan anda menggunakan perisian mozzila fireworks semasa mendownload. Contoh web yang menawarkan tamplate berbentuk upload adalah :

1. http://layout4all.blogspot.com/


Cara meletakkan shout box

1. Layari http://cbox.ws/?r=4-3384896
2. Kemudian sign up akaun baru anda
3. Ikuti langkah seperti yang diarahkan
4. Copy kod HTML
5. Kemudian buka laman dashboard anda
6. Klik pada add page element
7. Klik pada HTML
8. Kemudian paste HTML dalam kotak tersbut.
9. Save hasil anda.
10. Kemudian klik view dan lihatlah blog anda sudah mempunyai shout box.
Cara post artikel terbaru.

1. Layari www.blogger.com
2. Sign in dengan id anda
3. Kemudian klik new post pada blog anda.
4. Isikan kotak yang tersedia dengan artikel anda.
5. Kemudian tekan publish post.
6. Lihatlah artikel anda sudah tersiar.

Untuk Hiasan Lain anda boleh layari:

1. Jam : http://www.clocklink.com/
2. Counter : http://www.histats.com/viewstats/?SID=309638&f=1v
3. Bahan: http://pimp.myyearbook.com/glitter-word-generator.php
4. Hiasan lain : http://photobucket.com/
5. Map of visitor: http://feedjit.com/
6. Shout Box : http://cbox.ws/?r=4-3384896
7. Widget: http://adiwidget.blogspot.com/

CHIKUNGUNYA

FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.

Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.

Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.


2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.


4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau di antara 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut

· Sakit teruk pada sendi

· Ruam pada badan

· Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.

Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit.

Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.

Tiada vaksin bagi penyakit ini.


8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

11. Situasi semasa penyakit Chikungunya di seluruh negara

Sila rujuk kenyataan akhbar.

12. Tindakan Kementerian Kesihatan

Langkah – langkah kawalan yang telah diambil:

· Pengesanan kes secara aktif

· Melakukan kajian Aedes

· Semburan kabus dan ULV

· Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat

· Aktiviti promosi kesihatan

Kejadian penyakit ini adalah terkawal dan terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Bilik Gerakan

Bahagian Kawalan Penyakit

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 3, Blok E10, Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Putrajaya

No. Tel. : 03-8881 0600 / 03-8881 0700

Laman web: www.moh.gov.my