Friday, July 17, 2009

Rukun Iman: ICT menerangkannya

Oleh: Aku

Assalamualaikum. Tengah dok lepak-lepak sambil picit-picit kekunci handphone ni teringat pula masa kecil-kecil dulu mengaji dimasjid kat kampong. Pukul 9 am jer aku mengayuh basikal sejauh 1 batu untuk pergi belajar mengaji Alquran dan juga fardhu ain bersama ustaz.

Banyak pahala para ustaz kerana mengajar kami tak jemu-jemu. Kadang-kadang beliau belanja kami makan jajan dengan dihantarnya aku kekedai untuk membeli. Indah sungguh kenangan tersebut sampai kehari ini aku tidak dapat melupakannya.

'Rukun islam ada 5 perkara dan rukun iman ada 6 perkara.',begitulah antara yang kami belajar dimasjid itu.Rukun islam itu adalah

1-Mengucap 2 kalimah syahadah,

2-mendirikan solat,

3-Berpuasa dibulan ramadhan

4-menunaikan zakat

5- mengerjakan haji dibaitullah.

Senang untuk mengingati rukun islam ini kerana kita faham dan kita nampak dengan mata sendiri bagaimana rukun-rukun itu dilakukan.

RUkun iman ada 6 perkara.

1-Percaya kepada Allah

2-Percaya kepada Malaikat

3- Percaya kepada Nabi dan rasul

4-Percaya kepada Kitabullah

5-percaya kepada hari akhirat

6-percaya kepada qada dan qadar.

Dari segi hafalan memang senang jer nak ingat rukun iman ini.Tapi realitinya memang sukar nak gambarkan.Yang kita nampak dengan mata kasar ini cuma percaya kepada kitab sahaja.Sedangkan yang lagi 5 tuh hanya percaya jerlah tanpa dapat melihat apa yang dinamakan itu.

Setelah dewasa ini dan biasa bermain dengan dunia teknologi ICT ni,aku mula terpikir bahawa Allah telah singkap sedikit ilmuNya kepada kita.Rupa-rupanya mempercayai dan menyakini rukun iman itu adalah seperti kita meyakini dan mempercayai teknologi ICT ini.Apa yang aku cuba gambarkan disini adalah dari sudut fahaman aku sahaja dan bertujuan untuk meilhat Allah itu tidak suruh meyakini sesuatu tanpa usul periksa.

Teknologi MMS ataupun video call yang selalu kita gunakan apabila kita menelefon isteri,anak-anak ataupun ayah ibu dikampong itu tersimpan satu bukti bahawa isra' dan mikraj nabi kelangit itu adalah benar dan kepercayaan saidina abu bakar terhadap ceritu nabi itu amat berasas.Kefahaman tentang ini Allah bongkarkan melalui teknologi ICT itu sendiri.Aku boleh melihat saudara aku secara terus 'real time' di USA dan berbicara dengannya tanpa perlu aku berada disisinya hanya dengan satu video call sahaja.Hanya dengan beberapa saat sahaja aku sudah 'berada' diUSA dan 'pulang' kembali ke Malaysia dalam hanya beberapa saat sahaja.Tidakkah ini sebenarnya rahsia yang Allah beri sedikit demi sedikit untuk kita meyakini bahawa adalah benar bahawa nabi Mohammad pergi kesidratul muntaha dalam 1/3 malam sahaja.

Komputer dan perisian yang selalu kita gunakan untuk melayari internet dan juga membuat kerja-kerja yang lain juga tersimpan satu rahsia bahawa percaya kepada Allah,Malaikat,Rasulullah,Hari akhirat dan juga Qada dan Qadar itu wajib dan benar sifatnya.Aku percaya Allah,tetapi tidak pernah melihat Allah dan tak pernah berjabat tangan pun dengan ALlah.Sama juga pada Malaikat,rasul,Akhirat mahupun Qada dan qadar.Tetapi dalam dunia ICT,rupanya Allah bungkarkan rahsianya bagaimana kepercayaan rukun iman itu ada asas dan menepati teori hukum akal.Aku lihat pada 'screen' komputer aku sebuah kereta mercedes yang mewah sedang melungsur laju diatas jalan raya.Aku nampak itu adalah kereta mercedes,tapi aku tak dapat nak pegang kereta itu malah aku hanya menyentuh LCD screen sahaja bila cuba untuk menyentuh kereta didalam screen tersebut.Walaupun begitu aku tetap percaya bahawa itulah kereta mercedes berdasarkan pandangan mata aku.Begitulah rukun iman yang sememangnya kita harus yakin dan boleh diyakini dengan pandangan hati kita yang bersih.

SMS dan juga voice call ini membongkarkan bahawa Alquran yang diturunkan oleh Allah dengan perantaraan Jibrail itu kepada NAbi adalah wajib dipercayai.NAbi tidak mereka reka Alquran itu dengan fikirannya sendiri walaupun tiada siapa dapat melihat makhluk yang menghantar Alquran itu kepada nabi dengan mata kasar kita.Aku menerima 'call/SMS' dari ayah aku dikampong yang menyuruh aku pulang segera.Aku patuh pada arahan itu dan aku tunjukkan kepada boss aku agar memberi aku pelepasan cuti kerana arahan ayah aku.Boss aku tentu mempercayainya kerana beliau melihat ataupun mendengar perbualan aku dengan ayah aku menyuruh aku pulang.Boss aku tidak pernah nampak ayah aku tetapi mempercayai 'gajet handphone' aku itu atas dasar teknologi yang terhasil dan amat dipercayai.Oleh itu walaupun jibrail tidak kelihatan ketika menghantar Alquran kepada nabi,dengan sebab percaya kepada Allah yang berkuasa maka permasalahan itu selesai dan Alquran itu memang benar dari Allah dan bukan hasilan nabi.

Kita sentiasa diingatkan agar berbuat baik dimana sahaja kita berada.Ini adalah kerana Allah sentiasa melihat kita dan tahu kita dimana walaupun kita menyorok didalam gua sekalipun.Dahulu kalau kita ingin mengajak kawan bermain bola,kita perlu pergi kerumahnya untuk menjemput dia bermain sekali.Jika kawan kita tiada dirumah,maka sukarlah kita mencarinya.Tetapi dengan teknologi komunikasi ini,pergilah kawan tuh kemana sahaja,dengan satu panggilan sahaja kita sudah tau dimana dia berada ketika itu.Tidakkah ini menggambarkan Allah tau dimana kita dan apa yang kita lakukan.

Berkat ilmu para ustaz yang mengajar aku dulu-dulu tuh.Masa dia terangkan dulu aku pun main percaya jerlah apa yang diajar tapi rupa-rupanya baru sekarang aku faham mengapa kita tidak boleh pertikai tentang rukun iman itu walaupun ada harinya aku nakal juga.Semoga dengan kefahaman tujuan ilmu itu diberikan kepada kita,adalah lebih kepada membesarkan Allah yang maha perkasa dan bijaksana.

Yang bijak itu Allah dan yang kurang itu Aku