Friday, April 17, 2009

MASJIDIL AQSA

RAHSIA MASJIDIL AQSA

Di atas Bukit Moria itu terdapat sebuah batu besar dikenali sebagai Syakhrah. Di atas Syakhrah itu diletakkannya Tabut iaitu kotak daripada kayu akasia yang disadur emas murni. Dalam Tabut itu pula dikatakan tersimpan kepingan batu bersurat, al-Kalimat al- Asyir atau The Ten Commandements (Sepuluh Kanun) yang diterima Nabi Musa daripada Tuhan semasa di Bukit Sinai. Untuk memastikan mereka sentiasa mengingati perintah-perintah Tuhan tersebut, Bani Israel menghadap ke Tabut apabila bersembahyang dan Tabut telah menjadi kiblat bagi mereka.

Nabi Sulaiman telah membina sebuah tempat ibadat di atas Bukit Moria yang terdapat Syakhrah dan Tabut itu. Ia dikenali dengan nama Haykal Sulaiman atau Solomon Temple dan itulah sebenarnya adalah Masjid Al-Aqsa yang bererti `Masjid yang jauh' (dari Makkah). Namun kajian mendapati Tabut di atas Bukit Moria itu telah tiada lagi di situ, dipercayai dibuang oleh tentera Nebukadnezar dari Babylon (kini di Iraq) yang menyerang Baitulmaqdis. Namun Yahudi tetap berkiblat ke Bukit Moria walaupun tanpa Tabut kerana Sepuluh Kanun termaktub dalam kitab Taurat. Itulah sebabnya Yahudi terus degil sehingga kini mengatakan wujud bukti yang menyokong Haykal mereka.

Berpegang atas hujah sejarah lampau itulah yang menghalalkan mereka untuk bertindak sewenang-wenangnya serta meyakini Haykal mereka wujud di situ, sedangkan kesan yang ditemui jelas berpihak kepada identiti Islam. Satu konspirasi licik yang telah sekian lama mereka canangkan ialah mengelirukan umat Islam dengan mengedarkan gambar Kubah Al-Syakhrah (Dome of The Rock) sebagai Masjid Al-Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu iaitu untuk meruntuhkan Masjid Al- Aqsa yang sebenarnya. Apabila umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya, semakin mudah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

``Ini yang menjadi kebimbangan utama. Mereka mahu mengelirukan umat Islam, menyisihkan Palestin di bumi sendiri. Ini tujuan mereka,'' ujar Mohsen lagi.

Akhbar Yahudi benar apabila melaporkan bahawa sebahagian besar tembok dan dinding Masjid Al-Aqsa yang dibina di abad ke-16 di sekeliling Bandar Lama di Baitulmaqdis, akan runtuh jika tidak diperbaiki segera. Pihak Berkuasa Antikuiti Israel mendedahkan bahawa 380 meter atau satu persepuluh daripada tembok itu boleh runtuh pada bila-bila masa.

``Usaha mereka itu adalah usaha awal untuk meruntuhkan keseluruhan Masjid Al-Aqsa. Apabila runtuh mereka boleh mengelirukan umat Islam,'' kata pihak berkuasa itu. Selebihnya niat mereka ialah mahu menguasai seluruh Baitulmaqdis atau Quds. Dalam hal ini Yahudi berjaya menduduki Quds Barat dalam perang 1948 sebanyak 84.1 peratus daripada keseluruhan keluasan Quds. Mereka bertindak menukar hak milik tanah kawasan itu sebanyak lebih kurang 85 peratus dengan membina taman-taman perumahan Yahudi di atas tanah milik Palestin dan di kawasan persekitaran kampung Arab yang dirampas.

Kampung itu seperti Latta yang dibina di situ seperti bangunan Parlimen Kneset dan beberapa buah kementerian termasuk Ain Karim, Deir Yasmi, Al Malihah dan sebagainya. Pada tahun 1967, Zionis menduduki sepenuhnya Quds Timur yang dianggap sebahagian dari Tebing Barat yang terletak di situ Masjid Al-Aqsa. Semenjak itu bermulalah kempen fanatik untuk menukar hak milik tanah di Quds Timur kepada Yahudi. Mereka mengisytiharkan kedua-dua Quds (Timur dan Barat) di bawah pentadbiran Israel pada 27 Jun 1967.

Setelah itu mereka mengisytiharkan secara rasmi bahawa Quds menjadi ibu negeri mereka selama-lamanya dan berada di bawah rejim Zionis. Fokus kepada Quds merupakan masalah utama pada pemikiran Yahudi-Zionis yang tercerna daripada dimensi agama dan sejarah. Sebelum penubuhan Zionis lebih kurang 50 tahun lalu, Theodore Herzl, pengasas gerakan Zionis sedunia pernah berkata:

``Apabila kita memperoleh bandar Quds, ketika itu aku masih hidup dan dapat melakukan sebarang kerja, maka aku akan menghilangkan segala sesuatu yang tidak dianggap suci oleh Yahudi dan aku akan membakar seluruh kesan-kesan peninggalan yang telah berkurun-kurun lamanya.''

Pengasas Zionis dan Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion pernah berkata:

“Tidak ada makna buat Israel tanpa Quds dan tiada makna Quds tanpa Haykal.”

Mereka bertindak meluaskan kawasan bandar Quds secara beransur-ansur hingga bercantum dengan kawasan-kawasan lain di Tebing Barat, matlamat akhirnya akan menjadi milik Zionis. Isu Masjid Al-Aqsa adalah isu Palestin dan umat Islam. Dan Masjid Al-Aqsa merupakan isu sejagat yang sepatutnya mampu menyatukan orang Islam dalam menghadapi Zionis. Kerja penggalian yang dilakukan Yahudi di kawasan kompleks Masjid Al-Aqsa di Batulmaqdis menemui kesan tinggalan warisan sejarah Islam, termasuk ruang solat yang dipercayai sebahagian masjid lama yang dirobohkan.

Ahli Parlimen Israel berketurunan Arab, Abbas Zakur yang mendedahkan mengenai penemuan tersebut menyatakan:

David Ben Gurion

“Mereka menemui dua ruang ibadat di utara jambatan menghala ke Pintu Mugarabah, iaitu satu daripada 14 pintu di Masjid Al- Aqsa.”

Zakur seorang pemimpin Pergerakan Islam mendakwa:

“Mereka turut menemui mihrab (penanda arah kiblat) di timur kedua-dua ruang solat. Turut ditemui dua lampu minyak yang dipercayai digunakan bagi menerangi bilik ibadat berkenaan.”

Beliau menuduh pihak berkuasa Israel cuba menyembunyikan penemuan yang dipercayai peninggalan binaan dan arkitek Islam termasuk dinding dan tembok era pemerintahan Mamluk. Zakur menambah, kerja penggalian oleh Israel, turut menemui sebahagian kubur dikelilingi empat ketul batu di setiap empat penjurunya. Jentolak Yahudi terus menggali dan merobohkan jambatan kayu menuju Pintu al-Maghariba di Masjid Al-Aqsa, sekali gus mencetuskan kemarahan umat Islam. Rejim Zionis bagaimanapun menafikan usahanya itu menjejaskan masjid berkenaan sebaliknya mendakwa, ia dilakukan bagi membaiki laluan pejalan kaki yang menghubungkan kaki bukit Moriah dengan kompleks Al-Aqsa.

Namun, kerja penggalian sebenarnya adalah usaha jahat Yahudi untuk melemahkan asas Masjid Al-Aqsa. Pakar arkeologi Israel memberikan dokumen yang menjadikan bukti yang mana ia merupakan bukti rejim Zionis sememangnya merancang untuk membina kuil Yahudi berhampiran Masjid Al-Aqsa dan membahagikan kompleks itu kepada dua. Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) dan Turki sudah menyatakan hasrat menghantar pakar arkeologi ke kompleks Masjid al-Aqsa bagi menilai kesan kerja penggalian Israel itu.

Unesco sendiri sudah menyenaraikan bandar lama al- Aqsa atau kawasan Baitulmaqdis yang ditawan Israel, sebagai tapak warisan dunia. Pada 1982, Unesco menyenaraikan bandar suci itu sebagai lokasi tapak warisan yang terancam. Sementara itu, Zakur berkata, beliau sudah menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menggesa beliau mengeluarkan arahan supaya kerja penggalian berkenaan dihentikan serta-merta. Petikan surat


“Dua ruang solat dan mihrab yang ditemui itu adalah hak Islam. Sebarang tindakan memusnahkan kawasan sejarah ini bakal menyaksikan pertumpahan darah dan kekacauan di Asia Barat.”
tersebut berbunyi:

No comments: