Saturday, November 14, 2009

Hukum membeli kereta berlogo salib seperti Chevrolet?

"Hukum membeli kereta import yang logo jenamanya berbentuk salib seperti kereta keluaran Chevrolet...



Jawapan:



Fatwa oleh: al-Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (Salah seorang ulama Saudi)


“Terdapat beberapa bentuk dan jenis salib yang berbeza disebabkan berbezanya masa, tempat dan penganut kristian. Salib digunakan dalam bentuk yang berbagai, sebahagiannya sering digunakan sebagai salib dan sebahagiannya digunakan untuk salib dan bukan dengan maksud salib, seperti tanda campur (+). Pada pandangan kami, hukum perkara ini adalah seperti berikut:

1. Jika logo itu dibuat sememangnya dimaksudkan logo salib (kristian). Maka ia tidak boleh dibawa, dipakai, dijual beli dan dilukis oleh seorang muslim. Sebab pengharaman ini adalah untuk menjauhi dari menyerupai kristian dan membesarkan lambang agama yang batil. Sebab pengharaman ini berlaku ke atas setiap bentuk salib yang dikenalpasti oleh penganut kristian apabila bantuk itu digunakan adalah untuk membesar dan sebagai lambang agama mereka.



2. Adapun jika dilukis sesuatu hiasan tertentu, atau dibuat sesuatu alat perumahan atau suatu alat-alat (kegunaan) biasa, kemudian secara kebetulan ia menghasilkan bentuk seperti bentuk salib, maka ia perlu dilihat:

i. Jika ia nyata/jelas bagi orang yang melihatnya kali pertama sebagai salib yang masyhur digunakan hari ini dikebanyakan gereja-gereja dan dikalangan penganut kristian. Iaitulah bentuk dua garisan (bersilang), salah satunya menegak dan satu lagi melentang, dimana garisan melingtang itu berada dalam kedudukan membahagikan garisan menegak kepada bahagian atasnya lebih pendek daripada bahagian bawah. Inilah bentuk salib yang paling masyhur semenjak ia direka oleh penganutnya, sepeti bentuk kayu yang digunakan untuk menyalib orang yang hendak dibunuh. Maka jika bentuk ini yang jelas kelihatan bagi orang yang melihatnya buat kali pertama, maka wajib membuang bentuk itu dan menghilangkannya. Atau menggantikan bentuk itu dengan menjadikannya bentuk lain. Ini kerana Nabi S.A.W.


لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلَّا نَقَضَهُ



Maksudnya: “Tidak membiarkan sesuatu di dalam rumahnya yang berbentuk salib, melainkan baginda memusnahkannya.” (H.R. al-Bukhari)



ii. Jika bentuk salib itu tidak jelas/nyata, dan dia terhasil dari ukiran/hiasan secara tidak sengaja, atau ia merupakan binaan yang mempunyai peranannya, atau ia merupakan simbol metematik, seperti simbol tambah atau darab. Maka bentuk-bentuk sebegini tidak perlu dibuang dan dihilangkannya, maka tidak salah membuat bentuknya, menjual untuk tujuan ini, disebabkan tidak adanya sebab larangan iaitulah menyerupai kaum kuffar.



Oleh itu, kami (al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Munajjid) menyatakan: “Bentuk yang ada pada kereta Chevrolet bukanlah bentuk salib yang masyhur (digunakan bermaksud salib kristian). Barangkali bentuk itu memaksudkan salib (kristian) dan barangkali juga dimaksudkan lain. Maka ketika itu dilihat tujuan syarikat tersebut menjadikannya lambnagnya sedemikian rupa, jika mereka memaksudkan salib, maka hukumnya adalah hukum salib, orang yang membeli kereta itu hendaklah membuang lambing tersebut atau mengubah bentuknya. Tetapi jika pihak syarikat memaksudkan lambing itu dengan maksud yang lain, hukumnya bukan hukum salib. Kami (al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Munajjid) telah melakukan kajian tentang maksud lambing kereta Chevrolet, dan kami dapati ada pendapat yang berbagai yang tidak dapat diputuskan samaada ia bermaksudkan salib atau bermaksudkan lain dari salib. wallahu a’lam. "

"

No comments: