Saturday, November 14, 2009

Pencuri Larikan Van Dengan Singa Sekali Di Dalamnya
Mungkinkah pencuri-pencuri itu tidak menyedari kehadiran Caesar walaupun ia mengaum? -Foto AFP

PENCURI van di Jerman bukan sahaja berjaya melarikan kenderaan itu saja tetapi termasuk singa Caesar yang dikurung dalam van itu sekali.

Mungkinkah pencuri-pencuri itu tidak menyedari kehadiran Caesar walaupun ia mengaum?

Apa yang pasti, pencuri van itu telah membawa singa itu 'bersiar-siar' pada waktu malam.

Bagaimanapun mereka meninggalkan van itu selepas melanggar satu petanda jalan.

Mereka masih tidak menyedari kehadiran singa Caesar yang berada dalam van yang dicuri itu.

Kemudian, polis menggunakan trak untuk menunda van itu ke sebuah depoh berdekatan.

Pihak polis juga tidak menyedari singa Caesar yang berusia lima tahun berada di dalam van itu.

Penjinak singa yang dipanggil untuk menuntut balik Caesar bagaimana pun mendapati singa itu tidak cedera.

Sebelum itu, pemilik van telah menghubungi polis untuk memaklumkan kehilangan singa itu.

Jurucakap sarkas Laurens Thoen memberitahu media bahawa tidak terdapat sebarang petanda pada van tersebut yang memberitahu ia membawa singa.

Caesar dilaporkan berada dalam keadaan 'baik' dan dijadualkan akan membuat persembahan di Krefeld pada Jumaat.

No comments: