Friday, March 4, 2011

Bagaimana Otak Membina Sistem Kepercayaan

Rencah
"Salah satu fungsi otak manusia adalah bertanya soalan kepada dirinya sendiri. Soalan ini biasanya datang dari kita sebagai pemilik otak tersebut.

Bertanya soalan yang betul kepada otak adalah sesuatu yang sangat penting. Otak ini akan berfungsi untuk mencari jawapan kepada segala persoalan yang ditanya samada logik ataupun tidak logik.

Setelah mendapat jawapan tersebut, maklumat ini akan disimpan dan akan bertukar menjadi sistem kepercayaan. Dengan sistem kepercayaan ini, kita akan hidup dan membuat keputusan berdasarkan sistem kepercayaan ini setiap hari.

Contohnya, jika kita bertanya kepada otak kita, "Bagaimana si Ali memakai kereta mewah itu ?"

Maka otak akan berfungsi untuk mencari jawapan. Jawapan yang otak dapat adalah seperti berikut.

"Ali bekerja keras dan memperolehi kereta itu"

"Ali menerima rasuah kerana tak mungkin dengan gaji dia, dia boleh beli kereta itu"

"Ali mungkin meminjam kereta itu, dia hanya nak menunjuk-nunjuk kepada aku"

Dalam banyak-banyak jawapan yang didapati ini. Otak akan membuat analisis berdasarkan perasaan dan jiwanya dan juga berdasarkan maklumat yang pernah ada sebelum ini.

Akhirnya, kita akan membuat kesimpulan yang paling membuatkan kita tenang.

Jika kita pilih "Ali bekerja keras". Otak akan bertanya, "jadi hang nie pemalas ka ?"

Jawapan ini jika diterima adalah sangat pahit, jadi otak akan reject jawapan itu.

Akhirnya otak kita akan memilih jawapan yang paling menenangkan hati iaitu "Ali terima rasuah". Otak akan memberi respon, "Hang orang baik, hang tak amik rasuah, jadi lebih baik hidup miskin macam hang"

Setelah sekian lama hidup dengan perasaan hasad dengki seperti ini. Otak akan membina satu kepercayaan iaitu.

"Orang kaya semua adalah penerima rasuah, tidak ada jalan lain untuk menjadi kaya selain menerima rasuah"

Dengan kepercayaan ini, anda takkan jadi kaya sampai bila-bila.

Jadi adalah sangat penting untuk kita bertanya soalan yang betul kepada otak kita dan juga menerima jawapan yang paling tepat dengan akal positif dan bukan dengan perasaan hasad dengki.

Jika dalam senario di atas. Kita menerima jawapan "Ali bekerja keras"

Otak akan respon "Jadi ko nie pemalas ke ?", kita kena latih otak untuk menjawap"Ye, memang hang pemalas. Jadi, macam mana nak jadi rajin ? macam mana nak kerja lebih keras ? macamana nak jadi lebih produktif ?"

Jika kita membalas dengan soalan sebegini, kita akan memperbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik.

Samada Ali kaya kerana kerja keras atau rasuah adalah tidak penting. Persoalan penting adalah bagaimana kita bertanya soalan yang tepat kepada otak kita dan menjawab dengan positif walaupun pahit supaya kita menjadi orang yang lebih baik sehari demi sehari.

Jadikan hidup kita harinie lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

No comments: